Thursday, January 1, 2015

Episod 25 : Hello 2015 ! Good Bye 2014 !





1 Januari 2015. Tahun 2015. Maka bertambahlah satu lagi angka dalam umur aku. 21 years old*secara tak rasmi*. 2014 sememangnya penuh dengan pelbagai pengalaman. Rasa macam baru je masuk 2014. Tetiba dah habis dah. Cepat jugak masa berlalu. Episod kali ni more to nak throwback je kononnya. HAHAHAHAHA. Ok mari kita lihat apa yang aku dah hadap sepanjang tahun 2014 ni.

Awal Januari dulu aku start kerja part time.  Cari duit sikit. Yela. Lepasan STPM kot. 9 bulan kau cuti sementara nak sambung degree. Kalau nak pregnant pun sempat. HAHAH. Aku kerja dengan Hazie. Sebab dia offer job tu. Which is kerja dengan mak dia. Mak dia ada bukak bisnes catering secara kecilan. Gaji first tu aku beli buku masakan Chef Hanieliza. HAHAHA. Beli from her terus. So dapatlah autograph beliau sekali. Cuti sem nanti baru nak menelaah buku beliau itu.

Around bulan Februari aku repeat semula paper BM STPM sem 3 aku. Sebab aku dapat C. which is menjatuhkan pointer aku. Nasib baik dapat A after repeat. Maka pointer aku naik jadi 3.00. Satu kejayaan jugak dalam tahun 2014.

Pertengahan tahun pulak aku dapat rasai sendiri pengalaman berhadapan dengan situasi kerasukan. Si Hazie ni kena rasuk pulak. Well korang paham-paham la. Bila bisnes maju sikit mula la orang nak dengki. Maka berlakulah adegan jumpa bomoh bagai. Mak Hazie merangkap bos aku tu pun kena sekali. Tapi Hazie la paling dahsyat. Dah la kena time kerja. Siap mengilai depan aku. Dah tu nangis tetiba. Lepas tu nak lari. Aku ni la yang pergi tangkap dia. Peluk dia siap jatuh tergolek bagai. Bapak kuat giler minah tu bila kena rasuk. Sempatlah aku rakam scene-scene tu semua.

15 Julai 2014, blog This Is Kisah Hidup Aku pun lahir. Sebenarnya lahir tahun 2012. Tapi aku tak bukak dah lepas satu post. Then kira aku remake semula la. HAHAHAHA. Tetiba je nak jadi blogger. Terinspire melihat blogger lain. Awal-awal dulu memang hambar jugak. Aku pun tak pandai nak menulis. Reader pun kureng. Nak adjust setting blog bagi jadi cun pun still failed lagi. Itu pasal agak hambar. Thanks to Shark sebab lekatkan blog saya di blog anda. Lepas tu barulah ada reader sikit kat blog ni. Then blogger lain pun turut sama buat macam itu. Terima kasih banyak. Even tak ramai reader pun ok la. Aku ni pun bukannya pandai tulis sangat. Banyak merapu.

Bulan September aku dapat tawaran sambung degree kat IPTA. Tak sangka dapat sini. But Alhamdulillah syukur. Rezeki kat sini. Sem 1 dah nak habis pun. Final exam babeyh !

Tahun 2014 ni jugak aku mula explore dunia PLU. Yeah kinda like aku noob jugak. HAHAHA. Masih newbie. Aku explore apa ? Ermmmm macam-macam jugaklah. HAHAHAH. Ok bye.

Tahun 2014 jugak aku beranikan diri untuk get to know PLU lain. Selama ni memang aku tak pernah nak jumpa PLU lain or be friend to them. Kenal si YS tu haa. One of the reader blog ni. Kejap lagi nak menganjing aku le tu. Then dapat kenal blogger-blogger lain. Even tak tahu identity masing-masing. Seronok jugak sebenarnya. Ada geng di alam maya.

2014 jugak jadi satu sejarah bila aku reveal dark secret ni dekat Hazie and Hans. But yeah they ok with that. Aku rasa lebih rapat dengan mereka lepas dah reveal ni.

But the best part of 2014 was aku dapat kenal dengan Mr. Crush kesayangan aku tu. But kalau dah nama pun crush je. Paham-paham sendiri la kan. Belum tentu boleh dimiliki.

Ada jugak the worst part of 2014. But aku rasa tak perlu cerita kot. Sebab complicated. Melibatkan banyak pihak. Dan memang aku dapat pengajaran yang sangat besar dari kejadian itu. Jangan mudah percaya sangat kat orang. Sebab adA segelintir manusia ni sangat fake sampai kita rasa dia tu nampak baik tapi hakikatnya dia tak macam itu.

So setakat itu sahajalah throwback bagi tahun 2014 aku. Tak ada apa sangat pun. Aku bukannya someone yang cool untuk ada life yang hebat.

Diharapkan tahun 2015 aku ni akan jadi lagi baik berbanding tahun-tahun yang lepas.  Amin. Akhir kata, Meister Unknown nak ucapkan HAPPY NEW YEAR kepada semua blogger dan reader blog ini !!!!! Adios ~



p/s : Episod ni patutnya jadi episod last dalam 2014. But since aku type lembab gila maka episod ni jadi episod pertama dalam tahun 2015. Puffffff



18 comments:

  1. Happy New Year .. belajar rajin2 yer awak .. igt jangan tersangkut lama sangat dlm dunia plu .. ia tak seindah seperti disangka :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Nu'man !
      Thanks for the advice.
      One fine day kena move on jugak.

      Delete
  2. Yep 100% setuju dgn Nu'man. Jangan trlalu exposed dlm dunia plu. Cukup sekadar berteman seorang dua.

    Gudluck and all the best exam! Happy new year :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Mr. Nov !
      Ok noted.
      Agree jugak. Terlalu exposed pun dangerous jugak.

      Delete
  3. Happy New year Mr Unknown! Haha, university mana tu? :P

    ReplyDelete
  4. selamat menempuh dugaan suka duka 2015 plak ek

    ReplyDelete