It’s
study week ! That’s mean my semester 3 is gonna end soon. Cepat pula masa
berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 3 aku. Rasa macam baru masuk
time bulan 9 hari tu. Well masa bergerak pantas. Sem ni aku agak busy dengan
courseworks. Bertimbun. Presentation kali ni tak banyak. Ada dua presentation
sahaja. Selebihnya Esei, esei and esei and some videos thingy. At last berjaya
settle kan semuanya dengan jayanya. Good Job Unknown ! Sebab busy sangat sampai
blog pun dah berhabuk. So apa jadi dalam episode 60 yang lepas ? Kau dah broke
up ke ? Kenapa meracau sebegitu ? WOW ! Easy boy ! Semuanya akan distorykan
sikit demi sikit in other episodes. Sebab episod kali ni aku nak story pasal
Abang Zul. Who is he ?
Abang
Zul. Bukan nama sebenar. Cut to short dia abang angkat aku. By that aku
maksudkan abang angkat sahaja. Bukan abang angkat yang pakej mengangkat atau
diangkat atas ranjang sekali. Yup ! not even any kerja tiup*translate in english*. Harap maklum. Dia tak pernah sentuh aku and aku pun tak pernah
nak sentuh dia secara intimately. Clear ? Okey good. You may proceed now. Abang
Zul ni biseksual. Dah lama sebenarnya aku nak story pasal Abang Zul ni. Tapi
tak berkesempatan. Kali ni baru sempat nak story.
Aku
rasa dah genap setahun kot aku kenal Abang Zul ni. Perkenalan aku dan dia agak
kelakar sebenarnya. Kenal YS ? Selalu jugak aku mention pasal dia dalam
episode-episod yang lepas-lepas. Kalau nak tahu bolehlah baca. Itu pun
kalau rajinlah. Ok YS bukan nama sebenar. YS pun dah berjinak-jinak dengan
dunia blogger. Lebih dikenali dengan nama Aries Kid itu. Blog beliau Potret Sang Lelaki. Well Aries was my
first PLU friend yang aku kenal dalam dunia ni. Masa awal dulu dia pernah sebut
yang ex-partner dia stay berdekatan area rumah aku. Tapi that time aku tak
ambil port sangat. Bila dah kenal lama barulah Aries story more pasal ex dia
which is Abang Zul. Jadi secara tak langsung aku pun kenal la Abang Zul.
Aries
: Abang Zul ni kerja kat dalam shopping mall tu. Nanti kau pergilah usha dia
kat sana.
Aku
: Oh erk. Nanti bila-bila aku pergi stalk.
Masa
tu kalau tak silap during study week sem 1 kot. Tak pun masa cuti semester 1
aku dulu. Then aku pun pergilah mall itu. Terserempak dengan Abang Zul. Aku
just perhati dari jauhlah. Yup dia memang kurus. Sebab sakit dia tu la.
Well
time tu aku masih ada lagi app Grindr. HAHAHA. Look around sana sini. Adalah
satu profile ni hai aku. Kitorang pun borak-borak. Tapi entah kenapa that time
instinct aku kuat mengatakan yang aku tengah chat dengan Abang Zul. I just got
that instinct la. Tapi apa yang menariknya aku dengan that profile tu tak ada
trade gambar. Lagi pun borak biasa je. Dalam 2 hari lepas tu dia mintak trade
gambar. So aku pun bagi jer la. After that dia pun send. Instinct aku tepat.
Gambar Abang Zul. Tapi
aku taklah mention yang aku kenal Aries. Tapi at the end Abang Zul tahu jugak
yang aku and Aries kenal each other. Borak-borak lagi kat Grindr then dia minta
wechat. Tipikal sangat. From Grindr to WeChat. Bila dah friend kat wechat just
chat kat situlah. Ada satu hari tu. Hari Ahad. Time tu aku on the way balik uni.
Abang Zul tanya aku. Lebih kurang macam ini conversation aku dengan beliau :
Abang
Zul : Kau nak jadi adik angkat aku tak ?
Aku
: Adik angkat ? Best ke jadi adik angkat kau ?
Abang
Zul : Nak ke tak nak ?
Aku
: Ermmm bolehlah. Aku pun tak ada abang. Bolehlah menumpang kasih. HAHAHAHA.
Lepas ni kena panggil abang ke ?
Abang
Zul : Yelah. Panggil Abang.
Begitulah
kisahnya. Tapi masa dia tanya tu aku ada tanya opinion si Aries dulu. Lebih
kurang macam ni conversation kami :
Aku
: Abang Zul kau offer aku jadi adik angkat dia. Ok tak ?
Aries
: Okey jer. Lagi pun kau kan memang nak abang.
Aku
: Tapi macam kelakar pulak. Kau ex dia. Then kita kawan. Tetiba dia jadi abang
angkat aku. Tak boleh blah. Pusing-pusing situ jugak.
Aries
: Abang Zul okey la. Ala aku dengan dia ex je pun. Mana tahu lepas ni kau
dengan dia ada jodoh ke. Mula-mula adik angkat lepas tu jadi boyfriend dia.
Aku : Aries ! No ! HAHAHA. Tu lagi tak boleh blah.
Then
after that bermulalah hubungan abang adik antara aku dan Abang Zul. Abang Zul pernah warning aku. Dia kata if pointer aku below 3.00 dia nak ngamuk. Aku cuak nak mampos ! Yelah sem 1 aku pointer 2 something je pun. Tapi Aries pesan tak payah cuak. Sebab Abang Zul tak akan tanya. Yup. Until now Abang Zul tak pernah tanya pasal pointer aku. Bila aku
balik rumah aku pergilah visit dia kat tempat kerja dia. Then nanti dia bagi
aku cookies from kedai dia. Benda free mestilah best ! Dah la cookies tu mahal.
Memang nak beli pun berkira-kira jugaklah. Sometime if aku ada masak something,
aku bawaklah hantar kat dia. Bila aku bungkus je mak aku mesti tanya
Mak
: Kau nak bawak bagi kat sapa tu ?
Aku
: Unknown nak bawak bagi kat kawan lah mak.
Mak
: Kalau bagi bekas Tupperware tu nanti mintak balik.
Aku
: Yer tahu.
Well
Tupperware mak kenalah jaga. HAHAHA. Bila dia dah makan nanti aku tanya la
komen dia. Usually dia cakap sedap. I’m glad if dia suka. Pernah
sekali tu aku macam bengang la jugak. Abang Zul ni sejenis manusia yang tak nak
text aku. Kira tak ada la nak manja-manja antara abang adik ni. Some of my PLU
friends pulak dapat abang angkat yang speedo macam-macam. Bagi duitlah,
handphone lah. Sedikit sebanyak menimbulkan rasa iri di hati seorang Mr.
Dominic Unknown. Senang cerita aku macam tak dapat perhatian dari Abang Zul. Ok ! tak. Mungkin aku sahaja yang rasa sebegitu. Ada jugak aku story pasal ni kat
Aries. Well dia pun cakap begitu. Abang Zul ni bukan jenis yang suka text orang
sangat. Plus dia kan sakit. Yup
dia sakit. After that I realised something. I cant be like that. Aku kenalah
faham situasi Abang Zul. Aku tak boleh nak selfish. Aku tak bolehlah nak
perhatian sangat ke apa. Aku pun mula boleh adapt semua ni. Kadang-kadang aku
nampak Grindr dia tengah hijau. Aku sakat la dia kat Grindr.
Aku
: Hai. T ke B ? Jom fun.
Abang
Zul : Ada port ? Jom-jom.
Aku
: Kemain ! Asyik hijau selalu !
Abang
Zul : Ala saja look around dalam ni. Menyibuk je gendut ni.
Aku
: Hoi !!!
Kengkadang
kat wechat pun macam itulah jugak. Dia bahan aku. Aku membahan dia balik. Ada
jugak sekali tu dia bawak ku pergi rumah dia. Rumah dia dalam taman perumahan
dekat dengan area rumah aku. Tak boleh blah sangat sebab rumah dia dekat betul
dengan rumah mak cik aku. HAHAHAHA. Tapi
sekarang ni Abang Zul dah berhenti kerja dah. Ada problem apa entah kat tempat
kerja dia. Plus sekarang dia sakit. Terkena buatan orang. Orang yang buat tu
pulak katanya guna dukun orang asli. Kuat la ilmu dia. Abang Zul dah pergi
hospital but doktor sendiri tak boleh nak detect exactly dia sakit apa. Lagi
satu si Abang Zul ni pulak dia ni bukan jenis yang suka nak pergi hospital.
Banyak kali dah aku bising kat dia. But dia buat endah tak endah.
Dalam bulan
10 lepas dia kena tahan kat ward. Dia senyap je tak cerita kat aku. Haishhh
sabar je la aku dengan dia ni. Kalau aku tahu bolehlah jugak aku jenguk dia.
Currently sekarang dia stay at home. Berubat cara tradisional. Makin kurus.
Muka dah cengkung. Mana tak cengkung, each time dia makan mesti dia akan muntah
balik. Macam itulah apa yang dia cerita. Perut macam tak boleh terima makanan. Aku
risau tengok dia. Last month aku pergi melawat dia.
Aku
: Abang apsal kurus sangat ni ? Sedihlah adik tengok.
Abang
Zul : Kuruslah. Orang sakit memang macam ni.
Aku
: Kurus sangat ni bang. Sampai cengkung pipi tu. Sedih ahh.
Abang
Zul : Kau ni dik, tak payah nak berdrama melayu sangatlah.
Itulah
ayat dia. Tapi sedihlah tengok. Sebab memang makin kurus. Apa yang aku boleh
buat hanyalah berdoa supaya Abang Zul cepat sembuh dari penyakit dia. Amin.
Panjang
dah ni. Mungkin saya patut mengundur diri. Till we meet again in other episode
!
Adios
~
p/s
: Banyak respons dalam box Ask Mr. Unknown yang aku tak sempat nak jawab lagi.
Sorry guys ! Oh btw, aku dah godek-godek setting blog ni so belajar la edit-edit susunan dalam ni. Okey or not ?
Is that you ..sebelah Zul tue ? :p
ReplyDeleteKalau kena santau tue .. acu try gi Darul Syifa ..mudah2 an cepat sembuh
Ye saya. Di sebelah beliau itu. Seorang Dominic Unknown.
DeleteItulah. Dia dah try pergi berubat kat situ. Tapi still macam tu jugak keadaan dia.
Yap setuju ngan Nu'man...better try berubat cara Islam...mana tahu Tuhan bagi kesembuhan...
ReplyDeleteYup Amir. Itu yang dia buat sekarang.
DeleteBerubat cara islam. Since doktor pun tak boleh nak detect exactly sakit dia.
Kirim salam kt abg zul
ReplyDeleteInsyaallah
Deletesape la yang buat khianat kat abg zul....kesian dia..
ReplyDeletebtw kenapa ko x couple dengan aries je...hahahahaha
Manusia kan. Tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia. Mula lah dengki.
DeleteHAHAHAHAHAHA. Couple dengan Aries ? Tiada jodoh antara kami kot. We both better as close friend like that.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga abang Zul awak cepat sembuh...
ReplyDeleteAmin. moga begitulah hendaknya
DeleteWoah besar jugak social circle sejenis kau. Siap ada abang angkat lagi. Tapi kan, aku pun nak tanya benda yang sama. Kenapa kau tak couple je dgn YS tu? Hahahaha.
ReplyDeleteTak ada lah besar sangat. Biasa-biasa je. HAHAHA.
DeleteCouple dengan YS ? HAHAHAHA
Kami lagi sesuai jadi kawan rapat je sekarang Nov.
Kalau gambar wefie tu tak letak sticker lagi afdal rasanya..ekekeke
ReplyDeleteTak sehelok Kamen. Jadi kenalah cover muka aku yang tak seberapa ini.
Delete