Thursday, May 24, 2018

Episod 106 : Aku & Internship Part 3


Assalamualaikum pe kabar semuerrrr !! *Posed gaya Sajat*

Aku kembali bersiaran setelah dua bulan hilang tanpa khabar berita. Ya sesungguhnya kemalasan untuk menulis itu benar, tiada yang benar melainkan yang benar. Disebabkan itu blog aku ni dah tahap bersawang bila mana aku dah on hiatus selama tak update ni. Dah masuk Ramadan. Ya bertemu lagi kita dengan Ramadan tahun ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak sambut puasa. Banyak benda jugak berlaku lately. I mean as you all can see, kerajaan Malaysia pun dah tukar, *welcome back Tun M !*, terbongkarnya pelbagai skandalisma dalam politik negara, Nazim Othman dengan si Bella Dally bercerai*ehem*, dan lain-lain korang senaraikan sendiri.

See. Aku dah melalut ke mana-mana hala dah. Nak story pasal kisah internship aku je pun. Okey dah masuk part 3 which mean this would be my last part untuk internship punya episode. In fact ketika episode ini ditulis aku dah complete aku punya internship dan sekarang sedang menganggur di rumah aku.

Sexual Harassment

Dalam episode lepas aku ada sebut pasal benda ni. Kalau korang baca la. For the record aku telah mengalami situasi itu. Aku sebenarnya masih lagi takleh digest situasi yang terjadi tu. Macam takleh blah siot kena gangguan macam itu.
Kisah itu terjadi ketika baru beberapa minggu intern aku bermula. Dalam office aku tu ada seorang staf ni. Nama diberi Cik An. Of course la nama telah diubah untuk menjaga privacy masing-masing. Cik An ni seorang lelaki berumur dalam kategori usia emas la kot. Since dia pun dah nak pencen kalau tak silap aku. Rambut pun dah beruban sikit. Dari segi perwatakan dia ni aku boleh detect la ketidaklurusan dirinya itu. Sebab dia ni agak lembut sedikit. Mulut pun boleh tahan. Macam mak hayam pencen pun ada. Status perkahwinan aku tak pasti sebab aku tak tanya.

There was one day aku sampai tempat kerja aku dan nak park motor di basement. Time tu jam 8 pagi. Kawasan parking basement lengang. So lepas settle parking motor aku pun nak gerak naik atas. Suddenly Cik An muncul and mendekati aku. Dia senyum. So disebabkan taknak kurang ajar aku pun senyum la balik kat dia.

Cik An : Eh awak ni yang intern kat unit atas tu kan ? *sambil merangkul tangan aku*

Aku : Haa ye saya. Saya intern situ. Ermm nak panggil apa ye kat abang ni ?

Cik An : Kat sini semua panggil saya Cik An je.
Tetiba dia pegang tangan aku.. aku dah mula WTF ni ? tapi still lagi control sebab aku ingat just biasa je.

Cik An : Saya suka la budak macam awak ni. Saya suka urut. Tengok saya picit tangan awak. Awak suka kena urut ? nanti saya urut awak. Malam-malam awak buat apa je ?

Aku : Tak biasa kena urut. Oh dah lama ke mengurut ? selalu mengurut sapa je ? Malam selalu tidur awal. Penat.

Aku dah mula rasa lain macam. Aku start rasa tak selesa. Rasa macam ko diraba tanpa rela. Cik An terus picit tangan aku dari jari hingga bahu. Then he touched my face. Muka dia muka seronok. After that he took my hand and sniff. Muka aku memang dah expression tak selesa gila babis

Cik An : Wanginya awak. Pakai perfume apa ni ? Kenapa muka awak takut ni ? tak biasa ke ? saya suka berkawan. Kawan la dengan saya.

Aku : Perfume biasa je ni. Tak sebab saya tak biasa la Cik An. Kena pegang macam ni.

Cik An : Janganlah takut. Bagi number phone kat saya. Nanti saya call awak.

Ah sudah dia mintak number pulak. Memang tak la. So aku berdolak dalih mintak nak save number dia and akan call kemudian. Aku pun ambik number dia.

Aku : Nanti saya miss call. Handphone takda kredit. Okey la Cik An saya nak pergi punch card. Lambat pulak nanti.

Terus aku tarik tangan aku and blah. Tapi dengan cara elok la. Sebab tak nak nampak kurang ajar. Bila aku naik atas sumpah tangan aku shaking gila. Gigil habis beb. Macam takt ahu nak react apa. Aku jadi blur. Ni gangguan seksual ke ? Tapi aku ada consent masa dia sentuh tangan aku. Tapi aku tak halang dia. Betul ke apa aku buat ni ? Gangguan seksual sesama jantina ni valid ke ? Nak report ke ? Tapi takda saksi.

Semua persoalan tu berlegar dalam kepala aku. Jadi mungkin inilah yang perempuan rasa bila kena. Sumpah weyh aku jadi cuak kejap. Trauma pun ada. Okey la first of all aku memang tak taste kat Cik An tu. Like euww Samsung what are you talkin about. Maybe that’s why aku rasa that was a sexual harassment. What if mamat yang aku taste buat macam tu ? Dah sah-sah boleh jadi scene Men At Work terus. LOL !

After that day aku cuba elak untuk bertembung dengan dia. But God always has another plan. Aku keep on terserempak dengan dia di parking basement tu haa. Dia tanya aku bila nak bagi number dan aku pun keep on elakkan dari bagi number kat dia. Pernah sekali aku bagi alasan tak topup phone lagi sebab PTPTN belum masuk. Selepas few weeks jugaklah baru Cik An stop menunjukkan interest terhadap aku. Dia jadi kekwat. Tak tegur aku dah. Lantak kau lah Cik An. Janji tak kacau aku sudah.

Internship tamat !

Internship aku secara rasminya habis masa awal bulan Mei hari tu. Memang sekejap betul rasa. Now dah habis. Maka aku pun kembali ke rumah dan menjalani ibadah berpuasa. Until raya. Counting days for my graduation day ! Wah ! Perjalanan jauh lagi Dom. Resume aku pun belum buat lagi.  Banyak lagi nak menapak. Aku akan sedaya upaya update jugak blog ni walaupun aku tahu dunia blog semakin hambar day by day.

Sampai di sini dahulu nukilan aku. Hingga kita ketemu lagi dalam episode akan datang lagi beberapa hari sebab aku dah peram lama. HAHAHAHA. Kepada pembaca blog aku ni selamat berpuasa aku ucapkan. Kurangkan aktiviti yang boleh membatalkan puasa ye !

Adios ~


p/s : Peningkatan usia ni buat aku rasa semakin tua pula. Kah