Tuesday, July 25, 2017

Episod 96 : Soal Jawab #InginTahuSesuatu?

Aku sedang menikmati cuti semester di rumah. Ya tenang sekali. Tanpa perlu memikirkan apa-apa. For now la. Aku akui tengah mengalami sindrom malas nak update blog. Ternyata sindrom ini benar ya anak-anak. Tiada yang benar melainkan yang benar. Entry raya 2017 pun aku tak ada update. Betapa dahsyatnya sindrom malas aku ni. Jadi untuk mengelakkan blog ini dari terus berhabuk maka aku decide untuk reply some soalan yang diajukan dalam box Ask Mr. Unknown ni.

Kalau perasan kat sebelah kanan blog aku ni ada satu box yang aku namakan Ask Mr. Unknown. Just in cased you guys wanna ask something just simply use that box okeyh. Dont worry segalanya adalah anonymous.

Ada la a few question yang diterima. Dah lama jugak aku peram. Minta maaf la yer kepada reader-reader yang tanya soalan tu. Sorry for the late response.

So let’s start

Hai Mr Unknown Skrg finally awak dah ada bf. Apa perasaannya bercinta? Is it like what you expected? Saya tak pernah bercinta, crush je banyak, imaginasi pon tinggi (mcm awak la, hehe). Jadi sangat teringin nak tahu.
-Mr Din

Hai Mr. Din. Apa rasa bercinta ? Well pada aku, aku rasa disayangi. Kasih sayang dari someone yang special selepas family dan kawan-kawan kau. Bila dah ada someone yang sayang kita, kita akan rasa bahagia. Bila dah bahagia tu senang betul naik berat badan. HAHAHA. Aku pun berisi dah ni.

Apa yang aku expect ? Well hubungan aku dan Dario ni my first relationship. And yeah aku expect untuk kalau boleh tahan lama dengan dia. Bukan apa, aku ni kategori yang tak berapa nak laku sangat jadi sangatlah crucial untuk mengharapkan hubungan ini bertahan lama. So far alhamdulillah aku dan Dario masih lagi bersama menyulam cinta. Wahh ! Tapi ada la jugak krisis turun naik kan. Sedangkan lidah lagikan tergigit ye dak. Jadi sekarang follow the flow. Selama mana mampu bertahan aku bertahan.

How I can contact u?

Hey Anon ! You can email me via meisterzacker@gmail.com. Emel ada tertera di sebelah kanan blog.

Skrg tahun akhir kat uni ke? Apakah nama anda? Belajar dalam kos apa? Apakah nama uni? Ada wechat x? 🤔.. Kalo boleh nk add.. 😎

Hey there ! Currently aku baru habis third year. Next sem akan jadi pelajar tahun akhir. Insyaallah. Please doakan semuanya berjalan lancar okeyh. Nama ? Nama diberi Dominic Unknown. Obviously itu hanyalah satu persona yang aku create untuk dunia blog ini. Nama sebenar tak dapat nak dikongsi demi kepentingan sejagat. Kos yang aku belajar ni tidaklah segah mana. Kos biasa sahaja. Tapi pada aku agak struggle juga. Amboi nama uni saya pun nak tahu yer awak ? HAHAHA sama juga. Tak dapat nak kongsi bagi menjaga keamanan sejagat. Wechat atas nama Dominic Unknown tiada. But you can emel me. Or kita boleh chat di Hangout.

Awak ni study dkt mne? Hahaha...

Hey awak di sana ! *lambai tangan*. Saya study di sebuah IPTA dalam Malaysia ini. Nama uni ? Biarlah rahsia. Kalau satu uni kang haru pulak nanti.

Ya itu sahaja soal jawab mesra yang diterima buat waktu ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi apa-apa bolehlah guna bix Ask Mr. Unknown di sebelah kanan blog ini. Also you guys can put nick name di akhir ayat. So senang aku nak gelar korang selain anonymous/

Hingga ketemu lagi di lain waktu.

Adios~


p/s : Selamat bercuti semester buat semua pelajar degree. Enjoy your sem breaks ! Jangan nakal-nakal !