Thursday, December 31, 2015

Episod 63 : It’s a Wrap for 2015. Hello, it’s 2016 !







Dua Kosong Satu Lima. Dua Ribu Lima Belas. Twenty fifteen. Bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. Terasa macam baru lagi aku update Episod 25 : Hello 2015 ! Good Bye 2014 ! Dah genap setahun episod itu. Terasa cepat masa terbang. So let’s see apa yang seorang Mr. Dominic Unknown telah lalui sepanjang tahun ini.

Around awal tahun, bulan Januari aku dah patah hati lepas Mr. Crush dapat pakwe lain. Kira cinta tak kesampaianlah. Patah seribu hatiku. Menaruh harapan dan harapan berkecai. Well teruk jugak aku punya rabak time itu. HAHAHA. Rasa tak bersemangat. Patah hati. Well cinta pertama katanya. HAHAHA. Thanks to Aries sebab selalu bagi nasihat dan kata-kata semangat kat aku.

Februari. Bulan cinta. Valentine day orang kata. New semester. Hello sem 2. Tak sampai seminggu hadap sem 2, aku dikejutkan dengan plot twist paling dahsyat. Mr. Crush yang aku suka tu kantoi bercinta dengan kawan sekelas aku, Adin ! Terjawab semua persoalan siapa yang Mr. Crush suka. Sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Sebab tak expect hal itu akan berlaku. I thought it only happen in Gossip Girls or Desperate Housewives series je. Kalau nak baca bolehlah ke Episod33 : Kebetulan Atau Kebenaran ? #AnotherPlotTwist dan Episod 34 : KebenaranYang Menyakitkan. Wah dah macam Tonton pulak sekarang. And until now aku tak pernah tanya pasal ni kat Adin.

Around bulan April aku dengan Aries ada pergi buat HIV test. Rapid test. Kinda nervous jugak aku pun. First time pergi buat test macam itu. Aktiviti yang aku buat tak adalah berisiko sangat pun. HAHAHAHAHA. The result are negative for both of us. Alhamdulillah. Apa yang penting, korang nak buat apa sekali pun please ada perlindungan aka protection ! Jangan ikut sedap sahaja. Terutama sekali mereka yang aktif di app Grindr, Hornet, PR dan sebagainya. Hati-hati okeyh.

Around bulan Mei aku pergi tengok Pitch Perfect 2 ! Setelah sekian lama menanti sequel mereka. Quite awesome movie ! My review boleh baca sini Episod 41 : PitchPerfect 2 - 4.5 Stars ! The next sequel will come out in 2017 ! Can’t wait ! HAHAHA.

Bulan Jun tamat final exam sem 2. End of semester 2. Cuti sem selama 2 bulan lebih. Mereput di rumah hari-hari.

Dalam bulan Julai aku mula kenal dengan beliau. Siapa namanya ? Let just keep this story to 2016 je lah. Tungguuuuu.

Masuk bulan 9, semester 3 aku bermula. Semakin tough cabarannya. Tapi akhirnya aku berjaya la gak hadapi sem 3 ini. November, birthday month. Hello 21 years old. After that aku pertama kalinya bertemu semula dengan Mr. Crush setelah setahun tidak bertemu. Masih tak percaya yang tu semua betul-betul jadi. From stranger, to skandal@crush and we become friend. HAHAHAHA.

Disember, sem 3 pun dah nak tamat. Sedang hadapi minggu exam. Hari ni aku baru settle jawab paper killer. Aku rasa suck sangat. Entahah. Macam taik pun ada. Rasa macam bakal jatuh je pointer aku. Dah la pengawas yang jaga pun tak comel. Apa-apa pun today is the last day of 2015. Maka bersyukurlah Unknown yang kau dah hadapi 365 hari di tahun 2015 dengan jayanya.

Aku harap 2016 akan menjadi lebih baik. So apa azam baru aku ? Well let’s see bout that. Nak jadi insan yang lebih berguna kot. Kena mulakan dengan jaga solat aku. Okeylah jujur aku cakap, sometime tak cukup 5 waktu jugak aku ni pun. 2016 ni aku harap dapat jaga solat aku. Amin. Lagi ? Aku rasa kena control selera makan aku ni. Sejak dua menjak ni makin berselera pula makan. Makin berisi dah pulak aku tengok. Paham-paham lah student ni. Stress je lapar. Lepas tu makan. Kafe pulak mana ada makanan healthy sangat. 2016 kena fit kan diri semula ! Chaiyok !

Aku rasa itu je kot. Selebihnya renew semula azam lama yang tak capai lagi. HAHAHAHA.

So setakat itu sahajalah throwback bagi tahun 2015 aku. Tak ada apa sangat pun.

Diharapkan tahun 2016 aku ni akan jadi lagi baik berbanding tahun-tahun yang lepas.  Amin. Akhir kata, Mr. Dominic Unknown nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2016 kepada semua blogger dan reader blog ini !!!!!


Adios ~

Tuesday, December 29, 2015

Episod 62 : Let The Battles Begin !


Semester 3. Tahun kedua. Sidang 2015/2016. 8 subjek. 6 papers to face ! This semester gonna end soon ! Bila dah hujung tu nak tak nak kenalah hadap final exam pulak. First paper aku bakal bermula pagi esok. Tepat jam 9.00 pagi. How was my preparation ? I’m not really sure bout that. Dah baca tips-tips para lecturer ! Harapnya boleh dimuntahkan semula di atas kertas nanti. Courseworks marks pun dah release. Ada yang okey. Ada yang syahdu di aidilfitri. Makanya aku perlu struggle sedikit kat exam paper nih. Kau giler sedikit ? BANYAK LAA WEYH !!! ada 3 subjek aku target A. Harap-harap ada rezeki. Amin. TAPI! Ada jugak 3 killer paper yang sangat berisiko untuk meragut pointer aku jatuh berderai. Harap dijauhkan. Dear 3 paper tersebut, paling kurang pun jadilah C. Amin. To all my blogger friends and silent readers yang menduduki peperiksaan final ini good luck and all the best aku ucapkan. Semoga kita semua diberikan kejayaan oleh yang Maha Kuasa. Insyaallah. Doa-doa jugak. Usaha jangan lupa. Actually aku pun malas nak study. Zzzzzzzzzzz. Tapi gagahkan diri. Last but not least, kita semua adalah hasil daripada sperma yang berjaya ! Last words lagi, engkau kalau nak meniru ke apa jangan sampai kantoi ! Kalau kantoi jawabnya kau get ready lah kena hukuman !

Adios ~



p/s : Diharapkan pengawas peperiksaan nanti kacak. Jadi bolehlah cuci mata sambil menjawab exam. HAHAHAHA.


Wednesday, December 23, 2015

Episod 61 : Abang Zul

It’s study week ! That’s mean my semester 3 is gonna end soon. Cepat pula masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 3 aku. Rasa macam baru masuk time bulan 9 hari tu. Well masa bergerak pantas. Sem ni aku agak busy dengan courseworks. Bertimbun. Presentation kali ni tak banyak. Ada dua presentation sahaja. Selebihnya Esei, esei and esei and some videos thingy. At last berjaya settle kan semuanya dengan jayanya. Good Job Unknown ! Sebab busy sangat sampai blog pun dah berhabuk. So apa jadi dalam episode 60 yang lepas ? Kau dah broke up ke ? Kenapa meracau sebegitu ? WOW ! Easy boy ! Semuanya akan distorykan sikit demi sikit in other episodes. Sebab episod kali ni aku nak story pasal Abang Zul. Who is he ?

Abang Zul. Bukan nama sebenar. Cut to short dia abang angkat aku. By that aku maksudkan abang angkat sahaja. Bukan abang angkat yang pakej mengangkat atau diangkat atas ranjang sekali. Yup ! not even any kerja tiup*translate in english*. Harap maklum. Dia tak pernah sentuh aku and aku pun tak pernah nak sentuh dia secara intimately. Clear ? Okey good. You may proceed now. Abang Zul ni biseksual. Dah lama sebenarnya aku nak story pasal Abang Zul ni. Tapi tak berkesempatan. Kali ni baru sempat nak story.

Aku rasa dah genap setahun kot aku kenal Abang Zul ni. Perkenalan aku dan dia agak kelakar sebenarnya. Kenal YS ? Selalu jugak aku mention pasal dia dalam episode-episod yang lepas-lepas. Kalau nak tahu bolehlah baca. Itu pun kalau rajinlah. Ok YS bukan nama sebenar. YS pun dah berjinak-jinak dengan dunia blogger. Lebih dikenali dengan nama Aries Kid itu. Blog beliau Potret Sang Lelaki. Well Aries was my first PLU friend yang aku kenal dalam dunia ni. Masa awal dulu dia pernah sebut yang ex-partner dia stay berdekatan area rumah aku. Tapi that time aku tak ambil port sangat. Bila dah kenal lama barulah Aries story more pasal ex dia which is Abang Zul. Jadi secara tak langsung aku pun kenal la Abang Zul.

Aries : Abang Zul ni kerja kat dalam shopping mall tu. Nanti kau pergilah usha dia kat sana. 

Aku : Oh erk. Nanti bila-bila aku pergi stalk.

Masa tu kalau tak silap during study week sem 1 kot. Tak pun masa cuti semester 1 aku dulu. Then aku pun pergilah mall itu. Terserempak dengan Abang Zul. Aku just perhati dari jauhlah. Yup dia memang kurus. Sebab sakit dia tu la.

Well time tu aku masih ada lagi app Grindr. HAHAHA. Look around sana sini. Adalah satu profile ni hai aku. Kitorang pun borak-borak. Tapi entah kenapa that time instinct aku kuat mengatakan yang aku tengah chat dengan Abang Zul. I just got that instinct la. Tapi apa yang menariknya aku dengan that profile tu tak ada trade gambar. Lagi pun borak biasa je. Dalam 2 hari lepas tu dia mintak trade gambar. So aku pun bagi jer la. After that dia pun send. Instinct aku tepat. Gambar Abang Zul. Tapi aku taklah mention yang aku kenal Aries. Tapi at the end Abang Zul tahu jugak yang aku and Aries kenal each other. Borak-borak lagi kat Grindr then dia minta wechat. Tipikal sangat. From Grindr to WeChat. Bila dah friend kat wechat just chat kat situlah. Ada satu hari tu. Hari Ahad. Time tu aku on the way balik uni. Abang Zul tanya aku. Lebih kurang macam ini conversation aku dengan beliau :

Abang Zul : Kau nak jadi adik angkat aku tak ?

Aku : Adik angkat ? Best ke jadi adik angkat kau ?

Abang Zul : Nak ke tak nak ?

Aku : Ermmm bolehlah. Aku pun tak ada abang. Bolehlah menumpang kasih. HAHAHAHA. Lepas ni kena panggil abang ke ?

Abang Zul : Yelah. Panggil Abang.

Begitulah kisahnya. Tapi masa dia tanya tu aku ada tanya opinion si Aries dulu. Lebih kurang macam ni conversation kami :

Aku : Abang Zul kau offer aku jadi adik angkat dia. Ok tak ?

Aries : Okey jer. Lagi pun kau kan memang nak abang.

Aku : Tapi macam kelakar pulak. Kau ex dia. Then kita kawan. Tetiba dia jadi abang angkat aku. Tak boleh blah. Pusing-pusing situ jugak.

Aries : Abang Zul okey la. Ala aku dengan dia ex je pun. Mana tahu lepas ni kau dengan dia ada jodoh ke. Mula-mula adik angkat lepas tu jadi boyfriend dia.

Aku : Aries ! No ! HAHAHA. Tu lagi tak boleh blah.

Then after that bermulalah hubungan abang adik antara aku dan Abang Zul. Abang Zul pernah warning aku. Dia kata if pointer aku below 3.00 dia nak ngamuk. Aku cuak nak mampos ! Yelah sem 1 aku pointer 2 something je pun. Tapi Aries pesan tak payah cuak. Sebab Abang Zul tak akan tanya. Yup. Until now Abang Zul tak pernah tanya pasal pointer aku. Bila aku balik rumah aku pergilah visit dia kat tempat kerja dia. Then nanti dia bagi aku cookies from kedai dia. Benda free mestilah best ! Dah la cookies tu mahal. Memang nak beli pun berkira-kira jugaklah. Sometime if aku ada masak something, aku bawaklah hantar kat dia. Bila aku bungkus je mak aku mesti tanya

Mak : Kau nak bawak bagi kat sapa tu ?

Aku : Unknown nak bawak bagi kat kawan lah mak.

Mak : Kalau bagi bekas Tupperware tu nanti mintak balik.

Aku : Yer tahu.

Well Tupperware mak kenalah jaga. HAHAHA. Bila dia dah makan nanti aku tanya la komen dia. Usually dia cakap sedap. I’m glad if dia suka. Pernah sekali tu aku macam bengang la jugak. Abang Zul ni sejenis manusia yang tak nak text aku. Kira tak ada la nak manja-manja antara abang adik ni. Some of my PLU friends pulak dapat abang angkat yang speedo macam-macam. Bagi duitlah, handphone lah. Sedikit sebanyak menimbulkan rasa iri di hati seorang Mr. Dominic Unknown. Senang cerita aku macam tak dapat perhatian dari Abang Zul. Ok ! tak. Mungkin aku sahaja yang rasa sebegitu. Ada jugak aku story pasal ni kat Aries. Well dia pun cakap begitu. Abang Zul ni bukan jenis yang suka text orang sangat. Plus dia kan sakit. Yup dia sakit. After that I realised something. I cant be like that. Aku kenalah faham situasi Abang Zul. Aku tak boleh nak selfish. Aku tak bolehlah nak perhatian sangat ke apa. Aku pun mula boleh adapt semua ni. Kadang-kadang aku nampak Grindr dia tengah hijau. Aku sakat la dia kat Grindr.

Aku : Hai. T ke B ? Jom fun.

Abang Zul : Ada port ? Jom-jom.

Aku : Kemain ! Asyik hijau selalu !

Abang Zul : Ala saja look around dalam ni. Menyibuk je gendut ni.

Aku : Hoi !!!

Kengkadang kat wechat pun macam itulah jugak. Dia bahan aku. Aku membahan dia balik. Ada jugak sekali tu dia bawak ku pergi rumah dia. Rumah dia dalam taman perumahan dekat dengan area rumah aku. Tak boleh blah sangat sebab rumah dia dekat betul dengan rumah mak cik aku. HAHAHAHA. Tapi sekarang ni Abang Zul dah berhenti kerja dah. Ada problem apa entah kat tempat kerja dia. Plus sekarang dia sakit. Terkena buatan orang. Orang yang buat tu pulak katanya guna dukun orang asli. Kuat la ilmu dia. Abang Zul dah pergi hospital but doktor sendiri tak boleh nak detect exactly dia sakit apa. Lagi satu si Abang Zul ni pulak dia ni bukan jenis yang suka nak pergi hospital. Banyak kali dah aku bising kat dia. But dia buat endah tak endah. 

Dalam bulan 10 lepas dia kena tahan kat ward. Dia senyap je tak cerita kat aku. Haishhh sabar je la aku dengan dia ni. Kalau aku tahu bolehlah jugak aku jenguk dia. Currently sekarang dia stay at home. Berubat cara tradisional. Makin kurus. Muka dah cengkung. Mana tak cengkung, each time dia makan mesti dia akan muntah balik. Macam itulah apa yang dia cerita. Perut macam tak boleh terima makanan. Aku risau tengok dia. Last month aku pergi melawat dia.

Aku : Abang apsal kurus sangat ni ? Sedihlah adik tengok.

Abang Zul : Kuruslah. Orang sakit memang macam ni.

Aku : Kurus sangat ni bang. Sampai cengkung pipi tu. Sedih ahh.

Abang Zul : Kau ni dik, tak payah nak berdrama melayu sangatlah.

Itulah ayat dia. Tapi sedihlah tengok. Sebab memang makin kurus. Apa yang aku boleh buat hanyalah berdoa supaya Abang Zul cepat sembuh dari penyakit dia. Amin.


Panjang dah ni. Mungkin saya patut mengundur diri. Till we meet again in other episode !
Adios ~


p/s : Banyak respons dalam box Ask Mr. Unknown yang aku tak sempat nak jawab lagi. Sorry guys ! Oh btw, aku dah godek-godek setting blog ni so belajar la edit-edit susunan dalam ni. Okey or not ?



Tuesday, December 8, 2015

Episod 60 : Happily Ever After ? Maybe Not.

Aku boleh rancang yang indah-indah. Aku boleh bayangkan semua kebahagiaan itu. Tapi sekelip mata semua tu berakhir. Hidup ni tak semudah yang kita rancang. 




Adios~

Tuesday, November 17, 2015

Episod 59 : 21



15 November 2015,
I'm now 21.
Completely came out to myself that I’m not straight and accept my own orientation. also start to explore dan mencuba pelbagai benda baru di usia 20.
Berjaya struggle untuk STPM at 19.
Got my lesen memandu kereta at 18.
Dapat 4A untuk SPM ketika usia 17. Sorry mak abah.
Kenal addmath buat pertama kalinya di usia 16.
Puberty hit me. HAHAHAHA. Also got 5As for PMR at 15.
Say hello to my first social media account which was Friendster at 14.
Start a new life in boarding school and and met my first girl crush ever, Iza then I left the school at the end of the year at 13.
Unexpectedly scored 5As for UPSR at 12.
Berjaya naik kelas kedua di usia 11.
At 10, I started to realise that I have more feeling toward boys.
Moving to a new house, new place, new school at 9.
Opah kembali ke rahmatullah ketika usia 8 tahun. Al fatihah.
New journey start. Hello tahun 1 at 7.
Being a happily ever after boy at 6.
Terkencing dalam seluar di tadika at 5.
Everything was fun at 4.
Nobody hate me at 3.
Keep growing up at 2.
Mak and abah tersenyum gembira melihat aku at 1.
Mak separuh nyawa nak melahirkan aku kat hospital. I almost die but kuasa Allah I still alive and selamat dilahirkan on 
November, 15th, 1994.

Well Hello usia 21 tahun. Bila flashback all my memories, banyak jugak aku dah lalui. Ok tipu. Sikit la. Tak banyak sangat. But cukuplah semua yang aku lalui tu dapat jadi pengalaman hidup aku. Hidup manusia kan mestilah ada up and down.

Birthday tahun ni quite happy la dari last year yang agak huru hara. Mood aku pun okeyh. So how was my birthday celebration ? Nothing grand like a birthday party. HAHAHA. I just baked some cake and pudding and then brought back to my hostel. Jamu kawan-kawan sini. That’s all. Well still abah tak wish birthday aku. My mom only. Banyak received birthday wishes from laman social. Thanks to the facebook birthday reminder. If not memang taka da la nak dapat birthday wishes memenuhi wall profile aku tu. Tak lupa jugak dari whatsapp. Kalau dalam group as usual la semua copy paste the first wish then resend. Also received voice note nyanyian lagu birthday mostly from my friends. But dari YS paling special sebab ada bunyi petikan Ukelele aka gitar kecik tu ha. Terharu pulak saya. HAHAHA. Thanks YS. Siapa YS ? Mohon rujuk early-early episode. Ada story pasal dia.

Ala takkan kengkawan jer kot. Someone kau tu apa cerita. Mesti ada kan. HAHAHAHA. Kalau takda tu tipu la. Yes ada. Dia buat video untuk aku. Dalam tu dia wish birthday and then dia nak aku skor untuk sem ni and mesti dean list. I’m so dead. HAHAHA. Aku cakap kat dia yang aku akan cuba yang terbaik. Ada rezeki insyallah. Fakulti aku ni nak dapat dean list pun susah. Previous sem dengar-dengar pun katanya 2 orang sahaja yang dapat dean list. Tapi until now takda sebarang bukti. Might be a rumour. Aku ada jumpa dia hari tu. Datinglah apa lagi kan. HAHAHA. He gave me a birthday gift. Action figure Fantastic 4. Terharu aku sebab tak expect apa pun dari dia. Thanks someone. And nope. He did not know about kewujudan Mr. Dominic Unknown dan juga blog ini.


And then lagi aku ada terima 2 artworks birthday dari Hangout ! satu daripada seorang blogger dan satu lagi dari seorang silent reader blog aku.
Anda tahu siapa diri anda. Terima kasih banyak aku ucapkan.
 Sumpah terharu. Aku cepat terharu kalau benda-benda macam ni. Even wish sekali pun aku rasa terharu sebab kau rasa macam yeahhh ada orang care la jugak kan nak wish birthday kau. Thanks anda berdua ! Aku pun failed kot kalau buat macam ni. I will keep this two artworks nicely !

Aku ada jugak tunggu birthday wish dari Mr. Crush. But tiada. Kalau last year yes dia ada nyanyi. Tahun ni tak ada. Ok chop ! That was my first impression. All of sudden keesokan harinya petang 16th November, dia whatsapp aku.

Mr. Crush : Hoi Unknown ! Apsal tak cakap semalam birthday kau ?!!
Aku : *Emoji ketawa* Kau tak tanya aku. Seganlah aku nak cakap.
Mr. Crush : Happy birthday ! Moga bahagia bersama yang tersayang itu
Aku : Thanks Crush. Ni je ke ? Nyanyi la sikit.
.
.
.
.
Dia double tick aku di whatsapp. Awkward.

10.05pm
Mr. Crush : *voice note*

HAHAHA. Dia send la satu lagu birthday dia nyanyi. Lawak pulak si Mr. Crush ni. Well that’s all happen on my birthday which was dah berlalu 2 hari lepas.
Oh ya ! sebelum terlupa. Aku ada jugak wish kat Iza. My girl crush dulu-dulu. Kebetulan birthday kitorang jatuh pada hari yang sama. Aku nyanyi then send via whatsapp. Then dia reply. Thanks semua and dia doakan aku panjang umur and etc. Well feeling aku kat dia pun dah macam kawan dah. HAHAHA. She deserve someone better.

Oh ya ! To Nov C ! Since we share the same date ! Happy birthday to you ! Happy thirty... ehhh 20 an lagi kan. HAHAHA ok just kidding. Semoga panjang umur n murah rezeki. Semoga persahabatan sesama blogger kita kekal selamanya. Amin !

Hans, my bestie menjadi orang terakhir wish birthday aku. Panjang jugak wish dia. Aku ingat dia lupa dah. Luckily dia ingat. Dia sengaja buat macam itu.

Apa yang kau hajatkan untuk birthday kau ? Well a lot ! Banyak kot. Aku share sikit aku harap dapat harungi life aku dengan tabah. Life university yang berbaki 2 tahun lebih ni. Life challenge pun mestilah setara dengan usia diri. Harap mampu dihadapi. Semoga aku terus bahagia dengan orang-orang yang aku sayang and also with someone itu. HAHAHA poyo je ayat.

HAPPY BIRTHDAY MR. DOMINIC UNKNOWN J

Adios~

p/s : Dear 21, please be nice to me !


Friday, November 13, 2015

Episod 58 : Pertemuan



12 November 2015/10.00am

*Pilih baju*
Kemeja hijau, tshirt biru, and tshirt merah.

*monolog dalaman*
Mana satu aku nak pakai ni. Kemeja je la. Senang. Eh tapi aku nak pergi mall je kot. Over gila nak kemeja bagai*tolak kemeja hijau ketepi*. Merah pun smart jugak ni. Wait !! Last year aku dah pakai tshirt merah ni time jumpa dia. Tak boleh. Ok so aku pakai tshirt biru ni je la. Tapi apsal aku rasa macam Mr. Crush nak pakai kaler biru jugak ni ? No la. How come nak pakai sama kaler pulak. Imposible la.

Tamat monolog dalaman.

After that aku whatsapp si Mr. Crush.

Aku : Crush, kau bangun ke belum ni ? Jadi tak pelan hari ni ?

Mr. Crush : Dah la. Dah lama bangun. Tengah tolong my dad ni.

Aku : Okey. Good boy. Jumpa kat sana nanti.

Mr. Crush : Alright weyh. Eh kejap. Ermmm aku datang ni kau jangan gelak tengok kasut aku tau. Aku dah taka da kasut lain nak pakai.

Aku : HAHA. Takda la weyh. Aku pun pakai biasa je ni. Pakai sandal saja.

After bersiap aku bergerak pergi mall AT dalam pukul 11am. Sambil-sambil tunggu dia sampai aku jalan-jalan dalam mall. Cuci mata melihat keindahan ciptaan tuhan yang bekerja dalam kedai-kedai yang ada dalam tu.

*Whatsapp masuk*

Mr. Crush : Unknown, aku gerak lambat sikit. Ada hal nak kena settle. Dalam pukul 11.40am aku sampai.

Aku : Okey. Dah sampai nanti kau inform.

Mr. Crush : Baik.


11.40am

Sumpah aku nervous jugak sebenarnya. Macam-macam aku pikir. What if dia tanya pasal feeling aku ? What if dia nak mengorat aku balik ?*Jangan gelak la* What if jadi awkward balik ? HAHAHA itulah segala persoalannya. Then dia send whatsapp

Mr. Crush : Kau kat mana ? Aku dah sampai.

Aku : Aku kat depan Starbuck ni. Kau datang sini. Aku tunggu.

Mr. Crush : Coming now !

Sambil tunggu tu aku adjust la apa yang patut. HAHAHA rambut, baju semua. Then dia muncul dari belakang aku. My first impression was aku tersenyum. Yes aku senyum kat dia. Walaupun a bit segan. And yes aku mulakan dengan salam dia. Shocking part was he was wearing blue shirt jugak. Again my instinct dengan tepatnya meneka. -_-. After that aku usha kasut dia yang dia pakai. Patutlah dia kata jangan gelak. Sebab dia pakai kasut kulit pergi kerja tu. Berdekah aku gelak kat dia tadi. Tak ada kasut lain nak pakai kata Mr. Crush.
Aktiviti first kitorang was pergi tengok baju-baju kat kedai-kedai yang ada dalam AT tu. Banyak yang cantik. Mr. Crush pilih and then test kat fitting room. Aku pun try jugak. Lepas try dia tanya aku la which one better. Aku pun jadilah penasihat fesyen yag tak bertauliah. Lepas tu jalan-jalan dalam mall lagi. Sambil-sambil tu cuci mata melihat keindahan ciptaan tuhan. HAHAHA.

Aku : Weyh, sebelah kiri tu.

Mr. Crush : Kan. Nervous pulak rasa. Jom masuk kedai dia. HAHAHA.

Aku : Boleh tahanlah kita dua ni kan.

Serius aku gelak berdekah dengan dia. Lepas tu sembang-sembang pasal life aku dan dia sekarang. He asked me about my partner. So aku story la serba sikit kat dia. Aku pun tanya jugak dia. Dia cakap right now dia dengan someone from his uni. Glad to hear that. So we both have partner. Dia tunjuk kat aku pic his new partner. Suddenly dia terswipe ke kanan and muncullah gambar seorang Adin ! Aku sebenarnya tak nak tanya pasal tu but since dah terjadi keadaan demikian aku terus masuk. Aku tanyalah apasal diorang broke up. And yeah he told me. Tapi dia kata lepas dah putus dia rasa tenang and bebas. Hilang beban di bahu dia kata. 

Based on his story, aku assumed yang Adin ni jenis overprotective yang tahap cepat insecure. Macam tu la kot. Tambah dia lagi, after broke up Adin mintak get back but dia tak nak dah. Begitu kisahnya. Around 3pm aku dengan dia pergi lunch kat KFC. Dua-dua manusia ini order Snack Plate. Sambil makan tu sambung la borak-borak. During that aku hulurkan kat dia novel yang dah lama aku nak bagi kat dia tu. Since tahun lepas lagi aku beli. Tak sangka akhirnya tercapai juga hajat nak bagi dia novel itu ! After setahun ! Dia ucap terima kasih kat aku. Dia pun belum baca lagi that novel. 

After lunch dah nak gerak sebab dia ada gathering dengan member dia. Suddenly hujan turun and aku dengan dia pulak naik motor. Kami pun tak boleh nak bergerak ke mana. Aku dengan Mr. Crush duduk atas sit motor. Dia guna motor jenis skuter. Aku rasa tertarik dengan skuter sebab aku tak pernah tunggang skuter.

Aku : Weyh nak try bawak jap boleh ?

Mr. Crush : Boleh saja. Nah *hulur kunci motor*. Kau pulas minyak je. Takda gear-gear ke apa. Paham tak ?

Aku : Oh okey.

Aku pun dengan excitednya naik and round area parking tu dua round. Seriously it was fun sangat ! Sambil terjerit-jerit aku bawak skuter dia. Sumpah seronok naik skuter ! HAHAHA. Dah puas main skuter aku duduk lepak-lepak sebelah dia. 

Tetiba dia rapatkan muka ke arah muka. Aku dah nervous siaaa ! lepas tu dia rapatkan bibir dia dengan bibir aku. Aku tak berganjak terus stay situ. Bibir kami bertautan. Berlakulah adegan bercomolot di parking lot. Dia terus kiss aku dengan penuh passion. Dan aku pun pada mulanya tak rela mula merelakan apa yang berlaku. Hujan turun makin lebat. Tangan Mr. Crush mula memeluk aku. Dan aku pun mula memeluk dia. Kawasan parking agak sunyi. Nobody was in there accept us. Line clear wa cakap lu nak project ! TIba-tiba !
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
CUT !!!!

Maaf mengecewakan anda. Adegan itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak berlaku langsung. Sekian.


Dah puas main skuter aku duduk lepak-lepak sebelah dia. Mr. Crush sedang tunggu member dia. All of sudden dia tanya aku.

Mr. Crush : Weyh Unknown, jom teman aku pergi gathering member aku tu nak tak ?

Aku : Huh ? aku tak kenal diorang la weyh. Segan ahh.

Mr. Crush : Ala jomlah. Lagipun hujan ni. Nak blah macam mana.

Aku : Hmmm. Ok lah ok lah. Jom. Kau dah tanya diorang ke ? kang macam semak je aku join.

Mr. Crush : Dah. Kau jangan risau. Actually ni birthday party adik awek member aku tu. Tu yang dia ajak. Aku kenal dia since sekolah rendah.


So we both went to that party. Dekat je dengan mall tu. Jalan kaki dah sampai. Aku cuba untuk tak awkward dan jadi friendly la. Tegur-tegur diorang. Main belon. Ada prank sikit. Jahat tau diorang ni. HAHA. Menangis la si mangsa itu. Party end. Kitorang pun get ready nak blah. Until suddenly Mr. Crush realised that his wallet was missing. Wallet dia tak ada ! Dia mula panic and start cari. Aku pun tolong cari sekali. Aku dah agak dah wallet and phone dia senang hilang sebab dia ni jenis manusia yang suka pegang kat tangan. Tak nak simpan dalam poket seluar. Still tak jumpa. So dia decided nak cari kat parking motor. Maybe ada tertinggal kat sana.

We both pergi balik kat parking and cari. Muka dia sangat cuak. Duit tak banyak cuma ada kad pengenalan dan kad-kad bank la dalam tu. Sampai kat parking, dia terus terpa ke motor dia. Guess what ! He left his wallet kat dalam ‘poket’ skuter tu. Aku sebut poket sebab aku tak sure apa nama bekas tu. Ala-ala raga senang cerita. Rezeki dia masih ada. Wallet tu tak hilang. Alhamdulillah. Dia lega la.

After that diorang decide nak pergi karaoke. But aku tak join. Because agak lewat jugak. Aku keluar dengan dia since pukul 11am tu sampai pukul 8.30pm. Setengah hari jugaklah. Maka tamatlah pertemuan aku dengan Mr. Crush pada hari itu. 

Before balik aku salam tangan dia and then give him a brother hug. Peluk dia. You know what sebenarnya party tu berbayar. Satu kepala berapa ringgit entah. Birthday party yang berbayar. And Mr. Crush yang belanja aku. Kalau aku tahu berbayar tak ada la aku nak join. Sebab dia pun bukan ada duit sangat. Dan aku ni bukanlah jenis nak suruh orang belanja bagai.

Aku : Thanks for today Crush. Aku happy giler keluar hari ni. Thanks jugak belanja tadi. Kalau tahu kena bayar tadi takda la aku join.

Mr. Crush : Weyh sama-sama. Thanks Unknown sudi keluar dengan aku hari ni. Teman aku pergi sana sini. Takper. Aku nak belanja. And that novel thank you so much !

Aku : Alright bro. Apa-apa hal kalau kau nak ajak lepak ke apa just whatsapp aku okey ? And lagi satu kalau kau nak main ke apa jangan lupa protection. Jangan nak pikir sedap je. Masa depan jauh lagi tu.

Mr. Crush : HAHAHA okeyh weyh.

Haaa begitulah flashback saya.

Well apa yang aku boleh conclude sini, pertemuan dengan Mr. Crush was okeyh and fun. No awkward moment. Feeling aku kat dia pun dah macam kawan. Better stay as kawan je la. Sebab hati aku dah ada pada someone itu. Gittewwww.


12 November 2015/11.00pm

*Whatsapp masuk*
Mr. Crush : Aku baru sampai rumah.

Adios~


p/s : Alhamdulillah everything getting better. Bakal menjengah usia baru dan aku harap akan terus menjadi lebih kuat untuk hadapi hari-hari yang mendatang.



Thursday, November 12, 2015

Episod 57 : After A Year


11 November 2015 - 9.00pm

*Twitter view*

@DomUnknown Macam nak pergi mall AT esok.
.
.
.
.
A few minutes later :

@MrCrush : @DomUnknown Jommm AT esok

@DomUnknown : @MrCrush Jommm. Aku pun rasa nak pergi esok jugak.

@MrCrush : @DomUnknown aku nak cari baju baru ahh. Harap ada sale.

@DomUnknown : @MrCrush hahaha aku nak jalan-jalan dalam AT je. Bosan pulak cuti ni tak keluar.

A few minutes later :

Direct Messages :

@MrCrush
Unknown, Can I have your number ? Besok free ?

@DomUnknown
Hey ! Yes ! Esok I’m free.
013-XXXXXXX


Whatsapp conversation :

Mr. Crush : Hoi Unknown ! 

Aku : Hello Crush ! 

Mr. CrushEsok what time kau free ?

Aku : Besok aku free seharian.

Mr. Crush : Around 11am or 12pm aku nak keluar.

Aku : Great ! Petang sangat pun risau jugak kalau hujan.

Mr. Crush : Nak tengok baju kat Brand Outlet and F.O.S sekali. Kalau berkenan aku nak beli.

Aku : Oh. Okey. So tomorrow around 11am in AT ?

Mr. Crush : Yes !

Aku : Okeyh. See you there tomorrow.

Adios~


p/s : Aku pun tengah speechless sebenarnya. Like seriously I’m going to meet  him tomorrow. Hopefully it’s not going to be an awkward moment. Jangan salah paham. Aku dengan Mr. Crush keluar atas dasar member-member. Not more than that. Wish me luck guys.