Saturday, April 15, 2017

Episod 90 : Power Rangers Movie



Budak-budak yang lahir dalam tahun 90an for sure tahu kewujudan siri adiwira Power Rangers ! Like seriously aku rasa kalau kau tak minat Power Rangers tu aku rasa kau tak menikmati zaman kanak-kanak kau. Kadang kat sekolah siap berebut dengan member nak cop kaler Power Rangers. Good old time. Sehingga ke hari ini US telah mempunyai 22 season of Power Rangers series yang diadaptasi daripada siri Super Sentai yang dihasilkan dari negara Jepun. But I prefer the US version even sometime storylinenya cliché and agak sendu but yeahhh Power Rangers for life !

Well 2017 akhirnya menjadi tahun pilihan Saban untuk release Power Rangers versi filem ! Filem Power Rangers yang baru sahaja menjengah pawagam Malaysia bermula Khamis lepas aka 23 Mac 2017 lalu ini merupakan filem Power Rangers yang ketiga selepas dua filem yang pernah dihasilkan oleh diorang. The first filem Power Rangers was Mighty Morphin Power Rangers : The Movie dan the second one was Turbo : A Power Rangers Movie. Kedua-dua filem ini mengekalkan pelakon yang sama yang mana filem pertama menggunakan watak dan pelakon dari siri Mighty Morphin Power Rangers manakala filem yang kedua menggunakan watak dan pelakon dari siri Power Rangers Turbo.
First legacy of Power Rangers
Power Rangers 2017 menggunakan konsep reboot. Masih mengekalkan watak-watak yang ada dari siri Mighty Morphin Power Rangers namun jalan cerita sememangnya berbeza. 

Dari kiri Billy, Kimberly, Zack, Trini dan Jason
Filem ini berkisar mengenai lima orang remaja sekolah menengah yang tidak mengenali antara satu sama tetapi telah terpilih untuk menyelamatkan dunia dari ancaman Rita Repulsa ! Jason, Kimberly, Billy, Zack dan juga Trini tidak pernah menyangka yang mereka akan menjadi Power Rangers. Musuh utama mereka merupakan Rita Repulsa yang hidup semula setelah 65 juta tahun ditewaskan oleh Zordon. Berbeza dengan siri yang pernah kita tengok dulu, dalam movie ni korang akan nampak kelima-lima remaja ni ada story masing. Not so teenagers with attitude ! Jason, Kimberly dan Billy merupakan pelajar yang ditahan dalam kelas detention atas sebab-sebab masalah disiplin. Zack pula remaja yang jenis tak pergi sekolah tapi at the same time menjaga ibunya yang sakit. Manakala Trini ! Yaszz ! The most controversial character yang menjadi tajuk hangat ! She is a lesbian loner yang masih struggle dengan masalah penerimaan dirinya yang lain dari yang lain. Sedikit selingan, disebabkan watak Trini yang dipaparkan sebagai lesbian, in fact she is the first lesbian superhero that featured in film, maka berduyun-duyunlah umat manusia di alam maya yang melabel bahawa filem ini merupakan agenda halus yahudi untuk menormalisasikan LGBT dalam masyarakat. Okey malas komen panjang you guys decide lah sendiri okeyh.

Ok continue balik. Si Billy, a black boy yang agak nerd ni dah temui satu benda yang berharga di sebuah lombong. So dia pun pergi situ siap dengan alatan nak letupkan that batu-batu yang ada. Once berjaya meletup 5 keping power coins lima warna terpelanting keluar. Kebetulan diorang lain turut berada di lokasi kejadian terus grab each of the coins. Cut to short the next day something weird started to happen. Each of them mula dapat extraordinary ability. Disebabkan perubahan tu, diorang pergi balik ke lombong tersebut dan discover some kind of kapal angkasa yang dihuni oleh Alpha 5 ! Aiyaiyaiyaaaaaaaaaaaaaaaaaai !

Alpha 5 rajin senam be like

Dalam kapal tu they olls semua ketemu dengan Zordon juga. Cut to short si Zordon ni khabo ked orang katanya korang ni Power Rangers. Tapi berbeza dengan siri Power Rangers yang mana diorang selalunya boleh morph terus tapi dalam movie ni untuk morp pakai sut segala tu diorang kena struggle sikit. They need to praktis and bekerjasama. Nak tahu apa jadi lepas tu ?

Haaa tu kena tengok sendiri la. Kang nanti spoil. HAHAHA.

Overall aku suka filem ni. Walaupun mungkin agak draggy sikit sebab ini merupakan filem pertama yang lebih berkisar mengenai permulaan kisah mereka. Jadi harapnya sequel yang akan datang mampu memberi impak yang lagi awesome ! Oh ya dalam mid credit scene ada teaser kewujudan Tommy Oliver. Tapi masih belum kelihatan. 
SLAYYYYY
Dalam sequel watak dia akan muncul. Rumors has it katanya watak Tommy Oliver mungkin perempuan hal ini kerana Rita Repulsa yang juga perempuan telah menjadi ranger hijau sebelum ini. Jadi kemungkinan untuk replacement dia juga seorang perempuan adalah tinggi. Aku sangat suka suit hijau Rita Repulsa yang baru ni ! Sumpah smart nak mampos ! With elemen seksi dan brutal digabungkan !

Why so handsome ?

Nikmat apa yang kau dustakan bila mana black ranger ni handsome nak mampos ! Cair hati abang tengok. HAHHAHAHAHA.

Oh ya in case you guys missed it, terdapat juga cameo daripada watak original Tommy Oliver dan juga Kimberly Hart yang muncul sebagai orang awam ketika monster dan megazord sedang berlawan. 

Please spot them okeyh ! So untuk movie ini aku kasi 4/5 stars !

Episod ni aku dah buat lama dah. Tapi baru nak pos. Bapak lambat gila. HAHAHAH. Jangan risau. Aku still ada lagi cuma kekangan masa yang buat aku tak sempat nak update *ayat coverline sangat*. Baiklah sehingga bertemu lagi dalam episode yang lain.


Adios ~

p/s : Wahai semangat untuk berlari aku seru kau kembali. Mood nak berlari aku dah kelaut. Haishh.