Friday, September 21, 2018

Episod 108 : Seorang Jejaka Bernama Joey


31 Mac 2018 10:06PM

“Hi”

Semuanya bermula ketika satu malam aku menggunakan People Nearby dalam aplikasi Wechat atau bahasa dalam kamus dunia PLU dikenali sebagai Look Around. Bukan nak menggatal pun. Sekadar nak tengok manusia sekeliling Kawasan. Dengan rupa aku yang sekadar di pinggiran ni for sure la susah nak dapat sebarang respons kan. Well as expected ada jugak staf tempat intern aku yang turut sakan look around. Oh disclaimer, di saat kejadian ini berlaku hubungan aku dan juga Dario sedang dalam fasa krisis.

Tak semena-mena malam itu aku menerima satu friend request daripada akaun yang bernama Joey *bukan nama sebenar*. At first aku terkejut jugak sebab mamat ni hensem nak mampos. Ok mungkin aku yang over. But dia memang hensem. Tanpa berlengah aku pun terus approve request tersebut. Maka bermulalah kisah antara aku dan juga Joey. Awalnya aku tak sure dia ni gay boy atau pun lelaki lurus. Tapi since dah guna people nearby tu besar kemungkinan dia memang something la.

Chat demi chat. Bermula dengan introduction diri. Background apa semua. Menurut Joey dia berumur 25 years old. Dah kerja as Architect Assistant di sebuah company milik uncle dia. Previously Joey ni lulusan university overseas beb. Kau mampu ? Bapak genius si Joey ni. Tapi Joey claim kata dia tak tahu pun apa dia study kat sana. But still he nailed it and get a job in a company. Actually he sounds too perfect. Handsome, kerja bagus dan macam anak orang kaya. Sumpah aku taste giler kat si Joey ni. He such a sweet talker ! Tapi aku ada terfikir yang aku ni mungkin tengah chat dengan scammer. Nowadays kan banyak kes. Chat dengan muka orang lain. Bila jumpa muka lain. Ada jugak kadang tu kami flirting around. Aku pulak masa tu tengah sakit hati dengan Dario. Memang padan la.

Pernah sekali Joey voice call aku melalui Wechat. Kitorang borak-borak kejap. Suara dia manly. Abang-abang sangat. Kami borak-borak pasal life masing-masing. Cut to short one day aku bagitahu dia yang aku ada boyfriend. Suddenly dia macam step back. However we both still chatting eventhough it was quite awkward bagi aku. Aku ingat Joey dah tak nak contact aku lagi dah. How ever the next day Joey texted aku.

2 April 2018 – 1:34PM

Joey : Hi

Aku : Hi Joey

Joey : Lunch ke tew ?

Aku : Tak lunch. Aku mereput kat office. Tak rasa nak makan. Kau dah lunch ? Makan apa ?

Joey : Baru nak gi. Ingat nak pick up kau ajak makan. Hahahahaha.

The moment aku read his offer tu hanya tuhan yang tahu betapa excitednya aku masa tu. HAHHAHAHA. Unfortunately, God decided that Joey and Dominic won’t have a chance to lunch together. Korang bayangkanlah, Joey texted aku jam 1:30pm lebih. Lunch hour aku masa tu jam 1-2pm. Basically less than an hour untuk dia datang pickup aku and then eat lunch then nak hantar aku balik. Kau nak mampos ? memang rush la kisahnya. So our lunch date was cancel la akibat kekangan masa. Kau pun satu Joey ! Apsal ajak lambat sangat ? cubalah ajak awal sikit. Ni tak. Melepas peluang aku nak jumpa kau face to face.

Hubungan texting aku dan Joey masih berlarutan. Selalu jugak kami texting. Usually random stuffs. Sometimes aku mintak dia send selfie. Sebab ? Kau tahu tak dia tu hensem ? Eye candy teruk ! Melting je tengok janggut dia. Usually dia akan tarik balik pic tu but aku akan save ASAP ah. There was one day Joey akhirnya reply text aku setelah senyap about two weeks jugak.

29 April 2018 3:14PM
Joey : Dom

Aku : Eh hai Joey !

Joey : Ai. Haha. Tengah buat apa ?

Aku : Tengah lepak kat McD dengan member aku.

Joey : Oh. Dah tengok Infinity War belum ?

That moment dia tanya soalan tu aku macam blur jap nak jawab apa. Sebabnya sehari sebelum dia text aku tu, aku dah pergi tengok dengan Gib Sulaiman kat KLCC. 

Expectation : dia mesti nak ajak aku tengok wayang dengan dia. Omg ! Nervous sial ! Okey tipu sunat je la. Bila lagi kau nak date dengan Joey dowh ! 

Maka..

Aku : Belum. Kau dah tengok ke ? Mesti ramai giler orang tengok.

Joey : Dah tengok. Tapi boleh tengok sekali lagi. Haha.

Nampaknya reality itu pahit untuk ditelan. Aku expect dia ajak aku tengok tapi sudahnya dia dah tengok ! HAAAAAA TEPUKKKKKKKKKKKKKK ! Tapi dia ada bagi hint nak tengok kali kedua but he never asked me. So takkan aku nak ajak pulak kan ? Kebetulan aku pulak tengah pokai. Haihh tabahlah Dom. Disebabkan masa aku di ibu kota semakin suntuk. Dia texted aku on 29 April. Aku habis intern 4 Mei. So aku dah nak left ibu kota. Memang tak ada chance la nak jumpa si Joey ni. Aku dah mula pasrah sikit-sikit. Perhaps he is just too perfect for me.

Kau takda mintak nombor phone dia ? Yes I did try to ask about his contact number well at least ada number kira secure dah la.

Aku : Joey, ermm nak nombor kau boleh ? Kang kau hilang lagi. Terus lost contact.

Joey : Hahaha. Nak ke ? Siannya.

Aku : Andai sudi diberi.

Joey : Nak mengorat ke ? hahaha

Aku : Nak mengorat tapi skill tak power.

Kemudian conversation antara aku dan Joey tergantung selepas itu. Tiada nombor pun diberi. Kau tengok betapa failednya aku ni. Maka Mei pun mula menjengah. Tamatlah internship aku di sana. Aku masih lagi berhubung dengan Joey sekitar bulan Mei. After 3 Mei sekali lagi Joey hilang. No reply. Uninstall mungkin. Or dia memang dah tak nak contact aku. Sekitar 24 Mei Joey kembali muncul. Kami texting semula. Just random text. Keep on update apa semua. While aku memang dah touch down kampung halaman. Makanya aku dan Joey tak berpeluang untuk bertemu face to face. So basically Joey ni dengan aku ni texting on off. Then masa raya ada la aku wish raya kat dia apa semua. Oh ya dia ada bagitahu yang dia ada awek. Aku pun macam Oh okey. He might be a bisexual guy kot. 

Around mid August I tried to text him back. But no reply. I wonder what happen to him. Minggu berganti minggu. Almost every week la aku seru nama Joey kat Wechat but same result. No reply. Last week pun ada ada buat. Masih sama. Tiada reply. Adakah Joey memang hilang selamanya ? I don’t know. Maybe dia uninstall Wechat, maybe dia nak ignore aku, maybe he found someone else. Too many probabilities kan. Aku sendiri pun tak pasti tu memang muka dia atau bukan. But I hope that is him la. Apa-apa pun aku ada rasa sikit rindu dengan Joey. Apa khabar la agaknya. Mungkin one fine day we both might meet. But only god knows when it will happen. Or else it wont happen.

Jadi begitulah ceritera mengenai jejaka yang bernama Joey yang muncul sebentar dalam hidup aku. Apa-apa pun aku doakan semuanya baik-baik untuk dia. Hopefully dia tak akan lupa aku.

Maka tamatlah entry kali ini. Lama betul baru nak update. Blog sememangnya semakin malap zaman kegemilangannya. Banyak yang aku nak story. But laterlah. That's why aku simpan buat pekasam dulu entry lain.

Till we meet again in other episode.

Adios ~

p/s : My convo day gonna be in next month ! Wuhhooooo !!