Wednesday, October 28, 2020

Episod 114 : Setahun kemudian...

 


Aku rasa ni paling lama aku tak menulis apa-apa di laman blog aku ni. Setahun aku tak buka langsung. Sebab? Mungkin keinginan untuk menulis turut hilang dengan peningkatan usia. Poyo much. But still, kinda lama tho. One reason mungkin sebab taka da pembaca dah kot. Well obviously orang dah tak baca blog. Unless blog kau merupakan blog resepi atau pun blog-blog yang menyajikan koleksi kisah ranjang bersama gambar sensasi. Sempat aku usha-usha rakan blogger lain. Rata-rata pun semua dah sepi. Masing-masing mula sibuk dengan kehidupan harian. Apa yang membuatkan aku kembali? Entah. Mungkin sebagai satu ruangan escape untuk aku keluar dari dunia real aku. At least di sini aku bebas menulis mengenai hidup aku.

Jadi berbalik kepada life aku? How was it? Basically.. after last time aku story, aku dapat kerja setelah aku punya program SL1M tu ended. Aku try jugak apply dekat company tu tapi nanhado. Kabel pun tak kuat or maybe no rezeki kot. Maka aku apply di tempat lain. SPA, Jobstreet, LinkedIn, Wobb and ntah apa lagi. Semua sepi. Just imagine aku menganggur start dari aku tamat SL1M on 25 September 2019, until masuk November. Cut to short one day member aku, Ady whatsapp aku offer kerja dari this one recruiter.

Ady : Recruiter ni offer kerja kat aku. Tapi aku dah ada kerja. Kau send resume kat aku. Nanti dia roger kau.

Then that recruiter contact aku. Offer that job and nanti akan kena pergi interview. Based on apa dia cakap kerja as customer service agent. Aku pulak tengah desperate just give it a try ah. Plus cinta hati aka Isaac suruh aku go try it since kerja lain belum dapat *aku perlu buat satu episode khas untuk Isaac later on*. Maka aku pun pergilah ke interview tersebut. Ada dua level. First with the agensi and second with the company. Second tu only if kau lepas the first interview la. Eventually aku lepas and go to the next interview. At first tu memang aku clueless jugak la kerja aku ni under apa and so much more. Then barulah tahu aku akan kerja under company telco to be exact jadi customer service agent yang jawab call daripada pelanggan.


Few days later, recruiter tu call aku. Bagitahu kata aku lepas that interview and dapat that job. Happy la jugak dapat kerja but at the same time nervous sebab aku tak pernah bayang akan terjebak dalam dunia customer service ni weyh. Siapa je yang dari kecik bercita-cita nak jadikan kerja ni as karier? NOBODY! Kerja aku ni under agensi. Which mean not permanent la. Contract basis per year. Shift hours. Kerja 5 hari seminggu dan off day ada 2 hari but not during weekend. Rotational off day. Sometime weekend sometime aku off on weekdays. Basic RM1800 sebab takda pengalaman dalam bidang ni. Ada elaun transport dan juga KPI. Ada EPF and SOKSO. Apa boleh buat dah nasib badan.


Maka pada 2 Disember 2019 bermulalah hari pertama aku. Dari Bangi aku berulang alik ke office yang terletak berdekatan dengan Shah Alam. So bayangkanlah sendiri duduk atas motor selama 45 minit. For the first month tu aku di bawah unit training and office hour duluan. Of course kena training dulu for a month sebelum kena handle customer. I have to say it was never easy. Stress. Baru training a month aku dah stress. Lemah siaa. Hari-hari aku sebak time atas motor tu. Kau rasa macam amenda anjink aku belajar sampai degree end up kerja as customer service agent?? Member lain siap mendunia dengan karier masing-masing. Even Adin pun nowadays dah mula menghiasi kaca tv rumah orang. Aku rasa not fair gila. Serious. It just like kau rasa life kau sangat suck. Ye aku rasa macam tu. Sumpah aku penat time tu. Tapi alhamdulillah Isaac selalu bagi aku semangat. Dia kata aku boleh buat. Dia one of the reason yang buat aku kuat after keluarga aku. Pernah sekali aku menangis depan trainer aku, Kak Anne. Aku memang luah la apa aku rasa. Stress, rasa belum cukup bagus, I’m not a good example to my siblings and so much more. Kak Anne open up dengan aku. Ada la something yang dia cakap yang buat aku rasa aku boleh hadap benda ni. Maka aku teruskan perjalanan hidup aku.


The next challenge was nak cari rumah sewa baru. Sepanjang bulan Disember memang aku ulang alik. Itu pun sebab shift belum bermula. Office hour bolehlah aku nak berulang. Bila start shift akan jadi lagi disaster. Isaac banyak tolong carikan untuk aku bilik yang bersesuaian. Susah juga nak cari bilik. Ada yang aku pergi apartment kecil tapi owner ubah suai sampai boleh jadi sembilan bilik. Bau mengalahkan rumah setinggan warga asing. Kepam sia. Tapi akhirnya dapatlah juga sebuah bilik medium yang berharga RM400 di Shah Alam. Berkelengkapan katil dan almari baju jenis kain tu. Aku pun berpindah dari Bangi ke Shah Alam. Isaac yang tolong aku pindah. Dia datang untuk angkut barang-barang aku.


Aku mula jawab call since January 2020. One word... I just hate my job. Seriously. Tapi aku tak ada choice lain. Either aku takda duit langsung sebab tak kerja or else just hadap sahaja kerja ni as long aku dapat duit. Some customers can be mean and dia anggap kau macam hamba. Sampai kadang tu kau rasa nak maki diorang balik. Tapi obviously tak boleh sebab itu akan backfire aku semula. Maka aku kenalah bijak nak handle customer-customer yang berperangai begitu. Rutin harian aku duduk di depan PC dan log in to all system. Terima call customer and handle all their issues. 9 hours. 1 hour untuk waktu makan. Ada jugak la timing untuk break. Cuma terkejar sikit la nak solat tu. Aku koyak jugak pada awalnya. Nangis beb kadang tu bila balik rumah. Plus aku tak suka kerja shift hours ni. But then who am I to demand this and that. Nanti dilabel sebagai graduan manja. I gave myself 3 months to face this. At least to adapt the environment kerja ni. Kak Anne pun ada kata aku masih baru. By the time aku akan boleh handle semua ni kata dia. Isaac pun bagi semangat yang sama.


Aku sebenarnya tak nak lama sangat dalam bidang ni. Sebabnya? It just like jerangkap samar. Sekali dah termasuk dalam ni memang susah nak keluar. Then aku target kengkonon maksimum aku nak stay kerja ni dalam 6 bulan macam tu. Then chow to other option. Sounds a good plan. Until…


CORONA ATTACK !


PKP bermula di Malaysia. Ramai kena buang kerja pulak. Luckily office aku takda buat macam tu. Maka terselamat la aku. Tapi sumpah pressure siot. Panggilan masuk bagai nak rak woi. Memang hazab ah. Tapi nak tak nak kena face it ah. On the bright side aku masih ada kerja kan. Cut to short aku dah almost 11 bulan hadap kerja ni. From nak hadap sementara end up dah jadi 11 bulan. Kes Corona pun keep on rising. Nampak gaya macam aku akan stuck lama dengan kerja ni. Even now pun tengah tunggu whether kontrak aku direnew or tak renew. Mak pun pesan, kerjalah dulu. Sekarang susah nak cari kerja. So yeah aku sendiri tak tahu what to expect next since this pandemic still on going. Just nak keep on surviving this real life. Target nak beli kereta lepas ni. Penat balik naik bas berjam-jam kadang tu bila aku nak balik kampung. Tapi sepanjang aku kerja ni aku rasa agak improve jugak la skill communicate aku. Speaking pun kinda improving. Ye ah selama ni aku bukan speaking sangat but now hari-hari kena speaking kalau customer tu dah memang speaking.


Jadi macam tu lah serba sedikit pasal apa yang dah jadi pada aku sepanjang setahun ni. Now dah pulak PKPB area sekitar sini. Musim Corona ni still long way to go aku rasa. Semoga kita semua dalam lindungan Tuhan yang Esa. Sampai di sini dulu buat masa ni. Hingga kita ketemu lagi dalam episod yang lain.

Adios ~

 

p/s : Just so you know, if you guys calling the customer service helpline, I could be the one that answer it or maybe anyone else. But please be nice okay.

Monday, October 28, 2019

Episod 113 : What's Next ?


Setiap orang ada perancangan masing-masing. What to do next what to do upnext and etc. Selalunya kita akan rasa life orang akan lagi smooth dari life yang sedang kita lalui ni. Well if you don’t feel that way probably you are enjoying your life at the moment. Currently aku di fasa macam tengah stuck. Literally I’m not even sure what I’m gonna face next.

Saat ini maka genaplah sebulan selepas aku habis training dengan SL1M tempoh hari. I’m being jobless at the moment. Or should I say a month ? Damn ! Aku dah apply agak banyak jugak. Panggilan untuk interview ? NONE ! Adakah sebab resume aku hauk sangat ? Tapi rasanya aku dah letak semua ikut yang macam aku belajar during bengkel kerjaya last time. Aku still lagi berada di Bangi. Menghabiskan sisa-sisa elaun bulan September aku. Itu pun tak cukup RM2000 sebabnya aku habis on 24th secara tak langsung tak cukup sebulan hence dibayar mengikut kadar waktu kerja aku sahaja. RM1600. Ok tak. Actually lagi RM400 dah masuk during bulan Mac since kitorang kena hadap kursus selama seminggu di pusat training company tu.

First one week everything still okey lagi. Masuk minggu kedua aku dah mula rasa resah. Yelah, duit aku dah makin kurang lepas membayar komitmen. Aku memang kalau boleh tak nak sentuh saving ASB aku sebab that is the only saving yang aku ada. So far aku belum inform nak blah dari rumah sewa tu. Plus kena bagitahu notis sebulan. By that maknanya aku akan stay around there until November. Kau bayangkan bangun pagi dan wondering what’s next. Nothing. Sending resume and etc. But no response. Frust sikit. Right now aku balik kampung for awhile sebab aku rasa jiwa aku macam tak tenang sangat. Hopefully balik rumah ni dapat bagi aku calm down a bit.

Aku tak expect life aku akan end up begini. HAHAHAHA. Padan muka. Parents aku nak sangat aku masuk kerja under gomen. Well sapa tak nak kan. Tapi belum ada rezeki. Aku ni tak cukup berusaha lagi ke ? Why not kau balik kampung je terus ? One reason aku decided untuk stay kat Bangi lagi sebab aku nak cari kerja. I’m hoping to secure a job for myself. But seems like god changing my plan. Gib cakap aku memilih kerja. Can’t deny that 100%. Aku of course la nak kerja based on kelulusan yang aku ada. Tambah pulak lagi dengan sara hidup kat ibu kota tu. Aries suruh aku join retail line. Well that’s still in my last plan. Aku nak cari kerja lain yang lebih secure. Okey fine, aku nak kerja yang cuti on weekend. No shift. Office hour. That would be fucking great. See. Demand.

Buah hati kesayangan kerja timing tu. So kalau sama timing senang la untuk aku dan dia merencanakan plan untuk bertemu dan dating. Long Distance Relationship can be hard. Aku tak nak sebab jadual kerja aku ni boleh effect our relationship. Gituhhhh. Sedikit down jugakla. Anak sulung kan. Tapi karier tak begitu bersinar. Macam mana nak jadi contoh ni ? Malu la sikit kat adik-adik aku. Kadang nangis jugak. Sebab benda tak jadi macam plan kan. HAHAHA. Hidup kan banyak cabaran. Macam itu la.

At the moment aku masih tak nampak laluan kerjaya aku. Still malap. Or blackout. Currently aku balik rumah aku dulu. Cuba untuk bagi aku tenangkan emosi sikit. Tengok muka mak aku puas-puas. Serious dowh aku tak tahu ni. Aku harap fasa tak ketahuan ni bakal berakhir. Worse comes to worst aku aku kena kerja dulu mana yang ada. Supermarket or what so ever. Seems like aku kena keluarkan duit ASB aku yang aku simpan sepanjang aku training. Segan pulak nak mintak duit kat mak.

I have to admit real life really suck tho. Especially when you still can’t figure out your whole life. It just a mess. Seriously mess up !

I just hope this is just a phase that I’m gonna get through it and survived. HOPEFULLY !

Till next time.

Adios ~

Thursday, October 3, 2019

Episod 112 : Enam (6) Bulan Kemudian...




Aku kembali semula ke halaman ini untuk mencoretkan kisah hidup aku selepas enam bulan tanpa sebarang berita. Rasa sedikit kekok nak mulakan semula penceritaan. Yelah dah enam bulan aku tidak menitipkan sebarang kemaskini di dalam blog sendu milik aku ni. Masihkah ada pembaca ? Masihkah ada Blogger lain di dunia blog ini ? 

Aku sempat menjengah ke page mereka boleh dikatakan hampir kesemua blogger sudah jarang membuat sebarang post di sini. Mungkin masing-masing sibuk dengan komitmen lain atau telah menjumpai medium lain untuk mencoretkan kisah mereka. Lately ramai yang dah guna Twitter yang lebih ringkas dan mudah untuk membuat sebarang pos. Aku sendiri akui zaman Blog dah mula merudum dan kebanyakan pengguna dah beralih ke medium lain. Peredaran zaman kan. Tak boleh nak buat apa. Even aku sendiri pun punyalah malas nak menaip. Walhal banyak je kisah nak dikongsi.

Dah enam bulan berlalu lepas entri aku yang terakhir. Aku publish dalam bulan Mac. Sekarang dah bulan sepuluh. Jadi apa ajer yang aku dah hadap sepanjang enam bulan tak berupdate ni ? Tanggal 25 Mac 2019, aku menjejakkan kaki di Bangi. Aku rasa ni first time kot aku datang kawasan ni. If not aku anggap ni pun as Kuala Lumpur jugak walaupun bukan. HAHAHA. Kuala Lumpur jauh woi dari Bangi ni. Atas tujuan apa aku datang sini ? Previously aku ada sebut pasal program SL1M tu kan ? Ya nak dijadikan cerita aku telah ditawarkan untuk menyertai program SL1M di bawah satu syarikat yang besar dalam Malaysia ni. Syarikat apa ? Biarlah rahciew. Giteww. 

Since aku memang nak blah dari tempat kerja lama maka ini merupakan peluang aku untuk blah. Oh ya, buat yang wondering what is SL1M ? Okey SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia merupakan satu usaha pihak kerajaan *masa zaman Najib* untuk memberi peluang kepada para graduan yang masih menganggur atau bekerja di bawah gaji yang sepatutnya untuk menjalani latihan di tempat kerja dalam syarikat-syarikat besar yang ada di Malaysia. So secara tidak langsung this fresh grads akan dapat pengalaman bekerja di tempat kerja. Bila ada pengalaman maka resume kau tak la hauk sangat dik non. Ada jugak la terisi dalam tu. Panjang la sikit orang kata. Tempoh latihan tu depends on company if not mistaken. Company yang aku dapat tu selama enam bulan. Ada certain yang lapan bulan. Ada jugak yang empat bulan. Dapat gaji ke ? Hey kau ingat aku nak jadi buruh kasar tanpa bayaran ? Tibah emosi ! Setiap pelatih akan menerima elaun sebanyak RM2000.00 per bulan. Sekiranya bertuah, kemungkinan pelatih yang perform boleh diserap menjadi staf sama ada permanent basis or contract basis. Okey tu sedikit sebanyak mengenai SL1M lah. But now dah direbranding semula dan digelar PROTÉGÉ.

Jadi office aku di HQ dalam ibu kota. So kau bayangkanlah aku dari Bangi ni nak kena ulang alik hari-hari pergi KL. Jauh siot kau nak ulang alik. Okey ada kisah sebenarnya. Aku jejak kaki di sini pada 25 Mac 2019 dan kitorang ni semua perlu berkursus selama lima hari terlebih dahulu di satu pusat latihan ni. Basically aku sendiri takt ahu di mana kitorang akan ditempatkan. Jadinya memang tak boleh nak cari bilik sewa and what not. Siapa yang dekat sini senang la. Aku yang jauh ni ? Mula la runsing. So day 1 of kursus tu baru la dapat tahu kat mana kitorang punya tempat latihan nanti. Mulanya aku dapat di sebuah pejabat dalam Bangi jugak. Aku pun carilah rumah sewa yang available and dapat la satu bilik dalam taman perumahan sekitar sini. Bilik single kosong. Yup kosong tak ada apa. But on the bright side rumah dilengkapi dengan TV, mesin basuh, peralatan masak, peti sejuk dan paling penting modem WIFI. Total sewa for a month RM340. Since aku malas nak hasle aku terus confirmed nak sewa. Okey settle part sewa.

Maka sesudah habis kursus tu aku pun datang ke bilik sewa. Dengan segala beg, tilam, toileteris *abaikan spelling* dan bermacam lagi. Jadi gayboy ni memang barang kena serba lengkap ke apa entah. 1 April aku lapor diri di office tu dengan seorang lagi pelatih SL1M bernama Dayana. Kami berdua je la pun. Aku bawa motor by the way. Supaya senang nak bergerak. Here comes the plot twist… office tempat latihan aku tu basically bukan berkaitan dengan bidang yang kitorang berdua study. In fact, that office for engineering line people. While we both are just masscomm student which is totally different line weyh. Aku dan Dayana mula fuck up. Masuk meeting pun sepatah haram kau tak paham diorang sembang pasal benda berkaitan engineering. Sebelum keadaan bertambah musibat maka aku dan Dayana hubungi pihak HR dan bertanyakan mengenai hal ini. 2 weeks later kami berdua received surat offer yang baru dan dipindahkan tempat latihan ke bangunan HQ di Kuala Lumpur. Tak jadi masalah buat Dayana kerana dia tinggal di Gombak. So naik LRT sehala sahaja boleh sampai. As usual la life aku akan serabut. Aku mula survey bilik sewa baru di sekitar ibu kota. Ya agak mahal. Aku prefer bilik single dan aku sangat memerlukan WIFI. WIFI is life !!! Belum mampu nak guna post-paid line. Ada yang ada wifi tapi bilik share. Ada yang bilik single tapi wifi nanhado. Ada yang dah perfect with my crateria but sewanya mahal pula. Ya sesungguhnya hidup di kota metropolitan ini sangat mencabar. Jadi aku decide untuk tidak berpindah ke KL sebaliknya tinggal aja di rumah sewa di Bangi. Cumanya hari-hari aku akan berulang ke pejabat dengan menaiki motor ke stesen MRT Kajang kemudian naik MRT Kajang hingga ke Pasar Seni kemudian tukar pula LRT Pasar Seni ke satu lagi stesen LRT. Barulah sampai pejabat. Gigih sangat kan. No choice. Aku nak ulang alik naik motor hari-hari pun penat. Kalau hujan kang basah. Maka menyewalah aku di Bangi dengan kadar RM340 sebulan untuk sebuah bilik single kosong dilengkapi bilik air dan rumah yang dilengkapi televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan juga WIFI.

So selama enam bulan aku berkhidmat dalam unit Korporat office company tu. Banyak yang aku belajarlah. Dari segi cara nak handle event from start, jemputan, tajaan, dan so much more. Basically buat kerja-kerja office dan deal dengan organisasi lain. Waktu kerja pulak hari Isnin hingga Jumaat from 8am hingga 5:15pm. Weekend cuti. Itu yang kita mahu. Cuma kalau ada event on weekend yang memerlukan aku join then aku akan join. One thing dengan SL1M company aku ni kitorang tak boleh nak claim for overtime or mileage kalau outstation. Rugi sikit la. Aku hanya boleh claim untuk off in lieu sahaja. So if outstation jauh-jauh aku elakkan diri dari terjebaklah.

Quite fun jugak sebab dapat rasa environment kerja the pressure and etc. Mula-mula fedap jugak la hari-hari bangun awal. After subuh dalam pukul 6:40AM aku dah terpacak naik MRT tu haa. But I survived this SL1M programme. Malangnya company aku tak serap budak-budak SL1M. Habis je kontrak enam bulan tu bye bye je la yer. Kini enam bulan pun berlalu maka aku kembali jobless. That’s explain why aku boleh buat entry kat sini. HAHAHAHA sebab aku takda benda nak buat at the moment. Oh by the way SL1M aku habis on 24 September yang lepas. Alhamdulillah elaun aku 2k tiap bulan tu aku dapat hulur sikit bagi kat mak aku. Tak la banyak but ada la jugak untuk diberikan kepada mak aku. Aku buat simpanan sikit kat ASB. Ciput je la pun.

So now officially aku jobless semula. Elaun bulan Sembilan aku setakat RM1600 sahaja. Nak tak nak aku kena jimat segalanya. Sebab nak bayar duit motor lagi, duit sewa. For god sake I’m started to feel scared with my future again. Aku decide untuk sewa lagi kat sini since aku kena cari kerja baru. If aku balik kampung totally gonna be hassle untuk aku ulang alik interview kat KL. Asal tak cari area Perak je ? I wish ! but takda yang offer gaji yang lumayan. Currently aku dah submit banyak resume but belum ada yang sangkut. Ermm. I need moneyhhh. Plus aku rasa nak hidup di KL pulak. Lagi pulak dah ada buah hati baru. Ehh. hAHAHAHAH.

Gais, doakan aku dapat kerja yang sesuai ngam dengan aku. Yang mana aku boleh survived untuk teruskan hidup dan juga untuk bagi kat parents aku. Doakan Dominic Unknown dapat kerja tetap yang boleh untuk menyara hidup ! Ameen !
Jumpa lagi di lain waktu.

Adios ~


P/s : I miss my home too…


Tuesday, March 12, 2019

Episod 111 : 2019


2019 ! A new year comes again. Seems like dah masuk Mac 2019. Frankly speaking memang mood menulis aku kat sini lately memang kelaut. Aku rasa ramai je blogger lain yang hadap benda ni. Since medium blog pun semakin sendu jadi ramai yang dah stop menulis. Or else mereka dah beralih ke dunia wattpad or maybe Twitter and so much more. Aku sebenarnya sayang blog ni. Tapi tu la pemalas nak update. Maka jadilah begini. But aku masih boleh dihubungi di sini. Just in cased apa-apa hal.

Aku kembali ke tahun baru dengan title single. Wow ! setelah 3 tahun celebrate new year as partner orang now aku start all over again as single. HAHAHAA. Well. Masa berlalu pantas. 2018 penuh dengan memori. Dimulakan dengan internship, then broke up with Dario, aku grad and then mulakan karier sementara aku and so much more.

2019 ni new fresh start again. Since aku pun dah grad no more drama berebut jantan kolej lagi. It’s fucking real world weyh ! Kekejaman dunia luar sesungguhnya benar. While I’m just a gay boy yang baru nak hadap dunia sebenar. Fuhhh ! Azam baru ? Aku tak rasa macam azam sangat pun. It just like a few things yang aku harap aku boleh capai by this year.

So let’s see apakah yang aku harapkan ?

Permanent job

Serious shit weyh aku sangat memerlukan kerja tetap by tahun ni. Kau akan rasa sangat iri hati ya melihat teman-teman ketika zaman study yang mula upload gambar diorang enjoying their new career and so much more. Aku dah start rasa pressure tu. Haihh. Currently aku kerja kat kedai area rumah aku. Shop Associate like that. Buat kerja as cashier, served customers and lain-lain. Bos aku pulak merupakan member aku sendiri. I mean kitorang kenal during 2009 macam tu as kawan FB. Cuma keadaan jadi tak best bila bos kau sendiri nak keep on texting ko personally to talk about staff lain. So aku rasa tak best. Staff itu ini buat itu ini macam aku rasa tak perlu pun untuk dia pm personal bagai. Sebab aku sendiri pun ada kerja dalam kalangan dorang. Stress ye bila jadi macam ni. Aku ada apply untuk SL1M and what not apa semua but still no reply. Resume aku buruk sangat ke siak ? Haihh. Jujur aku cakap, aku sendiri pun tak tahu nak jadi apa. Future aku masih blur. Aku literally takt ahu weyh ! Semoga dipermudahkan je la aku harap. For the mean time aku kerja je la dulu di tempat lama aku ni selagi boleh. Doakan aku dapat kerja tetap ! Ameen !

Solat

Dari dulu kot aku asyik kata nak jaga solat. Sometimes rasa ironi. Aku harap tahun ni aku dapat jaga solat aku. Rasa berdosa jugak. Umur dah nak masuk 25 tapi solat masih berlubang sana sini. Macam mana nak murah rezeki kalau sembah Dia pun malas ? Come on Dom, maybe sebab ni la kot Dia susah nak makbul doa kau. So aku harap by this year aku boleh jaga la solat aku. Dah tua bangka dah ni.

Cinta(?)

I’m expecting someone to knock my heart again. Wah. But entahlah. I don’t think there gonna be someone that coming untuk aku. Jadi untuk ada partner lagi aku rasa satu benda yang macam susah. Ditambah pula dengan wajah sekadar ada sahaja ni mungkin aku akan end up single dalam masa yang agak lama. Dario pun dah tak nak aku lagi dah. Oh yeah dia pun dah in relationship again now. Dah dua yer partner baru lepas break dengan aku.

Reading mood

Aku rasa almost dua tahun dah aku stop membaca. Okey bukanlah stop. Cumanya bila terlalu banyak benda nak buat sampaikan aku ketepikan hobi ni. Kau bayangkan buku yang aku beli di Pesta Buku Antarabangsa KL tahun lepas pun ada lagi berbalut elok dalam plastic dan hujung bulan ni dah start Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Ko ghaser ? Seriously I need to read my books again. Come on Dom !

Menabung

Lepas iPhone SE aku kembali ke rahmatullah bulan September tahun lepas aku buat loan dengan mak aku untuk beli new phone which is iPhone 6s Plus je since I’m broke like that yang itu jer termampu. Dah berhutang maka kena start bayar but belum jugak bayar lagi. So basically kena menabung sebab nak settle hutang dengan mak aku sekali. Dah nak masuk angka 25 ni tabungan merupakan satu asset penting la. So tahun ni aku mulakan misi menabung duit hijau. Ramai yang cuba so aku pun cuba. Quite struggling jugak sebenarnya. Sebab memang tough kalau kau tak biasa buat. Aku tabah je la ni. Duit gaji aku ada la jugak aku save sikit-sikit. Potonga epf aku pun berapa hengget sangat. So harapnya tabungan 2019 ni sedikit sebanyak dapatlah aku simpan dari takda langsung.

Driving

Aku dapat lessen memandu kereta since 2012. But until now aku dah lama tak sentuh stereng kereta. Orang kata better aku pergi frame je la lessen aku tu kan. But aku sendiri tak tahu asal aku cuak sangat nak drive. Aku rasa aku dah lupa banyak benda. Hopefully in 2019 aku manage to drive again la hendaknya.

Fit and healthy

Penghujung tahun 2018 berat aku sumpah naik teruk. Macam dipam-pam dah berat aku. Putus cinta buat aku gemuk. HAHAHAHA. Sampai reach 85kg apa sial. So after aku buat something and last time aku timbang berat aku dah ada di angka 75kg ! Halaluyahhhhhhhhhh ! That was a bless. 10kg in almost 3 months. Cuma now aku kena seru semangat berlari aku sebab kasut dah beli baru tapi baru pakai sekali. I need to look good when I’m naked !

Dick appointment

Aku ni pun takda la baik sangat. I have my own need jugak sometimes. Tudiaa mukadimah. Sepanjang 2019 ni dah 7 dick appointment. Bapak banyak siot melacur teruk dah ni. Aku harap this year won’t be high number la. Hopefully. Kalau boleh nak kurangkan walau hati meronta nak. Apa-apa pun protection is a must.

Well I guess that’s all la kot yang aku rasa aku perlu capai dalam tahun ni. Aku tak hilang lagi. Masih ada. Cuma komitmen aku nak menulis ni agak tidak berkesempatan plus aku tak pasti sapa je la yang masih baca blog. But from time to time I will update jugak. Episod ni aku dah tulis since January. Kau bayangkan terperam dalam draft words aku. 3 bulan oi. Apa-apa pun real life is totally mean. Aku rindu zaman study aku. So korang yang tengah study tu sila study betul-betul. Till we meet again in other episodes.

Adios ~


P/S : Aku malas nak letak gambar dalam episode ni




Monday, November 26, 2018

Episod 110 : 2 P U L U H 4


Tanggal 15 November lepas genaplah usia aku menjangkau ke umur 24 tahun. Wow ! I made it to 24 years old ! After more than a week baru aku rajin nak update blog ini.

Well episode kali ni just wanna share catatan birthday aku sahaja. Entah la best ke tak.

So bermula pada malam 14 November 2018. Hari tu hari Rabu. Kebetulan aku off day masa tu. So duduk rumah je la. Then malam tu member aku ajak tengok wayang. Fantastic Beast 2. Aku mulanya macam tak berapa nak tengok sangat but yeah just pergi je sebab member dah ajak. Plus aku cuti masa hari Rabu tu. Aku tak tengok prekuel movie tu so masa dalam wayang tu ada la a few times yang aku terlelap. Storyline slow and less fight scene. More to come lagi kan sekuel tu.

After movie tu kitorang lepak di McDonald’s. Kebetulan aku tengok Happy Meal ada release new toy untuk minggu tu. Figurine Pokemon ! Sumpah comel. Tapi staf tu kata tepat jam 12AM baru dorang boleh jual. Ok fine. Jam pun dah 11:30AM and kebetulan member aku pun lapar so dia nak makan ayam goreng dulu. Aku pun just tunggu je la until jam 12AM. Just chilling and borak-borak. Ada la dalam 5 orang dalam geng aku tu. 3 gays and 2 girls.

SQUIRTLE ! SO CUTE !
Tepat jam 12AM aku pun pergi purchased Happy Meal. Okey harga dah naik ye sekarang. Dapatlah satu Squirtle. Sumpah comel ! Actually aku terlupa yang dah masuk 15 November masa tu. Then lepas hangout tu kitorang balik. Even member aku yang ada situ pun takda yang wish. Well obviously diorang tak tahu pasal birthday aku kan. Around 12 something aku received one birthday wish daripada seseorang. Siapa dia ? Perhaps aku patut story di kemudian hari. Sampai kat rumah aku aku dapat birthday wish dari Dario. Dia wish through DM laman sosial satu ni. Not whatsapp.


Yup. Ringkas je. Mungkin memang tak ada secebis hati lagi untuk aku barangkali. Aku masih simpan video dia nyanyi lagu birthday kat aku. Video 2 tahun lepas. Aku play balik video tu. Air mata aku mengalir di pipi. Satu perasaan rindu yang sukar nak diungkap. How I miss him so damn much.

Pagi 15 November 2018…
Aku bangun seperti biasa. Siap-siap pergi kerja. Aku kerja morning shift hari tu. Laman sosial aku dipenuhi dengan ucapan birthday untuk aku. Penat jugak nak reply one by one kan. Kang tak reply kata sombong pulak. Hari itu berjalan seperti biasa. Around tengah hari tetiba ada sorang perempuan ni datang bawak surprise. Terkejut sikit aku. Dia bawak jambangan coklat dan juga belon berserta sekotak sandwish. Tertanya jugak aku daripada siapakah gerangan surprise ini ? Rupanya mak yang order untuk aku. Awhh mom being sweet to me. Nak nangis jugak. Sebab aku tak pernah dapat surprise macam ni.
Macam mana belon kecil tu masuk dalam belon besar ?

:')

This sandwishes were fucking good !!
After work aku balik rumah. Tekak teringin nak makan kek karot dengan topping cream cheese. Dah alang-alang birthday tu apa lagi kan. Actually aku dah siap buat masa 14hb tu. Cuma tak decorate je ah. 

Balik dari kerja aku pun buat topping kek tu. Tapi sebab ala kadar je so aku pun malas nak beria sangat. Sapu lebih kurang je kat kek. Atas tu aku tabur almond chunk. Aummm sedap ! Dah siap kek birthday aku. HAHAHA jimat bajet.
Aku dah masuk umur 24 weyh ! Dalam erti kata lain aku dah masuk zaman yang mana member hetero sekeliling aku mula untuk jemput kenduri kahwin diorang. Imagine that ! Yet, tak ada girlfriend lagi. Obviously la kan. Nak girlfriend apanya kalau dah target nak boyfriend. LOL. HAHAHHA.

Tapi aku still rasa kosong la. Entah la. Aku perlukan something new. Right now aku masih tak nampak future aku. Kabur weyh. Aku tak nampak lagi aku nak kerja apa. PTPTN lagi nak kena bayar. It’s been a month after convo and  I still don’t know what to do. Mungkin aku perlu dekatkan diri dengan tuhan. Makin jauh pulak rasa. Well I should think bout it. So target aku sekarang nak cari kerja baru yang sepadan dengan kelayakan aku la. I’m not being choosy but being a realistic. Kalau aku nak kerja kat KL, aku perlukan bajet yang cukup untuk survived. Which is important sebab sara hidup sana tinggi weyh. Mampukah aku ke ibu kota lagi ? nantikan ! HAHAHA.

Harapan aku dalam usia baru ni semoga aku dapat hadapi cabaran hidup dunia sebenar yang penuh pancaroba. Drama zaman study totally different dengan drama sekarang. So aku kena kuat. Be strong Dominic !

Okey sampai di sini sahaja coretan aku sempena hari kelahiran aku. Semoga apa yang diingini tercapai. A blog might be flop one day but I will keep on writing in here time to time !

Till we meet again in another episode..
Adios ~

p/s : Nak cari jodoh, tapi banyak jumpa yang bodoh je ni

Sunday, November 4, 2018

Episod 109 : Aku & Convocation Day



Hei What’s up gais hari ni kita nak masak… ok chop tu starting line IGshow si Khairulaming 

Well I’m back again ! Assalamualaikum semuanya ! I don’t know whether still ada reader untuk blog aku ini atau pun tak but yeah aku still jugak akan update from time to time. Ingat lagi Episod 13 ? Well guess what ? It’s been 4 years since I posted that episode. How times flies and today aku dah post mengenai hari convo aku ! YEAHH BIJ I’M FINALLY GRADUATED !!!

Sounds cool right ? HAHAHA aku dah start rasa rindu dengan life study aku. All the dramas. Macam tak percaya pulak aku berjaya harungi semua tu and now aku dah jadi fresh grad. Which mean the real world is now ready to fuck my life. Actually episode ni aku tak tahu nak story apa sebenarnya. Perhaps aku patut share apa yang jadi during the convo week. Aku convo on 25th October 2018. Hari gaji staf gomen. HAHAHA.

Pre-Convo
Bila tarikh konvo diumumkan maka keluarlah semua tarikh-tarikh penting dan juga a few things yang kau kena buat. Macam Uni aku before ambil jubah konvo kena make sure tak ada hutang dengan library or any saman yang tertunggak. Yuran pun kau kena make sure settle down. Once semua clear baru kau boleh ambil jubah konvo. Kau taka da buat pre-convo photoshoot ke Dom ? Well aku teringin nak buat tapi disebabkan kekangan waktu dan aku juga busy kerja *temporary job* maka aku terpaksa lupakan niat nak berphotoshoot pre-convo. Sobs. Pasrah je la. Then ada raptai which is aku diwajibkan hadir. But aku tak pergi pun. So begitulah.

Aku ada text Dario a few days before convo day aku.

20 October 2018
Aku : hi

Dario : hi

Aku : kalau pakai blazer sesuai tak kalau tie kaler gold ?

Dario : blazer warna apa?

Aku : hitam.. and kemeja putih

Dario : okey ja kalau blazer hitam baju putih dalam semua masuk

Aku : kaler apa yg sesuai ?

He said everything is okey on me. But the thing is aku rindu dia. Aku nak dia datang convo aku macam yang dia janji dulu.

21 October 2018
Dario : Awk punya convo bila?

Aku : Khamis next week

Dario : ohhh good luck 🎓

Aku : Hadiah pls

Dario : ckup doa awk berjaya. sy bukan partner awk

Aku : Ok. Takperla. Tnya je

Dario : baik Dominic. good luck

Well I miss him obviously

Dario : excited tak nk konvo nnti?

Aku : Tak sangat

Dario : pulak hahah. kan best

Aku : Hmmmm. Tak sangat. Tkda mood

Dario : pulak. ape yg xde mood ? best kot convo sbb awk dh abiskan degree

Aku : Hmmm. Tkda mood jugak

Dario : ke sbb sy?chahaha

Aku : Ermmm

Dario : hahahh dah kenapa tu?

Aku : I want you to be there on that day. but now things change. thats all

Dario : ohhh its okey lah. sy ade ke tak ada kt situ. awk byk kwn 2 lagi. sy dah buat terbaik relationship kita. x yah sedih

Aku : kalau semua ni sama dgn awak tkda la saya ni sendu nak convo

Dario : good luck. nk convo kot. patut awak happy. bukan sbb sy awk sendu.


Yup aku masih berharap dia ada bersama aku untuk hari convo nanti..

25 October 2018

Convo Day !

The day finally arrived. Hari konvokesyen seorang Dominic Unknown. Hari yang aku tunggu. Aku konvo sesi pagi. Jadi dalam jam 8:30AM kena masuk dewan utama dah. Aku bersiap dengan mengenakan busana formal full suit berblazer. Aku memang tak pernah beli blazer or even pakai so this is the first time aku pakai and beli guna duit gaji aku.

Blazer hitam from Suave *beli kat AEON coz nak jimat*, slack hitam dipadankan dengan kemeja cotton putih. Aku tengok koleksi tali leher aku. Ada hitam, gold, maroon dan merah. Suddenly aku nampak tali leher kepunyaan adik yang berwarna biru. Biru. Warna kegemaran Dario. Also title lagu Troye Sivan. Penyanyi kesukaan Dario. Yup since he won’t appeared today I should wear this. Tribute to Dario.

Siap berjubah konvo dan bertopi petak aku pergi lapor diri di dewan yang diarahkan. Actually aku terlewat. Once sampai staf yang handle tu dah bunyikan siren suruh gerak masuk dewan besar. Memang kalut jugak la since selempang aku pun belum jugak pakai elok-elok. Kau rasa ? dengan pin belum cucuk masuk nak adjust bagi lawa. Aku tak nampak batang hidung si Adin or any of my member since nama aku dengan diorang terpisah. Aku kena lapor diri di dewan kuliah lain and diorang dewan lain.

Aku tiba di dewan besar. Everyone wearing jubah konvo. Hati macam sedikit sayu. Parents aku dah masuk ikut pintu hall yang untuk tetamu. Aku melangkah masuk ke dalam dewan. I can see all my coursemates. Some ada yang extend so diorang takda la sini. Adin datang ke arah aku ad betulkan jubah aku. Aku duduk sebaris dengan Zafril. Roommate aku masa first year. Dah jadi bapak orang dah dia. I finally sit and the ceremony begins. Nyanyian Negaraku and lagu university later on bermulalah sesi naik stage yang dimulakan dengan student from fakulti lain.

Aku pegang phone dan buka whatsapp. Jari jemariku mula untuk menaip bait-bait kata kepada Dario...

“Saya nak ucap terima kasih kat awak sebab always ada dengan saya sepanjang life degree saya selama ni. Terima kasih tolong saya buat assignments yang saya tak berapa pandai nak buat. Terima kasih dengar saya meroyan. Terima kasih support saya and ada dengan saya selama ni. Terima kasih sangat-sangat.”
He replied,
“It’s okey. Most welcome. Congrats dah konvo.”

Mata aku suddenly berkaca masa typing ayat tu. I just can’t hold it and my eyes started to burst tears. Yes aku menangis. Air mata aku mengalir. Memori aku dan Dario sepanjang tempoh kami Bersama start to play in my mind. Saat aku gembira dengan dia. It’s so sad. Member sebelah aku dah tegur and aku just cakap aku emotional sikit sebab dah habis. Walhal aku tengah teringat ex ni. HAHAHA. Dulu Dario pernah janji nak datang konvo aku. Aku pun memang nak dia ada. Selain parents aku. Aku nak dia tengok aku naik stage. Aku bukanlah pakwe yang boleh dibanggakan pun but at least aku nak dia tengok aku naik pentas tu. But seems like tinggal kenangan. He not even come pun. Tak apa lah. Lagi pun tak ramai ex yang nak datang tengok ex sendiri konvo pun kan. Gigih pulak dia nak datang jauh-jauh untuk aku.

Giliran aku pun tiba. Nama aku diumumkan lalu aku pun melangkah naik ke atas pentas dengan rasa yang overwhelming like aku tak tahu rasa apa. Bercampur baur la senang kata. This is the day yang aku tunggu sejak 4 tahun lepas. You made it Dominic. Finally. After all these years full with dramas I finally can say good bye. Aku berjaya survived. Aku habiskan degree aku walaupun macam-macam yang dah jadi. Congratulations Dom. Aku melangkah dan ambik skrol tu. And walk down the stage. Kejap je pun proses ni. But aku harap Mak aku bangga dengan aku. Aku ni tak lah hebat sangat pointer pun biasa-biasa. Sumpah harap mak aku happy dengan kejayaan ni. Abah tu aku tak peduli sangat. Lantak dia ah. Meluat pulak bila ingat balik. Korang jangan jadi macam aku yer. Dad issue ni annoying okey.

Post-convo

Majlis habis around jam 11AM macam tu. Lepas tu keluar dewan and aku cari member aku and start to bergambar dengan diorang. Well bila lagi kau nak jumpa diorang. Lepas ni memang takda dah nak jumpa macam ni. Everyone dah ada path masing-masing and akan ada komitmen masing-masing. Tapi tu la aku sedikit terkilan sebab tak banyak gambar sangat dengan coursemates aku. Yelah nak jalan dengan parents lagi. Takkan aku nak biar je diorang sendiri. Tak gamak pulak buat macam tu.

Selfie sikit
Aries datang on konvo day aku with chocolate ! Thanks Aries. Thanks untuk 4 tahun. From an anonymous reader to my closest friend in real life. Sayang kau ! Muahh ! hahaha. Insyaallah aku datang masa konvo kau nanti. Harap2 dapat datang ah.

Qimie pun datang after Aries. Dia tanya aku ada di mana and kitorang jumpa. Snap some photos and he gave me hadiah jugak. Berserta plushie bentuk rabbit. So cute ! Tahun depan dia pulak.

Unfortunately Gib not available to come on my convo day. But it’s okey. Aku paham.

Qimie ada inform aku nak story about something. Perhaps aku patut story dalam episode lain. Kalau rajin la. Depends. HHAHAA aku pun busy sikit. Well I’m done with my convo. Aku currently tengah kerja dekat area rumah aku. At the same time aku masih mencari kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Which is aku tak tahu kerja apa. Entahlah. Runsing juga pikir. Nak mula hidup baru di mana ? Kuala Lumpur ? That would be interesting but yet challenging. Stress okeyh. Jangan sampai aku sambung Master pulak kang. Haaaaaaa ! Korang doakan aku dapat kerja elok please. Help me ! Ameen.
Jubah konvo aku akan pulangkan dalam next week. Sebab aku nak tangkap gambar family dengan siblings aku apa semua. So yeah need to wait for them to come home. Anak pertama yang dapat Ijazah. So wajiblah ada gambar satu family.

Well I think that’s all the updates in this episode. Banyak yang aku nak story actually tapi tu la dunia blog pun semakin kurang dapat sambutan. Yup zaman berubah. Makan beginilah jadinya. But I will keep on writing cuman less post I guess. Rindu blogger lain. Where are you gais !?

Till we meet again in another episode.

Adios ~

P/s : Bosan sebenarnya habis study ni. So korang yang masih study tu sila la enjoy sebab once dah habis konvo kau akan rasa tak best. Unless kau dapat kerja elok.