Saturday, May 27, 2017

Episod 94 : Haqimie Part 3 - Unsub X


Masuk minggu ni genaplah 3 minggu this whole konflik yang berlaku antara aku dengan Qimie. Yeah orang cakap people come and go. Lumrah hidup mungkin. Tapi tak semua people yang come tu kita nak dia go and tinggalkan kita. Haa macam tuh. Disebabkan aku dah kata kat Qimie yang aku nak back off tempoh hari maka tiada lagi whatsapp antara aku dan dia. Aku sekadar stalk dia di laman sosial dan memerhati dia dari jauh. Bapak ahhh teruk sial rasa sendu ni. Jimbet betul. Sebab seorang lelaki aku boleh jadi macam ni. Aku tertanya-tanya siapakah Unsub X ni ? Aku sendiri tak tahu. Sebab tu aku letak nama dia Unsub X. Gibb cakap dah macam apa je nama tu. Aku kena siasat jugak identity dia. Tapi tiada petunjuk. Until one day… Qimie upload dalam instastorynya akronim nama Unsub X berserta emoji Love.

FN <3

Tindakan Qimie sedikit sebanyak telah memberi aku satu peluang untuk mencari maklumat. Siapa FN ? The next day aku mulakan siasatan. Aku pergi ke office kolej aku kemudian check name list penghuni blok kolej aku. Aku tak perlu berurusan dengan kerani kolej sebab diorang dah tampal terus semua nama penghuni yang sedia ada kat information board. Jadi lebih mudah kerja aku. Ada lebih kurang empat nama yang memenuhi kriteria akronim FN. Salah seorangnya merupakan bekas roommate Adin ketika Adin tahun dua, Faizul Nasri. Also jiran sebelah bilik aku masa kitorang di tahun dua dahulu. Sebab bilik aku dengan Adin sebelah menyebelah.

Flashback setahun yang lalu…

Aku : Weyh Adin, kau serius ah nak stay sebilik dengan budak Faizul tu ?

Adin : Macam tu la pelannya. Dia sendiri yang approach nak sebilik dengan aku.

Aku : Kau rasa dia tu PLU jugak ke ?

Adin : Tak tahu nak kata la. Tapi kat FB bukan main lagi komen manja-manja dengan aku.

Aku : Itu la pasal. Suspicious je tengok.

A few months later…

Aku : So macam mana ? Dia straight ke ? Aku sendiri pun tak pandai nak scan ni. Nampak macam something tapi kadang tak.

Adin : Dia straight. Ada awek lagi pulak tu. Janji dia okey je bila aku bawak balik BF aku kat bilik.

Flashback tamat.

Aku rasa kesian jugak kat Faizul sebab kena hadap situasi macam itu. Yela Adin bawak balik BF dia kat bilik during Faizul ada kat bilik. Pada aku macam tak appropriate la. Tapi tu semua hanyalah dalam fikiran aku. Aku malas nak ambil pot sangat pasal Faizul dengan Adin ni. Aku hormat jugak lah si Faizul ni. Solat pun tak tinggal. Imej budak baik dan suci.

So aku rasa Unsub X ni bukan Faizul. Aku mulakan cross searching dengan nama FN yang lain. Tapi semuanya macam tak berkait. Aku mula rasa tak suka bila instinct aku nak check nama Faizul ni sekali lagi. Aku borak dengan Aries..

Aku : Tak akan la Faizul tu PLU ?

Aries : Kalau tengok dari hint yang kau bagi tu memang sah-sah dia. Mungkin dulu dia memang nak try si Adin tapi tetiba Adin dah ada BF. So memang dia cancel plan la. Kalau kau pikir logic, mana ada jantan straight yang selesa tengok PLU lain bawak balik jantan kat bilik siap bermesra bagai unless dia tu pun ke arah ni jugak.

Aku : I hate when your points are damn valid !

It seems like semua clue ini menunjukkan yang Faizul is the real Unsub X. Walaupun hati aku macam still nak deny but aku tetap tak boleh nak deny completely.

Kos sains ? Third year ? Satu block ?

While Faizul pulak 

Faizul budak sains sosial. Dia memang third year and batch aku. Satu blok kolej dengan aku jugak.

See ?

Aku still tak berpuas hati jadi aku mulakan operasi stalk Instagram Qimie. Aku scrolled setiap following yang ada. Dalam ratusan akaun tertera akaun Ig Faizul. Aku klik akaun dia. Private account. Mutual following ? Hanya ada Qimie. Dalam ratusan budak university aku yang aku follow tiada satu pun yang difollow oleh Faizul. Tetapi dia follow Qimie. Makin suspicious nampaknya.

Setiap gambar yang dimuat naik oleh Qimie, pastinya Faizul juga menjadi salah seorang likers. HAnya Qimie yang boleh beritahu aku identity sebenar Unsub X.

Khamis, 25 Mei 2017...

Tough week finally over. I’m done with all the subjects in this semester. Aku dah settle semua assignments. Jadi misi aku untuk kembali ke kampung halaman selepas kelas terakhir hari ini. Lusa dah nak puasa. Cuti study week kena la balik rumah. Aku buka laman Instagram lalu terlihat Qimie ada muat naik story baru. Aku klik storynya. Aku bercadang untuk bertemu Qimie di sana. Ye aku rindukan Qimie. Aku tanya melalui dm Ig, Qimie kata event tu open to all. Jadi aku tak nak lepaskan peluang untuk pergi. Kelihatan yang fakulti Qimie ada mengadakan event yang aku rasa agak menarik. Aku nak tahu keadaan dia sekarang. Aku pun bercadang untuk buat kerja siasatan kat sana. Siapa tahu kalau Unsub X tiba-tiba muncul.

Selepas kelas terakhir tamat aku bergerak ke fakulti Qimie. Setibanya aku di sana mata aku melilau mencari Qimie. Aku ternampak Qimie di satu sudut dalam hall itu. Dia bersama coursematesnya yang lain. Aku pun terus berjalan dan melihat barang-barang pameran yang ada. Nampak menarik.. Tapi aku lagi focus nak jumpa Qimie sebenarnya. Tetiba aku terserempak dengan seorang budak yang aku pernah chat dalam Grindr. We both trade pic and dia senyum tengok aku. Damn awkward. Tapi aku senyum je la balik kat dia. Sedang aku leka tetiba Qimie muncul di sebelah aku dan tegur…

Qimie : Hai Abang !

Aku : Qimie sihat ? *sambil hulur tangan untuk salam*

Qimie : Qimie sihat je *Qimie menyambut tanganku*

Aku : Macam mana life Qimie sekarang ?

Qimie : Okey-okey je. Tapi hm..

Aku : Kenapa ni ? FN buat apa ?

Qimie : Entahlah dia. Kadang macam sakit hati dengan dia. Dia asyik nak merajuk. Nak sentap.

Aku : Ohh pulak. So bila nak bagitahu Abang siapa FN tu ? Tak nak share ?
Aku memulakan langkah menggali cerita.

Qimie : Alaa. Seganlah.

Aku : Faizul Nasri ke ? Is it him ?

Qimie : Faizul ? Sapa tu ? Nantilah Qimie bagitahu Abang. Kat whatsapp okey ?

Reaksi Qimie sedikit terkejut namun dia cuba cover,

Aku : Okey fine. Nanti whatsapp Abang.

Aku tak boleh nak paksa sangat. It will ruin everything kalau aku terlalu memaksa. So I need to keep it low. Lepas tu aku pun pusing hall tu sekejap. Snap some photos. And then I decided to leave the event. Sebab aku nak balik dah kejap lagi.

Aku pun bergerak menuju ke pintu dan tetiba Qimie datang ke arah aku. Aku tak sangka pulak akan berbual lagi dengan dia. Kebetulan kawasan tu agak kurang orang lalu lalang jadi macam sesuai untuk cakap mengenai perkara ni.

Aku : Kenapa ni ? Qimie okey tak dengan dia ?

Qimie : Sakit hatilah dengan dia. Asyik nak merajuk je memanjang.

Aku : Pulak. Patutnya dia la lagi dominan. Ni dia pulak nak merajuk. Korang dah declare ke ?

Qimie : Dah declare dah.

Aku : So siapa dia ? Bila nak story ni ? Ala Abang nak tahu je pun. At least I know you with someone. Tak la Abang risau nanti *kononn puihhh*

Qimie : Ermm ermmm ha’ah nama yang Abang sebut tadi tu.

Aku : Faizul Nasri ? Dia ?

Qimie : Ha’ah dia. Abang kenal ke ?


Aku macam terdehak sebentar. Terdiam for a moment. Jawapan yang aku nak akhirnya aku dengar secara live. Faizul Nasri. Budak yang aku pernah simpati sebab hidup dengan roommate yang gay also turn out to be a gay boy dalam closet. I don’t know what should I call him or gay boy propa acah straight walhal suka jantan juga ?

Aku : Ha’ah Abang kenal. Abang pernah tinggal sebelah bilik dia dulu. Dia pun kenal Abang. Dia roommate Adin.

Qimie : Serius lah ? Patutlah dia jealous betul bila nampak nama Abang kat whatsapp. Dia marah hari tu. Qimie dah explain Qimie cakap yang Abang ni Qimie tak anggap as skandal or BF. Abang is Abang kepada Qimie. Tapi dia tak faham.

Aku : Itu hari Abang risau juga. Qimie tetiba diam. Abang nak tahu explaination. Itu je. At least Abang tahu keadaan Qimie. Abang tak nak Qimie sedih ke apa. Abang risau kat Qimie.

Qimie : Abang sorry. Qimie minta maaf sebab diam hari tu. Hmm.

Aku : Takpa la. Abang tak sangka yang si Faizul tu pun bengkok. Sebab setahu Abang dia straight.

Qimie : Macam mana Abang teka nama dia ?

Aku : Bila Qimie buat akronim FN tu Abang terus teringat dia.

Hakikatnya aku dah stalk dengan si Aries pasal si Faizul ni.

Aku : Takper la. Qimie try your best with him. Kalau okey then okey la. Abang always ada if you need me.

Selepas itu aku beransur pergi. Keluar je dari event tu aku pergi ke satu sudut yang terceruk. Aku whatsapp Aries. Send voice note and tell him semuanya. Aku jadi sebak pun ada. All the emotions start to come. I was devastating. Almost the same situation bila aku dapat tahu yang Adin berpacaran dengan Mr Crush dulu (Episod 34 : Kebenaran Yang Menyakitkan). Semua seakan-akan berulang kembali. But kali ni versi lain. Bekas roommate Adin pulak yang yang buat benda yang lebih kurang sama. Sesuai la dua manusia yang pernah sebilik tu buat benda yang sama dekat aku. Mindblown ! Faizul is the Unsub X ! Aku jadi meluat dengan tiba-tiba. Lepas ni mungkin aku tak akan tengok Faizul sama macam aku tengok dia sebelum ini. Petang tu jugak jari aku akhirnya menekan button block pada account Instagram Faizul.

Apa aku nak buat lepas ni ? Entahlah. Teruskan hidup. Fokus final exam yang nak dekat ni. Mungkin bila tiba masanya, Qimie akan kembali pada aku semula. Mungkin. Andai dia tak lupa diri aku ni.

Epilog..

Jumaat, 26 Mei 2017 – 8:20pm

Aku membuka laman Whatsapp..

Aku : Qimie, Salam Ramadan. Selamat berpuasa J.

Qimie : Selamat berpuasa jugak Abang.

Aku : Puasa elok-elok. Dah settle assignment nanti balik rumah boleh buka puasa dengan family.

Qimie : Harap macam tu la.

Aku : Jangan lupa sahur. Nanti tak larat pulak nak puasa. Niat puasa pun jangan lupa.

Qimie : Abang pun sama. Abang, Qimie sayang Abang sangat-sangat. Qimie minta maaf kalau Qimie ada buat salah apa-apa.

Aku : Abang pun sayang Qimie. Abang akan jaga Qimie macam yang Abang janji. Abang minta maaf kalau Abang tak boleh jadi yang the best untuk Qimie but I will try my best untuk sentiasa ada dengan Qimie.

Apa yang akan jadi selepas ini ? Aku tak tahu. Aku hanya follow the flow. Hubungan Qimie dan Faizul, aku sendiri tak pasti akan bertahan lama atau tak. Nak doa yang buruk-buruk rasa jahat pulak. Satu lagi kebenaran dah terbongkar. Let’s see what will happen next..

Adios ~

p/s : Kesemua watak dan situasi telah diubah sedikit bagi menjaga identiti semua pihak


p/s : Ramadan tiba lagi. Salam Ramadan buat semua pembaca dan rakan Blogger lain. Moga Ramadan kali ini membawa sejuta keberkatan kepada kita semua. Amin.

8 comments:

  1. Akhirnya awak tahu juga siapa dia tu, berjaya penyiasatan awak kali ni. Apa-apa pun selamat berpuasa awak, jangan nakal-nakal and take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa. Curiousity kills me. So yeah I need to know the truth

      Delete
  2. Boleh tahan kepoci jugak ko yer Dom! beriya korek sape balak budak Qimie tu. Dah macam james bond songsang :larikkkk:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila aku curious aku akan siasat. Maka terbongkar la segalanya

      Delete
  3. Sama perangai kita, hahaha. Bila dah curious, automatik jadi detective conan level 99.
    - Din

    ReplyDelete