Wednesday, May 17, 2017

Episod 92 : Haqimie Part 1



Kadang-kadang kita tak pernah nak expect benda yang bakal berlaku ni akan berlaku. Kadang-kadang tu pulak salah diri sendiri sebab pergi cari penyakit. Dalam kes ni aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Semua bermula masa aku buat kerja undercover aku masa last sem. Boleh rujuk  Episod 86 : The Undercover Blind Date ! Konon sekadar nak buat kerja spy je. Sekali aku terjebak dengan situasi ni. Masa aku kat apps topeng emas itu, aku ada tegur satu profile ni. Dia punya bio tu buat aku tertarik nak kacau dia. Nak tahu apa dia tulis ?

Kau bapok pergi jauh-jauh !

Itu je. So aku pun saja la nak usik dia.

Aku pun text

“kenapa kau benci bapok ?”

Tu ayat first aku. Then lepas tu continue menjadi satu conversation yang agak panjang. Almost everyday kitorang chat. Nothing much. Sekadar merapu dalam tu. Just talking about life and pasal straight guys dalam block hostel kitorang. Oh ya dia jugak satu block dengan aku. Cuma dia budak course lain and aku course lain. Batch pun berbeza. Aku senior satu tahun. Dia mintak nak trade pic tapi aku tak nak. Dia ada ajak nak jumpa aku. Tu pun aku menolak. Sebab aku lebih suka chat sebagai anonymous macam tu. Kononnya. Nak dijadikan cerita satu hari Aries whatsapp aku,

Aries : Weyh aku tengah lepak dengan budak yang dalam profile tu !

Aku : Pic please !


Aries : *send pic*


Aku : Weyh aku kenal dia ni ! dia ni aku selalu perhati dia.


Cut to short, aku sememangnya dah lama perati budak tu. Comel budaknya. Senang cerita memang taste aku la. Cuma that time dia dalam list straight crush aku. Siap ada list okeyh. HAHAHA. Biasalah buat cuci-cuci mata. So bila aku dah tahu identiti dia of course la aku keep on contact dia kat Grindr. Tak nak ah lost contact. Maybe we both can be friends kononnya. Nama dia Muhammad Haqimie. Qimie nama panggilan dia. While aku chat di Grindr, Aries pulak decide untuk jadikan Qimie as adik angkat dia. Aku tak kisah pun. Pandai-pandai Aries la nak jaga Qimie.

Time flies. Until one day Qimie discover identity aku yang sebenar which make me shocked. Aku tak tahu la mana dia cari tapi dia detect aku. Kantoi la kiranya. So yeah guilty as charge aku mengaku tu identity aku. Dia kata aku selalu pandang dia. Obviously la aku suka pandang dia. Tapi aku tak sangka la pulak Qimie perasan. Kantoi teruk la ceritanya. Luckily dia tak block aku. HAHAHA. Paling takleh blah bila dia kata

Ko dengan Adin tu couple ke ? mesra lain macam.”

Aku macam WTF memang tak ah. Back to Aries dan Qimie pulak. Qimie yang pada mulanya hanyalah adik angkat Aries tetiba teroverfeeling kat Aries. While Aries hanya sayang dia as adik tak lebih dari tu. Lagi pun masa tu Aries dah ada boyfriend. Disebabkan isu dalaman itu akhirnya hubungan adik beradik angkat antara Qimie dan Aries tamat begitu sahaja. Berbelit jugak drama ni. Okey now kembali ke kisah aku dan Qimie. Continue lagi, kitorang keep on chating dalam tu. Ada jugak story pasal kisah silam dia. From apa yang dia story previously banyak kali juga dia kecewa. Pada pandangan aku, dia ni seorang yang mudah sayangkan seseorang. Dan dia pun comel so secara tak langsung ada yang mainkan hati dia la. Sekadar nak one night stand and etc. Aku nampak dia macam seorang budak lagi. So aku pun bagilah nasihat ala-ala seorang abang kat dia. Dia pernah mention nak bunuh diri and I was like shock la. Dah la hidup kita ni tak berapa nak lurus. Kalau bunuh diri sah-sah jadi bahan api di sana nanti *petir berdentum*. Aku pun melayan je la dia meracau apa semua. Aku dengan dia takda la chat bukan-bukan ke apa. Just normal chat camtuh. 

Sesi chat kitorang terhenti apabila satu hari dia tu dia dah offline. Maksudnya dia dah uninstall app tu la kot. Haishh rugi kejap. We might be a good friend kot. Then awal November akaun tu on semula. Aku macam happy jugak la. Sebab dia on balik. Keep on chating and dia panggil aku abang. But still guna kau aku jugak. Ye aku happy chat dengan dia. Hinggalah awal tahun 2017. Bulan Januari to be exact. Aku tanya dia

“Sebenarnya aku rasa aku dah detect kau yang mana satu. Cuma aku segan nak tegur kat facebook lagi.”

“Ye ke abang ? ala tegur je la. Aku rindu nak chat dengan kau. Sebab tu aku on Grindr balik.”

“Nanti aku dah ready aku tegur kau okeyh.”

“Okeyh abang.”

Dalam minggu kedua Januari aku decide untuk tegur Haqimie kat inbox FB.

“Hai Qimie. Errmmm kita pernah chat kat Grindr kan ?”

“Baru sekarang kau nak tegur aku abang ?”

Dan selepas itu kitorang bertukar number dan bermulalah sesi berwhatsapp. Macam biasa aku chat dengan dia. Like usual topics. Aku still ingat yang aku ada Dario. Dario is still my priority. Kemudian cuti sem bulan Januari pun bermula. Masing-masing balik kampung. Ada la aku tegur dia kadang kat whatsapp. Tanya khabar and etc. Aku ada borak dengan Aries pasal ni, lebih korang macam inilah bualan kitorang

Aku : Aku rasa Qimie tu macam nak over attach kat aku la. Aku takut pulak kalau dia jadi macam kes kau itu hari. 

Aries : Kalau kau risau jadi macam tu then ambik jadi adik angkat kau sudah ah.


Aku : Macam nice. Tapi keciknya dunia. Ex boyfriend kau end up jadi abang angkat aku and now bekas adik angkat kau jadi adik angkat aku ? Kelakar


And aku pun dah start rasa macam nak jadi abang angkat  dia pulak. Over kan ? adik kandung berderetan tapi mengada nak adik angkat pulak. Like WTF sangatkan. This so called brotherhood friendship ni pun berterus-terusan antara aku dan Qimie. Masuk sem baru hari tu aku dengan dia makin rapat la jugak. Pernah la lepak sekali. Ada jugak dia overnight kat bilik aku kalau Adin balik rumah. Dia memang kerap balik. Memang aku stay sorang la. Lama kelamaan penggunaan aku kau makin kurang dan dia bahasakan diri dia as Qimie and aku pulak as Abang.

Sepanjang sem ni selalu jugak terserempak. Either kat lif or masjid time solat Jumaat. Or tak pun kafe. Itu je la. Kalau lama pun time dia overnight kat bilik aku. Hubungan abang adik angkat antara aku dan Qimie berlarutan hingga sekarang. Kalau dia stress aku tenangkan dia. Qimie pernah cakap kat aku

“Qimie sayang Abang. Abang dah macam Abang Qimie sendiri. Abang selalu jaga Qimie. Thanks Abang.”

Aku pun pernah kata kat Qimie,

“Kan Abang dah janji nak jaga Qimie baik-baik. So Abang akan jaga Qimie semampu yang boleh. Abang nak Qimie happy and tak nak tengok Qimie sedih. Abang pun sayang Qimie.”

Aku ada tanya Gibb pasal ni

Aku : Apa pandangan you mengenai adik angkat ?

Gibb : Adik angkat yang memahami ni dia tak ngikis. Kena pandai cari. Adik angkat ni macam kawan baik jugak. Kena respect dan jangan cross the line.

Aku tak pernah bagitahu Gib mengenai Qimie. Lepas dia baca ni baru dia tahu pasal kewujudan Qimie.

Well everything seems happy and normal. Qimie pun tahu yang aku dah ada Dario dan dia okey. Dario pun ada je adik-adik angkat dia yang lain. Until 26 April 2017, Qimie text me

Qimie : Ada someone ni dia kata dia suka Qimie. Qimie baru je kenal dia. Dia kata dah lama dia perhati Qimie dan dia baru luah yang dia suka Qimie. Apa patut Qimie buat ? Qimie pun macam suka juga dekat dia.

Aku sedikit terkejut namun pada masa yang sama cuba untuk jadi rasional and bagi nasihat yang membina. AKu suggest supaya Qimie kenal-kenal dulu dengan that guy. Jangan terlalu rush untuk declare terus. Aku tak nak Qimie sedih lagi if kali ni benda sama berulang. Dia senang sayang orang. Itu satu kelemahan dia.

Kemunculan Unsub X tersebut dalam hidup Qimie ni sedikit sebanyak buat aku rasa tak berapa senang. Tapi aku tolak jauh-jauh rasa itu. Sebab aku cakap kat dia

“As long as Qimie happy, Abang pun happy.”

Aku ada mintak nak tengok rupa Unsub X ni. Tapi Qimie tak nak tunjuk sebab dia kata Unsub X tak nak identity dia terbongkar. They both keep each other secret. Aku hormati keputusan Qimie. Walaupun aku memang curious nak tahu siapa Unsub X tu. The only clues yang aku tahu ialah Unsub X tu Melayu, budak course Sains dan tinggal dalam satu block hostel aku dan Qimie. Jadi Unsub X ni boleh jadi sesiapa sahaja yang ada di sekeliling aku. Hanya Qimie yang tahu.

Malam 28 April 2017. Aku wish good night kat Qimie. Namun aku hanya ditinggalkan dengan double grey tick. Selalunya Qimie akan reply text aku. AKu assume mungkin dia dah tidur atau pun busy dengan assignments.

Pagi 29 April 2017. Qimie text aku

“Abang... Qimie nak minta maaf.”

Aku yang baca ayat tu mula rasa tak sedap hati. Aku balas text tu. Aku tanya kenapa minta maaf ? Apa yang Qimie dah buat ? Apa yang terjadi ni ? Malangnya kesemua persoalan aku tidak dijawab walaupun jelas tertera yang Qimie sedang online. Kau akan rasa sangat tak senang duduk bila kau tahu dia online tapi dia tak reply semua soalan yang kau tanya ! Even dia hide blue tick aku tahu dia baca text aku.  Petang itu selepas solat Jumaat aku cuba text Qimie lagi. Kali ini dia reply

“Qimie ok je..”

Aku tahu dia tak okey. Aku cuba tanya lagi apa yang terjadi. Sekali lagi aku dihadiahkan dengan silent treatment.

Start hari tu aku mula runsing. Silent treatment terus berlanjutan. Kenapa Qimie tiba-tiba berubah ? Adakah kemunculan Unsub X buat dia cuba nak jauhkan diri dari aku ? As usual Aries jadi pakar kaunseling aku. Hanya Qimie saja yang ada jawapan untuk semua persoalan aku. Aku ada ajak Qimie datang ke bilik aku kalau dia lebih selesa nak bercakap face to face. Tapi dia tak balas text aku. 

Ya isu ni sedikit sebanyak buat aku runsing. Aku jadi overthinking teruk. Tapi aku still tak abai Dario. Cuma aku rasa mess up dengan persoalan tanpa jawapan. Aku sendiri start sangsi sama ada aku sayang Qimie lebih dari seorang adik atau pun tidak. Aku tak tahu. Aku jadi keliru. It seems like aku pulak yang terover attach kat dia. Walhal mulanya aku nak avoid daripada dia yang over attach kat aku. Adakah aku dah cross line yang Gibb cakap tu ? Aku sedang bermain api ? Aku sendiri tak tahu. 

Aries nasihatkan aku supaya tak terlalu fikir pasal benda ni. Ya aku cuba untuk tak fikir. Tapi tak. Aku keep on thinking. 

Setelah seminggu Qimie senyap tanpa berita, Isnin malam 8 Mei 2017, aku gagahkan diri untuk text Qimie. Sekadar ucapan selamat malam dan mimpi indah. Itu sahaja yang aku mampu. Ya aku rindu Qimie yang ceria, Qimie yang text aku untuk menceritakan hari-harinya.

Pagi Selasa itu, 9 Mei 2017 Qimie akhirnya reply text aku

Qimie : Abang, Qimie minta maaf…..


To be continued…


Adios~


P/s : Segala nama watak dan situasi telah diubah sedikit bagi menjaga identiti semua pihak. 

7 comments:

  1. Pergilah jumpa dia terus face to face, lagi senang awak. Daripada nak tunggu dia balas. Sila update cepat awak tak sabar nak baca..take care, jangan nakal!.

    ReplyDelete
  2. Dari mula baca entry ni aku da boleh agak kau akan cross border line. Atau kita panggil dia sebagai nafsu atau kita panggil dia sebagai keliru.

    Unsub X ialah cara qimie nak jeleskan kau and nak tahu sama ada kau jeles ataupun tidak.

    Yg buat aku musykil, kenapa kau tak carik dia je kat bilik? Settle masalah.

    Konklusinyaaa, da lama gila aku tak komen entry orang lain. Ahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah SHark. Aku pun keliru ni. Sebab tu la aku rasa ibarat takda masalah tapi aku cari masalah.

      So far tak banyak sangat info pasal Unsub X. Masih dalam siasatan.

      The thing is aku tak pernah pergi bilik si Qimie tu haa. Dia pun tak pernah inform bilik dia number berapa. Selalu dia je datang bilik aku.

      Ya tepat sekali. Sekian lama kau tak muncul di bahagian kotak komentar.

      Delete
  3. Mengada je budak Qimie tu nak ber'abang' ngan kau! muda setahun je pun..hahaha

    Tapi bagus la budak Qimie tu, walaupun pic trade, nak jumpa semua kena reject...still gigih nak borak dengan kau. Kalau orang lain,silap2 kena banned sepanjang hayat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia yang nak panggil abang. Abang Dom sporting. okey je. hahaha

      Yup. Indeed. Dia tak block aku. Syukurlah

      Delete
  4. Dah besar dah dia skrg. Dah ada adik angkat :)
    - Din

    ReplyDelete