Monday, May 22, 2017

Episod 93 : Haqimie Part 2

Pagi Selasa itu, 9 Mei 2017 Qimie akhirnya reply text aku...

Qimie : Abang, Qimie minta maaf…

Aku : Boleh Abang tahu apa yang jadi tak ? Tell me. Apa yang jadi ni ? Are you okey ? Abang risau sangat kat Qimie. All of sudden je ni. Abang ada buat salah ke kat Qimie ? Qimie dah tak nak cerita kat Abang ke ? Ada orang marah Qimie ke ? Abang risau gila kat Qimie ni. Bagitahu Abang please. Kan Abang dah janji nak jaga Qimie. Seriously I know something is happening but tak tahu apa yang jadi.  Unless Qimie story kat Abang.

Qimie : Qimie minta maaf sangat-sangat kat Abang. Abang tak ada salah apa pun. Qimie sayang and rindu sangat kat Abang.

Aku : Ye Abang pun rindu Qimie. Tapi apa yang terjadi ni ? Abang tak fikir Qimie jahat pun. Ke ada orang tak suka Qimie text abang ? Qimie tell me. Jangan diam. 

Qimie : Hmmm. Yer. Dia tak bagi Qimie text abang. Hari tu gaduh sebab dia terbaca text dengan Abang.

Aku : Dah official dengan dia ke ?

Qimie : Tak sure. Tapi dia baik. Qimie dah explain pasal Abang tapi dia tak suka. Qimie minta maaf lagi sekali.

Aku : Well at least now I know what happen. Abang harap dia jaga Qimie elok-elok. Takpa. Abang faham. If dia marah Qimie sebab Abang maknanya it’s time for me to back off from you. Abang taknak tengok Qimie sedih lagi. Well now you have someone with you. I’m glad with that. Abang harap dia tak sakitkan Qimie. Don’t worry about me. Abang gonna be okey I guess. If anything Qimie contact je Abang kat sini. Selagi Qimie tak block Abang selagi tu Abang akan ada.

Qimie : Abang please don’t leave me. I need you to stay with me. Qimie sayang Abang.

Aku : Qimie, I won’t leave you. Abang dah janji nak jaga Qimie. I will keep my promise to you. Abang sentiasa ada. Perhati Qimie dari jauh. Abang will always by your side. Cuma Qimie je takkan nampak Abang.

Qimie : Thanks Abang…

Nampaknya kemunculan Unsub X secara tak langsung boleh dikatakan telah menyingkirkan aku dari hidup Qimie. Walaupun Qimie kata dia sayang aku tapi aku tetap ada kegusaran. Aku takut dilupakan. What if Qimie lupa janji dia ? Dia lupakan aku. Time aku reply text dia tu pun aku dah start rasa gelisah. I’m pretending to be okey walaupun tidak. Aku jugak terdetik sedikit rasa marah pada Unsub X. Kau muncul entah dari mana and then kemudiannya kau sailang Qimie daripada aku. Okey lebih kurang sailang la jugak. Kau hancurkan apa yang telah aku bina for a bout 2 whole semester ! Tapi on the other side, mungkin Qimie lebih bahagia sekarang. Lagi pun itu yang aku nak. But still aku dalam masa yang sama rasa tak best. Senang kata mulut aku kata terima tapi dalam hati masih terbuku perkataan tidak bersama berbakul-bakul makian terhadap Unsub X.

Benda ni pun nak jadi dikala hujung semester 6 yang bakal tamat tak lama lagi. AKu punyalah jaga tak nak ada sebarang krisis or anything dalam sem ni then benda ni jadi. Macam WTF jugak la rasa ! Jujur aku cakap yang aku rindukan Qimie. Aku jadi tak tentu arah pun ada. Aku scroll balik conversation lama antara aku dengan dia. It was a good moment during that time. Now moment tu dah takda. Aries ada sebut 

“kau janganlah buat terhegeh sangat kat dia tu. Kita tengok berapa lama boleh bertahan. Cepat sangat declare.”

As for Gibb pulak dia kata aku dah jatuh cinta. Is it ? Aku pun tak pasti. Aku dah cross the line ke apa ? Aku still sayang Dario as partner aku dan aku tak pernah abaikan dia sepanjang Qimie jadi adik aku. Keliru jugak sebenarnya ni. Mungkinkah sebab hubungan jarak jauh ni yang membolakbalikan perasaan aku ? Aku sendiri pun tak boleh nak jawab dengan tepat. Adakah ini satu fasa sahaja ? Which mean phase ini akan berlalu dan semuanya kembali seperti biasa ? Tak tahu.


Until now aku tak text Qimie. Cuma kalau terserempak di luar kami masih bertegur sapa. Last aku nampak dia di masjid. Comel seperti biasa dengan senyuman dia. Tapi macam ada sedikit rasa awkward. Entahlah.  Aku jadi sebak bila tengok dia. It just like dia happy tapi dia happy dengan orang lain. WTF is happening to me ?!! Aku jadi tak tentu arah pun ada. Ibarat kau rasa macam lost something and you can’t get it. Itu yang aku rasai. Hati tisu sangat ni. Aku tak mampu nak buang orang dengan mudah. Memang susahlah dan padan muka sendiri. Aku nak Qimie kembali kat aku macam biasa je. Is that too hard ? Namun ditakdirkan begini.

Dalam kecelaruan drama yang berlaku ni aku ada tertanya jugak, siapakah Unsub X ni ? Maklumat sikit sangat untuk dikorek. Tapi aku akan siasat jugak sampai aku dapat reveal identity dia.

Meanwhile aku dan Qimie, lepas hari terakhir dia whatsapp aku until now tiada sebarang text. Mungkin dikala Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi aku akan text dia. Just untuk tanya khabar dan hilangkan rindu. Harapnya dia replylah. Let’s see whether hubungan adik beradik angkat ni akan jadi apa nanti. 

So far aku sedang deal supaya emosi aku tak rabak sangat. Bila rasa sendu datang secara tak langsung effect aku jugak. Dia macam kau keep on teringat kat someone dan kau tak boleh nak buat apa. Sangat menyeksakan. Ye tahu some of you might think aku poyo la apa la. Once kau dah hadap sendiri baru kau akan tahu macam mana rasanya situasi ni.

Ramadan pun bakal menjelma. Moga ada sinar harapanlah hendaknya.

Adios~

p/s : Segala nama watak dan situasi telah diubah sedikit bagi menjaga identiti semua pihak.

p/s lagi : Aku dah ada a few teori konspirasi pasal si Unsub X ni. Kalau terbukti teori tu betul maknanya aku memang tak bernasib baik.

7 comments:

  1. Ehh awak ..curang !! Haha. Klu I jadi qimie, I akn paksa U ckp U want me for forever. Klu I jadi Dario, read this rasa mcm dimadukan, then I akn minta break. Klu I jadi U, I will let it go with flow. Dont fight anything or for anyone. U dah ada Dario sblum Qimie ... tp klu perasan u kuat dkt Qimie lagi, let go la Dario kat Nu'man. Hahaha.

    May this feeling be temporary for U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No chance to say anything to Qimie now. It just like too late. Itu la. I feel bad when this happen. Entah la Nu'man. I'm confuse now. Of course saya sayang Dario. Almost 2 years. Tak pernah tak sayang.

      Saya pun harap ini semua temporary la hendaknya. Lets see what will happen next.

      Delete
    2. "tp klu perasan u kuat dkt Qimie lagi, let go la Dario kat Nu'man"
      -Ayat Desperate Nu'man-....hehehe...;-P

      PS : Sorry Nu'man...sapa suruh ang tak update blog ang...!!! ;-P

      Delete
  2. Mungkin En Unknown tak sedar actually...En Unknown dah terfalling in love with Haqimie...if En Unknown takde Dario...conform rite now En Unknown dah couple dengan Haqimie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. If I'm single now I think all of these drama wont happen. Once past berubah so does future. Silap-silap Qimie jadi BF si Aries pulak. HAHAA

      Delete
  3. Mungkin kau keliru antara sayang sebagai seorang 'abang' dan sayang sebagai seorang kekasih.

    Tapi rasanya mungkin kau dah sayangkan dia lebih dari seorang adik, sebab tu rasa semacam bila dia happy dengan orang lain..itu dinamakan cemburu. cemburu tanda sayang..sayang sebab kau cintakan dia..hehe. Hati takkan sesekali menipu Dom.

    :tambah dos sakit kepala: ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan aku sendiri tak pasti dengan hati aku. Aku keliru. Apa semua ni haishhh

      Delete