Thursday, June 15, 2017

Episod 95 : Haqimie Part 4

Qimie : Qimie dengan dia dah putus…

4 Jun 2017
Study week selama seminggu pun akhirnya tamat. Seminggu berbuka puasa di rumah. Jadi selamat kembali ke kolej tercinta. Selamat berjuang buat diri sendiri yang perlu menduduki enam paper final exam untuk semester 6 ini. Sebelum pulang aku sempat membuat kek coklat. Aku ingat nak bawa untuk Qimie. Lagi pun ni kali terakhir aku boleh bagi dia something before cuti sem bermula nanti.

Aku tiba di bilik kolej aku dalam pukul 11pm. Dalam pukul 11 lebih tu aku whatsapp Haqimie. Kebetulan Adin belum pulang ke bilik lagi jadi bolehlah aku ajak si Haqimie datang bilik aku. Haqimie datang dalam lingkungan pukul 12am macam tu. Qimie duduk di katil aku dan mula berbicara. Banyak yang dia story kat aku. Pasal assignments dia. During study week dia tak cuti sebab masih ada assignments yang perlu submit. So Qimie tak balik kampung. Ya aku rindu saat Qimie mula sembang mengenai life dia. It just like that moment is coming back. Setelah kemunculan Faizul semuanya jadi berbeza. Seperti ada satu halangan antara aku dengan Qimie. Walaupun aku cuba untuk pasrah dengan ketentuan itu. Tapi dalam satu sudut hati aku still tak boleh nak terima reality itu.

Aku : So Qimie dengan Faizul macam mana ? Dia jaga Qimie baik-baik tak ?

Qimie : Ermm Qimie dengan dia dah takda apa-apa.

Aku : Hah ? Maksud Qimie ?

Qimie : Khamis lepas. Dia panggil Qimie datang ke bilik dia. Lepas tu dia cakap dia tak boleh teruskan hubungan ni and then dia minta maaf.

Aku : Serius lah dia buat macam tu ? Qimie okey tak ni ?

Qimie : Ok je. Cuma hari tu nangis sikit. Dia siap hempas pintu bagai. Lepas tu datang bilik nak minta maaf. Tapi Qimie tak layan pun. Lantak dia ah. Kali ni macam tak rasa apa dah. Banyak kali jadi dah. Dengan ex dulu macam ni jugak. Awal-awal beria. Bila dah dapat jadi macam ni.

Aku : Abang pun tak paham. Apsal diorang buat macam tu kat Qimie. Kenapalah tak jaga Qimie elok-elok. Geram pulak abang dengar.

Qimie : Bila dah banyak kali kena macam ni dah tak rasa apa-apa lagi dah.

Aku : Takpa. Jadikan pengalaman. Don’t worry abang always ada dengan Qimie. Abang akan jaga Qimie.

Qimie : Thanks Abang.

Lantas aku memeluk Qimie. Lepas aku dengar yang diorang dah broke up aku 
rasa ada satu perasaan yang entah. Susah nak cakap. Ok fine the thing is aku ada rasa sedikit gembira bila diorang putus. Macam like seriously aku rasa macam lega. Faizul and Qimie dah putus ! Mungkin sebab aku marahkan Faizul kot. Entah. Aku sendiri pun tak tahu or mungkin aku tahu cuma aku pretend macam tak tahu atau aku sememangnya happy bila tahu diorang break up. Tapi dalam masa yang sama aku kesian dengan si Qimie. Banyak kali dah patah hati. But no matter what aku akan jaga dia. Even dari jauh. Then aku bagi kek coklat yang aku buat tu. Lalu Qimie pun pulang ke biliknya. The next day dia puji kek coklat aku tu sedap. Eh blushingggg titerwww taw !

8 Jun 2017
9:30pm
Aku bergerak turun ke tingkat 1. Nak pergi isi air. Seems like someone was isi air in there too. Aku pun beratur. Nampak gaya macam Faizul. Oh please jangan dia please jangan dia. Kemudian, susuk badan itu menoleh ke belakang. Ya Faizul. Perasaan meluat menguasai diri tapi aku still mengukir senyuman. Being fake is one of my talents sometimes.

Aku : Hai Faizul. So bila last paper ?

Faizul : Lambat lagi. 21 Jun nanti.

Aku : Ohh. Ingatkan dah berambus dah esok lusa.

Yes aku sebut berambus tanpa sedar..

Faizul : kau bila ?

Aku : 13 Jun last paper.

Aku jadi menyampah bila terserempak dengan Faizul. It just like I feel so much hate to him. I just can’t.

9 Jun 2017
12.30pm
Seperti biasa, setiap hari Jumaat maka berduyunlah kaum Adam ke masjid terdekat untuk menunaikan solat Jumaat. Aku tiba di masjid awal juga hari tu. Aku naik ke tingkat atas. Suasana masjid kelihatan sedikit sesak. Orang ramai dah mula memenuhi saf. Masuk je saf aku usha keliling. Tadi masa di parking motor aku nampak motor si Qimie. Dia mesti dah sampai. Di satu sudut kelihatan Qimie duduk sendirian. At first aku nak duduk sebelah dia but then I think it’s better for me to sit at the back. Kebetulan ada budak-budak kat area Qimie tu. Aku pun text Qimie. Bergurau senda dengan dia. Aku kata dia bawak anak. Dia ketawa. Lepas tu dia tanya aku duduk kat area mana. Aku pun cakap ah duduk kat saf belakang sikit. Dia cari aku. Then dia datang dekat aku and duduk sebelah aku. 

Aku menatap wajah Qimie. Wajah seorang insan yang membuat hidupku lain macam dalam semester ini. Qimie memulakan bicara. Tidak semena-mena aku ternampak sesuatu pada Qimie yang menyebabkan hati aku mendidih. Aku menjadi marah. Tangan aku menggeletar namun aku tetap mengukir senyuman seperti tiada apa yang berlaku. Kau tahu rasa macam kau nak marah tapi kau bertahan supaya tak meletus.


Di leher Qimie jelas kelihatan kesan love bite. Ya love bite. Gigitan cinta orang kata. Aku tanya Qimie siapa yang buat. Qimie berdalih dengan mengatakan itu cuma gatal-gatal biasa. Dik, abang tahulah kesan orang tokak dengan kesan gatal-gatal biasa tu. Aku terus mengorek cerita.

Aku : Faizul buat ke ?

Qimie : Eh tak la. Tak tahu.

Muka Qimie kelihatan tersipu-sipu.

Aku : Cakap je la abang nak tahu. Bukan buat apa pun.

Qimie : Ermm ha'ah. Dia datang semalam untuk minta maaf. Tapi kami tak get back pun. Jadi kawan je. Lepas tu dia peluk and kiss leher Qimei.

Kulit Qimie yang cerah sememangnya akan membuatkan kesan love bite tu jelas kelihatan. Aku tersenyum. Tersenyum menahan marah. Perasaan marah muncul meluap-luap. Tangan aku menggeletar. Tapi aku masih waras. Tak guna untuk aku naik angin. Aku bukan siapa-siapa. Hanya sekadar ada garisan abang dan adik sahaja antara aku dan Qimie. Aku tak berhak nak marah Qimie. Paling tak boleh blah aku share tips hilangkan kesan lebam tu. Orang yang tahu akan senang nampak kesan itu. Kemarahan aku untuk isu ni tak valid langsung. Tak sangka pulak kemunculan Faizul waktu malam sebelumnya merupakan foreshadowing untuk kejadian masjid ni.

Keesokan harinya, 10 Jun 2017 Qimie akan kembali ke kampung halamannya. Pulang sebentar sebelum kembali semula pada 14 Jun nanti. Kertas peperiksaannya yang terakhir jatuh pada 20 Jun. Paper pertama dan terakhir sebab subjek dia yang lain semuanya 100% courseworks. Aku pula akan meninggalkan kolej pada 15 Jun. Jadi mungkin pertemuan di masjid itu akan menjadi pertemuan terakhir buat semester ini. Selepas cuti 3 bulan barulah aku boleh bertemu semula dengannya.

13 Jun 2017
11:32am
Qimie masih di kampung halaman. The only cara untuk aku tengok dia was using his own insta story. Cuma lately dia selalu buat instastory yang menunjukkan dia rindu someone. Macam yang latest ni dia tulis

I miss you <3

Aku okey je kot baca. Janji dia bahagia. HAHAHAHHAH TAK ! AKu curious. Siapakah gerangan yang Qimie rindui itu ? Mungkin dia dah berbaik dengan Faizul. Entah juga. Lalu aku hantar personal text into dm Instagram dia.

Aku : Qimie dah rujuk semula dengan Faizul ke ?

Qimie : Hehehe. Macam tu la nampak gayanya.

Aku macam terdiam sebab nak digest kenyataan yang aku baru baca tu. A week ago korang break up. Then after a week get back pulak. Oh. Okeyh. Aku marah. Perasaan bercampur baur sebenarnya. Marah. Tak puas hati. Kecewa. Entah. Tapi aku tahu. At the end semua emosi tu tak valid pun. Sebab aku takda hak nak control Qimie dan aku pulak hanyalah seperti abang dia. Kewujudan aku hanya sekadar untuk jaga dia sahaja. Mungkin dah sampai masa untuk aku blah dan biar Faizul yang handle dia. Mungkin. Aku just cakap kat Qimie yang aku doakan yang baik-baik antara dia dan Faizul. Walaupun masih ada sedikit rasa geram dan tak berpuas hati. I’m such a complicated person wtf.

14 Jun 2017
Qimie kembali ke hostel. Awal jugak dia balik sebab exam dia hanya bermula next week. Nak study dia kata. No text or anything from Qimie. Hanya sekadar reply-reply story di dm Instagram. Katanya dia sampai petang nanti before berbuka. Aku rasa macam tak sempat nak jumpa dia before aku balik.

15 Jun 2017
Aku dah settle kemas barang. Petang nanti aku akan bertolak pulang ke rumah. Cuti semester lebih kurang 3 bulan. Ayuh kembali ke rumah. Banyak juga barang aku. Entah apa aku bawak. Hari ni juga hari last aku jadi roommate Adin. Sem depan aku tak sure siapa pula. Lagipun aku kena tendang dari kolej. Sekarang hanya mengharapkan keputusan untuk rayuan kolej. Kalau tak mampos aku.  Ramadan pun almost berakhir. Raya nak dekat. Balik ni nak membiskut raya pulak.

How about Haqimie ? Aku tak rasa sempat jumpa dia hari ni. If sempat should be nice. But aku tak harap sangat. Hubungan aku dengan Qimie ? Well aku follow the flow. If dia rasa aku ni penting he knows where to find me. If not aku kena terima je la bahawasanya hidupku cuman sekadar melukut di tepi gantang dalam hidupnya. Aku harap yang baik-baik saja la.

Panjang juga aku merapu dalam episode kali ni. Terima kasih kepada kalian yang sudi baca. Sebarang pandangan boleh dibuat dalam ruangan komen di bawah.

Till we meet again in another episode.


Oh ya ! Some scenes telah diubah sedikit bagi melindungi identiti sebenar mereka.

Adios ~


P/s : Baju raya aku kaler hijau tahun ni. My first baju raya with green theme !

8 comments: