Saturday, May 13, 2017

Episod 91 : Hangout with Gibb Sulaiman

Gibb Sulaiman. A blogger. A blogger at here to be exact. Perkenalan aku dengan Gibb ni agak lama jugak la. Biasalah bila dah mula terjebak dengan blog PLU ni mesti merayap merata di alam blog. Maka terjumpalah dengan blog Gibb. Cut to short we both selalu contact via Google Hangout. Aku sendiri tak pernah expect untuk lepak dengan Gibb but yeah perancangan tu ada cuma takda kesempatan. Hinggalah dalam cuti midsem yang lepas around hujung bulan Mac aku ke ibu kota untuk bertemu cinta hati di sana. Aku tak inform Gibb until lah a few days before hari kejadian.

Aku bertolak ke ibu kota pada hari Khamis 30 Mac 2017. Aku menginap di rumah Dario sepanjang aku kat sana. Dario bekerja on 31 Mac tu aka hari Jumaat. So aku pelan nak jumpa seorang reader blog ni jugak. Tapi disebabkan masalah teknikal sikit takda rezeki nak jumpa beliau. Mungkin lain kali. Mulanya plan nak lepak kat Sushi King satu mall ni tapi plan berubah sebab macam jauh and Gibb pulak kerja hari tu. Jadinya petang Jumaat tu aku tiba di lokasi yang telah dirancang. Gibb pulak kebetulan baru balik kerja dan dia terus pick up aku balik dengan dia. Aku membonceng motor Gibb. Maka sampai la di rumah Gibb. Kiranya kitorang hangout kat rumah Gibb ah.

Aku disambut dengan kemeriahan anak-anak bulus yang comel. Serius comel dan debab okeyh kucing-kucing yang Gibb bela. Pandai jaga and those kitties look so happy. Siap ada cat tree ! Best betul tengok ! Gibb bawak aku masuk ke bilik dia. HIS ROOM WAS SO DAMN NICE !!!! Dekorasi dalam bilik tu lawa. Aku suka. Susah nak describe actually tapi memang cantik. Dia ada buat satu rak ni, beli kat IKEA katanya siap ada lampu liplap liplap lagi. Very meriah di aidilfitri. HAHAHA. Gibb memang minat dekorasi berseni-seni macam ni. Artistic person sangat kan. I wish I could share a picture of his room to you guys. Maka bermulalah sesi ice breaking antara kami. Ini bukan cerita erotic ya rakan-rakan. From one topic to the other topic. We talked about The Amazing Race, Survivors, Digimon, Pokemon Go, food, recipes and so much more.

Kebetulan masa tu The Amazing Race season 29 baru premiere first episode, and kebetulan lagi si Gibb ada download episode tu. Terus kitorang layan first episode kat laptop Gibb. When two fans watching together it was a good moment la weyhhh ! Then borak la pasal this contestant and that contestant. 


They are so cute !

Lepas tu Gibb ada tunjuk koleksi patung-patung Digimon and Pokemon yang dia simpan dari dulu. Remember tak dulu ada ais krim yang korang beli then dapat free patung Digimon kecik tu ? Haa Gibb ada simpan sebekas okeyhh. Aku tersangatlah excited tengok koleksi Gibb nih. Lepas tu abang si Gibb ni bawak balik McD. Rezeki dinner orang belanja malam tu. Syukur alhamdulillah !

But the most unexpected part was Gibb dah lama stalk aku. Since forever I guess. Dia dah jadi one of my ig followers since 2015 and dia realised yang itu adalah identity aku sekitar awal tahun 2016.  Meanwhile me ? Not even know that is happening. Kiranya dia dah kenal identity aku yang sebenar. As long as takda niat jahat it should be okey je. Around pukul 10pm macam tu Dario habis kerja. Aku mintak Gibb hanta raku kat this one place. Sebab Dario akan pick up aku kat situ. Oh ya, aku memang inform Dario yang aku nak jumpa member lama kat situ. Jadi dia tahu mana aku pergi. Kira lama jugak aku lepak dengan Gibb. Dari petang hingga malam. Before balik tu sempat snap selfie kenang-kenangan. Hari bersejarah dapat jumpa seorang Gibb.

Aku di sebelah kiri dan Gibb di sebelah kanan ! MeowWoof

What can I say about Gibb is dia seorang yang gila-gila and fun to hangout. Takda krikk krikk moment pun dengan dia. Mungkin sebab kami berdua ni jenis sekepala jadi senang mesra. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada saudara Gibb kerana sudi menerima kunjungan hamba. Andai terlebih kurang melawak gurau senda patik memohon maaf. Wahh bahasa istana tetiba.

Sebelum balik tu Gibb ada bagi something. Terharu jap sebab aku dah la datang dengan tangan kosong. Tetiba dapat buah tangan pulak

Gajah dan Vulpix
After a week di rumah Dario maka aku pun berangkat pulang. Masa tengah tunggu bas tu Gibb dengan gigihnya datang teman aku kat stesen bas. Time tu lunch hour so dia larik kejap datang kat stesen bas tu. Tepat 1.30pm bas nak bertolak so aku pun naik bas and Gibb melambai-lambai dari luar. Elemen perpisahan sangat. HAHAHA.

Jadi begitulah kisah pertemuan antara Dominic Unknown dan Gibb Sulaiman. Mungkin di lain waktu andai ada kesempatan boleh hangout lagi.

Aku baru berkesempatan nak update blog ni. Busy nak mampus sem 6 ni.

Adios~

P/s : We both just discover something in common again. Kitorang penggemar karipap. Karipap sardine to be exact !! 

6 comments:

  1. Apa ni? baru jumpa terus masuk bilik!..ekekeke...gurau!

    Seronoknya dapat spend time dengan blogger lain..nak-nak pulak sekepala. BTW nak tanya, Gibb hensem tak? :wink:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk bilik la best. Merapatkan keintimanku. Sumber ayu. ehh. AHHAHAHA

      Nak tau encem ke tak kena tengok sendiri. So kita bila nak spend time bersama ?

      Delete
  2. Wah...best dapat hangout sesama bloggers...dgn En Gibb yg fofulor plak tu.....biler kita nak hangout plak En Unknown...? Ajak Kamen tu sekali....asyik duduk dlm almari jerk....Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA insyaallah andai ada rezeki untuk bertemu mungkin one fine day kita akan lepak semeja.

      Kamen tu almari dia kena buat rusuhan kasi roboh dulu.

      Delete
  3. wow! jumpa dengan blogger popular...handsomekan abang Gibb, awak pun handsome juga..hehehehe..seronok kan bila jumpa macam ni, maybe one day kita semua dapat jumpa diantara satu sama lain..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So bila kita pula hendak berjumpa ? haha

      Insyaallah andai ditakdirkan yang Maha Esa kita semua boleh bertemu. Atau mungkin sebenarnya kita kenal each other tapi bukan kenal dengan identiti blogger masing2

      Delete