Friday, January 23, 2015

Episod 29 : Alone !




Assalamualaikum. Hai. Hey. Hello. Hoi. Bertemu lagi dalam episode 29. Ok fine intro macam over gila. Hello cuti sem ! Ya saya sedang bercuti sem di rumah. It’s heaven ! Gila tak heaven. Bersenang lenang kat rumah jer kerja. Bebas seperti burung. Tapi kena jaga-jaga kang musibat jadinya bila berat naik. So far Alhamdulillah. Aku masih cuba untuk move on dari Mr. Crush walaupun susah. Hai la hati.

A few days ago aku sempat pergi tengok wayang. Into The Woods. Such a nice movie ! Musical ! Genre favourite jugaklah. Sesapa yang tak tengok lagi tu mohon pergi tengok. Kalau rasa tak best jangan bash saya ! Sebab saya rasa movie itu best. Kau pergi tengok dengan sapa weyh ? Of course la dengan bae aku. Kitorang beli tiket couple seat lagi. Orang pun tak ramai. Siap pegang tangan lagi sepanjang tengok movie. Sweet tak ? HAHAHAHA dah la Unknown. Makin dahsyat halusinasi kau ni haa. Berpijaklah di bumi yang nyata. 

Aku tengok movie dengan Hazie jer pun. Tak kenal Hazie ? Dah pergi scroll episode-episod lama dalam ni haa. Dia pergi lunch date dulu dengan BF dia. Maka aku pun pergilah masuk mall dulu sendirian. Ok sendirian. Sadisnya baca word itu. Ok abaikan. Entah kenapa hari tu semua yang aku jumpa berpasang-pasangan. Boleh kata kat area tu aku sorang je sorang-sorang. And I was like dah kenapa ni. Sumpah macam scene Manisnya Cinta Di Cappadocia tu. Nak je aku jerit macam si Ifti tu. “AKU SUNYIIII !” . Seriously kot rasa macam F*ck ! Am I the only one in here yang datang sendirian ? Adakah hari ni merupakan hari dating sedunia ?? HAHAHAHA. Memang rasa lonely kejap ar time tu. Si Hazie ni pulak lambat sampai. Lagi la aku mereput sendirian. Memerhatikan manusia-manusia dalam mall. Bertabahlah Unknown. One fine day kau akan jumpa someone. Mungkin. Latest news pasal Mr. Crush aku tu ? Hmmm dia tak whatsapp aku. And aku pun tak whatsapp dia. Dua-dua senyap. Kat laman social biru tu pun kadang aku mention dia tak reply. Ikut mood dia la kot. But hari tu all of sudden dia PM aku. And I was like yeayy. Then jadi Neayyy sebab yang PM aku tu bukan dia. Tapi pemilik kedua akaun dia. Which is GF or BF dia. Aku tak tahu dia couple dengan siapa. Semuanya terjawab bila dalam mesej tu ada mention “Saya BF dia.” Dia couple dengan lelaki la kisahnya. Fine fine fine. Mulut bolehlah kata fine. Tabahlah Unknown. Haishh.

Oh ya ! Nak tanya pendapat korang sikit ni. Ok begini kisahnya. A few months ago masa aku still close dengan Mr. Crush, aku ada belikan satu novel ni kat dia. Definitely bukan novel cintan cintun. Novel favourite kitorang la. Genre seram. Time tu aku ada janji dengan dia nak hadiahkan novel tu kat dia. Aku cakap nanti cuti sem aku bagi. So sekarang dah cuti sem which I suppose kena la bagi dia. Tapi entah la. Rasa berbelah bahagi. Adakah aku patut bagi novel tersebut kat dia ? Sebab aku dah janji nak bagi. Or just batalkan niat aku tu ? Aku pun tak sure dia ingat ke tak pasal novel ni. Hati ni ada rasa tak syok la pulak. Sampaikan each time aku keluar merayap, mesti aku akan bawa sekali novel ni. Dengan harapan aku mungkin akan terserempak dia kat mana-mana. Tapi so far masih belum ditakdirkan untuk terserempak lagi. Harap dapat bagi opinion sikit.

Baru usha blog Wings AngelPunya Blog. Tengah celebrate anniversary kedua katanya. Untunglaa. Jealous tengok kalian berdua. Hidup bahagia sangat. Mohon share tips kebahagiaan nanti. Apa-apa pun Happy anniversary to both of you ! Moga bahagia sentiasa ! Adios~



P/s : Sekian lama baru aku perasan ada orang tanya soalan kat dalam box Ask Mr. Unknown tu. Tak expect pulak soalan itu. Nanti la aku story dalam other episode.

Wednesday, January 14, 2015

Episod 28 : Rindu + Sakit Hati




Hello again. Semoga hari yang indah buat kalian semua. Aku masih lagi dalam mood tak menentu. Masih struggling dengan masalah ini. Mood aku kejap ok kejap tak ok. Dah mengalahkan perempuan period. Bila dah patah hati memang macam ni la gamaknya. Kadang-kadang tu aku boleh menjerit tetiba. Roomate aku si Zafril tu sampai terkejut. “Kau dah kenapa ni Unknown ? Aku tengok macam ada problem je ni. Cuba cerita sikit.” Aku jawab “sakit hati. Patah hati. Kecewa. HAHAHA.” Maka keluarlah nasihat seorang lelaki straight. Jangan sedih sebab perempuan bla bla bla bla bla. ==’ kalau kau tahu aku ni tak berapa lurus apa jadi agaknya kan.


Aku rindu dia ! ! ! Sangat !! Since the day after we met up tu memang every single day aku rindu dia. Huarghhhhhh.Nak contact malu pulak. Now padanlah muka kau. Hari-hari wajib stalk dia. Seronok tengok dia even dalam gambar and status. But after dapat tahu dia dah berpunya ni haishhhh. Bila stalk je sakit hati. Terbakor jer rasa. Bila tak stalk makin rindu pulak. Bila dah stalk rasa bernanah je hati. Mana boleh tahan. Ayat bersayang bagai. Bermanja-manja. Rindu awak lah. Itu lah ini lah. Tapi kau kena digest tu Unknown. All of that tak dituju kat kau. Dia tuju kat kesayangan dia tu haa. Accept the fact. The latest one diorang dah bertukar-tukar password pulak.  Kiranya pasangan Mr. Crush tu pun tahu la password laman social dia. Bila dah start hilang sikit rindu tapi dalam masa yang sama gain sakit hati. Hmmm. Ok sedih dah. Damn la. Addin ada cakap “Move on la weyh. Sampai bila kau nak macam ni. Ramai lagi lelaki kat luar sana.” Betul jugak cakap dia. Tak dinafikan. Cuma aku masih lagi tak boleh nak move on. Huarghhhh ! Masih belum jumpa lagi lelaki lain yang bisa buat aku jatuh cinta sebegini rupa.


Cuti sem cepatlah datang. Last paper aku esok ! Jumaat bakal kembali ke rumah. Nak release tension kat rumah. Baru tenang sikit. Roomate aku si Zafril dah selamat wassalam kat rumah dia. Maka tinggallah saya bersendirian di dalam bilik menaip episod kali ini. Terasa forever alone gila baby laa. Ada yang nak temankan tak ? Ehhh. HAHAHA. Oklah nak study for the last payperrrrr ! Wish me luck ! Adios~


p/s : Budak-budak PJJ dah start masuk. Comelnya mereka. Ehh.


Saturday, January 10, 2015

Episod 27 : Wish List aka The Angan-Angan



Well aku ada baca kat blog Putera, Shark, Zacky, and Nu’man pasal wish list yang diorang nak buat dengan yang tersayang. Kinda sweet jugak apa yang dorang tulis. Frankly cakap aku pun ada list aku jugak. List of activities yang aku berangan nak buat dengan Mr. Crush aku. Banyaklah jugak. Ada yang agak ridiculous. Well nama pun impian. HAHAHA. Dah la. Macam fake je type HAHAHA macam ni. Aku masih sedih lagi. Susahnya nak move on. Hmmm. Masih jugak menaruh harapan. Bodoh kan ? Kau ingat ni sinetron ? Which is one fine day tetiba Mr. Crush kau datang balik after dia dah blah ? Kadang aku pun tak tahu apa aku fikir la. Ketika hati sedang berbunga memang banyak yang aku plan. Nak buat itu. Nak buat ini. Semua benda nak buat dengan Mr. Crush. Konon sweet la kot.

Travel



Hanya aku dan dia. Traveling ke satu tempat yang indah. Kat mana ? Tak kisah. As long as dia ada dengan aku. Dalam Malaysia la for sure. Terlalu hiperbola kalau aku cakap nak travel pergi overseas. Aku tak pernah lagi travel alone or by duo macam ni. Macam new experience la kalau dapat travel berdua dengan dia. Pulau Langkawi and Melaka agak menarik. Kalau kat Langkawi. Dapat Island hopping together. Wahh awesomenya. Snorkling sama-sama melihat keindahan hidupan laut. Tengok ikan Nemo. Kalau kat Melaka pulak nak naik beca sama-sama. Konon macam perfect couple. Then bila dah haus pergi minum cendol or ABC. Order satu mangkuk jer. Kongsi dua orang. Very the cliché scene la cerita kau ni Unknown. HAHAHA.
   
Masak together

Aku suka masak. Dia pun cakap dia boleh masak. So kiranya both of us tahu la sikit-sikit pasal basic nak masak. Dalam imaginasi aku tu aku dan dia kat dapur. Dua-dua orang pakai apron. Konon nak baking kek. Tapi lain pulak yang jadi. Kitorang start perang tepung ada laa. Dia baling tepung kat aku and aku baling semula kat dia. Penuh dengang gelak tawa. Riang gembira. HAHAHAHA. Mesti kelakar. End up dua-dua orang dah bersalut dengan tepung. Tapi the kek tetap menjadi. Kitorang duduk and makan kek tu sambil gelak sebab dua-dua dah rupa tepung gomak.

Watching The Fault In Our Stars


Tak tahu apsal. Tapi nak sangat tengok film ni dengan dia. Aku rasa TFIOS ni one movie yang sangat sweet but sedihlah. AKu berangan yang kitorang tengok movie ni kat ruang tamu. Aku pulak baring kat sebelah dia. Kepala letak atas peha dia. Sambil tu dia belai-belai rambut. Tak pun sebaliknya. Whoaaaaa gedik tahap cipan la imaginasi kau ni Unknown. Mohon muntah kalau tak puas hati. HAHAHA. Sebab terlalu menghayati filem ni maka kami dua-dua menangis. Dia angkat dagu aku and lap air mata sambil kata “Awak, janganlah nangis. Saya kan ada kat sini. Saya tak kan tinggalkan awak.” Lalu aku hug beliau. Walaweyh awesomenya kalau jadi real.

Selfie

Aku suka selfie but hasilnya gambar itu buruk. Mesti akan ada yang tak kena. Seriously ! Angle tak betul. Kang nampak muka jadi bulat semacam. Macam-macam lagi masalah lain. Berbeza pulak dengan Mr. Crush saya. Gambar selfie dia sangat perfect. Dia photogenic. Akan nampak elok je setiap gambar selfie beliau. Tapi sayang aku tak ada gambar dengan dia. Sebab tu aku rasa nak selfie banyak-banyak dengan dia. Then upload kat instagram dengan caption “With my kesayangan saya ! Sayang kamu ketat-ketat.” Ok tu melampau. Mengundang bencana. Ok not that caption. Just a normal caption.

Sleeping together


Teringin nak buat. Tidur sambil cuddling atas satu katil dan satu selimut. Light-light kiss sikit. Pelukan dia buat aku rasa secure. Rasa tenang sangat. Serious tak tipu. Bila dah sayang memang akan rasa macam ni kot. Just tidur jer la. Korang jangan pikir lucah sangat la. Bagi aku sangat sweet dapat tidur berpelukan macam itu. Ditambah lagi dengan suasana sejuk akibat pasang air cond dengan suhu 18 celcius. The next morning bila wake up je dia wish good morning sambil picit hidung aku. Melampaunya imaginasi ni. HAHA

Pegang tangan


Aku terbayang 2 scenes. Scene satu aku dan Mr. Crush jalan-jalan tepi pantai. Then dia pegang tangan aku. So sepanjang berjalan sepanjang pantai tu memang berpegang tangan la. Like a tipikal scene of malay drama. Scene dua pulak is aku dengan dia duduk kat atas kerusi kat sebuah taman. Taman bunga or taman tasik. Sambil pegang tangan dia, aku letak kepala aku atas bahu dia. Dia pulak usap tangan aku. Menikmati suasana yang indah itu sambil dihiasi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Actually banyak lagi yang aku imagine. But aku rasa tak guna dah. And wish list ni pun dah boleh koyak buang. Or perhaps bakar terus. Be strong Unknown. Jangan nangis. Life must go on. Mana tahu tetiba dia contact kau balik. Hmmmm dah laaa. Ada 3 paper lagi menanti. Bertahanlah kamu. Apsal lambat sangat nak habis entah. Cuti sem nanti kau nak meroyan puas-puas pun tak apa. Adios~





p/s : masih ada sekelumit harapan yang aku semai. Mengharapkan dia datang kembali kat aku. Senang citer aku tak boleh nak lupakan dia lagi. Ok bye !

Monday, January 5, 2015

Episod 26 : Bye Mr. Crush......






Dalam previous-previous episod aku selalu mention pasal Mr. Crush aku ni kan. Nak dating dengan dia. Nak beli birthday gift kat dia bagai. But who is he ? So let’s start with the story. Perkenalan aku dengan dia bermula di app topeng emas. App topeng emas ? App apa tu ? Dah la. Tak payah nak fake sangat. Kalau tak tahu jugak pergi main jauh-jauh sana. One fine night, aku look around using that app. Look sana, look sini. Then I saw one profile. With face pic and also social networks. Umur sebaya aku. I was like perghhh beraninya mamat ni letak semua bagai. And yeah agak kacak jugak. HAHAHAHA. Aku tak confident nak tegur. Yela. Saya ni biasa-biasa je. Asal tegur and tunjuk pic je mesti kena block. Tak pun krik krik krikk. Aku beranikan diri untuk tegur dia. As usual everything start with “Hi”. Aku hi dia. He respons. Kami start chat. From one topic to another topic. About our life. Bertukar-tukar story. Pasal kampus masing-masing. Favourite singer. Pasal PLU. About T, B or F. HAHAHA. Chat punya chat sampai tak sedar masa berlalu. From 12am something sampai pukul 2am something. He such a nice guy. Kinda sweet. Memang sangat enjoy chat dengan dia.

Then the next day continue chat kat app topeng emas lagi. Kebetulan dua-dua tengah cuti waktu tu. After that aku add dia kat laman sosial normal tu. Then sambung chat di sana. Aku dengan confidentnya bagi no. phone aku kat dia. Aku jarang bagi number kat stranger. But dengan dia aku rasa different. After exchange number, we all continue chat dekat whatsapp. Flirting-flirting sikit*ok abaikan*. Aku ada ajak dia lepak. But dia kata ada hal and kena balik U awal sikit. So, okey takper la. Then semuanya kembali seperti biasa. I went to kuliah, tutorial as usual. After a few weeks, university aku ada buat event. Aku agak excited la bila ada event-event macam ni. Well budak freshie la kata kan. Semua benda nak excited. HAHAHAHA. Aku ada la berharap something time event tu. Terdetik dalam hati “it would be great if Mr. Crush come to this event. I really wanna meet him so bad !” Tetiba masuk mesej. Dia nampak aku kat event ni. And I was like melompat keriangan ! My wish come true kot. Dia datang event ni. Best gila ! So the next night aku dengan dia hang out together. Kinda like dating jugak bagi aku. HAHAHA. That was one of the best moment. Dapat lepak dengan someone yang kau suka.

Aku pun tak tahu apsal aku boleh tangkap cintan sama dia. It just happen. Maybe sebab layanan dia barangkali. Hensem ke Mr. Crush kau tu weyh ? Ermmm bagi aku dia comel dan aku rasa dah perfect. But some of my PLU friend pulak cakap dia tak hensem at all. Biasa jer. Especially si YS tu. Hensem itu subjektif. Di mata aku dia dah perfect. Ok back to the story. That night after lepak together aku ajak dia datang bilik aku. Actually tak ada niat nak buat apa-apa pun. Ye ke ni ? HAHAHA entah. Aku pun tak ingat. Roomate aku pulak kebetulan keluar tengok performance kat luar. Ok senang cerita line clear. HAHAHA. Nothing happen. Just sembang-sembang. Gelak-gelak. Then dia balik. OK penipuan di situ. Ada terjadi something. Well bila dah berdua tu maka ada la yang ketiga which is makhluk bertanduk itu. Kissing and cuddle sahaja and some other stuffs. NO PENETRATION HAPPEN ! Digest that. Mungkin sebab aku ada feeling kat dia maka moment itu jadi sangat bermakna. Silap aku jugak sebab ada involve romantic feeling during that situation. What to expect ? Dah aku memang suka dia. After that teman dia pergi minum jap. The next day dia balik la. Sedih nak berpisah dengan dia. Poyokan Mr. Unknown ni. After that day kitorang always contact. OTP pun selalu. Bila dah lama-lama, aku beranikan diri confess kat dia. Pada masa yang sama dia pun ada feeling macam tu jugak. Aku tak bertepuk sebelah tangan. Yeayyyy. We start our relationship and live happily ever after. Cuti sem nanti tak sabar nak jumpa dia. YEayyyyy ! !

!
!
!
!
!
!
!
!
PLOT TWIST !
Tu semua hanyalah angan-angan aku sahaja. Lain yang diharapkan. Lain yang jadi. After that night kami still contact lagi. But something happen. Something yang agak complicated terjadi. Senang cerita macam cinta tiga segi. Berlaku perebutan lebih kurang. Takper la. Aku tak nak la cerita. Biarlah aku dengan beberapa orang lain sahaja tahu. But because of that incident Mr. Crush dapat tahu yang aku suka dia. Tapi bukan dari mulut aku sendiri. Agak malu jugak la bila dia dah tahu. Memang agak huru hara la time tu. Aku rasa bersalah sangat kat dia. Seriously. Rasa macam semua salah aku. Walaupun bukan salah aku. Aku plan nak confess sendiri. But things happened. Masalah aku pulak bila dah suka someone aku jadi malu nak contact. A bit weird. Entah. Aku takut if contact nanti macam mengganggu dia pulak.

But after isu tu cool down semua kembali seperti biasa. Walaupun tak biasa la sangat. Ada la sikit perubahan. But aku dengan Mr. Crush ok sahaja. Aku selalu update kat status laman social yang aku rindu dia. Tapi tak la mention nama dia. Just tulis secara umum. Aku not sure la dia baca ke tak. Maybe yes or maybe not. Aku dah plan nak keluar dengan dia cuti sem nanti. Tetiba berlaku lagi perkara yang aku tak duga. Dia update status yang dia dah di taken already. Bahasa mudahnya dia dah in relationship with someone. Cuma tak sure dia couple dengan lelaki or perempuan. The moment aku baca ayat tu aku rasa macam entahlah. Susah nak cakap. Rasa lifeless for a while. Kau rasa macam nak baring dan tidur selamanya. Rasa nak menjerit hysteria. Rasa nak marahh. Rasa nak menangis. Rasa sakit yang amat sangat. Semua datang serentak. Bad news pertama dalam tahun 2015. Mungkin sebab aku ni terlalu overthinking kot. Yup tu masalah aku. Dan memang aku rasa a bit emo dengan hal macam ini. Sampai nak makan pun tak ada selera. Hurmmm. Seriously. Memang aku patah hati. But aku tak boleh nak buat apa. Aku bukannya ada declare apa-apa pun dengan Mr. Crush tu. Tak ada hak nak halang. Cuma aku sedihlah. Jenuh aku nak deal dengan benda ni. Well hati ni pulak macam tisu. Tu kelemahan aku. Plus, mungkin sebab dia merupakan cinta PLU aku yang pertama. A bit hard for me to terima benda ni. Mungkin aku patut jadi kawan dia sahaja. Not more than that. Entahlah. Just wait and see jer la apa yang bakal berlaku nanti. Aku masih lagi stalk dia kat laman social. Tengok latest update, tengok gambar dia. Aku rindu sangat kat dia. SANGAT ! Kronik kan. Haishhh. Ok Baru perasan yang aku dah terlebih meracau dalam ni. Panjang sangat ni. Dah boleh berhenti type kot. Adios~







P/s : Episod kali ni memang aku meracau sangat-sangat. Perlukan tempat untuk meluahkan. Yeah mungkin akan ada yang annoying dengan episode ni. I’m sorry.   


Thursday, January 1, 2015

Episod 25 : Hello 2015 ! Good Bye 2014 !





1 Januari 2015. Tahun 2015. Maka bertambahlah satu lagi angka dalam umur aku. 21 years old*secara tak rasmi*. 2014 sememangnya penuh dengan pelbagai pengalaman. Rasa macam baru je masuk 2014. Tetiba dah habis dah. Cepat jugak masa berlalu. Episod kali ni more to nak throwback je kononnya. HAHAHAHAHA. Ok mari kita lihat apa yang aku dah hadap sepanjang tahun 2014 ni.

Awal Januari dulu aku start kerja part time.  Cari duit sikit. Yela. Lepasan STPM kot. 9 bulan kau cuti sementara nak sambung degree. Kalau nak pregnant pun sempat. HAHAH. Aku kerja dengan Hazie. Sebab dia offer job tu. Which is kerja dengan mak dia. Mak dia ada bukak bisnes catering secara kecilan. Gaji first tu aku beli buku masakan Chef Hanieliza. HAHAHA. Beli from her terus. So dapatlah autograph beliau sekali. Cuti sem nanti baru nak menelaah buku beliau itu.

Around bulan Februari aku repeat semula paper BM STPM sem 3 aku. Sebab aku dapat C. which is menjatuhkan pointer aku. Nasib baik dapat A after repeat. Maka pointer aku naik jadi 3.00. Satu kejayaan jugak dalam tahun 2014.

Pertengahan tahun pulak aku dapat rasai sendiri pengalaman berhadapan dengan situasi kerasukan. Si Hazie ni kena rasuk pulak. Well korang paham-paham la. Bila bisnes maju sikit mula la orang nak dengki. Maka berlakulah adegan jumpa bomoh bagai. Mak Hazie merangkap bos aku tu pun kena sekali. Tapi Hazie la paling dahsyat. Dah la kena time kerja. Siap mengilai depan aku. Dah tu nangis tetiba. Lepas tu nak lari. Aku ni la yang pergi tangkap dia. Peluk dia siap jatuh tergolek bagai. Bapak kuat giler minah tu bila kena rasuk. Sempatlah aku rakam scene-scene tu semua.

15 Julai 2014, blog This Is Kisah Hidup Aku pun lahir. Sebenarnya lahir tahun 2012. Tapi aku tak bukak dah lepas satu post. Then kira aku remake semula la. HAHAHAHA. Tetiba je nak jadi blogger. Terinspire melihat blogger lain. Awal-awal dulu memang hambar jugak. Aku pun tak pandai nak menulis. Reader pun kureng. Nak adjust setting blog bagi jadi cun pun still failed lagi. Itu pasal agak hambar. Thanks to Shark sebab lekatkan blog saya di blog anda. Lepas tu barulah ada reader sikit kat blog ni. Then blogger lain pun turut sama buat macam itu. Terima kasih banyak. Even tak ramai reader pun ok la. Aku ni pun bukannya pandai tulis sangat. Banyak merapu.

Bulan September aku dapat tawaran sambung degree kat IPTA. Tak sangka dapat sini. But Alhamdulillah syukur. Rezeki kat sini. Sem 1 dah nak habis pun. Final exam babeyh !

Tahun 2014 ni jugak aku mula explore dunia PLU. Yeah kinda like aku noob jugak. HAHAHA. Masih newbie. Aku explore apa ? Ermmmm macam-macam jugaklah. HAHAHAH. Ok bye.

Tahun 2014 jugak aku beranikan diri untuk get to know PLU lain. Selama ni memang aku tak pernah nak jumpa PLU lain or be friend to them. Kenal si YS tu haa. One of the reader blog ni. Kejap lagi nak menganjing aku le tu. Then dapat kenal blogger-blogger lain. Even tak tahu identity masing-masing. Seronok jugak sebenarnya. Ada geng di alam maya.

2014 jugak jadi satu sejarah bila aku reveal dark secret ni dekat Hazie and Hans. But yeah they ok with that. Aku rasa lebih rapat dengan mereka lepas dah reveal ni.

But the best part of 2014 was aku dapat kenal dengan Mr. Crush kesayangan aku tu. But kalau dah nama pun crush je. Paham-paham sendiri la kan. Belum tentu boleh dimiliki.

Ada jugak the worst part of 2014. But aku rasa tak perlu cerita kot. Sebab complicated. Melibatkan banyak pihak. Dan memang aku dapat pengajaran yang sangat besar dari kejadian itu. Jangan mudah percaya sangat kat orang. Sebab adA segelintir manusia ni sangat fake sampai kita rasa dia tu nampak baik tapi hakikatnya dia tak macam itu.

So setakat itu sahajalah throwback bagi tahun 2014 aku. Tak ada apa sangat pun. Aku bukannya someone yang cool untuk ada life yang hebat.

Diharapkan tahun 2015 aku ni akan jadi lagi baik berbanding tahun-tahun yang lepas.  Amin. Akhir kata, Meister Unknown nak ucapkan HAPPY NEW YEAR kepada semua blogger dan reader blog ini !!!!! Adios ~



p/s : Episod ni patutnya jadi episod last dalam 2014. But since aku type lembab gila maka episod ni jadi episod pertama dalam tahun 2015. Puffffff