Thursday, August 7, 2014

Episod 7 : To Tell or Not To Tell The Truth



In previous episode*rujuk episod 2* aku ada story pasal kawan sekerja aku yang tanya soalan maut tu. And guess what sekarang ni makin kerap dia tanya. Minah ni dah kenapa asyik tanya-tanya soalan tu. Naik rimas pun ada. Ok let just call her as Hazie. Scene hari ni bermula begini. Aku just puji yang pakwe dia tu agak hot. Tak la hensem sangat. Tapi sedap la mata memandang*kantoi la usha pakwe orang*. Lepas tu terus Hazie tanya "Aku tahu kau gay kan ? eleh mengaku jer lah. Kata open minded." Then dia gelak. Cibai betul. The worst thing is aku jadi speechless. Tak mampu nak bangkang or anything. Aku terdiam. rasa awkward jugak la. Terus aku tukar topik lain. Aku tak mengiyakan atau menidakkan. Hazie ni pun entah apsal la asyik tanya soalan tu. Girl instinct overdose ke apa ? Lepas situation tu terus aku terfikir, should I tell someone the truth ? Kebenaran yang sebenarnya aku ni tak berapa lurus ? At least aku ada someone yang boleh aku share problem aku. At least dapat bagi moral support or something. Mungkin aku patut beritahu Hazie. BAAMMMMM semua soalan tu datang. Kinda in dilema right now. Sebab dah lama aku simpan rahsia ni. Mungkin bila aku ada kawan yang tahu pasal ni aku boleh jadi normal balik. Sapa tahu kan. Tapi terlalu risky. Hazie tu perempuan. When girls start to gossip, they will reveal everything. Semuanya akan bermula dengan ayat "Aku citer kat kau sorang jer ni. Sebab aku percaya kau. Engkau jangan citer kat sesapa pulak taw." BULLSHIT sangat ! Plus, manusia ni ada satu habit untuk judge orang. Even aku pun kadang-kadang macam tu jugak*aku mengaku benda ni*. Mula-mula memang la dia kata open minded bagai. But bila dah tahu mulalah nak judge itu ini. Kadang penat jugak simpan sorang-sorang ni. Aku perlukan someone untuk share rahsia ni. Tapi tu la. Even kawan baik pun belum tentu dia boleh terima. Silap-silap boleh hilang kawan. Tapi bila dah tulis kat sini rasa kurang jugak la bebanan. But still, aku tertanya-tanya patutkah aku reveal perkara sebenar kat Hazie ? Or just keep it as a secret coz some secret better be a secret ? 

Sebarang pandangan boleh dikongsi dalam ruangan komen.

Adios ~


p/s : Blog aku ni agak tak menarik jugaklah. Sorry sangat ! Actually aku tak tahu sangat nak ubah setting-setting ni semua. Belajar sikit-sikit jer baru. Seronok tengok blogger lain decorate blog mereka. Kreatif betul!


2 comments:

  1. firstly kalau tgk lelaki, jgn sesekali cakap kat org bahawa lelaki tersebut hensem kat orang lain. mmg org akan rase pelik for sure..

    dan kedua, kalau kawan2 yang kau rase boleh percaya dapat detect kau ni gay, kau mengaku je. sbb bile kau berdolak dalih, orang lagi nak korek.

    aku bagi pendapat, yang lain tu terserah pada individu itu sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the comment bro !
      Okey yang first tu memang kena stop doing that. Bila tengok hensem aku suka puji dorang. It just like entahlah. Dah biasa kot. Soal kepercayaan tu la susah sikit. Tak semua orang dapat terima 'secret' camni.

      Delete