Ok
firstly SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Seminggu jugak aku
tak update blog ni. Busy beraya. Balik kampung. Jalan beraya sana sini. Aku
follow jer lah family aku pergi beraya. Firstly sebab geng-geng aku ramai yang
takde kat sini. So aku alone kalau stay. Secondly, It's not just raya things,
it's duit raya !! Yes aku perlukan duit. HAHAHAHA. Agak lucky jugak la sebab
aku masih terima duit raya tahun ni even dah nak masuk angka 20. Rezeki jangan
ditolak. Terima sajalah. Duit kot. Rugi la kalau tak ambil. Bila dah beraya
merata ni macam-macam soalan jugaklah yang ditanya oleh sedara mara dan jugak
tuan rumah. 4 soalan ni paling kerap ditanya.
1. Sekarang
tengah buat apa ? Maksud soalan ni actually study kat mana sekarang ni ?
"So
far tengah tunggu tawaran nak sambung degree kat IPTA. Sementara tunggu tu
kerja part time jap sekarang ni." *then senyum untuk
menyedapkan suasana*
2. Umur
berapa dah sekarang ?
19. "Hujung
tahun ni genap 20 tahun. "*aku syak soalan ni untuk pastikan sama ada
layak atau tak layak terima duit raya. HAHAHA Tak pun muka aku ni nampak tua or
muda sangat kot. *
3. Dah
ada awek@girlfriend ka ni ?
Mungkin
nak tanya bila nak kahwin macam terlalu awal so soalan ni la yang kerap ditanya
raya kali ni. And I was like tersentap jap soalan ni. Dengan jujurnya aku jawab "masih
single. Tak ready untuk sebarang relationship pun lagi." Ayat
propa gila vavi arr. Orang sekeliling takkan tahu rahsia sebenarnya. Diorang
akan anggap aku straight macam pembaris la. Plus, budak-budak remaja macam aku
ni selalunya dah ber-awek bagai. So orang yang tanya tu pun pikir macam tu la
kot. Actually ada feeling nak couple bagai nak rak tu. Tapi aku masih failed
nak pikat perempuan. Aku sendiri pun tak tahu step nak start relationship ni
semua. That's why sampai sekarang aku tak confess lagi kat crush perempuan aku
tu. Plus lagi aku ni pun PLU. Memang susahlah nak ada awek. Apa function ada
awek kalau mata still nak usha jantan ? Ye dak ? Menipu diri sendiri dan jugak
perasaan perempuan lain. Jadi lagi baik aku single.
Bercakap
mengenai crush aku(NZR) tu, ha baru teringat kejadian malam raya lepas. On that
night aku sms la kat dia wish raya bagai. Dengan harapan dia akan reply and we
gonna have a great conversation after that. Yela dia tengah cuti pulak time tu.
Perancangan aku macam tu la. Lepas dah sent tu aku tunggu reply dari dia. The
kecewa part was dia tak reply langsung. Ok sadis. Penantian yang menyedihkan.
Takpe la dah dia tak nak reply. Tak kan nak paksa kot. Bila dah berjalan raya
ni of course akan jumpa ramai jejaka yang hot lagi boommm. Memang best la dapat
cuci mata. Sekadar cuci mata melihat keindahan wajah mereka sahaja. Takda la
sampai aku nak inzal ke apa bila tengok dorang. Erkkk ? Boleh caya ke ni ? Okey
mengaku ada la sikit perasaan ghairah tu. But still aku cuba control nafsu
bengkok ni. Sejuk je mata memandang mereka. Macam dah jadi habit aku untuk usha
lelaki. Even ada perempuan pun aku still akan tengok lelaki dulu. Haishhh bila
nak jadi straight entah. Sampai di sahaja coretan kali ni. Hingga bertemu lagi
di lain episod.
Adios~
P/s
: Result UPU dah nak di-announce dalam bulan ni. Maybe 3rd or 12th August. But
aku rasa 12th kot. Apa-apa pun just hope for the best !
good luck n study elok2 kay!
ReplyDeleteThanks bro ! Hopefully ada rezeki further study di IPTA.
Delete