Previously F.I ada tag aku untuk post pasal #20FactsAboutMe.
And now the latest one dia tag aku untuk post pasal First Time ! Menarik ! At
least ada jugak idea untuk aku type something kat blog aku ni haa. Berhabuk dah
ni. HAHAHA. Aku pun tak berapa ingat berapa banyak benda first yang
aku dah buat and hadap. Banyak kot. Aku list mana yang terlintas sahaja. Let’s see the list
:
Aku ni jarang tercrush kat perempuan. Sepanjang
20 tahun hidup ni baru 2 kali je tercrush kat gadis-gadis ni. Dah tak berapa
nak lurus so memang tak la aku nak crush kat perempuan sentiasa. First crush
aku nama FZ. She was one of the cutest girls dalam batch aku. Rendah saja
orangnya*crush kedua aku pun pendek jugak --’ *. Masa tu tahun 2007. 7 years
ago. Aku baru form 1. Masih lagi hingusan. HAHAHAH. Aku masuk sekolah asrama.
First intake. FZ pulak 7th intake. Mula-mula tu biasa je. Until one
day aku rasa macam ada satu special feeling bila nampak dia. Korang pun tahu
perasaan tu. The feeling like berdebar-debar, nervous, rasa berbunga and etc. Everything
start to mess up when one of my friends dapat tahu pasal ni. Salah aku jugak
sebab bagitahu kat dia. Mulut pulak tempayan. Akhirnya one whole batch aku tahu
pasal ni. Cam harem ! FZ pun dapat tahu pasal ni. Sangat memalukan. Definitely,
it’s not a good news for her too. Paling tak boleh blah bila aku dengan
confidentnya boleh hantar surat kat dia. HAHAHAH. Nak berkenalanlah konon.
Guess what happen ? Dia koyak surat tu. Yup she did that. But apa yang pasti,
aku tak pernah ada conversation dengan dia. I mean the real one. Tak pernah
langsung aku cakap face to face dengan dia. Sebab aku tak yakin langsung.
Setakat kat facebook adalah tegur sikit-sikit. Tu jer la pun. Dia sekarang
study Law kat UiTM. Genius ! In relationship dah kot rasanya.
Aku start pakai handphone time form 1
jugak. End of November masa tu. Nokia 1600. Warna hitam. That was my first
phone. Harga time tu kalau tak silap RM199. Bergolak gadai nak beli phone. Yela
time tu rm199 tu besar juga nilainya. Lama juga aku pakai phone tu. Sampai tahun
2012. Then baru tukar baru. But phone ni masih lagi disimpan dengan baik.
Nostalgia kot. Paling penting sangat tahan lasak dan still boleh guna lagi.
First Sport That I Join ?
Since zaman sekolah lagi aku memang benci
sports. Yeah seriously ! Even PJ pun aku tak suka. Aku pun bukan jenis atlet
person. Bola pun aku tak minat. Merentas desa je aku masuk. Atas sebab paksaan
dan juga nak cuci mata. Eh HAHAHAAHA. But awal tahun hari tu for the first time
aku join. Aku masuk tarik tali. Wakil bekas pelajar. Sekolah aku kalau Sports
Day sangat meriah. Saja la join. Dapat no. 2. For the first time juga aku dapat
medal dalam sport. Kinda awesome !
Zaman sekolah rendah aku diharungi tanpa
internet. Tak pernah tahu pun pasal internet time tu. Memang aku lalui zaman
kanak-kanak yang real la. Tak adanya nak mengadap laptop bagai. Mula involve
dengan media social ni tahun 2008. At that time Friendster tengah popular. So
aku buatlah akaun Friendster. Sahaja seronok-seronok. Best jugak. Tak boleh
blah sampai ada 3 akaun. HAHAHA. Akaun tak berapa suci pun ada satu. But since
Friendster makin hambar, terus aku tak buka dah. End up aku lupa email and
password. Maka berkuburlah Friendster aku tu. Rasanya sekarang dah jadi website
untuk game rasanya.
First Game Yang Aku Addicted Gila ?
Aku bukan seorang gamer. Tak pernah layan
game apa sangat pun. Game PS lagilah aku tak tahu. Online game apatah lagi. Memang noob gila. But
aku boleh ter-ketagih dengan satu game kat facebook. Korang pun mesti tahukan.
Fb kan berlambak-lambak application game diorang. Game yang aku layan tu
Farmville ! Game ni best gila bagi aku. Kau akan ada ladang sendiri. Boleh tanam
benih, harvest pokok, bela kambing bagai, and so much more. 3 tahun jugak aku
addicted dengan game ni. Dari farm sekangkang kera sampai jadi 4 ladang besar
yang berwarna warni dengan pelbagai benda. Aku suka game ni sebab grafik dia
cantik. Animals pun cute gila. Aku berjaya capai level 100. Memang best ar.
Seorang petani online yang gigih. Sanggup bangun 3 pagi sebab nak harvest
tanaman. Kerja gila dulu. Sampai parents aku pun bising. Aku login fb dulu
semata-mata nak main game ni. But after level 110 aku stop. Sebab makin banyak
benda pulak kena buat kat farm tu. Kinda annoying with those quest. So aku
stop. Jiran-jiran tetangga pun stop. #FarewellFarmville.
Polis ! Yeahh saya nak jadi polis !
HAHAHAH. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan watak Inspektor Mazlan lakonan
AC Mizal kat Gerak Khas dulu tu. Masa kecik-kecik dulu aku memang suka Gerak
Khas. That’s why aku nak jadi polis macam si Inspektor Mazlan tu. Kelakar
pulak. Tapi sekarang memang tak la aku nak jadi polis. Aku nak jadi seorang
Chef ! HOHOHO. Even course aku study sekarang takdak kaitan dengan kulinari
langsung.
Aku start kerja lepas habis STPM. That was
my first time kerja. Kerja kat kantin sekolah. Saya seorang abang kantin*sambil
lelambai tangan*. Kerja ni pun kebetulan je aku dapat. Sebab Hazie yang offer.
Mak dia memang ada ambil tender kantin sekolah rendah. So why not aku try. Aku
pun tak suka kerja shift bagai. Mengganggu waktu tengok tv aku. HAHAHA. Seronok
kerja ni. Dapat tengok karenah budak-budak. Cuci mata tengok cikgu-cikgu kacak.
HAHAHA. Rakan sekerja yang terdiri daripada makcik-makcik yang aku rasa macam
family dah. Gaji sehari rm20. Sikit je kan. Tapi aku tak kisah. Sebab aku enjoy
kerja ni. 8 bulan aku kerja. End of Ogos aku berhenti sebab nak sambung study.
First Movie That I Watched In Cinema ?
Harry Potter and The Half Blood Prince with
my siblings. Tahun 2009. Kenapa first ? Sebab time ni la baru ada satu panggung
wayang yang dibuka kat area aku. Previously tak ada.
First Fixi Novel That I Read?
Fixi first yang aku baca Asrama. Genre
seram. Karya Muhammad Fatrim. Storyline best. Tapi complicated and pening
sikit. Nak tahu kenapa ? korang baca sendiri. Then terbaca kat blog Shark pasal
review Fixi Kacau. Teruslah aku lekat dengan Fixi.
Zaman sekolah dulu memang aku tak ada kawan
PLU. Member semua straight. Sepengetahuan aku la. HAHAH. Then one fine day ada
Anonymous ni komen kat blog aku. PLU jugak. Berpengalaman dalam ‘dunia’ ini. YS
nama dia. Dia pun friendly. So start la email dengan dia. Berkenalan semua
bagai. Rupanya satu university dengan aku jugak. Kos lain. Pandai melukis dia
ni. Mula tu tak reveal pun identity aku kat dia. Aku seorang yang agak pemalu
actually untuk reveal. Tak yakin pun. But end up terkantoi jugak dengan dia.
HAHAHAHA. First time face to face agak krikk krikk krikkk. Lama-lama ok la.
Boleh lepak sekali. Borak-borak. Weyh aku tulis pasal kau kat sini *Sambil
lelambai tangan*. Setakat ni dia jer la yang tahu identity Mr. Unknown.
For the first time aku menjadi pelajar
university. Kali pertama jugalah aku stay dengan roommate dalam bilik. U aku
buat sistem satu bilik = 2 orang. Roommate aku seorang jer la. Budak KL. Aku
ada mention pasal dia dalam Episod 14. Zafril nama diberi. Tercrush kat dia
for a while. Tapi sekejap je kot. HAHAHA. Lama-lama feeling tu hilang sendiri.
Aku dengan dia ni macam langit dengan bumi. Lifestyle berbeza, hobi berbeza,
senang citer memang tak sama la. Dia pun a bit pendiam. Conversation pun tak berapa meriah la. Bila dalam bilik memang
jadi krikk krikkk weyh. Adushhh ! Payah pulak dapat roommate pendiam macam ni.
Tu jer la masalah sekarang.
Crayon Shin Chan aka Dik Cerdas and Detective Conan ! Yeah dua komik ni memang favourite aku. Dulu-dulu sanggup save duit belanja
sekolah sebab nak beli. Harga komik Shin Chan RM 4.80, Detektif Conan pulak RM
4.50. Banyak jugaklah koleksi komik-komik ni. Tapi semua dah dibungkus dan
tersadai kat bawah katil bilik aku.
First App Yang Tak Berapa Nak Lurus !
Grindr ! HAHAHA Tak pernah terlintas pun
nak install. Member-member aku ada yang install app ni. So, last week time cuti
midsem tu aku pun try install. Saja nak explore sikit. HAHAHAH. Guess what ?
Berderet-deret PLU kat area rumah aku. Muka senior sekolah aku pun ada keluar
sekali. I was like dia ni pun tak straight rupanya - -’ . Ada seorang tu
rasanya staf office ayah aku. PLU dalam U aku ni pun ada jugak. What a world !
Macam-macam jenis manusia aku jumpa dalam Grindr ni. Dah kahwin pun ada jugak.
Yang gersang nak main pun ramai. Haishhh. But after 1 week lepas install ni,
aku kena upgrade pulak dah app ni. Dan kena bayar ! Cis ! Memang tak la aku nak
upgrade. Biar je macam tu. Kinda annoying jugak sebenarnya. Rasa nak uninstall
nanti.
Aku tak pernah kiss sesiapa pun sebelum ni.
Until it happen last week. Rentetan selepas aku install Grindr tu la. Aku tegur
senior aku tu. Borak-borak kosong. Then dia ajak pergi rumah dia. Aku pergi.
Borak-borak kosong. Ok cut the crap, aku kiss dia. No tongue involve. Bibir
bertemu bibir. That’s all I can said. Apa jadi lepas tu ? Ermmmm HAHAHA tak
perlu ceritalah kot. Terasa makin melucah pulak kat sini -_- .
Previously aku hidup dengan saiz yang
besar. XXXL. Tahap obes melampau. Berat dah 130kg something. So, just imagine sendiri
how big I am. Semuanya berubah bila aku tekad untuk transformkan diri aku.
Start from tahun lepas aku mulakan journey aku. Diet, exercise, calorie
counting and etc. And yeahh ! Berhasil. Melangkah masuk ke alam universiti dengan
saiz M dan S*depends on cutting baju*. First time aku berjaya transformkan diri
aku. For sure happy. But the hardest part is to maintain it. Hidup as student
ni buat aku rasa lapar. It’s not a good news actually. Aku taknak jadi besar
dah.
HAHAHA every chef have a bad day. Peristiwa
ni jadi time aku darjah 4. Tengah hari masa tu. Aku sangat lapar. So try nak
masak nasi goreng. Which is aku tak pernah buat langsung. Panaskan minyak.
Masukkan telur 1 biji then nasi yang digaul dengan garam. Aku guna garam kasar
! Satu sudu besar ! Rasa sangat masin ! Memang tak boleh nak telan. Seriously
failed ! Nasi goreng supposed to have bawang and etc. Nasi goreng aku pulak
sekadar nasi, telur and garam kasar ! End up aku buang dan pretend like nothing
happen. Takut kena marah dengan mak. HAHAHA.
Jadi inilah serba sedikit pasal kali
pertama aku. Mungkin taklah best sangat pun. Hanya sekadar pengalaman dari
seorang insan biasa sahaja. Cewah ayat ! I’m done. So blogger lain mohon buat
jugak. Tak sabar nak baca nukilan kalian. Adios~
P/s : Buat sesiapa yang ada sebarang soalan
nak ditanya atau sebarang cadangan yang nak dicadang, bolehlah klik Ask Mr. Unknown ni*boleh juga didapati di sebelah kanan blog ini*. Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab. Just a simple box yang
hambar sebenarnya.