Wednesday, December 10, 2014

Episod 22 : She's Back !

CintaHatiSaya*konon sweetlah save no. dia guna nama tu*


Di saat aku mula melupakan dia, dia kembali semula. Aku dah lama dah tak contact NZR. Oh ya ! kepada yang tak tahu, NZR ni crush aku time sekolah dulu. Even tak berapa nak lurus pun boleh pulak kau jatuh hati kat perempuan kan Unknown. HAHAHAH. Last sekali sekali aku contact dia during our birthday hari tu. Aku text dia. Wish happy birthday. That’s all. Tahun ni hadiah pun tak ada nak bagi kat dia. Yup. Dia reply text aku tu. Just “Tq. Happy birthdayyyyy toooooooo”. Obviously hambar sangat. Then conversation on that day tamat macam tu je. Oh ya masa hari tu pulak macam-macam bencana yang sangat musibat menimpa. Aku pun memang tak ada mood nak reply. So habis. Tetiba 5 Disember dia whatsapp aku. Aku dah lama dah send text kat whatsapp tu. Aku rasa hujung bulan 10. Saja test nasib. Padahal last seen dia bulan 8. Gila punya lama dia tak on whatsapp. Busy sangat barangkali. So macam terkejut jugaklah. Tetiba je whatsapp aku. Haishh. Aku dah nak move on kot dari dia.

On that night just chat seperti biasa. Tanya khabar. Tanya pasal life dia. That kind of topic. Dia ceritalah yang dia jadi MC untuk satu event ni. Dia nervous. Takut takleh buat. Hikss. Sama macam saya la jugak awak ni. Saya pun ada masalah nervous jugak. Ehhh tetiba. Dia pun ada cakap dia busy. Biasalah. Kerjaya seorang jururawat kat hospital kan. Dia still praktikal lagi. Aku faham dia mesti busy gila. Ada jugak tanya dia dah berpunya ke belum. HAHAHAHA. Dia kata tak. Dia yang sibuk mengorat doktor. Boleh pulak dia buat lawak. Tapi I can feel that ada orang cuba nak try dia ni. I don’t know. But my instinct said that. Instinct aku ni pun agak accurate jugak. All the best la untuk that guy. Tapi lepas dia whatsapp aku ni terus teringat balik moment-moment time form 6 dulu. Selalu je aku perhati dia. Bila lalu depan kelas dia wajib tengok dia. Setiap kali perhimpunan aku berdiri sebelah dia. Her smile. Her voice. Her eyes. Time tu semuanya special gila. HAHAHAHA. Tapi sayangnya tak ada gambar kenangan dengan dia. Ada sekeping jer la gambar yang sempat disnap. Tu pun tak lawa sangat. Lighting agak teruk. Agak-agak if aku jumpa dia lagi adakah feeling seperti itu masih wujud ? Atau dah completely gone ? Tapi tak tahu la bila boleh jumpa. Dia pun selalu busy. Taknak la kacau. Buat masa ni just remain friend je la. Dia pun tak ada bagi hint apa-apa. Aku pun bukan yang terbaik untuk dia. Dia akan jumpa lelaki yang lagi baik dari aku. Ok dah la. Makin tak ada hala tuju dah episod kali ni. Adios ~




p/s : Tengah fikir hadiah birthday yang best untuk Mr. Crush saya tu. Tak tahu nak bagi apa kat dia.





9 comments:

  1. Lps ni ko screenshot conversation dgn mr.crush plak..hihi
    YS

    ReplyDelete
  2. Ehem slalu comment as 'anonymous' sbb nk maintain discreet. Now ak comment as my id. Hehe

    Ak expect kau nak try dia balik tp hmm. Hahha. Bg aku, kalau kau still ada sekelumit perasaan kat dia why not develop? Maybe hati dia dah sedia nk terima kau balik. Nasihat aku, ter'crush kat beribu lelaki takpe, but at the same time kau cuba wujudkan cinta kat perempuan.

    Ak tahu sayang dan nafsu adalah dua benda yg berbeza. But be rasional. Think further. Ak pun tgh cuba sehabis baik utk cari titik nafsu kat perempuan tapi x jumpa. Usha kim kardasian pn x steam. Tp kalau usha zach efron. Pergh xnk turun. Hahaha

    Aku ni pun satu kapal dgn kau jgk, tp fikir investment utk hari tua nanti. Hehe.

    Next entry tulis la pasal abam crush kau. Ak crush kat abam2 ni byk. Tapi xde sorng pun ak berani confess. Maklumlah ak ni str8 act.

    #sorry terbuat entry kat comment box kau. Haha, hormon menulis terlebih mlm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey yo mr. Nov !
      Terima kasih sudi komen di entry ini. Panjang pulak tu. Terharu pulak aku. Hehe.
      Actually aku tak rasa dia ada feeling kat aku pun. Cuma aku ni jer yang tergilakan dia dulu.
      Aku ada terfikir nak confess kat dia but aku rasa sangat tak layak untuk dia. Aku rasa aku tipu dia. Kalau dia tahu pasal ni mesti hancur hati dia. That why aku just pendam dalam hati ni. Dia boleh jumpa laki yang much better.

      Agree bro ! Hahaha usha lelaki memang takleh nak turun. Tengok perempuan tak naik pulak. HAHAHHAHAH.

      Pasal Mr. Crush tu ke ? Ermmm tengoklah. Segan pulak nak cerita. Tapi itulah. Aku dah tangkap cintan sama dia. Dia pun PLU jugak. hiks

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete