Tuesday, March 12, 2019

Episod 111 : 2019


2019 ! A new year comes again. Seems like dah masuk Mac 2019. Frankly speaking memang mood menulis aku kat sini lately memang kelaut. Aku rasa ramai je blogger lain yang hadap benda ni. Since medium blog pun semakin sendu jadi ramai yang dah stop menulis. Or else mereka dah beralih ke dunia wattpad or maybe Twitter and so much more. Aku sebenarnya sayang blog ni. Tapi tu la pemalas nak update. Maka jadilah begini. But aku masih boleh dihubungi di sini. Just in cased apa-apa hal.

Aku kembali ke tahun baru dengan title single. Wow ! setelah 3 tahun celebrate new year as partner orang now aku start all over again as single. HAHAHAA. Well. Masa berlalu pantas. 2018 penuh dengan memori. Dimulakan dengan internship, then broke up with Dario, aku grad and then mulakan karier sementara aku and so much more.

2019 ni new fresh start again. Since aku pun dah grad no more drama berebut jantan kolej lagi. It’s fucking real world weyh ! Kekejaman dunia luar sesungguhnya benar. While I’m just a gay boy yang baru nak hadap dunia sebenar. Fuhhh ! Azam baru ? Aku tak rasa macam azam sangat pun. It just like a few things yang aku harap aku boleh capai by this year.

So let’s see apakah yang aku harapkan ?

Permanent job

Serious shit weyh aku sangat memerlukan kerja tetap by tahun ni. Kau akan rasa sangat iri hati ya melihat teman-teman ketika zaman study yang mula upload gambar diorang enjoying their new career and so much more. Aku dah start rasa pressure tu. Haihh. Currently aku kerja kat kedai area rumah aku. Shop Associate like that. Buat kerja as cashier, served customers and lain-lain. Bos aku pulak merupakan member aku sendiri. I mean kitorang kenal during 2009 macam tu as kawan FB. Cuma keadaan jadi tak best bila bos kau sendiri nak keep on texting ko personally to talk about staff lain. So aku rasa tak best. Staff itu ini buat itu ini macam aku rasa tak perlu pun untuk dia pm personal bagai. Sebab aku sendiri pun ada kerja dalam kalangan dorang. Stress ye bila jadi macam ni. Aku ada apply untuk SL1M and what not apa semua but still no reply. Resume aku buruk sangat ke siak ? Haihh. Jujur aku cakap, aku sendiri pun tak tahu nak jadi apa. Future aku masih blur. Aku literally takt ahu weyh ! Semoga dipermudahkan je la aku harap. For the mean time aku kerja je la dulu di tempat lama aku ni selagi boleh. Doakan aku dapat kerja tetap ! Ameen !

Solat

Dari dulu kot aku asyik kata nak jaga solat. Sometimes rasa ironi. Aku harap tahun ni aku dapat jaga solat aku. Rasa berdosa jugak. Umur dah nak masuk 25 tapi solat masih berlubang sana sini. Macam mana nak murah rezeki kalau sembah Dia pun malas ? Come on Dom, maybe sebab ni la kot Dia susah nak makbul doa kau. So aku harap by this year aku boleh jaga la solat aku. Dah tua bangka dah ni.

Cinta(?)

I’m expecting someone to knock my heart again. Wah. But entahlah. I don’t think there gonna be someone that coming untuk aku. Jadi untuk ada partner lagi aku rasa satu benda yang macam susah. Ditambah pula dengan wajah sekadar ada sahaja ni mungkin aku akan end up single dalam masa yang agak lama. Dario pun dah tak nak aku lagi dah. Oh yeah dia pun dah in relationship again now. Dah dua yer partner baru lepas break dengan aku.

Reading mood

Aku rasa almost dua tahun dah aku stop membaca. Okey bukanlah stop. Cumanya bila terlalu banyak benda nak buat sampaikan aku ketepikan hobi ni. Kau bayangkan buku yang aku beli di Pesta Buku Antarabangsa KL tahun lepas pun ada lagi berbalut elok dalam plastic dan hujung bulan ni dah start Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Ko ghaser ? Seriously I need to read my books again. Come on Dom !

Menabung

Lepas iPhone SE aku kembali ke rahmatullah bulan September tahun lepas aku buat loan dengan mak aku untuk beli new phone which is iPhone 6s Plus je since I’m broke like that yang itu jer termampu. Dah berhutang maka kena start bayar but belum jugak bayar lagi. So basically kena menabung sebab nak settle hutang dengan mak aku sekali. Dah nak masuk angka 25 ni tabungan merupakan satu asset penting la. So tahun ni aku mulakan misi menabung duit hijau. Ramai yang cuba so aku pun cuba. Quite struggling jugak sebenarnya. Sebab memang tough kalau kau tak biasa buat. Aku tabah je la ni. Duit gaji aku ada la jugak aku save sikit-sikit. Potonga epf aku pun berapa hengget sangat. So harapnya tabungan 2019 ni sedikit sebanyak dapatlah aku simpan dari takda langsung.

Driving

Aku dapat lessen memandu kereta since 2012. But until now aku dah lama tak sentuh stereng kereta. Orang kata better aku pergi frame je la lessen aku tu kan. But aku sendiri tak tahu asal aku cuak sangat nak drive. Aku rasa aku dah lupa banyak benda. Hopefully in 2019 aku manage to drive again la hendaknya.

Fit and healthy

Penghujung tahun 2018 berat aku sumpah naik teruk. Macam dipam-pam dah berat aku. Putus cinta buat aku gemuk. HAHAHAHA. Sampai reach 85kg apa sial. So after aku buat something and last time aku timbang berat aku dah ada di angka 75kg ! Halaluyahhhhhhhhhh ! That was a bless. 10kg in almost 3 months. Cuma now aku kena seru semangat berlari aku sebab kasut dah beli baru tapi baru pakai sekali. I need to look good when I’m naked !

Dick appointment

Aku ni pun takda la baik sangat. I have my own need jugak sometimes. Tudiaa mukadimah. Sepanjang 2019 ni dah 7 dick appointment. Bapak banyak siot melacur teruk dah ni. Aku harap this year won’t be high number la. Hopefully. Kalau boleh nak kurangkan walau hati meronta nak. Apa-apa pun protection is a must.

Well I guess that’s all la kot yang aku rasa aku perlu capai dalam tahun ni. Aku tak hilang lagi. Masih ada. Cuma komitmen aku nak menulis ni agak tidak berkesempatan plus aku tak pasti sapa je la yang masih baca blog. But from time to time I will update jugak. Episod ni aku dah tulis since January. Kau bayangkan terperam dalam draft words aku. 3 bulan oi. Apa-apa pun real life is totally mean. Aku rindu zaman study aku. So korang yang tengah study tu sila study betul-betul. Till we meet again in other episodes.

Adios ~


P/S : Aku malas nak letak gambar dalam episode ni




5 comments:

  1. wow baru bulan march dah 7 appointment hahahaha....anyway jangan stress stress, hadapi semua dengan senyuman dan ketabahan okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I really wish to be as positive as you are ! thanks Achik

      Delete
  2. Hai awak, lama tak nampak..Apa yang awak alami saya juga mengalaminya..hahaha..pasal part kerja tu, harap awak bertabahlah ya, buat masa kini kerja je kat situ dulu ya..pasal yang last tu, hati2 tau wak sayangi diri mu.
    xoxo.

    ReplyDelete
  3. gd job boy ,saving in future you need that ,teruskan menulis ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kena ada saving. Akan cuba meneruskan tulisan di sini

      Delete