Monday, October 28, 2019

Episod 113 : What's Next ?


Setiap orang ada perancangan masing-masing. What to do next what to do upnext and etc. Selalunya kita akan rasa life orang akan lagi smooth dari life yang sedang kita lalui ni. Well if you don’t feel that way probably you are enjoying your life at the moment. Currently aku di fasa macam tengah stuck. Literally I’m not even sure what I’m gonna face next.

Saat ini maka genaplah sebulan selepas aku habis training dengan SL1M tempoh hari. I’m being jobless at the moment. Or should I say a month ? Damn ! Aku dah apply agak banyak jugak. Panggilan untuk interview ? NONE ! Adakah sebab resume aku hauk sangat ? Tapi rasanya aku dah letak semua ikut yang macam aku belajar during bengkel kerjaya last time. Aku still lagi berada di Bangi. Menghabiskan sisa-sisa elaun bulan September aku. Itu pun tak cukup RM2000 sebabnya aku habis on 24th secara tak langsung tak cukup sebulan hence dibayar mengikut kadar waktu kerja aku sahaja. RM1600. Ok tak. Actually lagi RM400 dah masuk during bulan Mac since kitorang kena hadap kursus selama seminggu di pusat training company tu.

First one week everything still okey lagi. Masuk minggu kedua aku dah mula rasa resah. Yelah, duit aku dah makin kurang lepas membayar komitmen. Aku memang kalau boleh tak nak sentuh saving ASB aku sebab that is the only saving yang aku ada. So far aku belum inform nak blah dari rumah sewa tu. Plus kena bagitahu notis sebulan. By that maknanya aku akan stay around there until November. Kau bayangkan bangun pagi dan wondering what’s next. Nothing. Sending resume and etc. But no response. Frust sikit. Right now aku balik kampung for awhile sebab aku rasa jiwa aku macam tak tenang sangat. Hopefully balik rumah ni dapat bagi aku calm down a bit.

Aku tak expect life aku akan end up begini. HAHAHAHA. Padan muka. Parents aku nak sangat aku masuk kerja under gomen. Well sapa tak nak kan. Tapi belum ada rezeki. Aku ni tak cukup berusaha lagi ke ? Why not kau balik kampung je terus ? One reason aku decided untuk stay kat Bangi lagi sebab aku nak cari kerja. I’m hoping to secure a job for myself. But seems like god changing my plan. Gib cakap aku memilih kerja. Can’t deny that 100%. Aku of course la nak kerja based on kelulusan yang aku ada. Tambah pulak lagi dengan sara hidup kat ibu kota tu. Aries suruh aku join retail line. Well that’s still in my last plan. Aku nak cari kerja lain yang lebih secure. Okey fine, aku nak kerja yang cuti on weekend. No shift. Office hour. That would be fucking great. See. Demand.

Buah hati kesayangan kerja timing tu. So kalau sama timing senang la untuk aku dan dia merencanakan plan untuk bertemu dan dating. Long Distance Relationship can be hard. Aku tak nak sebab jadual kerja aku ni boleh effect our relationship. Gituhhhh. Sedikit down jugakla. Anak sulung kan. Tapi karier tak begitu bersinar. Macam mana nak jadi contoh ni ? Malu la sikit kat adik-adik aku. Kadang nangis jugak. Sebab benda tak jadi macam plan kan. HAHAHA. Hidup kan banyak cabaran. Macam itu la.

At the moment aku masih tak nampak laluan kerjaya aku. Still malap. Or blackout. Currently aku balik rumah aku dulu. Cuba untuk bagi aku tenangkan emosi sikit. Tengok muka mak aku puas-puas. Serious dowh aku tak tahu ni. Aku harap fasa tak ketahuan ni bakal berakhir. Worse comes to worst aku aku kena kerja dulu mana yang ada. Supermarket or what so ever. Seems like aku kena keluarkan duit ASB aku yang aku simpan sepanjang aku training. Segan pulak nak mintak duit kat mak.

I have to admit real life really suck tho. Especially when you still can’t figure out your whole life. It just a mess. Seriously mess up !

I just hope this is just a phase that I’m gonna get through it and survived. HOPEFULLY !

Till next time.

Adios ~

1 comment:

  1. Hai awak, bersabarlah ini semua ujian bagi mematangkan kita. Jangan putus asa dan terus berjuang. Lain orang lain dugaannya dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, setiap orang ada rezekinya..percayalah..

    xoxo.

    ReplyDelete