Monday, September 1, 2014

Episod 13 : Hello Dunia Baru : Part 1

Aku actually baru balik dari Melaka. 3 hari 2 malam di sana. Ada kenduri kahwin. Satu family pergi. But agenda aku yang utama tu bukannya nak pergi kenduri tu sangat pun. More to nak jejalan sana. Nak pergi Melaka bukan selalu. Fun jugaklah. Bila dah masuk U nanti susah dah nak pergi holiday dengan family. Silap-silap kena tinggal macam gitu jer. 

Btw, kat Melaka ni haruslah jalankan aktiviti wajib aku. CUCI MATA le ! HAHAHAHA. Serious heaven gila buat benda ni kat Melaka. Aku pulak asyik terserempak dengan jejaka yang gorgeous ! Memang usha atas bawah kiri kanan le jawabnya. Kacak-kacak rupanya orang Melaka ni. Bagi aku kacak la. Sedap mata memandang. Kena la dengan taste aku. Tak tahu la orang lain macam mana kan. Citarasa manusia tak sama. Mungkin kacak di mata aku tapi biasa-biasa je di mata korang. Begitu jugak sebaliknya. Ok dah melalut sampai ke Melaka dah ni. Now let’s go to the main topic.



A few more hours before aku bakal bergelar mahasiswa di IPTA itu. Yes nervous ! and Excited at in the same time. Yela satu daripada impian aku dalam hidup ni nak masuk universiti. Since kecik lagi kot dah dibrainwash belajar rajin-rajin sampai masuk universiti. Korang pun tahu kan time kecik-kecik dulu parents asyik push je suruh study bagai untuk masuk U. Sekarang aku betul-betul akan melangkah kaki ke sana. Aku daftar pukul 2.30pm macam tu. Pendaftaran sesi petang. 

Barang-barang semua dah settle. Bapak besar giler luggage aku. Macam nak pergi overseas dah rupa. HAHAHA. Over the sea la sangat. So okeyh. Macam-macam benda tengah bermain di kotak fikiran aku sekarang ni. Siapa roomate aku ? Adakah dia kacak ? Tak kisah sangat pun. Just harap roomate aku ni tak aneh, annoying or sombong. Kalau kacak tu kira satu bonus la. HAHAHAHAHa dapat cuci mata. Apa aktiviti orientasi nanti ? Best ka masuk universiti ? Ada mesin basuh tak ? Kos aku ni susah tak ? Cerah masa depan ke kos ni ? Oh ya ! Thanks a lot to Inche Shark sebab sudi post pasal minggu orientasi di Universiti beliau. Even tak sama pun at least aku nampak sikit la gambaran rupa minggu orientasi ni ha. Especially those tips yang sangat berguna kat blog dia. Jangan riak, jangan over sangat, jangan terlalu menonjol, bercakap bila perlu, always senyum dan kacakkan diri dan lain-lain. Akan dipraktikkan nanti.

Awal-awal ni aku pergi tanpa laptop. Tak beli pun lagi. Maybe lepas balik nanti aku baru aku beli. So, after episod ni mungkin akan sepi jap blog aku. Nantikan kemunculan part 2. Harap-harap menariklah untuk aku share nanti. Part 2 nanti aku akan story pasal minggu orientasi, pasal roomate aku yang aku sendiri tak kenal lagi, cuci mata*ini wajib !*, and so much more. Moga ada idea la nanti hendaknya. Ni just plan saja. Aku study kat mana ? Ermm tak ready lagi nak share. Maybe bila aku dah ready nanti aku share la dengan korang. Kalau ada yang tahu tu mohon senyapkan mulut dan jari anda. Ok guys ! Wish me luck. Nak continue last check barang-barang yang bertimbun ni ha. Bye-bye. Hingga bertemu lagi dalam episod akan datang. 

Adios ~
  
p/s : Agak-agak selamat ke nak update blog macam ni guna wifi U ? Ke better not ? Mana la nak tahu if diorang dapat detect ke apa nanti. Memang punca masalah di kemudian hari !

6 comments:

  1. You better not..but aku selalu je update but usually ak just tengok comment n blog apa yg da update.When ade bloggers yg update aku sanggup disconnect wifi u and pakai mobile data..tak payah la sgt usually porn la paling ketat sekali in my uni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la jugak. Uni aku block terus website yang ada video semua tu. Youtube je lepas. Now aku tengah berbelah bahagi whether nak guna wifi uni untuk update blog ni or tak. Risau diorang detect ke apa nanti.

      Delete
  2. mesti la okay je. haha. aku update blog selalu je kat uni. kau kena paham , website is different dari blog. blog tak akan di condemn atau block even teruk mana blog itu. so, okay je sebenarnya. takde masalah. tak payah risau.

    ReplyDelete
  3. nanti dah beli laptop, kat dalam tu buat dua user, satu untuk private n satu lagi untuk study. so bile kau nak bukak yang tak senonoh or nak update blog, ko gune yg private n jangan lupe letak password....

    so bile konon2nye kawan2 kau nak pinjam laptop, ko bagi dorang gune user tu je.... sebab if dorang bukak history or file2 document sekalipun, dorang akan jumpe ape yang appear kat dalam user tu sahaja, yg another user account punye file dorang x leh tengok n takkan jumpe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro ! Aku tak terpikir pulak idea ni. HAHAHA. Lepas ni aku buat dua user.

      Delete