Sunday, November 4, 2018

Episod 109 : Aku & Convocation Day



Hei What’s up gais hari ni kita nak masak… ok chop tu starting line IGshow si Khairulaming 

Well I’m back again ! Assalamualaikum semuanya ! I don’t know whether still ada reader untuk blog aku ini atau pun tak but yeah aku still jugak akan update from time to time. Ingat lagi Episod 13 ? Well guess what ? It’s been 4 years since I posted that episode. How times flies and today aku dah post mengenai hari convo aku ! YEAHH BIJ I’M FINALLY GRADUATED !!!

Sounds cool right ? HAHAHA aku dah start rasa rindu dengan life study aku. All the dramas. Macam tak percaya pulak aku berjaya harungi semua tu and now aku dah jadi fresh grad. Which mean the real world is now ready to fuck my life. Actually episode ni aku tak tahu nak story apa sebenarnya. Perhaps aku patut share apa yang jadi during the convo week. Aku convo on 25th October 2018. Hari gaji staf gomen. HAHAHA.

Pre-Convo
Bila tarikh konvo diumumkan maka keluarlah semua tarikh-tarikh penting dan juga a few things yang kau kena buat. Macam Uni aku before ambil jubah konvo kena make sure tak ada hutang dengan library or any saman yang tertunggak. Yuran pun kau kena make sure settle down. Once semua clear baru kau boleh ambil jubah konvo. Kau taka da buat pre-convo photoshoot ke Dom ? Well aku teringin nak buat tapi disebabkan kekangan waktu dan aku juga busy kerja *temporary job* maka aku terpaksa lupakan niat nak berphotoshoot pre-convo. Sobs. Pasrah je la. Then ada raptai which is aku diwajibkan hadir. But aku tak pergi pun. So begitulah.

Aku ada text Dario a few days before convo day aku.

20 October 2018
Aku : hi

Dario : hi

Aku : kalau pakai blazer sesuai tak kalau tie kaler gold ?

Dario : blazer warna apa?

Aku : hitam.. and kemeja putih

Dario : okey ja kalau blazer hitam baju putih dalam semua masuk

Aku : kaler apa yg sesuai ?

He said everything is okey on me. But the thing is aku rindu dia. Aku nak dia datang convo aku macam yang dia janji dulu.

21 October 2018
Dario : Awk punya convo bila?

Aku : Khamis next week

Dario : ohhh good luck 🎓

Aku : Hadiah pls

Dario : ckup doa awk berjaya. sy bukan partner awk

Aku : Ok. Takperla. Tnya je

Dario : baik Dominic. good luck

Well I miss him obviously

Dario : excited tak nk konvo nnti?

Aku : Tak sangat

Dario : pulak hahah. kan best

Aku : Hmmmm. Tak sangat. Tkda mood

Dario : pulak. ape yg xde mood ? best kot convo sbb awk dh abiskan degree

Aku : Hmmm. Tkda mood jugak

Dario : ke sbb sy?chahaha

Aku : Ermmm

Dario : hahahh dah kenapa tu?

Aku : I want you to be there on that day. but now things change. thats all

Dario : ohhh its okey lah. sy ade ke tak ada kt situ. awk byk kwn 2 lagi. sy dah buat terbaik relationship kita. x yah sedih

Aku : kalau semua ni sama dgn awak tkda la saya ni sendu nak convo

Dario : good luck. nk convo kot. patut awak happy. bukan sbb sy awk sendu.


Yup aku masih berharap dia ada bersama aku untuk hari convo nanti..

25 October 2018

Convo Day !

The day finally arrived. Hari konvokesyen seorang Dominic Unknown. Hari yang aku tunggu. Aku konvo sesi pagi. Jadi dalam jam 8:30AM kena masuk dewan utama dah. Aku bersiap dengan mengenakan busana formal full suit berblazer. Aku memang tak pernah beli blazer or even pakai so this is the first time aku pakai and beli guna duit gaji aku.

Blazer hitam from Suave *beli kat AEON coz nak jimat*, slack hitam dipadankan dengan kemeja cotton putih. Aku tengok koleksi tali leher aku. Ada hitam, gold, maroon dan merah. Suddenly aku nampak tali leher kepunyaan adik yang berwarna biru. Biru. Warna kegemaran Dario. Also title lagu Troye Sivan. Penyanyi kesukaan Dario. Yup since he won’t appeared today I should wear this. Tribute to Dario.

Siap berjubah konvo dan bertopi petak aku pergi lapor diri di dewan yang diarahkan. Actually aku terlewat. Once sampai staf yang handle tu dah bunyikan siren suruh gerak masuk dewan besar. Memang kalut jugak la since selempang aku pun belum jugak pakai elok-elok. Kau rasa ? dengan pin belum cucuk masuk nak adjust bagi lawa. Aku tak nampak batang hidung si Adin or any of my member since nama aku dengan diorang terpisah. Aku kena lapor diri di dewan kuliah lain and diorang dewan lain.

Aku tiba di dewan besar. Everyone wearing jubah konvo. Hati macam sedikit sayu. Parents aku dah masuk ikut pintu hall yang untuk tetamu. Aku melangkah masuk ke dalam dewan. I can see all my coursemates. Some ada yang extend so diorang takda la sini. Adin datang ke arah aku ad betulkan jubah aku. Aku duduk sebaris dengan Zafril. Roommate aku masa first year. Dah jadi bapak orang dah dia. I finally sit and the ceremony begins. Nyanyian Negaraku and lagu university later on bermulalah sesi naik stage yang dimulakan dengan student from fakulti lain.

Aku pegang phone dan buka whatsapp. Jari jemariku mula untuk menaip bait-bait kata kepada Dario...

“Saya nak ucap terima kasih kat awak sebab always ada dengan saya sepanjang life degree saya selama ni. Terima kasih tolong saya buat assignments yang saya tak berapa pandai nak buat. Terima kasih dengar saya meroyan. Terima kasih support saya and ada dengan saya selama ni. Terima kasih sangat-sangat.”
He replied,
“It’s okey. Most welcome. Congrats dah konvo.”

Mata aku suddenly berkaca masa typing ayat tu. I just can’t hold it and my eyes started to burst tears. Yes aku menangis. Air mata aku mengalir. Memori aku dan Dario sepanjang tempoh kami Bersama start to play in my mind. Saat aku gembira dengan dia. It’s so sad. Member sebelah aku dah tegur and aku just cakap aku emotional sikit sebab dah habis. Walhal aku tengah teringat ex ni. HAHAHA. Dulu Dario pernah janji nak datang konvo aku. Aku pun memang nak dia ada. Selain parents aku. Aku nak dia tengok aku naik stage. Aku bukanlah pakwe yang boleh dibanggakan pun but at least aku nak dia tengok aku naik pentas tu. But seems like tinggal kenangan. He not even come pun. Tak apa lah. Lagi pun tak ramai ex yang nak datang tengok ex sendiri konvo pun kan. Gigih pulak dia nak datang jauh-jauh untuk aku.

Giliran aku pun tiba. Nama aku diumumkan lalu aku pun melangkah naik ke atas pentas dengan rasa yang overwhelming like aku tak tahu rasa apa. Bercampur baur la senang kata. This is the day yang aku tunggu sejak 4 tahun lepas. You made it Dominic. Finally. After all these years full with dramas I finally can say good bye. Aku berjaya survived. Aku habiskan degree aku walaupun macam-macam yang dah jadi. Congratulations Dom. Aku melangkah dan ambik skrol tu. And walk down the stage. Kejap je pun proses ni. But aku harap Mak aku bangga dengan aku. Aku ni tak lah hebat sangat pointer pun biasa-biasa. Sumpah harap mak aku happy dengan kejayaan ni. Abah tu aku tak peduli sangat. Lantak dia ah. Meluat pulak bila ingat balik. Korang jangan jadi macam aku yer. Dad issue ni annoying okey.

Post-convo

Majlis habis around jam 11AM macam tu. Lepas tu keluar dewan and aku cari member aku and start to bergambar dengan diorang. Well bila lagi kau nak jumpa diorang. Lepas ni memang takda dah nak jumpa macam ni. Everyone dah ada path masing-masing and akan ada komitmen masing-masing. Tapi tu la aku sedikit terkilan sebab tak banyak gambar sangat dengan coursemates aku. Yelah nak jalan dengan parents lagi. Takkan aku nak biar je diorang sendiri. Tak gamak pulak buat macam tu.

Selfie sikit
Aries datang on konvo day aku with chocolate ! Thanks Aries. Thanks untuk 4 tahun. From an anonymous reader to my closest friend in real life. Sayang kau ! Muahh ! hahaha. Insyaallah aku datang masa konvo kau nanti. Harap2 dapat datang ah.

Qimie pun datang after Aries. Dia tanya aku ada di mana and kitorang jumpa. Snap some photos and he gave me hadiah jugak. Berserta plushie bentuk rabbit. So cute ! Tahun depan dia pulak.

Unfortunately Gib not available to come on my convo day. But it’s okey. Aku paham.

Qimie ada inform aku nak story about something. Perhaps aku patut story dalam episode lain. Kalau rajin la. Depends. HHAHAA aku pun busy sikit. Well I’m done with my convo. Aku currently tengah kerja dekat area rumah aku. At the same time aku masih mencari kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Which is aku tak tahu kerja apa. Entahlah. Runsing juga pikir. Nak mula hidup baru di mana ? Kuala Lumpur ? That would be interesting but yet challenging. Stress okeyh. Jangan sampai aku sambung Master pulak kang. Haaaaaaa ! Korang doakan aku dapat kerja elok please. Help me ! Ameen.
Jubah konvo aku akan pulangkan dalam next week. Sebab aku nak tangkap gambar family dengan siblings aku apa semua. So yeah need to wait for them to come home. Anak pertama yang dapat Ijazah. So wajiblah ada gambar satu family.

Well I think that’s all the updates in this episode. Banyak yang aku nak story actually tapi tu la dunia blog pun semakin kurang dapat sambutan. Yup zaman berubah. Makan beginilah jadinya. But I will keep on writing cuman less post I guess. Rindu blogger lain. Where are you gais !?

Till we meet again in another episode.

Adios ~

P/s : Bosan sebenarnya habis study ni. So korang yang masih study tu sila la enjoy sebab once dah habis konvo kau akan rasa tak best. Unless kau dapat kerja elok.


9 comments:

  1. Hai awak, tahniah dan tahniah. Tak mahu dah sedih2, kan ada kawan2 yang datang tu. Past is past, focus pada future lagi bagus wak. Tak semua belajar sampai dapat konvo, untuk itu bergembiralah wak daripada melayan perasaan itu. Harap lepas ni dapatlah selalu update blog k, Aries pun sama sila update blog, (kalau dia baca) rindu nak baca blog korang. muah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Carl ! thanks ! Insyaallah will update from time to time

      Delete
  2. Selamat Berkonvo

    Nu'man

    ReplyDelete
  3. Congratulations on your convocation. Baca entry sambil mengenangkan dah nak pergi intern next sem. Sekarang ni FYP macam nak mati, anyway I'm new on your blog, randomly clicking from other blog. All the best and joy to your future job, amin <3

    ReplyDelete
  4. Tahniah dah officially graduated. Best of luck!

    Nov Collins

    ReplyDelete
  5. Sebak pulak baca part dialog tu..be strong Dom..

    BTW..tahniah dah graduated dan selamat menempuh alam pekerjaan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kamen. I'm trying to be strong eventhough I'm not

      Delete