Aku kembali semula ke halaman ini untuk
mencoretkan kisah hidup aku selepas enam bulan tanpa sebarang berita. Rasa
sedikit kekok nak mulakan semula penceritaan. Yelah dah enam bulan aku tidak
menitipkan sebarang kemaskini di dalam blog sendu milik aku ni. Masihkah ada
pembaca ? Masihkah ada Blogger lain di dunia blog ini ?
Aku sempat menjengah ke
page mereka boleh dikatakan hampir kesemua blogger sudah jarang membuat
sebarang post di sini. Mungkin masing-masing sibuk dengan komitmen lain atau
telah menjumpai medium lain untuk mencoretkan kisah mereka. Lately ramai yang
dah guna Twitter yang lebih ringkas dan mudah untuk membuat sebarang pos. Aku
sendiri akui zaman Blog dah mula merudum dan kebanyakan pengguna dah beralih ke
medium lain. Peredaran zaman kan. Tak boleh nak buat apa. Even aku sendiri pun
punyalah malas nak menaip. Walhal banyak je kisah nak dikongsi.
Dah enam bulan berlalu lepas entri aku
yang terakhir. Aku publish dalam bulan Mac. Sekarang dah bulan sepuluh. Jadi
apa ajer yang aku dah hadap sepanjang enam bulan tak berupdate ni ? Tanggal 25
Mac 2019, aku menjejakkan kaki di Bangi. Aku rasa ni first time kot aku datang
kawasan ni. If not aku anggap ni pun as Kuala Lumpur jugak walaupun bukan.
HAHAHA. Kuala Lumpur jauh woi dari Bangi ni. Atas tujuan apa aku datang sini ?
Previously aku ada sebut pasal program SL1M tu kan ? Ya nak dijadikan cerita
aku telah ditawarkan untuk menyertai program SL1M di bawah satu syarikat yang
besar dalam Malaysia ni. Syarikat apa ? Biarlah rahciew. Giteww.
Since aku
memang nak blah dari tempat kerja lama maka ini merupakan peluang aku untuk
blah. Oh ya, buat yang wondering what is SL1M ? Okey SL1M atau Skim Latihan
1Malaysia merupakan satu usaha pihak kerajaan *masa zaman Najib* untuk memberi
peluang kepada para graduan yang masih menganggur atau bekerja di bawah gaji
yang sepatutnya untuk menjalani latihan di tempat kerja dalam syarikat-syarikat
besar yang ada di Malaysia. So secara tidak langsung this fresh grads akan
dapat pengalaman bekerja di tempat kerja. Bila ada pengalaman maka resume kau
tak la hauk sangat dik non. Ada jugak la terisi dalam tu. Panjang la sikit
orang kata. Tempoh latihan tu depends on company if not mistaken. Company yang
aku dapat tu selama enam bulan. Ada certain yang lapan bulan. Ada jugak yang
empat bulan. Dapat gaji ke ? Hey kau ingat aku nak jadi buruh kasar tanpa
bayaran ? Tibah emosi ! Setiap pelatih akan menerima elaun sebanyak RM2000.00
per bulan. Sekiranya bertuah, kemungkinan pelatih yang perform boleh diserap
menjadi staf sama ada permanent basis or contract basis. Okey tu sedikit
sebanyak mengenai SL1M lah. But now dah direbranding semula dan digelar
PROTÉGÉ.
Jadi office aku di HQ dalam ibu kota.
So kau bayangkanlah aku dari Bangi ni nak kena ulang alik hari-hari pergi KL.
Jauh siot kau nak ulang alik. Okey ada kisah sebenarnya. Aku jejak kaki di sini
pada 25 Mac 2019 dan kitorang ni semua perlu berkursus selama lima hari
terlebih dahulu di satu pusat latihan ni. Basically aku sendiri takt ahu di mana
kitorang akan ditempatkan. Jadinya memang tak boleh nak cari bilik sewa and
what not. Siapa yang dekat sini senang la. Aku yang jauh ni ? Mula la runsing.
So day 1 of kursus tu baru la dapat tahu kat mana kitorang punya tempat latihan
nanti. Mulanya aku dapat di sebuah pejabat dalam Bangi jugak. Aku pun carilah
rumah sewa yang available and dapat la satu bilik dalam taman perumahan sekitar
sini. Bilik single kosong. Yup kosong tak ada apa. But on the bright side rumah
dilengkapi dengan TV, mesin basuh, peralatan masak, peti sejuk dan paling
penting modem WIFI. Total sewa for a month RM340. Since aku malas nak hasle aku
terus confirmed nak sewa. Okey settle part sewa.
Maka sesudah habis kursus tu aku pun
datang ke bilik sewa. Dengan segala beg, tilam, toileteris *abaikan spelling*
dan bermacam lagi. Jadi gayboy ni memang barang kena serba lengkap ke apa
entah. 1 April aku lapor diri di office tu dengan seorang lagi pelatih SL1M
bernama Dayana. Kami berdua je la pun. Aku bawa motor by the way. Supaya senang
nak bergerak. Here comes the plot twist… office tempat latihan aku tu basically
bukan berkaitan dengan bidang yang kitorang berdua study. In fact, that office
for engineering line people. While we both are just masscomm student which is
totally different line weyh. Aku dan Dayana mula fuck up. Masuk meeting pun
sepatah haram kau tak paham diorang sembang pasal benda berkaitan engineering.
Sebelum keadaan bertambah musibat maka aku dan Dayana hubungi pihak HR dan
bertanyakan mengenai hal ini. 2 weeks later kami berdua received surat offer
yang baru dan dipindahkan tempat latihan ke bangunan HQ di Kuala Lumpur. Tak
jadi masalah buat Dayana kerana dia tinggal di Gombak. So naik LRT sehala
sahaja boleh sampai. As usual la life aku akan serabut. Aku mula survey bilik
sewa baru di sekitar ibu kota. Ya agak mahal. Aku prefer bilik single dan aku
sangat memerlukan WIFI. WIFI is life !!! Belum mampu nak guna post-paid line. Ada
yang ada wifi tapi bilik share. Ada yang bilik single tapi wifi nanhado. Ada
yang dah perfect with my crateria but sewanya mahal pula. Ya sesungguhnya hidup
di kota metropolitan ini sangat mencabar. Jadi aku decide untuk tidak berpindah
ke KL sebaliknya tinggal aja di rumah sewa di Bangi. Cumanya hari-hari aku akan
berulang ke pejabat dengan menaiki motor ke stesen MRT Kajang kemudian naik MRT
Kajang hingga ke Pasar Seni kemudian tukar pula LRT Pasar Seni ke satu lagi
stesen LRT. Barulah sampai pejabat. Gigih sangat kan. No choice. Aku nak ulang
alik naik motor hari-hari pun penat. Kalau hujan kang basah. Maka menyewalah
aku di Bangi dengan kadar RM340 sebulan untuk sebuah bilik single kosong
dilengkapi bilik air dan rumah yang dilengkapi televisyen, mesin basuh, peti
sejuk dan juga WIFI.
So selama enam bulan aku berkhidmat
dalam unit Korporat office company tu. Banyak yang aku belajarlah. Dari segi
cara nak handle event from start, jemputan, tajaan, dan so much more. Basically
buat kerja-kerja office dan deal dengan organisasi lain. Waktu kerja pulak hari
Isnin hingga Jumaat from 8am hingga 5:15pm. Weekend cuti. Itu yang kita mahu.
Cuma kalau ada event on weekend yang memerlukan aku join then aku akan join.
One thing dengan SL1M company aku ni kitorang tak boleh nak claim for overtime
or mileage kalau outstation. Rugi sikit la. Aku hanya boleh claim untuk off in
lieu sahaja. So if outstation jauh-jauh aku elakkan diri dari terjebaklah.
Quite fun jugak sebab dapat rasa
environment kerja the pressure and etc. Mula-mula fedap jugak la hari-hari
bangun awal. After subuh dalam pukul 6:40AM aku dah terpacak naik MRT tu haa.
But I survived this SL1M programme. Malangnya company aku tak serap budak-budak
SL1M. Habis je kontrak enam bulan tu bye bye je la yer. Kini enam bulan pun
berlalu maka aku kembali jobless. That’s explain why aku boleh buat entry kat
sini. HAHAHAHA sebab aku takda benda nak buat at the moment. Oh by the way SL1M
aku habis on 24 September yang lepas. Alhamdulillah elaun aku 2k tiap bulan tu
aku dapat hulur sikit bagi kat mak aku. Tak la banyak but ada la jugak untuk
diberikan kepada mak aku. Aku buat simpanan sikit kat ASB. Ciput je la pun.
So now officially aku jobless semula.
Elaun bulan Sembilan aku setakat RM1600 sahaja. Nak tak nak aku kena jimat segalanya.
Sebab nak bayar duit motor lagi, duit sewa. For god sake I’m started to feel
scared with my future again. Aku decide untuk sewa lagi kat sini since aku kena
cari kerja baru. If aku balik kampung totally gonna be hassle untuk aku ulang
alik interview kat KL. Asal tak cari area Perak je ? I wish ! but takda yang
offer gaji yang lumayan. Currently aku dah submit banyak resume but belum ada yang sangkut. Ermm. I need moneyhhh. Plus aku rasa nak hidup di KL pulak.
Lagi pulak dah ada buah hati baru. Ehh. hAHAHAHAH.
Gais, doakan aku dapat kerja yang
sesuai ngam dengan aku. Yang mana aku boleh survived untuk teruskan hidup dan
juga untuk bagi kat parents aku. Doakan Dominic Unknown dapat kerja tetap yang
boleh untuk menyara hidup ! Ameen !
Jumpa lagi di lain waktu.
Adios ~
P/s : I miss my home too…
in sya ALLAH ,REZEKI ADA DIMANA MANA ,SOLAT JGN LUPA ,seburuk buruk manusia ,solat jgn lupa ,btw hadap dengan tenang
ReplyDeleteAmen. Thanks Apit. Trying my best part solat tu.
DeleteHi Dom..remember me? Welcome back!..Aku pun baru buat comeback..harapnya laku keras lagu single terbaru aku...ekekekekek..
ReplyDeletebab kerja tu..rezeki tak pernah salah alamat..Banyakkan doa dan usaha. Good luck bro!
Hi Kamen. Kalau lupa dengan blog-blog ni karam terus. Mungkin rezeki aku tengah salah alamat at the moment. Bila nak tiba kat alamat aku ?
Delete