Assalamualaikum pe kabar semuerrrr !!
*Posed gaya Sajat*
Aku kembali bersiaran setelah dua bulan
hilang tanpa khabar berita. Ya sesungguhnya kemalasan untuk menulis itu benar,
tiada yang benar melainkan yang benar. Disebabkan itu blog aku ni dah tahap
bersawang bila mana aku dah on hiatus selama tak update ni. Dah masuk Ramadan.
Ya bertemu lagi kita dengan Ramadan tahun ini. Alhamdulillah masih diberi
kesempatan nak sambut puasa. Banyak benda jugak berlaku lately. I mean as you
all can see, kerajaan Malaysia pun dah tukar, *welcome back Tun M !*,
terbongkarnya pelbagai skandalisma dalam politik negara, Nazim Othman dengan si
Bella Dally bercerai*ehem*, dan lain-lain korang senaraikan sendiri.
See. Aku dah melalut ke mana-mana hala
dah. Nak story pasal kisah internship aku je pun. Okey dah masuk part 3 which
mean this would be my last part untuk internship punya episode. In fact ketika
episode ini ditulis aku dah complete aku punya internship dan sekarang sedang
menganggur di rumah aku.
Sexual Harassment
Dalam episode lepas aku ada sebut pasal
benda ni. Kalau korang baca la. For the record aku telah mengalami situasi itu.
Aku sebenarnya masih lagi takleh digest situasi yang terjadi tu. Macam takleh
blah siot kena gangguan macam itu.
Kisah itu terjadi ketika baru beberapa
minggu intern aku bermula. Dalam office aku tu ada seorang staf ni. Nama diberi
Cik An. Of course la nama telah diubah untuk menjaga privacy masing-masing. Cik
An ni seorang lelaki berumur dalam kategori usia emas la kot. Since dia pun dah
nak pencen kalau tak silap aku. Rambut pun dah beruban sikit. Dari segi
perwatakan dia ni aku boleh detect la ketidaklurusan dirinya itu. Sebab dia ni
agak lembut sedikit. Mulut pun boleh tahan. Macam mak hayam pencen pun ada.
Status perkahwinan aku tak pasti sebab aku tak tanya.
There was one day aku sampai tempat
kerja aku dan nak park motor di basement. Time tu jam 8 pagi. Kawasan parking
basement lengang. So lepas settle parking motor aku pun nak gerak naik atas.
Suddenly Cik An muncul and mendekati aku. Dia senyum. So disebabkan taknak
kurang ajar aku pun senyum la balik kat dia.
Cik An : Eh awak ni yang intern kat
unit atas tu kan ? *sambil merangkul tangan aku*
Aku : Haa ye saya. Saya intern situ.
Ermm nak panggil apa ye kat abang ni ?
Cik An : Kat sini semua panggil saya
Cik An je.
Tetiba dia pegang tangan aku.. aku dah
mula WTF ni ? tapi still lagi control sebab aku ingat just biasa je.
Cik An : Saya suka la budak macam awak
ni. Saya suka urut. Tengok saya picit tangan awak. Awak suka kena urut ? nanti
saya urut awak. Malam-malam awak buat apa je ?
Aku : Tak biasa kena urut. Oh dah lama
ke mengurut ? selalu mengurut sapa je ? Malam selalu tidur awal. Penat.
Aku dah mula rasa lain macam. Aku start
rasa tak selesa. Rasa macam ko diraba tanpa rela. Cik An terus picit tangan aku
dari jari hingga bahu. Then he touched my face. Muka dia muka seronok. After
that he took my hand and sniff. Muka aku memang dah expression tak selesa gila
babis
Cik An : Wanginya awak. Pakai perfume
apa ni ? Kenapa muka awak takut ni ? tak biasa ke ? saya suka berkawan. Kawan
la dengan saya.
Aku : Perfume biasa je ni. Tak sebab
saya tak biasa la Cik An. Kena pegang macam ni.
Cik An : Janganlah takut. Bagi number
phone kat saya. Nanti saya call awak.
Ah sudah dia mintak number pulak.
Memang tak la. So aku berdolak dalih mintak nak save number dia and akan call
kemudian. Aku pun ambik number dia.
Aku : Nanti saya miss call. Handphone
takda kredit. Okey la Cik An saya nak pergi punch card. Lambat pulak nanti.
Terus aku tarik tangan aku and blah.
Tapi dengan cara elok la. Sebab tak nak nampak kurang ajar. Bila aku naik atas
sumpah tangan aku shaking gila. Gigil habis beb. Macam takt ahu nak react apa.
Aku jadi blur. Ni gangguan seksual ke ? Tapi aku ada consent masa dia sentuh
tangan aku. Tapi aku tak halang dia. Betul ke apa aku buat ni ? Gangguan
seksual sesama jantina ni valid ke ? Nak report ke ? Tapi takda saksi.
Semua persoalan tu berlegar dalam
kepala aku. Jadi mungkin inilah yang perempuan rasa bila kena. Sumpah weyh aku
jadi cuak kejap. Trauma pun ada. Okey la first of all aku memang tak taste kat
Cik An tu. Like euww Samsung what are you talkin about. Maybe that’s why aku
rasa that was a sexual harassment. What if mamat yang aku taste buat macam tu ?
Dah sah-sah boleh jadi scene Men At Work terus. LOL !
After that day aku cuba elak untuk bertembung
dengan dia. But God always has another plan. Aku keep on terserempak dengan dia
di parking basement tu haa. Dia tanya aku bila nak bagi number dan aku pun keep
on elakkan dari bagi number kat dia. Pernah sekali aku bagi alasan tak topup
phone lagi sebab PTPTN belum masuk. Selepas few weeks jugaklah baru Cik An stop
menunjukkan interest terhadap aku. Dia jadi kekwat. Tak tegur aku dah. Lantak
kau lah Cik An. Janji tak kacau aku sudah.
Internship tamat !
Internship aku secara rasminya habis
masa awal bulan Mei hari tu. Memang sekejap betul rasa. Now dah habis. Maka aku
pun kembali ke rumah dan menjalani ibadah berpuasa. Until raya. Counting days
for my graduation day ! Wah ! Perjalanan jauh lagi Dom. Resume aku pun belum buat lagi. Banyak lagi nak menapak.
Aku akan sedaya upaya update jugak blog ni walaupun aku tahu dunia blog semakin
hambar day by day.
Sampai di sini dahulu nukilan aku.
Hingga kita ketemu lagi dalam episode akan datang lagi beberapa hari sebab aku
dah peram lama. HAHAHAHA. Kepada pembaca blog aku ni selamat berpuasa aku ucapkan.
Kurangkan aktiviti yang boleh membatalkan puasa ye !
Adios ~
p/s : Peningkatan usia ni buat aku rasa
semakin tua pula. Kah
hahaha nasib dia hilang interest๐๐๐
ReplyDeleteLega la dia tak buat apa dah lepas tu
DeleteCik An tu lapar sebenarnya...hahaha
ReplyDeleteNasib baik kiter kenyang lagi
Deletekesian dia.. meh shin urut plak haha Selamat Berpuasa Dan Selamat menyambut Hari Raya ek
ReplyDeleteHAHAHAHA cepat buat servis shin
DeleteBoleh report pada HR.
ReplyDeleteWalau takde saksi, setiap aduan wajib direkod (atas kertas) oleh HR.
So kalo lepas ni ada report by org lain pasal kes yg sama, HR dah ada rekod.
Menguatkan hujah lah untuk kenakan tindakan undang2 dll.
Apapun, selamat menjalani alam dewasa.
I see. Bukan apa tak nak panjang cerita and ada masalah yang lain. Syukurlah semua dah habis
Delete