6 April 2018
Dario : Sayang dah tak boleh dengan B.
Bukan sebab crush..
Aku : Okey.
Dario : Dah tiba masa Sayang lepaskan B.
Aku : Nanti discuss lagi
Dario : Okey baiklah. Sayang tunggu B.
Aku : Ok
Ya. Semudah itu untuk dia lafazkan. Aku
sendiri tak tahu mana silapnya. Setahu aku, aku dah buat yang terbaik. In fact
aku tak pernah sekali pun meminta hubungan ini untuk putus. Even pernah berlaku
pergolakan berkenaan isu Qimie satu ketika dulu. Tapi aku sayang Dario.
Disebabkan itu aku tetap nak teruskan hubungan dengan dia. But it seems like
dia sendiri yang mahukan keruntuhan ini terjadi. Bagaimana pula dengan aku ?
Apa guna kalau aku sahaja yang hendak meneruskan hubungan ini kalau pihak satu
lagi dah tak boleh nak teruskan ? Bertepuk sebelah tangan again ? Aku pun dah
penat sebenarnya. Ini bukan kali pertama hubungan aku dan Dario berantakan.
Sebelum ini pun pernah terjadi juga. Namun selepas itu kami kembali semula Bersama.
Kalau aku sebut pun pasti korang akan cakap aku ni bodoh. Keep on bagi peluang.
Yup everyone deserve a second chance, but if dah masuk third chance tu mungkin
akan nampak la kebodohan di situ. Cinta. Ya cinta akan buat pemikiran kau jadi
tak berapa nak betul sangat. Sukar untuk aku katakan tapi orang yang
mengalaminya akan paham.
Bila kau dah sayang kau akan cuba maafkan dia jugak
walaupun kadang tu sedikit sakit. Aries pernah pesan kat aku jangan jadi bodoh.
Tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk kembali Bersama dengan Dario ketika
krisis yang pernah terjadi sebelum ini. Nampaknya benda yang sama berulang
lagi. Mungkin kali ini dah tiba masa untuk aku cekalkan hati dan tidak berpatah
balik kepada Dario walaupun hati masih lagi ada rasa cinta. He need to learn
how to appreciate second chance. Bukan sekadar menganggap sebagai benda remeh
yang boleh dibuat selalu.
Apa yang kau rasa lepas break up ni ? Rindu.
Yes sumpah aku rindu dia. Hubungan aku dengan Dario hampir menjangkau 3 tahun.
2 tahun lebih to be exact. Untuk aku membuang dia sepenuhnya dari hidup aku
bukanlah suatu yang mudah. Mungkin setengah orang cepat aje move on dia. Hempas
datang lagi hempas datang lagi. Itu pun kalau rupa level helok. Kalau sendu pun
takda juga nak datang lagi. Aku dengan Dario masih lagi follow each other di
laman sosial. Maka aku boleh stalk dia. Well bila dah broke up ni mesti la nak
stalk jugak kan. Each time tengok dia mesti teringat momen-momen lama kami.
Semua dah tinggal kenangan. Biarlah aku menanggung rinduuuuuuuuu. Haa ambik
feeling Wany Hasrita.
Apsal break ? Curang ke ? Tak pun. Dario
dah tak boleh nak sayang aku lagi dah. Senangkan ? HAHAHA. Pasal isu crush ke apa
yang dia sebut tu aku rasa malas nak cerita panjang. Biarlah begitu. Cinta PLU kan. Nak capai setahun pun
macam-macam onak duri nak kena hadap. Mungkin aku dengan Dario dah ditakdirkan untuk
setakat ini sahaja. But we both ada je contact lagi. Cuma korang paham kan bila dah
break ni takkan jadi sama mesra macam dulu. Itu jer.
Well that’s it for today ! Till we meet
again next time dalam episode lain pula.
Adios ~
p/s : Dah boleh start boyfriend hunting
ke ni ?
Be strong Dom! Patah tumbuh, hilang berganti.
ReplyDeleteBTW, aku respect cara Dario sebab dia lepaskan kau dengan cara baik, bukan lari macam pengecut takde t*lur..
Tak pe lah waj, sekurangnya dia berterus terang dengan awak daripada dia abaikan awak macam tu je. Dalam dunia PLU ini kita kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam perhubungan.
ReplyDelete