Monday, November 26, 2018

Episod 110 : 2 P U L U H 4


Tanggal 15 November lepas genaplah usia aku menjangkau ke umur 24 tahun. Wow ! I made it to 24 years old ! After more than a week baru aku rajin nak update blog ini.

Well episode kali ni just wanna share catatan birthday aku sahaja. Entah la best ke tak.

So bermula pada malam 14 November 2018. Hari tu hari Rabu. Kebetulan aku off day masa tu. So duduk rumah je la. Then malam tu member aku ajak tengok wayang. Fantastic Beast 2. Aku mulanya macam tak berapa nak tengok sangat but yeah just pergi je sebab member dah ajak. Plus aku cuti masa hari Rabu tu. Aku tak tengok prekuel movie tu so masa dalam wayang tu ada la a few times yang aku terlelap. Storyline slow and less fight scene. More to come lagi kan sekuel tu.

After movie tu kitorang lepak di McDonald’s. Kebetulan aku tengok Happy Meal ada release new toy untuk minggu tu. Figurine Pokemon ! Sumpah comel. Tapi staf tu kata tepat jam 12AM baru dorang boleh jual. Ok fine. Jam pun dah 11:30AM and kebetulan member aku pun lapar so dia nak makan ayam goreng dulu. Aku pun just tunggu je la until jam 12AM. Just chilling and borak-borak. Ada la dalam 5 orang dalam geng aku tu. 3 gays and 2 girls.

SQUIRTLE ! SO CUTE !
Tepat jam 12AM aku pun pergi purchased Happy Meal. Okey harga dah naik ye sekarang. Dapatlah satu Squirtle. Sumpah comel ! Actually aku terlupa yang dah masuk 15 November masa tu. Then lepas hangout tu kitorang balik. Even member aku yang ada situ pun takda yang wish. Well obviously diorang tak tahu pasal birthday aku kan. Around 12 something aku received one birthday wish daripada seseorang. Siapa dia ? Perhaps aku patut story di kemudian hari. Sampai kat rumah aku aku dapat birthday wish dari Dario. Dia wish through DM laman sosial satu ni. Not whatsapp.


Yup. Ringkas je. Mungkin memang tak ada secebis hati lagi untuk aku barangkali. Aku masih simpan video dia nyanyi lagu birthday kat aku. Video 2 tahun lepas. Aku play balik video tu. Air mata aku mengalir di pipi. Satu perasaan rindu yang sukar nak diungkap. How I miss him so damn much.

Pagi 15 November 2018…
Aku bangun seperti biasa. Siap-siap pergi kerja. Aku kerja morning shift hari tu. Laman sosial aku dipenuhi dengan ucapan birthday untuk aku. Penat jugak nak reply one by one kan. Kang tak reply kata sombong pulak. Hari itu berjalan seperti biasa. Around tengah hari tetiba ada sorang perempuan ni datang bawak surprise. Terkejut sikit aku. Dia bawak jambangan coklat dan juga belon berserta sekotak sandwish. Tertanya jugak aku daripada siapakah gerangan surprise ini ? Rupanya mak yang order untuk aku. Awhh mom being sweet to me. Nak nangis jugak. Sebab aku tak pernah dapat surprise macam ni.
Macam mana belon kecil tu masuk dalam belon besar ?

:')

This sandwishes were fucking good !!
After work aku balik rumah. Tekak teringin nak makan kek karot dengan topping cream cheese. Dah alang-alang birthday tu apa lagi kan. Actually aku dah siap buat masa 14hb tu. Cuma tak decorate je ah. 

Balik dari kerja aku pun buat topping kek tu. Tapi sebab ala kadar je so aku pun malas nak beria sangat. Sapu lebih kurang je kat kek. Atas tu aku tabur almond chunk. Aummm sedap ! Dah siap kek birthday aku. HAHAHA jimat bajet.
Aku dah masuk umur 24 weyh ! Dalam erti kata lain aku dah masuk zaman yang mana member hetero sekeliling aku mula untuk jemput kenduri kahwin diorang. Imagine that ! Yet, tak ada girlfriend lagi. Obviously la kan. Nak girlfriend apanya kalau dah target nak boyfriend. LOL. HAHAHHA.

Tapi aku still rasa kosong la. Entah la. Aku perlukan something new. Right now aku masih tak nampak future aku. Kabur weyh. Aku tak nampak lagi aku nak kerja apa. PTPTN lagi nak kena bayar. It’s been a month after convo and  I still don’t know what to do. Mungkin aku perlu dekatkan diri dengan tuhan. Makin jauh pulak rasa. Well I should think bout it. So target aku sekarang nak cari kerja baru yang sepadan dengan kelayakan aku la. I’m not being choosy but being a realistic. Kalau aku nak kerja kat KL, aku perlukan bajet yang cukup untuk survived. Which is important sebab sara hidup sana tinggi weyh. Mampukah aku ke ibu kota lagi ? nantikan ! HAHAHA.

Harapan aku dalam usia baru ni semoga aku dapat hadapi cabaran hidup dunia sebenar yang penuh pancaroba. Drama zaman study totally different dengan drama sekarang. So aku kena kuat. Be strong Dominic !

Okey sampai di sini sahaja coretan aku sempena hari kelahiran aku. Semoga apa yang diingini tercapai. A blog might be flop one day but I will keep on writing in here time to time !

Till we meet again in another episode..
Adios ~

p/s : Nak cari jodoh, tapi banyak jumpa yang bodoh je ni

Sunday, November 4, 2018

Episod 109 : Aku & Convocation Day



Hei What’s up gais hari ni kita nak masak… ok chop tu starting line IGshow si Khairulaming 

Well I’m back again ! Assalamualaikum semuanya ! I don’t know whether still ada reader untuk blog aku ini atau pun tak but yeah aku still jugak akan update from time to time. Ingat lagi Episod 13 ? Well guess what ? It’s been 4 years since I posted that episode. How times flies and today aku dah post mengenai hari convo aku ! YEAHH BIJ I’M FINALLY GRADUATED !!!

Sounds cool right ? HAHAHA aku dah start rasa rindu dengan life study aku. All the dramas. Macam tak percaya pulak aku berjaya harungi semua tu and now aku dah jadi fresh grad. Which mean the real world is now ready to fuck my life. Actually episode ni aku tak tahu nak story apa sebenarnya. Perhaps aku patut share apa yang jadi during the convo week. Aku convo on 25th October 2018. Hari gaji staf gomen. HAHAHA.

Pre-Convo
Bila tarikh konvo diumumkan maka keluarlah semua tarikh-tarikh penting dan juga a few things yang kau kena buat. Macam Uni aku before ambil jubah konvo kena make sure tak ada hutang dengan library or any saman yang tertunggak. Yuran pun kau kena make sure settle down. Once semua clear baru kau boleh ambil jubah konvo. Kau taka da buat pre-convo photoshoot ke Dom ? Well aku teringin nak buat tapi disebabkan kekangan waktu dan aku juga busy kerja *temporary job* maka aku terpaksa lupakan niat nak berphotoshoot pre-convo. Sobs. Pasrah je la. Then ada raptai which is aku diwajibkan hadir. But aku tak pergi pun. So begitulah.

Aku ada text Dario a few days before convo day aku.

20 October 2018
Aku : hi

Dario : hi

Aku : kalau pakai blazer sesuai tak kalau tie kaler gold ?

Dario : blazer warna apa?

Aku : hitam.. and kemeja putih

Dario : okey ja kalau blazer hitam baju putih dalam semua masuk

Aku : kaler apa yg sesuai ?

He said everything is okey on me. But the thing is aku rindu dia. Aku nak dia datang convo aku macam yang dia janji dulu.

21 October 2018
Dario : Awk punya convo bila?

Aku : Khamis next week

Dario : ohhh good luck ðŸŽ“

Aku : Hadiah pls

Dario : ckup doa awk berjaya. sy bukan partner awk

Aku : Ok. Takperla. Tnya je

Dario : baik Dominic. good luck

Well I miss him obviously

Dario : excited tak nk konvo nnti?

Aku : Tak sangat

Dario : pulak hahah. kan best

Aku : Hmmmm. Tak sangat. Tkda mood

Dario : pulak. ape yg xde mood ? best kot convo sbb awk dh abiskan degree

Aku : Hmmm. Tkda mood jugak

Dario : ke sbb sy?chahaha

Aku : Ermmm

Dario : hahahh dah kenapa tu?

Aku : I want you to be there on that day. but now things change. thats all

Dario : ohhh its okey lah. sy ade ke tak ada kt situ. awk byk kwn 2 lagi. sy dah buat terbaik relationship kita. x yah sedih

Aku : kalau semua ni sama dgn awak tkda la saya ni sendu nak convo

Dario : good luck. nk convo kot. patut awak happy. bukan sbb sy awk sendu.


Yup aku masih berharap dia ada bersama aku untuk hari convo nanti..

25 October 2018

Convo Day !

The day finally arrived. Hari konvokesyen seorang Dominic Unknown. Hari yang aku tunggu. Aku konvo sesi pagi. Jadi dalam jam 8:30AM kena masuk dewan utama dah. Aku bersiap dengan mengenakan busana formal full suit berblazer. Aku memang tak pernah beli blazer or even pakai so this is the first time aku pakai and beli guna duit gaji aku.

Blazer hitam from Suave *beli kat AEON coz nak jimat*, slack hitam dipadankan dengan kemeja cotton putih. Aku tengok koleksi tali leher aku. Ada hitam, gold, maroon dan merah. Suddenly aku nampak tali leher kepunyaan adik yang berwarna biru. Biru. Warna kegemaran Dario. Also title lagu Troye Sivan. Penyanyi kesukaan Dario. Yup since he won’t appeared today I should wear this. Tribute to Dario.

Siap berjubah konvo dan bertopi petak aku pergi lapor diri di dewan yang diarahkan. Actually aku terlewat. Once sampai staf yang handle tu dah bunyikan siren suruh gerak masuk dewan besar. Memang kalut jugak la since selempang aku pun belum jugak pakai elok-elok. Kau rasa ? dengan pin belum cucuk masuk nak adjust bagi lawa. Aku tak nampak batang hidung si Adin or any of my member since nama aku dengan diorang terpisah. Aku kena lapor diri di dewan kuliah lain and diorang dewan lain.

Aku tiba di dewan besar. Everyone wearing jubah konvo. Hati macam sedikit sayu. Parents aku dah masuk ikut pintu hall yang untuk tetamu. Aku melangkah masuk ke dalam dewan. I can see all my coursemates. Some ada yang extend so diorang takda la sini. Adin datang ke arah aku ad betulkan jubah aku. Aku duduk sebaris dengan Zafril. Roommate aku masa first year. Dah jadi bapak orang dah dia. I finally sit and the ceremony begins. Nyanyian Negaraku and lagu university later on bermulalah sesi naik stage yang dimulakan dengan student from fakulti lain.

Aku pegang phone dan buka whatsapp. Jari jemariku mula untuk menaip bait-bait kata kepada Dario...

“Saya nak ucap terima kasih kat awak sebab always ada dengan saya sepanjang life degree saya selama ni. Terima kasih tolong saya buat assignments yang saya tak berapa pandai nak buat. Terima kasih dengar saya meroyan. Terima kasih support saya and ada dengan saya selama ni. Terima kasih sangat-sangat.”
He replied,
“It’s okey. Most welcome. Congrats dah konvo.”

Mata aku suddenly berkaca masa typing ayat tu. I just can’t hold it and my eyes started to burst tears. Yes aku menangis. Air mata aku mengalir. Memori aku dan Dario sepanjang tempoh kami Bersama start to play in my mind. Saat aku gembira dengan dia. It’s so sad. Member sebelah aku dah tegur and aku just cakap aku emotional sikit sebab dah habis. Walhal aku tengah teringat ex ni. HAHAHA. Dulu Dario pernah janji nak datang konvo aku. Aku pun memang nak dia ada. Selain parents aku. Aku nak dia tengok aku naik stage. Aku bukanlah pakwe yang boleh dibanggakan pun but at least aku nak dia tengok aku naik pentas tu. But seems like tinggal kenangan. He not even come pun. Tak apa lah. Lagi pun tak ramai ex yang nak datang tengok ex sendiri konvo pun kan. Gigih pulak dia nak datang jauh-jauh untuk aku.

Giliran aku pun tiba. Nama aku diumumkan lalu aku pun melangkah naik ke atas pentas dengan rasa yang overwhelming like aku tak tahu rasa apa. Bercampur baur la senang kata. This is the day yang aku tunggu sejak 4 tahun lepas. You made it Dominic. Finally. After all these years full with dramas I finally can say good bye. Aku berjaya survived. Aku habiskan degree aku walaupun macam-macam yang dah jadi. Congratulations Dom. Aku melangkah dan ambik skrol tu. And walk down the stage. Kejap je pun proses ni. But aku harap Mak aku bangga dengan aku. Aku ni tak lah hebat sangat pointer pun biasa-biasa. Sumpah harap mak aku happy dengan kejayaan ni. Abah tu aku tak peduli sangat. Lantak dia ah. Meluat pulak bila ingat balik. Korang jangan jadi macam aku yer. Dad issue ni annoying okey.

Post-convo

Majlis habis around jam 11AM macam tu. Lepas tu keluar dewan and aku cari member aku and start to bergambar dengan diorang. Well bila lagi kau nak jumpa diorang. Lepas ni memang takda dah nak jumpa macam ni. Everyone dah ada path masing-masing and akan ada komitmen masing-masing. Tapi tu la aku sedikit terkilan sebab tak banyak gambar sangat dengan coursemates aku. Yelah nak jalan dengan parents lagi. Takkan aku nak biar je diorang sendiri. Tak gamak pulak buat macam tu.

Selfie sikit
Aries datang on konvo day aku with chocolate ! Thanks Aries. Thanks untuk 4 tahun. From an anonymous reader to my closest friend in real life. Sayang kau ! Muahh ! hahaha. Insyaallah aku datang masa konvo kau nanti. Harap2 dapat datang ah.

Qimie pun datang after Aries. Dia tanya aku ada di mana and kitorang jumpa. Snap some photos and he gave me hadiah jugak. Berserta plushie bentuk rabbit. So cute ! Tahun depan dia pulak.

Unfortunately Gib not available to come on my convo day. But it’s okey. Aku paham.

Qimie ada inform aku nak story about something. Perhaps aku patut story dalam episode lain. Kalau rajin la. Depends. HHAHAA aku pun busy sikit. Well I’m done with my convo. Aku currently tengah kerja dekat area rumah aku. At the same time aku masih mencari kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Which is aku tak tahu kerja apa. Entahlah. Runsing juga pikir. Nak mula hidup baru di mana ? Kuala Lumpur ? That would be interesting but yet challenging. Stress okeyh. Jangan sampai aku sambung Master pulak kang. Haaaaaaa ! Korang doakan aku dapat kerja elok please. Help me ! Ameen.
Jubah konvo aku akan pulangkan dalam next week. Sebab aku nak tangkap gambar family dengan siblings aku apa semua. So yeah need to wait for them to come home. Anak pertama yang dapat Ijazah. So wajiblah ada gambar satu family.

Well I think that’s all the updates in this episode. Banyak yang aku nak story actually tapi tu la dunia blog pun semakin kurang dapat sambutan. Yup zaman berubah. Makan beginilah jadinya. But I will keep on writing cuman less post I guess. Rindu blogger lain. Where are you gais !?

Till we meet again in another episode.

Adios ~

P/s : Bosan sebenarnya habis study ni. So korang yang masih study tu sila la enjoy sebab once dah habis konvo kau akan rasa tak best. Unless kau dapat kerja elok.


Friday, September 21, 2018

Episod 108 : Seorang Jejaka Bernama Joey


31 Mac 2018 10:06PM

“Hi”

Semuanya bermula ketika satu malam aku menggunakan People Nearby dalam aplikasi Wechat atau bahasa dalam kamus dunia PLU dikenali sebagai Look Around. Bukan nak menggatal pun. Sekadar nak tengok manusia sekeliling Kawasan. Dengan rupa aku yang sekadar di pinggiran ni for sure la susah nak dapat sebarang respons kan. Well as expected ada jugak staf tempat intern aku yang turut sakan look around. Oh disclaimer, di saat kejadian ini berlaku hubungan aku dan juga Dario sedang dalam fasa krisis.

Tak semena-mena malam itu aku menerima satu friend request daripada akaun yang bernama Joey *bukan nama sebenar*. At first aku terkejut jugak sebab mamat ni hensem nak mampos. Ok mungkin aku yang over. But dia memang hensem. Tanpa berlengah aku pun terus approve request tersebut. Maka bermulalah kisah antara aku dan juga Joey. Awalnya aku tak sure dia ni gay boy atau pun lelaki lurus. Tapi since dah guna people nearby tu besar kemungkinan dia memang something la.

Chat demi chat. Bermula dengan introduction diri. Background apa semua. Menurut Joey dia berumur 25 years old. Dah kerja as Architect Assistant di sebuah company milik uncle dia. Previously Joey ni lulusan university overseas beb. Kau mampu ? Bapak genius si Joey ni. Tapi Joey claim kata dia tak tahu pun apa dia study kat sana. But still he nailed it and get a job in a company. Actually he sounds too perfect. Handsome, kerja bagus dan macam anak orang kaya. Sumpah aku taste giler kat si Joey ni. He such a sweet talker ! Tapi aku ada terfikir yang aku ni mungkin tengah chat dengan scammer. Nowadays kan banyak kes. Chat dengan muka orang lain. Bila jumpa muka lain. Ada jugak kadang tu kami flirting around. Aku pulak masa tu tengah sakit hati dengan Dario. Memang padan la.

Pernah sekali Joey voice call aku melalui Wechat. Kitorang borak-borak kejap. Suara dia manly. Abang-abang sangat. Kami borak-borak pasal life masing-masing. Cut to short one day aku bagitahu dia yang aku ada boyfriend. Suddenly dia macam step back. However we both still chatting eventhough it was quite awkward bagi aku. Aku ingat Joey dah tak nak contact aku lagi dah. How ever the next day Joey texted aku.

2 April 2018 – 1:34PM

Joey : Hi

Aku : Hi Joey

Joey : Lunch ke tew ?

Aku : Tak lunch. Aku mereput kat office. Tak rasa nak makan. Kau dah lunch ? Makan apa ?

Joey : Baru nak gi. Ingat nak pick up kau ajak makan. Hahahahaha.

The moment aku read his offer tu hanya tuhan yang tahu betapa excitednya aku masa tu. HAHHAHAHA. Unfortunately, God decided that Joey and Dominic won’t have a chance to lunch together. Korang bayangkanlah, Joey texted aku jam 1:30pm lebih. Lunch hour aku masa tu jam 1-2pm. Basically less than an hour untuk dia datang pickup aku and then eat lunch then nak hantar aku balik. Kau nak mampos ? memang rush la kisahnya. So our lunch date was cancel la akibat kekangan masa. Kau pun satu Joey ! Apsal ajak lambat sangat ? cubalah ajak awal sikit. Ni tak. Melepas peluang aku nak jumpa kau face to face.

Hubungan texting aku dan Joey masih berlarutan. Selalu jugak kami texting. Usually random stuffs. Sometimes aku mintak dia send selfie. Sebab ? Kau tahu tak dia tu hensem ? Eye candy teruk ! Melting je tengok janggut dia. Usually dia akan tarik balik pic tu but aku akan save ASAP ah. There was one day Joey akhirnya reply text aku setelah senyap about two weeks jugak.

29 April 2018 3:14PM
Joey : Dom

Aku : Eh hai Joey !

Joey : Ai. Haha. Tengah buat apa ?

Aku : Tengah lepak kat McD dengan member aku.

Joey : Oh. Dah tengok Infinity War belum ?

That moment dia tanya soalan tu aku macam blur jap nak jawab apa. Sebabnya sehari sebelum dia text aku tu, aku dah pergi tengok dengan Gib Sulaiman kat KLCC. 

Expectation : dia mesti nak ajak aku tengok wayang dengan dia. Omg ! Nervous sial ! Okey tipu sunat je la. Bila lagi kau nak date dengan Joey dowh ! 

Maka..

Aku : Belum. Kau dah tengok ke ? Mesti ramai giler orang tengok.

Joey : Dah tengok. Tapi boleh tengok sekali lagi. Haha.

Nampaknya reality itu pahit untuk ditelan. Aku expect dia ajak aku tengok tapi sudahnya dia dah tengok ! HAAAAAA TEPUKKKKKKKKKKKKKK ! Tapi dia ada bagi hint nak tengok kali kedua but he never asked me. So takkan aku nak ajak pulak kan ? Kebetulan aku pulak tengah pokai. Haihh tabahlah Dom. Disebabkan masa aku di ibu kota semakin suntuk. Dia texted aku on 29 April. Aku habis intern 4 Mei. So aku dah nak left ibu kota. Memang tak ada chance la nak jumpa si Joey ni. Aku dah mula pasrah sikit-sikit. Perhaps he is just too perfect for me.

Kau takda mintak nombor phone dia ? Yes I did try to ask about his contact number well at least ada number kira secure dah la.

Aku : Joey, ermm nak nombor kau boleh ? Kang kau hilang lagi. Terus lost contact.

Joey : Hahaha. Nak ke ? Siannya.

Aku : Andai sudi diberi.

Joey : Nak mengorat ke ? hahaha

Aku : Nak mengorat tapi skill tak power.

Kemudian conversation antara aku dan Joey tergantung selepas itu. Tiada nombor pun diberi. Kau tengok betapa failednya aku ni. Maka Mei pun mula menjengah. Tamatlah internship aku di sana. Aku masih lagi berhubung dengan Joey sekitar bulan Mei. After 3 Mei sekali lagi Joey hilang. No reply. Uninstall mungkin. Or dia memang dah tak nak contact aku. Sekitar 24 Mei Joey kembali muncul. Kami texting semula. Just random text. Keep on update apa semua. While aku memang dah touch down kampung halaman. Makanya aku dan Joey tak berpeluang untuk bertemu face to face. So basically Joey ni dengan aku ni texting on off. Then masa raya ada la aku wish raya kat dia apa semua. Oh ya dia ada bagitahu yang dia ada awek. Aku pun macam Oh okey. He might be a bisexual guy kot. 

Around mid August I tried to text him back. But no reply. I wonder what happen to him. Minggu berganti minggu. Almost every week la aku seru nama Joey kat Wechat but same result. No reply. Last week pun ada ada buat. Masih sama. Tiada reply. Adakah Joey memang hilang selamanya ? I don’t know. Maybe dia uninstall Wechat, maybe dia nak ignore aku, maybe he found someone else. Too many probabilities kan. Aku sendiri pun tak pasti tu memang muka dia atau bukan. But I hope that is him la. Apa-apa pun aku ada rasa sikit rindu dengan Joey. Apa khabar la agaknya. Mungkin one fine day we both might meet. But only god knows when it will happen. Or else it wont happen.

Jadi begitulah ceritera mengenai jejaka yang bernama Joey yang muncul sebentar dalam hidup aku. Apa-apa pun aku doakan semuanya baik-baik untuk dia. Hopefully dia tak akan lupa aku.

Maka tamatlah entry kali ini. Lama betul baru nak update. Blog sememangnya semakin malap zaman kegemilangannya. Banyak yang aku nak story. But laterlah. That's why aku simpan buat pekasam dulu entry lain.

Till we meet again in other episode.

Adios ~

p/s : My convo day gonna be in next month ! Wuhhooooo !! 





Tuesday, July 10, 2018

Episod 107 : Dario - It's Over



6 April 2018
Dario : Sayang dah tak boleh dengan B. Bukan sebab crush..

Aku : Okey.

Dario : Dah tiba masa Sayang lepaskan B.

Aku : Nanti discuss lagi

Dario : Okey baiklah. Sayang tunggu B.

Aku : Ok

Ya. Semudah itu untuk dia lafazkan. Aku sendiri tak tahu mana silapnya. Setahu aku, aku dah buat yang terbaik. In fact aku tak pernah sekali pun meminta hubungan ini untuk putus. Even pernah berlaku pergolakan berkenaan isu Qimie satu ketika dulu. Tapi aku sayang Dario. Disebabkan itu aku tetap nak teruskan hubungan dengan dia. But it seems like dia sendiri yang mahukan keruntuhan ini terjadi. Bagaimana pula dengan aku ? Apa guna kalau aku sahaja yang hendak meneruskan hubungan ini kalau pihak satu lagi dah tak boleh nak teruskan ? Bertepuk sebelah tangan again ? Aku pun dah penat sebenarnya. Ini bukan kali pertama hubungan aku dan Dario berantakan. Sebelum ini pun pernah terjadi juga. Namun selepas itu kami kembali semula Bersama. Kalau aku sebut pun pasti korang akan cakap aku ni bodoh. Keep on bagi peluang. Yup everyone deserve a second chance, but if dah masuk third chance tu mungkin akan nampak la kebodohan di situ. Cinta. Ya cinta akan buat pemikiran kau jadi tak berapa nak betul sangat. Sukar untuk aku katakan tapi orang yang mengalaminya akan paham. 

Bila kau dah sayang kau akan cuba maafkan dia jugak walaupun kadang tu sedikit sakit. Aries pernah pesan kat aku jangan jadi bodoh. Tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk kembali Bersama dengan Dario ketika krisis yang pernah terjadi sebelum ini. Nampaknya benda yang sama berulang lagi. Mungkin kali ini dah tiba masa untuk aku cekalkan hati dan tidak berpatah balik kepada Dario walaupun hati masih lagi ada rasa cinta. He need to learn how to appreciate second chance. Bukan sekadar menganggap sebagai benda remeh yang boleh dibuat selalu.

Apa yang kau rasa lepas break up ni ? Rindu. Yes sumpah aku rindu dia. Hubungan aku dengan Dario hampir menjangkau 3 tahun. 2 tahun lebih to be exact. Untuk aku membuang dia sepenuhnya dari hidup aku bukanlah suatu yang mudah. Mungkin setengah orang cepat aje move on dia. Hempas datang lagi hempas datang lagi. Itu pun kalau rupa level helok. Kalau sendu pun takda juga nak datang lagi. Aku dengan Dario masih lagi follow each other di laman sosial. Maka aku boleh stalk dia. Well bila dah broke up ni mesti la nak stalk jugak kan. Each time tengok dia mesti teringat momen-momen lama kami. Semua dah tinggal kenangan. Biarlah aku menanggung rinduuuuuuuuu. Haa ambik feeling Wany Hasrita.

Apsal break ? Curang ke ? Tak pun. Dario dah tak boleh nak sayang aku lagi dah. Senangkan ? HAHAHA. Pasal isu crush ke apa yang dia sebut tu aku rasa malas nak cerita panjang. Biarlah begitu. Cinta PLU kan. Nak capai setahun pun macam-macam onak duri nak kena hadap. Mungkin aku dengan Dario dah ditakdirkan untuk setakat ini sahaja. But we both ada je contact lagi. Cuma korang paham kan bila dah break ni takkan jadi sama mesra macam dulu. Itu jer.

Well that’s it for today ! Till we meet again next time dalam episode lain pula.

Adios ~

p/s : Dah boleh start boyfriend hunting ke ni ?



Thursday, May 24, 2018

Episod 106 : Aku & Internship Part 3


Assalamualaikum pe kabar semuerrrr !! *Posed gaya Sajat*

Aku kembali bersiaran setelah dua bulan hilang tanpa khabar berita. Ya sesungguhnya kemalasan untuk menulis itu benar, tiada yang benar melainkan yang benar. Disebabkan itu blog aku ni dah tahap bersawang bila mana aku dah on hiatus selama tak update ni. Dah masuk Ramadan. Ya bertemu lagi kita dengan Ramadan tahun ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak sambut puasa. Banyak benda jugak berlaku lately. I mean as you all can see, kerajaan Malaysia pun dah tukar, *welcome back Tun M !*, terbongkarnya pelbagai skandalisma dalam politik negara, Nazim Othman dengan si Bella Dally bercerai*ehem*, dan lain-lain korang senaraikan sendiri.

See. Aku dah melalut ke mana-mana hala dah. Nak story pasal kisah internship aku je pun. Okey dah masuk part 3 which mean this would be my last part untuk internship punya episode. In fact ketika episode ini ditulis aku dah complete aku punya internship dan sekarang sedang menganggur di rumah aku.

Sexual Harassment

Dalam episode lepas aku ada sebut pasal benda ni. Kalau korang baca la. For the record aku telah mengalami situasi itu. Aku sebenarnya masih lagi takleh digest situasi yang terjadi tu. Macam takleh blah siot kena gangguan macam itu.
Kisah itu terjadi ketika baru beberapa minggu intern aku bermula. Dalam office aku tu ada seorang staf ni. Nama diberi Cik An. Of course la nama telah diubah untuk menjaga privacy masing-masing. Cik An ni seorang lelaki berumur dalam kategori usia emas la kot. Since dia pun dah nak pencen kalau tak silap aku. Rambut pun dah beruban sikit. Dari segi perwatakan dia ni aku boleh detect la ketidaklurusan dirinya itu. Sebab dia ni agak lembut sedikit. Mulut pun boleh tahan. Macam mak hayam pencen pun ada. Status perkahwinan aku tak pasti sebab aku tak tanya.

There was one day aku sampai tempat kerja aku dan nak park motor di basement. Time tu jam 8 pagi. Kawasan parking basement lengang. So lepas settle parking motor aku pun nak gerak naik atas. Suddenly Cik An muncul and mendekati aku. Dia senyum. So disebabkan taknak kurang ajar aku pun senyum la balik kat dia.

Cik An : Eh awak ni yang intern kat unit atas tu kan ? *sambil merangkul tangan aku*

Aku : Haa ye saya. Saya intern situ. Ermm nak panggil apa ye kat abang ni ?

Cik An : Kat sini semua panggil saya Cik An je.
Tetiba dia pegang tangan aku.. aku dah mula WTF ni ? tapi still lagi control sebab aku ingat just biasa je.

Cik An : Saya suka la budak macam awak ni. Saya suka urut. Tengok saya picit tangan awak. Awak suka kena urut ? nanti saya urut awak. Malam-malam awak buat apa je ?

Aku : Tak biasa kena urut. Oh dah lama ke mengurut ? selalu mengurut sapa je ? Malam selalu tidur awal. Penat.

Aku dah mula rasa lain macam. Aku start rasa tak selesa. Rasa macam ko diraba tanpa rela. Cik An terus picit tangan aku dari jari hingga bahu. Then he touched my face. Muka dia muka seronok. After that he took my hand and sniff. Muka aku memang dah expression tak selesa gila babis

Cik An : Wanginya awak. Pakai perfume apa ni ? Kenapa muka awak takut ni ? tak biasa ke ? saya suka berkawan. Kawan la dengan saya.

Aku : Perfume biasa je ni. Tak sebab saya tak biasa la Cik An. Kena pegang macam ni.

Cik An : Janganlah takut. Bagi number phone kat saya. Nanti saya call awak.

Ah sudah dia mintak number pulak. Memang tak la. So aku berdolak dalih mintak nak save number dia and akan call kemudian. Aku pun ambik number dia.

Aku : Nanti saya miss call. Handphone takda kredit. Okey la Cik An saya nak pergi punch card. Lambat pulak nanti.

Terus aku tarik tangan aku and blah. Tapi dengan cara elok la. Sebab tak nak nampak kurang ajar. Bila aku naik atas sumpah tangan aku shaking gila. Gigil habis beb. Macam takt ahu nak react apa. Aku jadi blur. Ni gangguan seksual ke ? Tapi aku ada consent masa dia sentuh tangan aku. Tapi aku tak halang dia. Betul ke apa aku buat ni ? Gangguan seksual sesama jantina ni valid ke ? Nak report ke ? Tapi takda saksi.

Semua persoalan tu berlegar dalam kepala aku. Jadi mungkin inilah yang perempuan rasa bila kena. Sumpah weyh aku jadi cuak kejap. Trauma pun ada. Okey la first of all aku memang tak taste kat Cik An tu. Like euww Samsung what are you talkin about. Maybe that’s why aku rasa that was a sexual harassment. What if mamat yang aku taste buat macam tu ? Dah sah-sah boleh jadi scene Men At Work terus. LOL !

After that day aku cuba elak untuk bertembung dengan dia. But God always has another plan. Aku keep on terserempak dengan dia di parking basement tu haa. Dia tanya aku bila nak bagi number dan aku pun keep on elakkan dari bagi number kat dia. Pernah sekali aku bagi alasan tak topup phone lagi sebab PTPTN belum masuk. Selepas few weeks jugaklah baru Cik An stop menunjukkan interest terhadap aku. Dia jadi kekwat. Tak tegur aku dah. Lantak kau lah Cik An. Janji tak kacau aku sudah.

Internship tamat !

Internship aku secara rasminya habis masa awal bulan Mei hari tu. Memang sekejap betul rasa. Now dah habis. Maka aku pun kembali ke rumah dan menjalani ibadah berpuasa. Until raya. Counting days for my graduation day ! Wah ! Perjalanan jauh lagi Dom. Resume aku pun belum buat lagi.  Banyak lagi nak menapak. Aku akan sedaya upaya update jugak blog ni walaupun aku tahu dunia blog semakin hambar day by day.

Sampai di sini dahulu nukilan aku. Hingga kita ketemu lagi dalam episode akan datang lagi beberapa hari sebab aku dah peram lama. HAHAHAHA. Kepada pembaca blog aku ni selamat berpuasa aku ucapkan. Kurangkan aktiviti yang boleh membatalkan puasa ye !

Adios ~


p/s : Peningkatan usia ni buat aku rasa semakin tua pula. Kah