Sunday, December 31, 2017

Episod 102 : Haqimie Part 6 - The Closure

After Qimie dah break up dengan Faizul, dia kembali hidup single. Sem ni aku tak sempat nak tidur dengan Qimie langsung. Masing-masing busy kot. Plus aku segan pulak nak ajak dia. Sebab sometime aku rasa Qimie bukannya into aku sangat. But aku yang hegeh mungkin. Well tu assumption aku sendiri. Hanya Qimie yang tahu apa yang dia rasa.

Lepas aku settle assignments aku itu hari, ada aku text Qimie. It was on 8th December 2017. Kebetulan roommate aku balik rumah. Jadinya plan aku nak ajak Qimie tidur kat bilik aku. Aku rindu nak tidur peluk dia.

09:02PM
Aku : Qimie busy tak malam ni ? Roommate abg balik rumah. Nak tidur kat bilik abg tak ?

Disebabkan Qimie dah hide bluetick dan last seen dia maka aku tak dapat detect sama ada text aku telah dibaca atau pun tidak.

3 jam kemudian…

12:37AM
Qimie : Sorry lambat abang. Qimie kat studio malam ni. Buat assignment.

Aku : Overnight kat studio ah malam ni ?

Qimie : Ha’ah abang. Nak siapkan assignment. Kalau tak boleh tidur dengan abang.

Aku sedikit kecewa sebenarnya. But still nothing much I can do. Takkan nak paksa dia pulak. Aku cuba persue lagi untuk next night.

Aku : Okeyh tak apa. Buat assignment elok-elok. Esok pun boleh. Sebab member abang ni balik hari Ahad.

Qimie : oo..okay abang. InsyaAllah..

Entah kenapa aku rasa sedikit suspicious dengan kenyataan Qimie yang kononnya dia kat studio buat assignment. Aku kemudiannya tengok dari luar bilik aku. Kebetulan aku tahu bilik Qimie yang mana satu jadi mudah untuk aku menyiasat. Aku turun ke kawasan lapang sebelah kolej aku dan aku tengok bilik Qimie.

Kelihatan lampu masih menyala dan kipas masih berpusing. Aku cuba husnuzon Qimie mungkin tinggalkan bilikny tanpa mematikan lampu dan kipas. But still, aku tetap pergi ke tempat letak motor blok kolej aku. Kelihatan motor Qimie ada di situ. Which means dia sememangnya ada dalam biliknya. Aku sedikit terkilan sebenarnya bila kenyataan Qimie bercanggah dengan apa yang dia bagi tahu. Tapi, siapalah aku untuk sakit hati sebegitu rupa. Plus aku sendiri yang galak nak pergi siasat kebenaran yang sakit tu. Begitulah tragisnya kejadian malam itu.

The next day which is Sabtu aku tunggu text dari Qimie. Tungguu.. tunggu.. tungguuu dan malam pun menjelma. Tiada sebarang text Qimie yang nak inform dia tidur bilik aku. Aku pun dapat agak yang Qimie memang tak nak datang. Well aku akhirnya tidur sendirian jugak malam tu.

2 minggu berlalu. Masa semakin suntuk. Cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum study week bermula. Apa yang pasti once study week start peluang aku untuk tidur dengan Qimie akan jadi semakin tipis dan sememangnya tidak akan berlaku lagi. Semester depan aku akan mula praktikal di tempat baru which is jauh dari kampus aku. Then no more. Aku nekad. No matter what aku kena pastikan momen terakhir antara aku dan Qimie berlaku.

22 Disember 2017…

12:05 AM,
Aku : Qimie free tak malam esok ? ermm kalau free abang ingat nak ajak Qimie tido bilik abang. Buat kali terakhir nak peluk Qimie. Lepas ni dah tak boleh nak tido peluk Qimie yang abang sayang ni.

Qimie : Malam esok macam free kot. Abang dah nak balik ke ? Ala jangan cakap camtu...sedih Qimie dengar.

Aku : Abang balik hari Ahad. Kali ni je boleh tido dengan Qimie. Nanti habis study week dah nak exam. Qimie nak study lagi. Jujur abang cakap, sedih jugak nak tinggal Qimie sem depan nanti.

Qimie : baik abang... malam esok kita tido sama-sama. Abang datang bilik Qimie lah senang. Sedih lah rasa...

Aku : Abang rindu nak tido peluk Qimie. Lepas ni tak tahu bila lagi. Abang jaga Qimie dari jauh je.

Qimie : Nanti esok abang datang. Nak peluk abg esok.

Sumpah aku cakap, that moment aku baca text Qimie, hati aku melonjak gembira. Last aku kitorang spend time together during bulan Mei. Kemudian Faizul muncul and then everything change. No more momen antara aku dan Qimie. Malam keesokan harinya jam 1:30am aku pergi ke bilik Qimie. Lepas Faizul blah dari bilik tu Qimie stay alone. Lucky him. Aku baring di atas tilam. Qimie berada di sebelah aku. Aku peluk Qimie. Aku kucup dahi dia kemudia kedua-dua belah pipinya. Rambut Qimie aku belai lembut. Haruman syampu masih lagi segar di rambutnya. Kemudian kitorang banyak berborak. Update story. Qimie pun akan turut berpraktikal during semester depan. Walau pun dia junior aku tapi kos dia akan berpraktikal ketika tahun tiga. Dia cakap dia risau sebab belum dapat tempat praktikal. Aku doakan yang terbaik untuk Qimie. Currently Qimie still single. Dia la kata. Aku tak tahu la kalau dia tipu ke apa. Lebih kurang jam 3am mata pun mula mengantuk. Sebelum tidur aku sempat cakap kat Qimie

“Qimie, you are one of the best things that ever happened to me in this university. Abang akan always sayang Qimie..”

Ya. Siapa sangka aku akan kenal Qimie. Even aku pun tak expect akan kenal dia. Selepas itu Qimie terlena. Dengkurannya jelas kedengaran. Qimie seorang yang berdengkur ketika tidur. Tapi bagi aku itu tak menjadi masalah sebab aku pun boleh je lena. Tapi malam itu tidur aku tidaklah terlalu nyenyak. Dalam cahaya samar-samar aku belai Qimie yang sedang lena. Aku akan berjauhan dengan dia. Malam itu aku rasa momen terakhir antara aku dan Qimie. Unless dia ajak aku tidur lagi nanti. Finger cross. Aku tenung wajah Qimie. Tenang dia tidur. Aku akan rindui wajah ini nanti. In fact aku harap momen malam itu akan berterusan. Qimie lena dalam dakapan aku begitu juga aku sepanjang malam lena memeluk Qimie. A cuddling moment yang aku akan ingat selamanya.

Pagi pun menjengah tiba. Matahari menyinari bilik. Subuh tak ni ? Aku rasa kalian tahu apa yang aku akan jawab. Aku kiss bibir Qimie *bukan French kiss* dan wish him good morning. We both still cuddle with each other. Kemudian Qimie suruh aku pusing belakang. Dia nak peluk aku. Back cuddle is damn nice ! Aku rasa tenang. HAHAHAHAH. Sounds so bottom kan ?

Tepat jam 11:30am aku minta diri untuk kembali ke bilik aku. Lagi pun Qimie hendak ke studio bagi menyiapkan assignment. Aku tak nak kacau dia. Aku kiss dahi Qimie. Kemudian diikuti pipi dan bibirnya. A hug is a must. Kemudian aku kembali ke bilik dengan senyuman yang terukir di pipi.

It was a moment that I’ve been waiting for. Aku sedikit sedih juga kerana ini mungkin moment terakhir antara aku dan Qimie. Mungkinkah akan ada lagi peluang untuk aku dan Qimie tidur bersama lagi ? Entah. Oh ya sebelum kalian buat sebarang spekulasi aku nak bagitahu siap-siap kitrorang berdua tidur dalam keadaan berpakaian lengkap dan tidak berbogel ya. Sekian.

Jadi begitu la kisah antara aku dan Qimie. A closure that I want and luckily I managed to get the chance. Apa yang pasti even jauh aku akan tetap akan jaga Qimie .

Terima kasih Haqimie kerna kau muncul dalam hidup aku, walaupun adakalanya aku ini diibaratkan seperti tempat persinggahan namun as long as kau happy aku akan happy untuk kau. Semoga hubungan aku dan kau ini akan terus diingati. Ecewahhhh. Kau lupa Dario ke ? Dario masih ada. Jangan risau.

Till we meet again.

Adios ~


P/s : Ini merupakan entry terakhir untuk 2017. Moga 2018 akan menjadi lebih baik ! Ameen !

6 comments:

  1. saya membaca entri awak ni pun turut merasai apa yang awak rasa dom. Its ok ada masa nanti kalian berjumpalah ya. Untung qimie ada orang sayang, moga dia akan menghargai awak. Take care there and wish you happy new year..

    ReplyDelete
  2. Peluk cium orang lain..orang sana tak marah ke? hehe

    ReplyDelete