Saturday, December 23, 2017

Episod 101 : Crisis Part 3 - The Second Act



16 Disember 2017

Aku : Adin, kau okey tak ni ? Apa yang jadi ?
…..

A few hours earlier…

Majlis makan malam tahun akhir bagi kos aku baru sahaja tamat semalam. Aku terjaga dari lena jam 11 pagi. After party malam tadi sangatlah havoc. Havoc sangat ke ? Okey not so. Let say it as cool. Yeah it was cool. After dinner settle around 12am something some of my friends ajak untuk pergi after party pulak. Adin setuju untuk join diorang so yeah we both joined them. Ada member aku yang terus balik kolej. Penat katanya. Ada jugak yang berafter party di kelab. Siap upload post dalam instastory lagi sedang melanggah air terlarang dalam kelab. Agak terkejut jugak but who am I to judge them. You guys punya life so you guys punya pasal.

After party aku versi budak-budak nerd sikit. Duduk beramai-ramai dalam bulatan and then main truth or dare. But actually it was not really a truth or dare session. More likely a confession. How it works ? Dalam bulatan tu kitorang akan pass botol losyen *ini je benda yang ada masa tu* to each other dalam masa 10 saat. Apabila cukup masa orang terakhir yang pegang losyen tu akan pilih one of us untuk tanya dia satu soalan. It can be a personal question or anything la. Luckily aku cuma ditanya soalan biasa dan tidak kontroversi.

It was fun night. 6am baru settle dan kitorang bergerak pulang ke kolej. Tidur la apa lagi. Barai siot. Sepanjang 3 tahun lebih aku hidup dalam dunia university ni rasanya ni la first time aku join majlis makan malam. Sebagai seorang yang tak berapa into persatuan thingy memang tak la untuk aku join sebarang majlis dinner. About that dinner it was damn gonna be remembered forever. Good food, good environment and etc. Lepas tu banyak bergambar. Outfit aku ? Haruslah aku resource merata tempat. Pinjam sana sini and boom ! I got my outfit including MUA sekali. MUA tu apa ? Makeup artist. Yes ini kali pertama aku pakai mekap. Sounds so bottom is it ? HAHAHA. Actually member aku suggest pakai. Since dia pandai mekap and he also actually pakai mekap jugak so aku pun decided untuk cuba. Just a simple mekap yang bagi nampak batang hidung and pipi. Aku pun tak tahu apa terms tu.

Sampai kat bilik around 6am. Lepas tu pergi mandi apa semua then aku decided untuk tunggu subuh kejap but then kelaut. Subuhku hangus begitu sahaja. Apa nak jadi ni Dom ? Around pukul 11am aku terjaga kemudian aku text Adin. Nak pergi claim gambar-gambar dalam telefon bimbit dia semalam. Adin suruh aku pergi ke bilik Arif. Then di balik Arif aku transfer gambar-gambar yang ada malam tadi. Kemudiannya kitorang borak-borak. Mengenang semula perjalanan yang bakal tamat dalam beberapa minggu lagi. Lepas tu aku pulang semula ke bilik dan entah aku pun lupa aku buat apa lepas tu. Around pukul 4pm aku pergi mandi. Then bersiap-siap untuk pergi turun lunch di kafe. Aku perasan notification dari group team aku tu dalam berbelas jugak. Since aku malas nak baca lagi, aku decided untuk klik saja kemudian back. Lalu aku pun turun ke kafe.

Ketika sedang menjamu selera aku nampak kelibat Adin turun. Aku kebetulan melilau tengok kawasan sekeliling if ada anak ikan yang sedap dipandang. Tak ada. Adin muncul di depan aku. Aku tersenyum dan seolah macam tergelak sedikit. No reason.

Adin : Kau gelak kenapa ?
Aku : Eh tak ada apa lah.

Adin berlalu pergi dan membeli makanan. 10 minit berlalu. Adin tak muncul. Aku ingat dia akan makan bersama aku. Bila aku toleh aku nampak dia sedang makan bersendirian. Maybe he just need time to eat alone kot. Cetus hati aku.
Selesai makan aku lihat Adin dah naik ke atas. Aku paggil nama dia. Dia tak menyahut or even pandang aku. Dia berlalu pergi. Aku dah mula syak something tak kena. Setibanya di bilik aku membuka semula whatsapp group. Scrolling semula apa yang telah diorang borak ketika awal tadi.

Aku reply some texts from Mira di dalam group. Tiba-tiba…

Adin left

Jangkaan aku tepat. Ada yang tak kena dengan Adin. Aku terus whatsapp dia personal.

Aku : Adin, kau okey tak ni ? Apa yang jadi ?

Tiada sebarang balasan atau bluetick.

2 jam kemudian…

Aku tersedar dari nap. Notification bar menujukkan ada text dari Adin. Nervous aku nak baca. Adakah aku ada buat salah ?

Adin : Pertama, kalau kau tak suka aku jangan berlakon macam suka aku. I’m so sick with people that pretending they are okey with me eventhough there are not. Kalau kau tak suka apa2 pasal aku itu hak kau sebab kalau aku tak suka apa2 pasal kau pun aku tak story kat sapa2 sebab aku rapat dengan kau ! If you think that you are good enough, please get yourself a mirror. Kalau kau rasa kau okay waktu aku cari kau dalam group then kau buat tak tahu, jumpa kat cafe macam nak lari dari aku, senyum-senyum mengata, tak payah la.

Kedua, aku tak kisah bersusah payah demi kawan aku, aku tak berkira dengan kawan aku. Tapi bila kawan aku buat perangai tahik macam explaination pertama tu. I think I don’t need any friend like that.

Ketiga, aku tak pernah kisah nak gaduh dengan siapa pun dan aku tak pernah peduli pun nak bergaduh dengan kau. In fact kita memang pernah bergaduh pun. Aku pun tak kisah nak bermusuh lagi.

Aku terkesima membaca bait-bait ayat Adin. Apa yang aku dah buat sampai dia boleh naik berang macam ni sekali ? Aku sememangnya tak perasan pertanyaan dia dalam group kitorang. Macam yang aku bagitahu tadi, aku scroll terus ke bawah. After lunch baru aku nak scroll again conversation member aku yang lain tu. Well to try not making anything worse, aku reply text dia. Aku explain from A to Z. Sesungguhnya aku memang tak ada sekelumit niat pun hendak buat dia terasa sebegitu rupa. Kalaulah aku ni jahat seperti yang dia gambarkan dari dulu lagi aku dah buat macam tu kat dia. 

Kemudian aku hanya ditinggalkan dengan bluetick. Ya tiada sebarang reply. Seperti biasa lama sosial Facebook dan Instagram aku sekali lagi diblock olehnya. Cuma kali ini dia tidak memblock whatsapp aku. Well okey then. He choosed to do that. Aku pun tak boleh nak kata apa. I already did my part. Appologise to him and explaining things. Kalau dia tak nak terima then takkan aku nak terhegeh-hegeh pulak.

Tapi aku sedikit terkilan jugak. Sebab it’s already my final year. Aku harap semuanya bakal tamat dengan baik. Never expected to involve into this kind of crisis. For the second time ! But it’s happen. Tak mengapa. Kalau ada rezeki mungkin aku dan Adin akan berbaik semula. If not memang dah suratan takdir yang aku dengan dia end up akan jadi begini. Jadi itulah sedikit sebanyak perkara yang berlaku di hujung sem ini. Aku dah cuba yang terbaik. But mungkin Allah ada better plan for me kot ? Hopefully.

Kau dengan Qimie macam mana sekarang ? Well that story aku akan ceritakan dalam episode yang akan datang. Till we meet again in another episode !

Adios ~



P/s : Pitch Perfect 3 dah released ! Let’s grab the ticket now !

5 comments:

  1. Tak bestlah gaduh-gaduh macam ni kan..penat sangat nak hadap. bertabah k awak..pitch perfect 3 semua kata best,tak tahulah bila nak pergi tengok. hahaha

    ReplyDelete
  2. Kadang benda kecik diperbesarkan. Susah nak puaskan hati semua orang. Benda boleh bincang tapi kalau camni memang susah nak bawa bincang...huhu

    ReplyDelete
  3. Gaduh lagi?! 😩😩😩 apela sensitif sgt ke si adin ni

    ReplyDelete