Monday, January 29, 2018

Episod 103 : Haqimie Part 7 - The Last Gift


8 January 2018

Dah seminggu 2018 hadir dalam hidup semua orang. Hari ni jugak mencatatkan sejarah kerana hari ini merupakan hari untuk aku menduduki peperiksaan akhir bagi semester tujuh. Paper pertama dan paper terakhir. Satu subjek sahaja yang memerlukan aku untuk menduduki peperiksaan. Oh ya. Tarikh ini juga merupakan kali terakhir untuk aku menduduki peperiksaan bagi life ijazah aku. Semester lapan tiada lagi exam. Hanya internship. Insyaallah menjelang Oktober 2018 aku akan bergraduasi. Harapnya begitulah. Tepat jam 5.15pm, maka tamatlah waktu peperiksaan aku.  Lepas malam aku tidur dengan Qimie, aku dan dia hanya bertembung di sekitar block kolej kami sahaja. Aku akan senyum melihatnya dan begitu juga dengan Qimie. Khamis, 11 Januari aku akan pulang ke kampung halaman untuk cuti semester selama sebulan. Sebelum aku berangkat ke ibu kota untuk internship. Maknanya aku hanya ada tiga hari sahaja lagi untuk melihat Qimie di hadapan mata aku. Lepas ni susah dah.
Aku teringat yang birthday Qimie akan tiba bulan depan. Terdetik di hati nak hadiahkan dia something. Orang kata as one last gift. Tapi masalahnya aku tak tahu nak bagi apa. Even during birthday Dario pun aku hanya masak makanan favourite dia sahaja. Sebab dia dah ada semua benda. Back to Qimie, aku teringat something. Mungkin patung beruang is something that can be a gift for him. A teddy bear. Well at least he can cuddle it.

9 January 2018

Aku mulakan proses untuk mencari teddy bear yang sesuai. Kalau nak beli kat mall aku pasti harga nokharom mahal. Paham-paham je la kalau dah hujung sem ni duit pun tinggal serdak je ni haa. But still gigih jugak nak beli hadiah bagi. Over la kau ni Dom. So aku decided untuk buat carian online menggunakan apps shopping yang ada. Aku search dalam Shopee dan nasib aku baik kerana dapat temui satu seller yang menjual teddy bear dengan harga yang aku mampu milik. 

Gambar sekadar hiasan dan ihsan dari Google

Rilakkuma teddy bear seems quite cute and huggable. Size agak besar. Aku pun terus deal dengan seller. Kebetulan dia pun tinggal berdekatan so aku decided untuk jumpa terus. Easier.

10 Januari 2018

Aku dah deal dengan seller tu jam 3pm. On time aku terpacak kat kawasan kitorang nak jumpa tu. A few minutes later dia muncul. Duit dan teddy bear bertukar tangan. Dengan lafaz “saya beli ye sis” maka aku dah berjaya beli hadiah untuk Qimie. Good seller. Sebab dia dah letak dalam paper bag yang agak nice jugak. Dah selamat tak payah nak balut lagi dah.
Malam ni aku dah start packing barang. Sebab the next day aku nak balik dah. Mulanya aku ingat nak bagi hadiah malam ni jugak. But then dah lewat so aku cancelkan niat aku and decided untuk bagi esok. Before left kolej.

11 Januari 2018

Continuing packing all my stuffs and etc. Mak and abah akan datang ambik aku petang nanti. Aku text Qimie pukul berapa dia free. Sebab ni last aku nak jumpa dia sebelum aku berangkat pulang. Qimie inform aku dia akan ada kat bilik around waktu petang. Ok nice. Nervous juga. Selalu bagi makanan je kat dia .
Hujan turut dengan lebatnya petang itu. Seolah-olah menangisi perpisahan ini. HAHAHA berangan. Around pukul 5 lebih abah and mak sampai. Jadi bermulalah sesi mengangkat barangan aku. Roommate aku tidak kelihatan sejak semalam. Aku sendiri tak tahu dia pergi ke mana. Tepat jam 6.00pm aku settle angkat barang. I told my parents to wait for me at kedai mamak nearby coz I wanna meet my friends before I leave once and for all. Almaklumlah ada setengah member aku yang hanya 3 tahun saja pengajian mereka so lepas ni memang tak jumpa dah la.

Aku bergegas ke bilik Haqimie. Jantung aku berdebar. Aku ketuk pintu bilik dia. Qimie bukak dan jemput aku masuk. Aku hulur beg kertas yang diisi dengan teddy bear Rilakkuma. Riak wajah Qimie sedikit terkejut.

Aku : Abang tak ada apa sangat nak bagi. Ini je la yang abang boleh bagi kat Qimie. Hadiah birthday awal sebulan dengan hadiah perpisahan.

Qimie : Awhhhhh abang. Susahkan abang je. Kenapa sweet sangat ni ? Terima kasih Abang Dom.

Aku : Yela lepas ni dah jauh dari Qimie. Ni last nak jumpa Qimie..

Qimie : Hmm janganlah cakap last. Dah macam ermmm ala Qimei tak nak sebut la yang tu.

Aku : ok ok tak. Lepas ni susah dah nak jumpa adik abang ni haa. Abang gonna miss you Qimie. Abang nak peluk for the last time boleh ?


Haqimie merebahkan diri di atas katilnya. Aku memeluk erat dirinya. Rambut Qimie aku belai lembut. Haruman syampu di rambutnya bermain di rongga hidung aku. Ayat kau memang nak kena poyo macam ni ke Dom ? Qimie memeluk erat tubuhku. Dia menekup wajahnya kearah dada aku. Well obviously la tak kekar macam abang sado korang dalam Instagram tu. Aku turut memeluk erat tubuh Qimie.

Kemudian kami menatap wajah masing-masing. Mata Qimie sedikit berkaca.

Aku : Janganlah nangis nanti abang pun nangis sama.

Qimie : Nanti Qimie rindu abang…

Aku : Abang pun akan rindu Qimie. Ni pun dah rindu. Kalau jauh dari mata susah abang nak tengok Qimie. Abang sayang Qimie sangat-sangat.

Qimie : Qimie pun sayang abang.

Aku : Thank you for everything. Qimie, you are one of the best thing that happen to during my university’s life. Janji dengan abang yang tak kira apa yang jadi Qimie takkan lupa abang, takkan buang abang. Boleh ?

Qimie : Qimie takkan lupa abang. Qimie sayang abang. Terima kasih jaga Qimie kat sini.

Aku : Always. Abang will always by your side no matter what happen.

Lama aku dakap Qimie. Aku kucup lembut dahi dia. Pipi Qimie pun aku kiss. Masa sememangnya terbang dengan pantas. Jam menunjukkan tepat 6:50pm. Nak tak nak aku kena beredar before mak start call aku kang.  Dengan berat hati aku berdiri dari katil.

Aku : Abang nak selfie dengan Qimie boleh ? Nak buat kenangan.

Qimie : Mestilah boleh.

After a few selfies later aku peluk Qimie lagi. Kiss dahi dengan pipi dia.

“Jaga diri elok-elok. Abang akan always jaga Qimie dari jauh. Apa-apa boleh text abang tau.”

Aku titipkan pesanan yang terakhir sebelum beredar. Kami bersalaman. Lalu aku bergegas meninggalkan bilik Qimie. Ketika di dalam lif, minda aku ligat memutarkan kembali detik-detik awal perkenalan aku dengan Qimie. Bermula dari saat aku selalu perhatikan dia dari jauh hinggalah saat kitorang chat dalam Grindr until that day. Bapak over feeling ko ni dowh. Tapi serius. Tu yang aku rasa. Lepas tu aku pun bergerak meninggalkan blok kolej aku. Cuaca petang tu mendung. Actually hujan dah berhenti tapi still mendung. Seolah menggambarkan perasaan aku waktu itu.

Lepas ni aku akan mula internship. Begitu juga dengan Qimie. Andai ada rezeki lagi mungkin kami akan bertemu semula. Insyaallah.

Adios~

P/s : Dah almost sebulan 2018 menjengah masuk. Moga tahun baru ini akan membawa pelbagai kegembiraan buat kita semua. Korang doakan aku dapat convo tahun ni. Oh ya buat silent readers yang keep on lepak sini and baca post aku. Thank you so much. Walaupun kadangkala sendu. Lepas ni akan lagi sendu kot. We will see it later.



2 comments:

  1. Ikut merasai apa yang awk rasa dom!. Take care. Perpisahan itu amat menyakitkan dan rindu itu membunuh diri. Semua itu akan berlalu dengan peredaran masa.

    ReplyDelete
  2. Sweet jugak kau yer Dom, siap bagi teddy bear lagi. Bila rindu boleh video call, boleh tengok muka cuma bezanya tak boleh nak peluk cium je...hehe

    ReplyDelete