Aku
sedang menikmati cuti semester di rumah. Ya tenang sekali. Tanpa perlu
memikirkan apa-apa. For now la. Aku akui tengah mengalami sindrom malas nak
update blog. Ternyata sindrom ini benar ya anak-anak. Tiada yang benar
melainkan yang benar. Entry raya 2017 pun aku tak ada update. Betapa dahsyatnya
sindrom malas aku ni. Jadi untuk mengelakkan blog ini dari terus berhabuk maka
aku decide untuk reply some soalan yang diajukan dalam box Ask Mr. Unknown ni.
Kalau
perasan kat sebelah kanan blog aku ni ada satu box yang aku namakan Ask Mr.
Unknown. Just in cased you guys wanna ask something just simply use that box
okeyh. Dont worry segalanya adalah anonymous.
Ada
la a few question yang diterima. Dah lama jugak aku peram. Minta maaf la yer
kepada reader-reader yang tanya soalan tu. Sorry for the late response.
So
let’s start
Hai
Mr Unknown Skrg finally awak dah ada bf. Apa perasaannya bercinta? Is it like
what you expected? Saya tak pernah bercinta, crush je banyak, imaginasi pon
tinggi (mcm awak la, hehe). Jadi sangat teringin nak tahu.
-Mr
Din
Hai
Mr. Din. Apa rasa bercinta ? Well pada aku, aku rasa disayangi. Kasih sayang
dari someone yang special selepas family dan kawan-kawan kau. Bila dah ada
someone yang sayang kita, kita akan rasa bahagia. Bila dah bahagia tu senang
betul naik berat badan. HAHAHA. Aku pun berisi dah ni.
Apa
yang aku expect ? Well hubungan aku dan Dario ni my first relationship. And
yeah aku expect untuk kalau boleh tahan lama dengan dia. Bukan apa, aku ni
kategori yang tak berapa nak laku sangat jadi sangatlah crucial untuk
mengharapkan hubungan ini bertahan lama. So far alhamdulillah aku dan Dario
masih lagi bersama menyulam cinta. Wahh ! Tapi ada la jugak krisis turun naik
kan. Sedangkan lidah lagikan tergigit ye dak. Jadi sekarang follow the flow.
Selama mana mampu bertahan aku bertahan.
How I can contact u?
Hey
Anon ! You can email me via meisterzacker@gmail.com.
Emel ada tertera di sebelah kanan blog.
Skrg
tahun akhir kat uni ke? Apakah nama anda? Belajar dalam kos apa? Apakah nama
uni? Ada wechat x? 🤔..
Kalo boleh nk add.. 😎
Hey there ! Currently aku baru habis third
year. Next sem akan jadi pelajar tahun akhir. Insyaallah. Please doakan
semuanya berjalan lancar okeyh. Nama ? Nama diberi Dominic Unknown. Obviously
itu hanyalah satu persona yang aku create untuk dunia blog ini. Nama sebenar
tak dapat nak dikongsi demi kepentingan sejagat. Kos yang aku belajar ni
tidaklah segah mana. Kos biasa sahaja. Tapi pada aku agak struggle juga. Amboi
nama uni saya pun nak tahu yer awak ? HAHAHA sama juga. Tak dapat nak kongsi
bagi menjaga keamanan sejagat. Wechat atas nama Dominic Unknown tiada. But you
can emel me. Or kita boleh chat di Hangout.
Awak ni study dkt mne? Hahaha...
Hey awak di sana ! *lambai tangan*. Saya study
di sebuah IPTA dalam Malaysia ini. Nama uni ? Biarlah rahsia. Kalau satu uni
kang haru pulak nanti.
Ya itu sahaja soal jawab mesra yang
diterima buat waktu ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi
apa-apa bolehlah guna bix Ask Mr. Unknown di sebelah kanan blog ini. Also you guys can put nick name di akhir ayat. So senang aku nak gelar korang selain anonymous/
Hingga ketemu lagi di lain waktu.
Adios~
p/s : Selamat bercuti semester buat
semua pelajar degree. Enjoy your sem breaks ! Jangan nakal-nakal !
No comments:
Post a Comment