Kadang tu aku sendiri pun tak tahu apa pasal life aku ni always berkisar mengenai drama yang aku sendiri pun tak tahu bila nak stop. Or is it normal atau aku yang melebih-lebih ? Adakah aku Drama King ? Entahlah. Tapi things keep on happening. Wanna know apa yang jadi kali ni ? Nama pun crisis kan. So for sure la bala juga bagi aku nak kena hadap.
Dalam episod Episod 83 : Third Year, aku ada sebut yang Adin dan aku tak dapat kolej. So kitorang terpaksa stay rumah sewa. However, thank god that me and Adin akhirnya berjaya mendapat kolej atas tiket rayuan ! But the cons that I need to face was Adin jadi roommate aku untuk satu sidang aka 2 semester. In other words, aku dan juga Adin jadi roommate during third year. Pada mulanya aku rasa tak selesa untuk tinggal sebilik dengan dia. Sebab aku rasa yang aku dan Adin hanya boleh jadi kawan rapat but not as roommates. So it was like something I did not expect to happen la bila mana aku dan dia telah diletakkan sebilik oleh makcik kerani office kolej aku tu. Aku beranganlah nak dapat abang sado ke jadi roommate or at least yang sedap buat bahan cuci mata. HAHAHAHAHA tu la nawaitu tak berapa suci memang tuhan susah nak makbul.
Once dah dapat kunci aku pun husnuzon yang Adin dan aku akan jadi roommate yang baik. Well things worked very well during our fifth semester. No crisis and I do feel selesa la jugak dengan dia. Walaupun dia ada buat some annoying to me but yeah aku malas nak gaduh coz at the end he is still my friend dan aku masih boleh compromise dengan dia. Sem enam pun sama juga. Everything seems okey to me. Hujung semester pun tiba. Exam final aku habis awal sedikit dari dia. Tapi aku decided untuk balik lambat sikit sebab ada urusan.
Guess what ? Aku dua hari sebelum aku start cuti dan pulang ke rumah aku started to notice something. Adin seakan-akan sedikit dengan aku. Pada mulanya aku just expect dia tak ada mood la. Dia keep on layan aku macam sampah. Dia layan aku nak tak nak la senang cerita. Ibarat macam aku ni ada buat salah. Tapi aku diamkan benda ni. sebab tak nak timbulkan any issue. Keesokan harinya Adin last day exam. Aku pun bakal pulang ke rumah petang tu.
15 Jun 2017
Paper Adin akan start petang. So pagi tu dia ada kat bilik. Tapi start dari lepas sahur *time tu bulan puasa lagi* dia buat perangai. Dia tak berapa nak cakap dengan aku. Cakap pun dengan nada yang kasar. Like seriously aku pun tak tahu. Kau dah kenapa nak emosi macam ni ? Aku ada buat salah ke ? At least tell me la kan. Not just giving me this kind of shit treatment. Tapi aku just buat biasa macam tak ada apa-apa. Around tengah hari dia dah nak gerak ke dewan exam. Aku ingat lagi ayat dia before tutup pintu. Adin was holding a helmet. Aku pun tanya la.
Aku : Eh kau pergi exam naik motor siapa ?
Adin : La dah tak boleh nak jalan kaki sambil pegang helmet ke ?
Aku : Takda la aku tanya je. Adin, good luck exam tau.
Adin : Haa k lah aku nak pergi dah. Tak jumpa dah kot lepas ni.
Lalu pintu ditutup. Aku ditinggalkan dengan seribu persoalan. Kalau ikutkan aku akan balik around petang tu. Jadi of course la aku nak salam dulu dengan Adin tapi dia blah dari bilik sebegitu awal dan seolah-olah memang tak nak jumpa aku dah. I was so shocked that time. Around 5 something kalau aku tak silap Adin balik ke bilik.
Dia masuk ke dalam bilik sambil berkata,
Adin : Laa ada lagi ke ? Ingatkan dah berambus.
Lepas tu dia blah dari bilik.
WOW ! Apa semua ni ?
Okey tak apa la. Then tiba waktu maghrib. Parents aku lambat sampai sebab traffic jammed. Adin rupanya pergi berbuka dengan member kitorang kat KFC. Aku agak terkilan sebab dia tak ajak aku join berbuka. So obviously there is something yang dia tak puas hati dengan aku. Takpa la aku diamkan diri lagi. Aku plan nak whatsapp dia once aku dah balik nanti.
Mak dengan abah pun sampai around pukul lapan lebih. Aku pun mulalah angkut barang masuk dalam perut kereta. Settle angkut barang then aku naik semula ke bilik. Kebetulan Adin ada melepak kat bilik member kitorang. So I meet them and said good bye la. Cuti sem 3 bulan kan. Lambat lagi nak jumpa diorang. Aku salam diorang empat orang then one of them nak selfie. Aku okey je. Tapi Adin seakan-akan mengelak dari masuk dalam selfie ramai-ramai tu. Dia sekadar menghulurkan tangan semata-mata tanpa interframe langsung. Aku perasan semua tu.
Lastly aku salam Adin. Mulanya aku nak minta maaf dan minta halal semuanya tapi since dia salam aku macam nak tak nak *he was not even facing my face !* so aku batalkan niat nak continue scene itu. Aku decide untuk text kat whatsapp. Then aku pun berangkat pulang. Ketika dalam perjalanan tu aku terus whatsapp Adin
Dear Adin, thank you for being my roommate untuk satu sidang ni. From rumah sewa beberapa hari until habis satu sidang kat bilik kita tu. Terima kasih untuk semuanya. Aku nak mintak halal makan minum sepanjang jadi roommate kau. Minta maaf jugak andai terkasar bahasa, tergurau lebih kurang, tak selesa apa ke sepanjang menjadi roommate kau.
Lalu aku ketik butang send. Single tick. Aku assume dia off mobile data dan wifi. Tapi makin pelik bila profile picture whatsapp dia tidak kelihat. Aku cuba husnuzon lagi dan text member aku yang bernama Marziah.
Aku : Weyh Marziah kau usha jap profile pic whatsapp Adin ni dia tak letak ke ?
Marziah : *send screencap* Ada je ni.
Ya. Marziah masih boleh lihat profile pic itu. Maknanya di sini Adin dengan rasminya telah block aku di Whatsapp. Wow ! What did I have done to him ? Then aku search pula Facebook Adin. Profile FB nya juga sudah tiada. Dia dah block aku di sana juga.
So diblock di dua laman sosial utama. Which make me wonder apa yang aku dah buat kat dia. Selama 2 semester kami hidup together and no perang and suddenly on the last day aku diblock.
Aku pun tak ada jawapan.
It's been 2 months lepas Adin block aku. Selama 2 bulan juga aku tak dengar khabar berita dia. Ucapan raya pun tiada. Namanya hanya muncul sesekali dalam whatsapp group. Aku pun masih bertagak lagi sama ada nak minta penjelasan atau tidak. Mungkin sebelum semester baru bermula aku akan text dia lagi sekali. Well if I'm doing something taht you don't like at least tell me. Don't just blocked me. At least aku boleh betulkan ke apa ke. Haishhh.
Crisis ni aku tak tahu akan tamat atau tidak. If not then semester depan aku dengan Adin might not talk to each other anymore agaknya. Kinda sad but yeah. Lets see what will happened next.
Siap juga episod ni. As usual story telah diubah sedikit bagi menjaga keamanan sejagat. Aku sendiri bercinta betul nak type. Punyalah malas ditambah dengan wifi rumah yang sangat di tahap al siput baby. But don't worry blog ni masih hidup. Korang doa-doakanlah crisis remeh temeh macam ni dapat berakhir. Penatlah.
Ok hingga ketemu lagi dalam episod yang akan datang.
Adios~
p/s : Cuti sem dah nak habis oit ! Next semester gonna be my final year !
Apa masalah dia tu?. Kita semua dah besar kan tak yah lah nak buat peragai macam tu. Abaikan sahaja dia tu..Banyak lagi benda nak buat. Selamat menghabiskan sisa2 cuti anda..
ReplyDeleteBese la tu tengah period, mood swing..takkan tu pun tak faham...ekekekeke
ReplyDeleteThx ya infonya bermanfaat
ReplyDelete