Thursday, June 30, 2016

Episod 76 : Takziah

Malam semalam baru menerima perkhabaran pemergian arwah ayah Abang Zul, abang angkat aku*more info boleh klik Episod 61 : Abang Zul *. Itu pun lepas si Aries whatsapp aku. Abang Zul memang tak ada nak inform apa. Dia hanya update di moment Wechat sahaja. Aku ni pulak tak aktif sangat kat Wechat. Luckily Aries terbaca moment tu. Mohon sedekahkan Al-Fatihah.

Alhamdulillah pagi tadi dalam pukul 10.45 pagi jenazah arwah ayah Abang Zul selamat dikebumikan. Sempatlah aku pergi menziarah sebab tengah cuti sem sekarang. Arwah meninggal dalam bulan Ramadan dan 10 malam terakhir pulak. Besar nikmat tu. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku memang tak kenal personally dengan arwah cuma aku tahulah sikit-sikit pasal beliau. Arwah dah lama sakit kanser usus. Rasanya lama juga terlantar di hospital. Family dia yang jaga.


Meanwhile condition Abang Zul semakin worse aku rasa. Dia sangat-sangat kurus. Berat dia sekarang tinggal 41kg. Last aku jumpa 48kg. So korang boleh bayang la keadaan dia yang makin kurus tu. Pipi dia sampai leper and cengkung. Bentuk tengkorak kepala dia pun sangat jelas. Peha dah rupa galah. Takda shape peha. Sebak jugaklah aku tengok. Aku emo sikit tengok dia camtu. Puasa tahun ni pun dia tak larat nak puasa. Tadi during funeral pun almost dia nak pitam. Nasib baik dia sempat suruh aku belikan susu coklat kat dia. Dapatlah buat alas perut dia. Sebab dia tak makan apa since semalam.

Pasal rawatan dia dah buat macam-macam and still macam tu jugak. Dia pun macam dah pasrah dah aku tengok. Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa dah. Hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia and buat apa yang dia nak. Tadi dia text aku. Suruh buat pavlova. Dia teringin nak makan. Jadi ayuh buat pavlova nanti ! Aku teringin nak tengok dia sembuh and sihat macam biasa ! :')

Adios ~


p/s : Masa kat funeral tadi aku terpikir something. Bila tengok anak-anak arwah yang uruskan jenazah, aku terpikir siapalah yang akan uruskan aku kalau aku mati nanti. Ada ke anak-anak aku ? Kahwin ke masalahnya aku ni ? HAHAHA. Sometime aku always overthinking pasal future. Haishh.


4 comments: