Thursday, June 9, 2016

Episod 74 : Puasa 2016



2 weeks with no update. A bit busy with life. Camtuhh alasannya. So yeah hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. So korang puasa tak tu ? Ke sudah tewas dengan godaan nafsu ? Pandai-pandailah ganti balik puasa tu nanti. Syukur kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Sekejap betul masa bergerak. Udah masuk Ramadan. Bila dah Ramadan ke-10 lagi sekejap je rasa. Lepas tu raya.

Mostly sekarang ni budak-budak Degree kat IPTA sedang menghadapi minggu Final Exam. Begitu jugak aku. Like previous year la. Exam time puasa. This sem ada 6 paper untuk dihadap. Sudah settle 2 paper dan masih berbaki 4 paper lagi. Which is my last paper gonna be on 24th june 2016. Kira tu last day untuk semester 4. Blerghhhh lemau betul bila exam habis lambat ni. Aku tak harap dean list pun. Just mengharap pointer aku melekat di 3.00 pun dah seribu rahmat tuhan dah. Amin. Mudah-mudahan.

So Ramadan kali ni a bit different from previous year sebab for the first time sambut Ramadan with someone di hati. Macam tuhhhh. Kalau idok mereput sendirian. Hahaha. But since aku dengan Dario pun jauh so like tak ada la perubahan ketara sangat Cuma ada la orang tolong kejut aku time sahur. HEHEHE. Baru-baru ni ada celebrate birthday dia. Tapi awal sikit sebab time tu aku pergi rumah dia. Just a simple celebration, ermm aku buatkan dia Hedgehog Slice atau bahasa melayunya kek Batik biskut tu haa. Sebab dia suka plus tu paling mudah untuk dibuat. Dia memang happy aku buat kek tu. After that pergi moviedate. X-Men : Apocalypse. Which was so damn awesome as fuck ! Dah tengok belum ? Kalau belum sila pergi tengok. Kalau rajin aku buat review. Kalau. I love you sayang !

Dalam bulan Ramadan ni aku target nak kena kurangkan berat badan. Dapat buang 5 kg tu nikmat sangat. Harap-harap berjaya. So far untuk bersahur aku makan Oatmeal with 1 liter air kosong. Kenyang ke ? Alhamdulillah dah praktis makan oat time sahur since 2014. Kinda okey for me. Tak lapar. Dahaga tu biasa la kan. Plus oat tahan lebih lama berbanding nasik  kerana oat merupakan karbohidrat kompleks dan tinggi serat. Oh ya oat kosong tu yer. Bukan 3 in 1. Well for berbuka pulak aku limitkan sikit carbohydrates intake aku and lebihkan sayuran dan sumber protein. Air manis jarang ambik. Kalau craving sangat baru minum and air kosong 2 liter untuk malam. So total I consume 3 liters of water daily to stay well hydrated. Since aku tengah exam so aku takleh buat atkins sebab my brain needs glucose to focus secara maksimum. Workout pulak bercadang untuk jogging di waktu petang sejam sebelum waktu berbuka which is still lagi di fasa bercadang yang end up aku akan merayau di Bazar Ramadan. Mungkin tunggu balik kampung baru aku start rutin jogging before berbuka tu.

Terawih pulak so far aku tak pergi lagi. I admit that. Pemalas punya Unknown ! Perhaps aku patut start untuk pergi dalam masa yang terdekat ini. Hopefully !
Persiapan raya pulak so far baju aku beli online. Kurta. Sebab aku ni tak gemar dengan baju melayu sangat. Baru 4 hari puasa dah pikir baju raya. Kejap nak explain, zaman sekarang kau kena prepare awal sebabnya kalau kau nak hantar tempah jahit baju time pertengahan puasa memang takda orang nak ambil tempahan dah pun. If beli online pun kena beli awal sebabnya PosLaju ada had dorang untuk pos. Silap-silap nak dekat raya baru kau beli memang lepas raya baru kau dapat pakai. Balik nanti mungkin aku akan bake some cookies raya ! Seronok tapi penat. HAHAHA.

Well that’s all for my Ramadan 2016. Moga-moga Ramadan kali ini memberi ribuan kenikmatan kepada semua umat islam. Selamat berpuasa dan Salam Ramadan.

Adios ~



p/s : Macam nak buat review movie lepas ni. Tapi bergantung kepada kerajinan.

7 comments:

  1. Selamat berpuasa awak, baju raya pun kita dah beli awal-awal, senang nanti tak payah kelam kabut..hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Mr Unknown...moga diberi kekuatan sepanjang ramadhan nie yer...

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Dom. Ambil kesempatan bulan ramadan nk diet...semoga sempat kurus sebelum raya..hehehe

    ReplyDelete
  4. dah wat teraweh lum stkt ni?kikiki

    ReplyDelete