Thursday, April 21, 2016

Episod 71 : Dugaan



Assalamualaikum. Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Bertemu kita dalam episode kali ini. Ya dugaan. Turut dikenali as ujian. Sedikit sebanyak hidup kita seharian pun banyak jugak dugaan yang dah ditetapkan oleh yang Maha Kuasa itu. Episod kali ni bukan story pasal aku tapi story pasal kawan aku. Ingat lagi Adin ? Kalau ikuti Episod 33 mesti korang ingat. Okeylah pasal hal lama tu biarlah berlalu. 

Semester ni agak sukar bagi Adin sebab mak dia jatuh sakit. At first doktor cakap mungkin sakit kanser paru-paru tapi rupanya bukan. Aku sendiri tak tahu exactly apa sakit mak dia tapi dari cerita si Adin ni agak teruk jugaklah kondisi mak dia. Ada kaitan dengan paru-paru berair, buah pinggang tak berfungsi and paling latest luka kat bahagian belakang mak dia. Mak dia start sakit around pertengahan bulan Mac. Since start sakit tu Adin ulang-alik antara pergi university dengan jaga mak dia. Sebab dia ni anak tunggal. Okey ini partially betul. Takper la. Let just said dia anak tunggal. Memang dia la yang handle jaga mak dia. Abah dia still ada lagi. Tapi dah tua jugak so kudrat tu tak berapa kuat la. So Adin la yang jaga mak dia. Cuci luka, tukar lampin, basuh berak semua tu la. At the same time Adin sekarang in un-declare relationship with Encik Ir. Baru jugak lagi. But they seems bahagia. Okey sambung balik. So Adin lah yang handle mak dia. Sekarang ni mak dia dah masuk ward semula. Doktor pun cakap peluang nak sembuh tu tipis. Sebab keadaan mak dia yang dah berumur tu. Kuasa tuhan je la yang bias mengubah segalanya. 

Adin tu sampai stress bila semua ni dia kena hadap. Dia akan call aku bila dia stress. Hari tu sekali dia call aku sambil menangis. Sudahnya berjangkit dengan aku-aku pun menangis time call tu. Hati tisu sungguh. Aku sekadar mampu bagi sokongan moral kat Adin. Advice kat dia supaya tabah. Allah tu takkan bagi dugaan yang dia tak boleh handle. Tapi aku tahu, memang sukar nak hadapi. Yelah, mak dia sakit kat ward, dia nak kena handle assignment semua lagi. Kalau aku kat tempat dia aku rasa aku dah tumbang dah. Sometime aku rasa macam useless jugak. Tak mampu nak tolong apa sangat. Sekadar bagi moral support dan doa agar semuanya dipermudahkan. Aku harap itu dapat membantu dia.

Nak dijadikan cerita pulak masa mak dia sakit ni aku dan Adin dikejutkan dengan satu berita yang kami dua orang tak sangka langsung. Story pasal Liza. Siapa pulak Liza ni ? Ok Liza ni coursemate aku dan Adin. Cut to short aku dengan Adin ni ada satu sense of tak suka sangat kat si Liza ni. Sebab dia ni ada attitude ala-ala nak show off ke apa entah. Tapi ramai jugak yang tak berapa suka perangai dia ni. Senang cerita dia ni macam sedikit annoying dan oh my god susahnya aku nak describe. Ke sebab aku je yang tak suka dia ekceli HAHAHA. One night tetiba Adin call aku.

Adin : Hello Dom, weyh ada story baru ni. Tapi kau jangan cerita kat sesiapa.

Aku : Yoo, apa cerita ? Macam menarik je ni.

Adin : Tadi Liza melawat mak aku kat hospital.

AKu : Oh really ? I see. Dia saja datang la kiranya ?

Adin : Yup, dia saja datang.

Aku : Okey so apa kaitan story baru ni dengan Liza ?

Adin : Liza bagitau aku something. Kau mesti terkejut punya.

Aku : Ap benda dowh ?

Adin : Liza ada kanser.

Aku : WTF !! Kau biar betul weyh. Jangan main-main.

Adin : Serious la. Mana ada main-main. Dia sendiri cakap kat aku.

Aku : Aku sebak ni.

Adin : Aku yang dengar live ni lagilah. Liza cakap sekarang dia tak nak sedih-sedih. Dia nak happy je. Dia tak nak tengok air mata.

Aku : Masalahnya air mata aku yang nak mengalir ni haa. Aku rasa jahat sangat weyh.

Adin : Kau tahu takper. Kita ni dah la pernah mengata dia. Siap benci dia lagi.

That moment aku dapat tau pasal kisah si Liza tu terus aku rasa bersalah ! Aku rasa macam aku ni jahat. Okey fine aku ada kutuk dia jugak lah. Biasalah tu bila kau tak suka someone tu mula la kau nak mengata dia macam-macam. Serius aku rasa bersalah. Kalau boeh nak je aku pergi minta maaf kat dia on the spot tapi nanti kantoi la aku tahu pasal sakit dia tu. Adin cakap jangan bagitahu sesiapa. So I keep the secret. At first Liza tak inform dia kena kanser apa. Last night dia inform kat Adin. Dia menghidap kanser serviks tahap 2. Dia buat kimoterapi baru satu sesi. Liza cakap lepas buat kimo dia rasa sakit sangat-sangat sampai 4 hari dia rasa kesakitan tu. Siap berguling-guling lagi.

Tapi Liza ni aku tengok dia punya spirit kuat betul. Pergi kelas macam takda apa-apa. Gelak ketawa seperti biasa. Pendek kata macam orang sihat. At the same time bila aku tengok dia aku tahan sebak. Entahlah apa masalah aku ni. Sikit-sikit nak sebak bagai. Terlebih emotional ke apa. Cuma aku tak sangka la Liza yang aku nampak sihat ni ada kanser. Dan aku masih lagi rasa jahat gila sebab tak suka dia dulu. Aku pun tak tahu la nak minta maaf macam mana. Perhaps aku just biar macam tu je kut. Entahlah. Aku tak suka rasa bersalah ni. Macam damn gila feeling dia.

Apa-apa pun tu semua dugaan yang Allah nak bagi kat diorang. Dugaan aku di masa hadapan pulak entah apa gamaknya nak kena hadap. Apa yang aku boleh buat sekarang ialah bagi sokongan moral kat Liza dan Adin and doakan yang terbaik kat diorang.

Sampai sini dulu buat masa ini. Ketemu lagi di episod lain.

Adios~


p/s : Bulan April dah nak sampai ke penghujungnya. Semester ni bergerak dengan begitu pantas.

5 comments:

  1. Allahu Rabbi ... banyak nya dugaan hidup orang2 sekeliling. :(

    ReplyDelete
  2. Tuhan rindukan rintihan hambaNya..sebab tu hadirnya ujian..

    ReplyDelete
  3. Dugaan menghapuskan dosa-dosa kita. Yerlah...sape lah kita nie kalo nak kira dengan dosa2 kita yg berlambak nie...tapi bak kata Prof Muhaya...jika kita sentiasa positif...Insya-Allah sakit kita akan berkurangan...

    ReplyDelete
  4. Bila fikir dugaan yang menimpa orang lain buat aku terfikir apa lah dugaan aku esok lusa? nauzubillah.

    ReplyDelete
  5. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    ReplyDelete