Sunday, March 1, 2015

Episod 34 : Kebenaran Yang Menyakitkan



Previously on Episod 33, Mr. Unknown telah mengesyaki bahawa Adin sedang bercinta dengan Mr. Crush. Then dia mula mengumpul bukti. Instinct dia juga kuat mengatakan bahawa mereka sememangnya in relationship. Terlalu banyak kebetulan. Adakah ia sekadar kebetulan ? And that what you missed on This is Kisah Hidup Aku *sila baca dengan nada laju nokharom macam cerita Glee*. Ok so dah 3 hari berlalu selepas aku dapat hidu pasal isu ni.

Selepas aku jadi Detective Conan for a few days, did some investigation, collect evidens, stalking and etc. Aku boleh simpulkan yang Adin dan Mr. Crush memang bercinta. They are in relationship. They are couple. Mereka sedang hangat bercinta. My instinct tepat lagi as usual. Kechinkkkk ! That’s it. Aku dah tahu kebenarannya. Cuma aku tak dengar official statement dari mulut Adin  sendiri lagi. Maybe later on la kot. Biar dululah. Mungkin aku tak perlu kot nak tanya dia. Tengoklah macam mana nanti.

Apa kau rasa sekarang Unknown ? Hmmmm hard to say. Entah. Macam bercampur aduk pun ada. Yang pasti ada sikit rasa sakit. Rasa marah. Rasa sedih. Rasa kosong. Haa macam tu lebih kurang. Aku cuba untuk kuatkan diri. Yela, Adin tu kawan rapat aku kat sini. Tetiba jadi macam ni. Rasa macam tertipu pun ada jugak. Tapi apa nak buat. Mr. Crush pilih dia. Bukan aku. Mungkin Adin tu lebih layak untuk dia. Lagi pun si Adin tu memang pandai melayan. I mean dia jenis yang berpengalaman dalam perhubungan. Tak dinafikan tu. 

Aku ni apa jer ada. Tak ada apa pun. Kuat meroyan sorang-sorang ada la. It’s okey. Tak ada guna dah aku nak berharap dengan Mr. Crush ni. Lagi baik kalau aku fully move on dari dia. Yela aku nak mengamuk bagai nak rak kat si Adin tu pun it wont change anything la. Mr. Crush tak kan suka aku jugak. Aku tak tahu la apa yang si Adin tu cerita kat Mr. Crush pasal aku. Entah  dia dah burukkan aku ke apa aku tak tahu. Malas nak pikir sebenarnya. Nanti effect friendship aku dengan dia. Takpa la. Biarlah dorang bahagia. Biarlah karma yang membalasnya. HAHAHAHAHA*evil laugh*. Ok just kidding. Tabah jer lah Mr. Uknown. One fine day MUNGKIN kau akan jumpa lelaki lain.

Ok dah malas nak cakap pasal tu. KAdang-kadang bila dipikirkan balik rasa nak jer lock hati ni. Jangan mudah nak jatuh cinta bagai. Kunci ketat-ketat. Biar tak ada yang masuk. Tapi entah. After Mr. Crush ni aku ada la kenal one guy ni. Gatalnya kau ni Unknown. HAHAHA. Bukan menggatal pun. Just friend. Get to know each other. Sembang kosong. Flirting-flirting. Tu jer la. Mana tahu kalau ada jodoh ke. Siapa namanya ? Jeng jeng. Nantilah aku cerita lebih details dalam episode lain. Tu pun kalau rajin. But still tak bernasib baik jugak. HAHAHA.

Mesti ada di antara reader yang label aku ni kuat meroyan tak tentu pasal. Then sibuk nak bercinta bagai. AKu tahu semua tu. Sebab aku pun kadang cakap benda yang sama macam tu jugak kat diri aku. HAHAHAHA. Aku respek sangat kat Nu’qman Qatadah dengan si Kamen Shinobi ni. Macam mana engkorang berdua boleh bertahan untuk kekal single sampai sekarang ? So far yang aku tahu la. Tak tahu la kalau ada relationship senyap-senyap ke apa. Opss. Soalan tipikal. Tak sunyi ke weyh ? Mr. Unknown yang 21 ni pulak yang menyibuk nak bercinta bagai. HAHAHAHAHA. Oh ya ! Aku agak tertarik dengan statement Mr. Nov Collins *Wahhh grandnya nama beliau* “Pintu hati aku macam dah tutup sepenuhnya selepas upgrade sistem pertahanan baru haritu.” Kalau boleh mohon share sikit cara kau upgrade tu weyh. Mana tahu aku boleh apply kat diri aku yang suka jatuh hati bagai ni. Kalau bahagia tak apa la jugak. Ni diri sendiri yang sakit hati. Ok sampai sini jer la kot episode kali ni. Kang panjang-panjang kang si Gibb tu malas nak baca pulak. HAHAHAHA. Adios ~


p/s : Aku pun tak paham apsal gay life aku complicated sampai macam ni sekali. Apa la nasib. 

23 comments:

  1. Ok lah tue boleh move on. Student life nie best kot. Baik enjoy to the max. Hal2 jiwa nie, letak ke tepi. Kalau crush, cakap jer terus kat orang tu. Orang tu tak nak. Sudah, bo layan jer. Jgn biar perasaan tue mekar dlm diri. Kang bila tersungkur, susah nak move on.

    Anyway, sebenar nya Nu'man dengan Kamen sudah tak single lagi .. Kitaorang dah ..ehem ehem ..malu la. Biar la Kamen cakap ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak confess tapi tak berani.
      Hmmm last2 melepas.

      Apakah ? Kamen and Nu'man ada apa apa ke ni ? Wooooooo ! Ok forever alone to da max.

      Delete
    2. Nu'man.....kan dah janji haritu?rahsia ni antara kita berdua aje..

      :mad:

      LOL

      Delete
  2. Betul apa yang Nu'man tulis, student life better spend with quality people. Tak payah susah2 fikir soal hati. Dun worry, nanti aku buat entri merawat luka lara hati dinda. Hahaha.

    Nu'man: tak bagi tahu pun. :'(

    Kamen: tergamak kekanda buat adinda begini. Sobs sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nov.
      I try. But hati ini memberontak untuk rasa disayangi. Hmmm

      Kann dorang tak bagi tahu pun. Kejamnyaaa

      Delete
  3. Aku a.k.a 'Akak' pun single lagi tauu.. normal2 pun tak laku jugak.. sedihh.. hahaa.. aku tak tau la apa yg aku rasa ni sama dengan si kamen dan bro nu'man.. tapi masa muda2 macam kau ni, aku pun memang teringin nak kapel.. sedihnya tak ada sapa yang sudi.. then bila dah semakin dewasa ni walaupun teringin tapi let it go jer..maknanya perasaan ingin disayangi dan sewaktu dengannya tu akan pudar sendiri seiring dengan peningkatan umur.. just my opinion dan sedikit pengalaman sendiri..hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAi kak Yoobi.
      Thanks share experience.
      Hopefully akan dapat atasi masalah macam ni.

      Delete
    2. Sama la kita kak yoobi.. Hmm. Xpa la. Kumbang bukan seekor bunga berkuntum2 kan. Bunga taik ayam nak? Hehehe gurau je :p

      Btw mr unknown, im new reader here. Salam kenal :)

      Delete
    3. Sama la kita kak yoobi.. Hmm. Xpa la. Kumbang bukan seekor bunga berkuntum2 kan. Bunga taik ayam nak? Hehehe gurau je :p

      Btw mr unknown, im new reader here. Salam kenal :)

      Delete
  4. Helo Mr Unknown.. kat entry lepas aku nak komen, tapi disebabkan kebangangan wifi daripada pemilik syarikat tu buat hal aku tekan tekan nak submit komen tak masuk..aku give up..haha

    so sekarang aku nak cakap..hehe.. u mesti dan kena enjoy kehidupan kat U nie.. jangan pusing2 kan kepala pasal kapel2 nie k.. u muda lagi baru 21.. enjoy ngan kawan2.. kalau boleh buat keje yng happening ngan member.. macam aku buat ngan member aku dulu zaman zaman belajar nie,,, jerit dan main kejar satu kampus.. dan akhirnya kepuasan tercapai..huhuh..so enjoy yourself :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mike.
      Thanks Mike sudi baca drama life aku ni.
      Yup. Itu la plan aku. Nak enjoy my Universiti life.
      Cipta kenangan and so much more.

      Delete
    2. Best perr drama life kau.. boleh ingat kembali kenangan aku masa belajar dulu..hehe.. bila tiba masanya nanti adalah untuk kau k Mr Unknown =)

      Delete
  5. i dah baca dah!

    hey, every gay lives is complicated. try to have fun la... n jatuh cinta ni mmg a great feeling n one step closer untuk kau lupekan yang lama.

    for me, mr cruch is nothing, u can find better deal than him.

    love u Dom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Gibb.
      Thanks baca sampai habis. HAHAH.
      Yeah. Gonna try my best. CUma I'm not lucky enough untuk bercinta kot.

      Hopefully i will meet someone after this.

      Love u too. hiks

      Delete
  6. umur 21 tahun aku sibuk study dan enjoy dengan member2..aktiviti banyak.so life tak sunyi.

    perasaan untuk berkapel tu ada tapi aku tak ambil serius sangat..macam melepaskan kentut je..haha..lagipun teknologi waktu tu tak macam sekarang..so susah nak detect dan interact dengan plu lain.

    ReplyDelete
  7. beb ang muda lagi.. aku umo 21 baru pas break dengan ex pertama...ehh.. haha.. but trust me, 21 tu muda lagi.bnyk lagi benda yang ang perlu dapatkan.. dulu aku nak sangat jadi matang, sebab pada pikiran aku, bila matang ni, barulah bot2 suka. ahaks. someone can protect them gitu. haha. tapi bila dah besar ni (besar lah sangat) presepsi matang tu berubah.. hehe.. banyak benda yang ang boleh buat beb. ang muda lagi. kuatkan hati.. buatpe nak berpaling kebelakang sedangkan dihadapan kita banyak lagi benda yang menarik bakal berlaku, sori dah mcm karangan aku tulis..chow chin chow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhhh 21 pun dah ada ex.
      Hebatnya seorang Wings Angel !
      Aku tak matang sangat kot. tu pasal tak ada yang sangkut.
      Apa-apa pun thanks Wing !

      Delete
  8. Hai wak, kita kan masih muda lagi, mungkin ada yang lebih baik lagi untuk kita berdua kan. So kita enjoy dulu!. Walaupun kadang-kadang tu rasa ingin berteman tu muncul namun kita harus kuat menghadapinya. Dan sila taip entry awak sepanjang yang boleh, bestlah ceriter awak. Jangan di layan sangat si Gibb yang malas nak baca tu, cakap je tak baca tapi dia baca juga semuanya. Hehehe. Bye!.

    ReplyDelete