Pintu
bilikku diketuk berkali-kali. Aku tersedar dari lena. Jam menunjukkan jam 7.35
pagi. Selalu lepas subuh memang aku tidur balik. Plus kelas aku hari Khamis
hanya bermula pada jam 11 pagi. Aku berjalan kearah pintu lalu aku bukak pintu
bilik.
Adin
: Dom, mak aku Dom ! Mak aku !
Aku
: Huhhh apsal weyh. Hospital call ke ?
Adin
: Mak aku dah tenat. Doktor call aku tadi. Aku tengah siap-siap nak balik ni.
Aku
: Okeyh sekarang kau tenang jap. Jangan gopoh. Prepare siap-siap barang kau.
Kau gerak sekarang.
Adin
: Aku tengah call semua family aku ni. Sorang pun tak jawab. Mak aku tu kat
ward takda orang tunggu.
Sambil
tu Adin kelam kabut bersiap segalanya. Oh ya. Dia ada bawak kereta. Plus rumah
dia pun tak jauh dari uni aku. Dalam 45 minit boleh sampai.
Aku
: Kau drive elok-elok weyh. Pasal hal kelas aku apa semua aku cover dulu.
Adin
: Okeyh weyh. Aku takut tak sempat jumpa mak aku je.
Lepas
tu aku peluk Adin and dia pun berlalu pergi. Aku doakan semoga semuanya
dipermudahkan.
Tepat
jam 8.45 pagi aku menerima text whatsapp yang berbunyi
“Dom,
Mak aku dah meninggal pukul 7.45 pagi tadi. Kebumi selepas asar.”
Innalillahi
wainnailaihi rojiun. Al Fatihah.
After
that aku text Mr. Crush.
Aku
: Salam. Weyh dah dapat perkhabaran belum pasal mak Adin ?
Mr.
Crush : Walaikumsalam. Belum. Ada apa weyh ?
Aku
: Mak Adin baru meninggal tadi. Sama-samalah kita sedekah al fatihah.
Mr.
Crush : Innalillah. Kau pergi ziarah ke jap lagi ?
Aku
: Insyaallah kut. Maybe petang sikit. Sebab aku ada kelas.
Mr.
Crush : Partner dia si Encik Ir tu ada ke ?
Aku
: Not sure. Dia kerja kot. Entah.
Mr.
Crush : Kalau kau pergi nanti sampaikan salam aku and salam takziah aku kat
Adin tau.
Aku
: Okeyh weyh. Insyaallah.
So
petang tu after kelas aku and few coursemates sewa kereta and pergi menziarah
Adin di rumah. Masa aku sampai tu aku nampak Adin dah tenang sikit. Jenazah
sedang dikafankan dalam rumah. Encik Ir ada kat luar rumah menemani Adin. Aku
sampai je terus peluk si Adin. A hug is one of the best way to show our moral
support. Air mata Adin mengalir masa dia peluk aku. As usual aku ni pun
berjangkit jugaklah. Mata mula berkaca sikit tapi aku tahan sebak. Adin sedikit
terkilan sebab tak sempat jumpa arwah mak dia for the last time. Dia kata
before menghembuskan nafas terakhir tu arwah asyik sebut nama dia. Selepas jenazah bergerak ke kubur aku dengan member aku minta diri dulu. Sebelum balik tu aku sampaikan kiriman salam Mr. Crush kat Adin.
Yang
Maha Kuasa itu telah menentukan segalanya. At least Adin dah berbakti kat mak
dia ketika mak dia sakit. Sekarang ni mak dia pun dah tenang di sana. Semoga
Adin tabah hadapi dugaan ini. Dia cakap dia nak belikan mak dia air-cond kat
rumah sebab mak dia asyik rasa panas. Nampaknya tak kesampaian hajat tu. Adin
ni sebenarnya anak angkat. Arwah mak dia ni bukan mak kandung dia. Kira yang
arwah ni mak angkat dia. Dia dibela since usia 2 bulan kalau aku tak silap.
Tapi Adin tahu yang dia anak angkat. And lagi Adin sorang je anak yang mak
angkat dia bela. So memang dial ah harapan family angkat dia. Parents kandung dia
still ada lagi. Begitulah kisahnya. Abah Adin agak terkesan jugak dengan
kehilangan. Memang lemah aku tengok abah dia. Aku harap Adin tabah hadapi semua
ni. Sama-samalah
kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah mak Adin.
Adios
~
P/s
: Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Salam Takziah buat kawan awak...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deleteinnalillah..
ReplyDeletesemoga tabah seorang adin
ReplyDeleteWeh aku tak tau pon mak dia dah takde..innalillah
ReplyDeleteInnalillah.
ReplyDeleteHargai orang tua sementara diaorang masih ada. Pesanan untuk diri sendiri jugak.
innalillah...takziah utk adin...be strong and keep going on...
ReplyDeletesedihnya :'(
ReplyDeleteInnaa lillahi wa inna ilaihi raaji'un..
ReplyDeleteAllahummaghfirlaha warhama wa 'aafiha wa'fu 'anha..amin...
Alhamduillah dia ad member keliling..klo ak nti...sorg2...i wish to get such hug frm frens too..sob sob...
Neway..semoga Allah mudhkn urusan kte sume..oh ye..ak dh rply komen ko yg latest tu..try bce for info :)