Friday, April 22, 2016

Episod 72 : Salam Takziah


Pintu bilikku diketuk berkali-kali. Aku tersedar dari lena. Jam menunjukkan jam 7.35 pagi. Selalu lepas subuh memang aku tidur balik. Plus kelas aku hari Khamis hanya bermula pada jam 11 pagi. Aku berjalan kearah pintu lalu aku bukak pintu bilik.

Adin : Dom, mak aku Dom ! Mak aku !

Aku : Huhhh apsal weyh. Hospital call ke ?

Adin : Mak aku dah tenat. Doktor call aku tadi. Aku tengah siap-siap nak balik ni.

Aku : Okeyh sekarang kau tenang jap. Jangan gopoh. Prepare siap-siap barang kau. Kau gerak sekarang.

Adin : Aku tengah call semua family aku ni. Sorang pun tak jawab. Mak aku tu kat ward takda orang tunggu.

Sambil tu Adin kelam kabut bersiap segalanya. Oh ya. Dia ada bawak kereta. Plus rumah dia pun tak jauh dari uni aku. Dalam 45 minit boleh sampai.

Aku : Kau drive elok-elok weyh. Pasal hal kelas aku apa semua aku cover dulu.

Adin : Okeyh weyh. Aku takut tak sempat jumpa mak aku je.

Lepas tu aku peluk Adin and dia pun berlalu pergi. Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Tepat jam 8.45 pagi aku menerima text whatsapp yang berbunyi

“Dom, Mak aku dah meninggal pukul 7.45 pagi tadi. Kebumi selepas asar.”

Innalillahi wainnailaihi rojiun. Al Fatihah.

After that aku text Mr. Crush.

Aku : Salam. Weyh dah dapat perkhabaran belum pasal mak Adin ?

Mr. Crush : Walaikumsalam. Belum. Ada apa weyh ?

Aku : Mak Adin baru meninggal tadi. Sama-samalah kita sedekah al fatihah.

Mr. Crush : Innalillah. Kau pergi ziarah ke jap lagi ?

Aku : Insyaallah kut. Maybe petang sikit. Sebab aku ada kelas.

Mr. Crush : Partner dia si Encik Ir tu ada ke ?

Aku : Not sure. Dia kerja kot. Entah.

Mr. Crush : Kalau kau pergi nanti sampaikan salam aku and salam takziah aku kat Adin tau.

Aku : Okeyh weyh. Insyaallah.

So petang tu after kelas aku and few coursemates sewa kereta and pergi menziarah Adin di rumah. Masa aku sampai tu aku nampak Adin dah tenang sikit. Jenazah sedang dikafankan dalam rumah. Encik Ir ada kat luar rumah menemani Adin. Aku sampai je terus peluk si Adin. A hug is one of the best way to show our moral support. Air mata Adin mengalir masa dia peluk aku. As usual aku ni pun berjangkit jugaklah. Mata mula berkaca sikit tapi aku tahan sebak. Adin sedikit terkilan sebab tak sempat jumpa arwah mak dia for the last time. Dia kata before menghembuskan nafas terakhir tu arwah asyik sebut nama dia. Selepas jenazah bergerak ke kubur aku dengan member aku minta diri dulu. Sebelum balik tu aku sampaikan kiriman salam Mr. Crush kat Adin. 

Yang Maha Kuasa itu telah menentukan segalanya. At least Adin dah berbakti kat mak dia ketika mak dia sakit. Sekarang ni mak dia pun dah tenang di sana. Semoga Adin tabah hadapi dugaan ini. Dia cakap dia nak belikan mak dia air-cond kat rumah sebab mak dia asyik rasa panas. Nampaknya tak kesampaian hajat tu. Adin ni sebenarnya anak angkat. Arwah mak dia ni bukan mak kandung dia. Kira yang arwah ni mak angkat dia. Dia dibela since usia 2 bulan kalau aku tak silap. Tapi Adin tahu yang dia anak angkat. And lagi Adin sorang je anak yang mak angkat dia bela. So memang dial ah harapan family angkat dia. Parents kandung dia still ada lagi. Begitulah kisahnya. Abah Adin agak terkesan jugak dengan kehilangan. Memang lemah aku tengok abah dia. Aku harap Adin tabah hadapi semua ni. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah mak Adin.

Adios ~
P/s : Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Thursday, April 21, 2016

Episod 71 : Dugaan



Assalamualaikum. Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Bertemu kita dalam episode kali ini. Ya dugaan. Turut dikenali as ujian. Sedikit sebanyak hidup kita seharian pun banyak jugak dugaan yang dah ditetapkan oleh yang Maha Kuasa itu. Episod kali ni bukan story pasal aku tapi story pasal kawan aku. Ingat lagi Adin ? Kalau ikuti Episod 33 mesti korang ingat. Okeylah pasal hal lama tu biarlah berlalu. 

Semester ni agak sukar bagi Adin sebab mak dia jatuh sakit. At first doktor cakap mungkin sakit kanser paru-paru tapi rupanya bukan. Aku sendiri tak tahu exactly apa sakit mak dia tapi dari cerita si Adin ni agak teruk jugaklah kondisi mak dia. Ada kaitan dengan paru-paru berair, buah pinggang tak berfungsi and paling latest luka kat bahagian belakang mak dia. Mak dia start sakit around pertengahan bulan Mac. Since start sakit tu Adin ulang-alik antara pergi university dengan jaga mak dia. Sebab dia ni anak tunggal. Okey ini partially betul. Takper la. Let just said dia anak tunggal. Memang dia la yang handle jaga mak dia. Abah dia still ada lagi. Tapi dah tua jugak so kudrat tu tak berapa kuat la. So Adin la yang jaga mak dia. Cuci luka, tukar lampin, basuh berak semua tu la. At the same time Adin sekarang in un-declare relationship with Encik Ir. Baru jugak lagi. But they seems bahagia. Okey sambung balik. So Adin lah yang handle mak dia. Sekarang ni mak dia dah masuk ward semula. Doktor pun cakap peluang nak sembuh tu tipis. Sebab keadaan mak dia yang dah berumur tu. Kuasa tuhan je la yang bias mengubah segalanya. 

Adin tu sampai stress bila semua ni dia kena hadap. Dia akan call aku bila dia stress. Hari tu sekali dia call aku sambil menangis. Sudahnya berjangkit dengan aku-aku pun menangis time call tu. Hati tisu sungguh. Aku sekadar mampu bagi sokongan moral kat Adin. Advice kat dia supaya tabah. Allah tu takkan bagi dugaan yang dia tak boleh handle. Tapi aku tahu, memang sukar nak hadapi. Yelah, mak dia sakit kat ward, dia nak kena handle assignment semua lagi. Kalau aku kat tempat dia aku rasa aku dah tumbang dah. Sometime aku rasa macam useless jugak. Tak mampu nak tolong apa sangat. Sekadar bagi moral support dan doa agar semuanya dipermudahkan. Aku harap itu dapat membantu dia.

Nak dijadikan cerita pulak masa mak dia sakit ni aku dan Adin dikejutkan dengan satu berita yang kami dua orang tak sangka langsung. Story pasal Liza. Siapa pulak Liza ni ? Ok Liza ni coursemate aku dan Adin. Cut to short aku dengan Adin ni ada satu sense of tak suka sangat kat si Liza ni. Sebab dia ni ada attitude ala-ala nak show off ke apa entah. Tapi ramai jugak yang tak berapa suka perangai dia ni. Senang cerita dia ni macam sedikit annoying dan oh my god susahnya aku nak describe. Ke sebab aku je yang tak suka dia ekceli HAHAHA. One night tetiba Adin call aku.

Adin : Hello Dom, weyh ada story baru ni. Tapi kau jangan cerita kat sesiapa.

Aku : Yoo, apa cerita ? Macam menarik je ni.

Adin : Tadi Liza melawat mak aku kat hospital.

AKu : Oh really ? I see. Dia saja datang la kiranya ?

Adin : Yup, dia saja datang.

Aku : Okey so apa kaitan story baru ni dengan Liza ?

Adin : Liza bagitau aku something. Kau mesti terkejut punya.

Aku : Ap benda dowh ?

Adin : Liza ada kanser.

Aku : WTF !! Kau biar betul weyh. Jangan main-main.

Adin : Serious la. Mana ada main-main. Dia sendiri cakap kat aku.

Aku : Aku sebak ni.

Adin : Aku yang dengar live ni lagilah. Liza cakap sekarang dia tak nak sedih-sedih. Dia nak happy je. Dia tak nak tengok air mata.

Aku : Masalahnya air mata aku yang nak mengalir ni haa. Aku rasa jahat sangat weyh.

Adin : Kau tahu takper. Kita ni dah la pernah mengata dia. Siap benci dia lagi.

That moment aku dapat tau pasal kisah si Liza tu terus aku rasa bersalah ! Aku rasa macam aku ni jahat. Okey fine aku ada kutuk dia jugak lah. Biasalah tu bila kau tak suka someone tu mula la kau nak mengata dia macam-macam. Serius aku rasa bersalah. Kalau boeh nak je aku pergi minta maaf kat dia on the spot tapi nanti kantoi la aku tahu pasal sakit dia tu. Adin cakap jangan bagitahu sesiapa. So I keep the secret. At first Liza tak inform dia kena kanser apa. Last night dia inform kat Adin. Dia menghidap kanser serviks tahap 2. Dia buat kimoterapi baru satu sesi. Liza cakap lepas buat kimo dia rasa sakit sangat-sangat sampai 4 hari dia rasa kesakitan tu. Siap berguling-guling lagi.

Tapi Liza ni aku tengok dia punya spirit kuat betul. Pergi kelas macam takda apa-apa. Gelak ketawa seperti biasa. Pendek kata macam orang sihat. At the same time bila aku tengok dia aku tahan sebak. Entahlah apa masalah aku ni. Sikit-sikit nak sebak bagai. Terlebih emotional ke apa. Cuma aku tak sangka la Liza yang aku nampak sihat ni ada kanser. Dan aku masih lagi rasa jahat gila sebab tak suka dia dulu. Aku pun tak tahu la nak minta maaf macam mana. Perhaps aku just biar macam tu je kut. Entahlah. Aku tak suka rasa bersalah ni. Macam damn gila feeling dia.

Apa-apa pun tu semua dugaan yang Allah nak bagi kat diorang. Dugaan aku di masa hadapan pulak entah apa gamaknya nak kena hadap. Apa yang aku boleh buat sekarang ialah bagi sokongan moral kat Liza dan Adin and doakan yang terbaik kat diorang.

Sampai sini dulu buat masa ini. Ketemu lagi di episod lain.

Adios~


p/s : Bulan April dah nak sampai ke penghujungnya. Semester ni bergerak dengan begitu pantas.

Wednesday, April 13, 2016

Episod 70 : Dario III - The First Date

Previously on Episod 67 : Dario II - The Relationship aku ada story pasal declaration hubungan aku dengan Dario. Which is aku dan dia tak pernah bertemu face to face tapi kami declare via skype. So kesinambungan kisah itu akan distorykan dalam episode ini.

Kisah bermula…

10 Ogos 2015

Mak : Sabtu 15hb tu ada kenduri kahwin kat KL. Dom nak pergi tak ?

Aku : KL ? Kenduri siapa ?

Mak : Kenduri sedara mara mak jugak.

Aku : Nak pergi berapa hari ? Tidur sana ke ?

Mak : Tak tidur sana kut. Balik hari.

Aku : Kalau Dom nak pergi rumah kawan boleh ? Tidur sana. Ingat nak jumpa dia.

Mak : Ikut suka Dom la.

Aku : Okeyhh Mak.

After that aku text Dario di Whatsapp
(disclaimer : Some scenes have been change to prevent people from getting annoyed, sick and vomit )…

Aku : Sayang, ermm nak bagitahu something ni.

Dario : Apa baby ?

Aku: Ermm saya ada kenduri Sabtu ni kat KL. Plan lepas tu nak jumpa awak. Tumpang tidur kat rumah sekali. Boleh ?

Dario : Betul ke ? Bestnya ! Yeayyy boleh jumpa partner kiter ni.

Aku : Boleh ke tak ?

Dario : Yer boleh. Datanglah. Tapi saya kerja pagi la. Boleh spend time dengan awak waktu malam je la.

Aku : Takper. Siang awak pergi kerja. Saya pun nak jumpa member-member lain kat KL.

Begitulah flashback saya. Kisahnya aku ada kenduri di ibu kota sana. Kiranya sekali harung pergi kenduri tu lepas tu aku ingat nak pergi jumpa Dario for the first time. Yes seriously ! HAHAHA. Ok nervous la jugak. Eventhough aku bakal jumpa partner sendiri tapi like seriously mestilah aku ada rasa insecure tu. What if lepas jumpa jadi hambar ? Dia turn off tengok aku or something. Kira that’s all in my mind la. Nak positif sangat tu tak jugak. Memang aku suka pikir yang negative tu dulu !

So, on that 15 Ogos 2015 aku satu family pergi kenduri di KL. After that around petang tu diorang balik maka tinggallah aku bersendirian di sana. Sebab member aku datang ambil. Let’s called him Zack. Dario pulak masa tu tak balik kerja lagi. Aku lepak dengan Zack ni until malam. Zack ni member yang tak berapa lurus jugak la. HAHAHA. Kira dia ni macam pangkat abang la sebab age gap yang agak jauh jugak.

Kebetulan malam tu pulak member aku lagi dua orang, Zaini dengan Akim ajak dinner sekali. Alang-alang dah dekat tu so aku on je la dinner dengan diorang kat Putrajaya. Zack la yang drive bawak pergi sana. We met and had a wonderful dinner together. Zaini and Akim tu pun first time jugak aku jumpa diorang. Aku harap diorang tak jumpa blog ni. Lepas dinner tu Zack hantar aku pergi stesen KTM kat Shah Alam terus. Sebab memang dekat dengan area rumah si Dario tu. Mulanya aku nak naik KTM je but Zack berkeras nak hantar jugak. Jadi aku pun ikut jer la.

Setibanya aku di stesen KTM itu, aku tunggu kejap dalam 10 minit. Then Dario sampai. That was the nervous part ! Dia drive kereta. Zack sempat la salam dengan Dario before dia balik. After that aku naik kereta dengan Dario. Once masuk je kereta, dia hulur tangan salam tangan. Salam cium tangan pulak tu. HAHAHA awkward jap. Then dia drive. Aku pegang tangan dia sambil dia drive. Konon sweet la macam tu. Puihhh. HAHAHA. AKu pun tak banyak berbual sangat time dalam kereta.

Aku : So macam mana ? Ok ke buah hati awak ni ? Ke bukan taste awak langsung ?

Dario : Okey je la. Jangan cakap macam tu. Saya sayang awak la.

Aku : Thanks sayang. *kiss pipi*

Dario : Sweet la tu ?

Aku : Bolehlah. HAHA.

Dario : Laparlah. Nak makan dengan awak. Nak makan mana ?

Aku : Entah. Tak tahu. Tak pernah datang sini.

Dario : Kita pergi Pakli Seksyen 7 je la. Okeyh ?

Aku : Ala tak kisah. Mana pun boleh.

Jadi tempat dating pertama kitorang was kat Pakli Seksyen 7 tu haa. Tempat lepak PLU sangat kan. Kira malam tu dua kali aku dinner. Kenyang nak mampos. Dengan Dario aku order chicken chop with black pepper sauce and Dario pulak order Lemon Chicken Rice tu. Makanan sedap nak mampos ! Berbaloi sangat !
Sambil makan tu mata aku dengan dia bertentang each other. Aku senyum kat dia. Dia senyum kat aku. Lepas tu borak-borak pasal aku dengan dia. Macam kelakar pun ada first date kitorang ni.Time tu pun dah lewat. Dalam pukul 12 lebih jugak kitorang lepak situ. Aku ada la suap dia makan jugak. Tunggu line clear jugak la baru suap. Kang orang kata apa pulak kan.

Lepas tu kitorang pun balik ke rumah dia. Malam tu memang aku bermalam kat bilik dia la. Aku tahu korang memang tunggu part ni kan ? Part awal-awal tu semua bosan kannn. So apa jadi ketika di bilik itu ? Adakah seorang Mr. Uknown hilang teruna beliau di malam itu ??? Siapa atas ? Siapa bawah ? wahhh kemain masing-masing excited ye korang pasal hal dalam kelambu ni. Before apa-apa tu aku mandi dulu la weyh. Bagi wangi. Ha camtuhh. So lepas settle tu aku dengan dia pun tidur sampai pagi. The End.















Okey tipu.
Suis lampu di tutup. Suasana menjadi gelap gelita. Hanya sekadar cahaya lampu luar yang samar-samar yang menjadi sumber penglihatan mata kami berdua. Aku baring di sebelah Dario. Dario membelai lembut rambut aku. That time memang aku rasa sangat rasa disayangi oleh someone. Someone yang terima aku seadanya. Just the way I am. I don’t know how to explain and decribe it but yeah that was how I feel during that time. Rasa bahagia jugaklah. HAHAA. Perlahan-lahan bibir Dario mula merapati bibir aku. Selepas itu bibir kami berdua mula bertautan. Kucupan cinta dua insan di waktu malam yang sunyi. Wahhhhhh ! *FYI it’s a French kiss !*

Aku : Sayang, I love you.

Dario : I love you more.

Serentak itu aku kucup dahi Dario. Kemudian pipi Dario. Cut to short we both get naked and start to cuddle each other. Then tidur sampai pagi. Ye ke tidur je ni ? Tak percayalah. Okeyhh okeyhh fine. Ada la sikit aktiviti yang dibuat bersama. BUT ! There’s no penetration occurred ! Light fun also fun what. HAHAHA. But mostly we both just kissing each other and cuddling. 


Especially bila tidur. Dario tidur dalam dakapan aku. Dalam posisi macam tu aku akan kiss bahu dia. Kitorang tidur berpelukan sampai pagi. The next morning, bila bangun ada orang bagi saiaa morning kiss.

Aku : Apa ni busuk-busuk kiss orang ni ? yerkk

Dario : Alaa biar ahh.

Aku : eeee tak nak tak nak.*nada mengusik*

Dario : Hmm ok fine *merajuk*

Aku : Alololooo saya gurau je la. Itu pun merajuk.

Dario : .................................

Aku : *terus kiss*

Kiranya hari tu macam last day aku bermalam kat rumah dia. Sebab plannya nak pergi overnight kat rumah member aku pulak. Pagi tu dalam pukul 9 lebih dia hantar aku pergi stesen KTM. Sebab aku nak pergi KL pulak. Jumpa member-member area KL. Lepas dia hantar aku, dia pun pergi kerja. Ada la selfie dengan dia as kenangan macam tu. Then aku naik KTM. Sehari suntuk aku lepak dengan diorang. Petang tu aku rasa berbelah bahagi. Sama ada nak balik rumah Dario or tidur rumah member aku. Aku buat keputusan untuk balik rumah Dario sebab aku susah nak jumpa dia. So I should spend my time with him more la. 

Malam kedua tu kiranya aku bermalam di rumah Dario jugak. Jadi begitulah kisahnya First Date aku dan Dario which was not so bad la bagi aku. Bila aku renungkan balik, aku dulu patah hati dengan Mr. Crush. But at the end aku kenal someone yang better dari dia. Yang boleh terima aku seadanya. 1 April lepas dah genap 8 bulan aku dan Dario bersama. Cepat jugak masa berjalan. Tapi 8 bulan pun macam-macam jugak aku dan dia lalui. Biasalah kalau dah long distance relationship ni. Cabaran dia lain sikit. Kena banyak sabar.

Nak tahu apa lagi yang aku hadap selama 8 bulan itu ? Adakah semuanya penuh kebahagiaan ? Atau penuh konflik dan pengkhianatan ? nantikan dalam episode yang lain pula ! Thanks for reading.

Adios~

p/s : Tough week ! That moment bila kau kena hadap dateline assignment, ujian mid-term, presentation, group discussion and so much more dalam minggu yang sama ni kau akan berharap esok ialah hari konvo kau.