Thursday, January 21, 2016

Episod 65 : Unexpected Movie Date – The 5th Wave – 3/5 Stars !

Cuti semester secara rasminya bermula. Aku dah selamat touch down di katil sendiri on 15 Januari lepas. Well selamat bercuti semester buat semua warga mahasiswa sekalian. Well cuti aku pun sebulan sahaja. Nak buat kerja part time macam malas. Jadi mereput di rumah and fitkan badan. So last Tuesday, aku berjalan-jalan cuci mata dalam Tesco. Suddenly telefon bimbitku berdering. Nombor tak dikenali pula.

*phone ringing*       
    
Aku : *jawab phone* Hello.
Mystery guy : Hello Dom, weyh area rumah kau hujan tak ?
Aku : Aku kat Tesco ni. So far tak hujan lagi. Cuma langit dah gelap sikit. Eh ni sapa erk ?
Mystery guy : Ni aku la. Mr. Crush.
Aku : Laaaa. Kau ke. Aku ingat siapa tadi.
Mr. Crush : Aku nak pergi tengok wayang ni kat mall AT tu.
Aku : I see. Movie apa weyh ? Dilwale ke ?
Mr. Crush : The 5th Wave tu.
Aku : Oh movie tu. Macam best. Aku pun tak tengok lagi. Kau tengok dengan siapa ?
Mr. Crush : I’m all alone. Nak tengok sekali ?
Aku : Boleh jugak. Jumpa kat sana.
Mr. Crush : Okeyh ! Movie tu pukul 2.00pm. Jumpa kat sana.
Aku : Okeyh meet you in there.


Begitulah kisahnya. The unexpected moviedate dengan Mr. Crush. HAHAHA. Well it’s Tuesday aka weekday, so kalau tunjuk kad matrik dapat harga murah sikit. Sepuluh hengget harga student. Okeylah. Save bajet ! Tapi still mahal. Sebab MBO cinema 9 hengget je kot kalau tunjuk student card during weekdays ! Tapi ni TGV. Pasrah.

So meh nak kasi review sikit movie The 5th Wave ni. SPOILER ALERT ! Mengisahkan mengenai remaja perempuan yang comel berusia 16 tahun, Cassie Sullivan yang cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup dalam dunia yang hampir musnah selepas  berlakunya alien invasion kat Bumi. Bermula dengan 1st Wave iaitu light out. 1st wave ni kira semua gadjet and alat elektronik tak berfungsi. Kira habis terputus hubungan la. Elektrik pun hilang. 2nd wave melibatkan air pulak. Berlaku tsunami besar-besaran yang mengorbankan berjuta nyawa manusia. 3rd wave wabak penyakit. Berlaku penyebaran penyakit melalui ungags. Memang banyak nyawa terkorban including mak si Cassie. Maka tinggallah Cassie dengan ayah dan adik lelaki dia Sam untuk teruskan hidup. 4th wave, the silencers ! Alien aka The Others mula menyamar menjadi manusia. Time ni Cassie dengan family dia bergerak masuk ke kem pelarian. All of sudden after few days pihak tentera datang and mula arahkan diorang semua berpindah. Kanak-kanak dan remaja diarahkan untuk naik bas dulu. At first si Cassie dengan Sam dah naik bas. Tapi Sam tertinggal Teddy bear kesayangan dia kat dalam khemah. Cassie pun berlari dapatkan Teddy bear tu. Unfortunately bas dah pun blah. Dia cuba kejar tapi tak berjaya. Tinggallah Sam di dalam bas itu. Meanwhile, bapak si Cassie ni berkumpul dalam sebuah rumah kat kem tu. Berlaku huru hara kemudian pihak tentera mula menembak mati kesemua pelarian including bapak cassie.

Cassie sepantas kilat terus berlari meninggalkan kem pelarian dan berlari masuk ke dalam hutan berbekalkan senjata api. Sebagai salah satu mangsa terakhir planet Bumi, Cassie cuba untuk menyelamatkan adiknya yang berusia 5 tahun itu, Sam. Dalam perjalanan nak cari adik dia kat kem tu dia terserempak dengan Evans Walker. Mamat helok ni selamatkan Cassie time dia ditembak oleh The Others. Meanwhile, Sam yang berada di kem tentera pulak telah dilatih untuk menjadi tentera. Kat kem tu dia terserempak dengan Ben Parish. Crush si Cassie time sekolah. Sam dengan Ben dalam satu skuad yang sama. Dalam team diorang ada a few lagi budak-budak lain, Teacup, Ringer, Poundcake, Dumbo and Oompa.

Cassie kemudiannya menyedari yang Evan Walker ni sebenarnya bukan manusia. Dia jugak one of The Others. Evan mengakui perkara itu. Tapi dia tak bunuh Cassie sebab dia sudah ada sikit syok la sama itu perempuan. Cassie pun begitu. Kisahnya diorang ada comolot tapi scene tu di potong ! Dalam masa yang sama team Ben kat kem tentera mula sedar yang sebenarnya semua anggota tentera tu merupakan The Others. Jadi selama ni diorang dilatih untuk bunuh manusia lain dan bukannya The Others. And they are the 5th wave.




Cassie sampai kat kem tentera and then bertembung dengan Ben. Selepas jumpa Sam diorang berlari keluar. Rupanya si Evan tu pun ikut jugak Cassie walaupun si Cassie dah warning jangan follow. Mamat tu letak bom kat semua kawasan kem tentera. Semua orang mula berlari meninggalkan kem. Ketua tentera pun turut sama cabut. Bom mula meletup. Cassie, Ben dan Sam berjaya diselamatkan oleh team diorang. While nasib Evan tak diketahui sama ada dia terkorban atau pun tidak. Ketua tentera aka Colonel Vosch berjaya melarikan diri.
Tapi serious cakap ending cam lahanet jugaklah. Tergantung. Well, ada sequel. Sebab filem ni pun adaptasi novel. Kira macam The Hunger Game, The Maze Runner and Divergent.

Kenapa 3 bintang je daripada 5 bintang ?
1.   Ending movie ni suck.
2.   Ada satu babak tu masa Cassie berlari dia dah terlepas Teddy Bear tu. Tapi tiba-tiba ada semula kat dia.
3.   Masa awal-awal Cassie lari kuku dia kaler hitam. Then sampai kat scene lain tetiba kuku dia tak berwarna pulak. Sempat pulak pelarian nak buang kaler kuku kan. HAHAHA.
4.   Scene comolot kena cut ! HAHAHA. Well Malaysia kan tak boleh tayang scene camtu.
5.   Tak ada scene Ben Parish shirtless. p/s : ada babak Evan mandi kat tasik dalam movie ni. Mohon pergi usha. HAHAHA.
6.   Aku bukan peminat movie science fiction.

Ben and Evan !

Yup. Overall aku bagi 3/5 Stars ! Not bad la. Okey je movie ni. Chloe ni pun cantik. Her hair and her eyes are so perfect ! Begitu juga dengan dua heronya si Nick Robinson and Alex Roe. Kalau rasa berminat nak pergi tengok silakan. Lain orang lain pandangan kan. Terpulang kepada anda.


Well aku pun tak expect nak movie date dengan si Mr. Crush. Dia ngajak. Aku ikut aja. Aku dengan dia pun dah macam kawan. Lepak sekali sama – sama. Share-share pasal masalah dia and etc. Kinda okeyhla. We both better being friends. A lot much better. That's all for today. see you again next episode.


p/s : sedang menikmati cuti sem dengan sepenuh perasaan.





15 comments:

  1. seronok laaa diaaaa....

    btw ada terbaca jugak kat fb, ramai cakap movie ni sendu...trailer je gempak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ! That's right. Agak sendu. nasiblah heroes kacak2.

      Delete
  2. selamat menikmati cuti anda....hehehe..

    ReplyDelete
  3. tak jeles ke buah hati pengarang jantung kau keluar movie date? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Giler tak jeles ?
      Berjela aku explain nak pujuk dia.
      Hohoho.

      Delete
  4. aku just boleh bg movie ni 2/5 stars. smala aku pun bukan peminat science fiction p tgk pun sebab teman yang tersayang kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. ramai orang ckap movie ni suck. hahaha. btw, 10 ringgit? kalau gsc dapat 8.50 je weh. kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesh Sharky. i was like WTF jugak !
      Tapi first time masuk TGV sini. Saja la try.
      Sayangnya GSC takdak bukak cawangan di area rumah aku tu. Sodeyhhhh

      Delete
  6. Again...wefie dengan sticker..Tolong jangan permainkn perasaan kitaorang Mr. Dominic Unknown...ekekeke :kidding:

    Apa perasaan keluar dengan ex? errr.... :larikkkkk:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yakinlah saya nak upload pic tanpa sticker.
      Bakal dikecam anggota masyarakat pula nanti.

      Perasaan ?
      ex ? HAHAHAh Ex skandal aka ex crush. LOL.
      Well it was nice. I feel much better when me and him rapat as kawan.
      Perhaps ada hikmah la kot Mr. Crush dan Mr. Unknown ni tak bersama.

      Delete
  7. huntong ad mr crush..kikiki...ak donlod je movie2...nk gi wyg pon xde mood..haha...donlod kt umah..tgk dgn fmili..kikiki...encem nyer evan tuu...nyum2..glupp

    ReplyDelete
    Replies
    1. KaANNNNN!
      Encem nak mampos evan tu !
      Aku tak pandai la nak downlod2 ni haa

      Delete