Monday, January 11, 2016

Episod 64 : Friend Request - 4/5 Stars !

Di saat filem Hindustan Dilwale menjadi satu fenomena dalam negara kita, aku pulak masih lagi tak berkesempatan untuk tengok Dilwale lagi. Mungkin sebab aku bukanlah seorang peminat tegar movie Hindustan. Seingat aku filem Hindustan yang aku tengok sampai habis pun 3 Idiots ! and ada lagi la yang lain. Tapi aku tak ingat dah tajuk apa. Ada je movie ni dalam laptop aku tapi tak jugak-jugak aku klik tengok. Ok cut to short aku tak tengok lagi Dilwale.


Previous days ago aku pergi spend time aka dating dengan si dia. Since both of us peminat tegar movie seram, so aku suggest kat dia filem yang baru release ni, Friend Request ! Trailer pun nice ! Reviews pun not bad. Jadi aku dan dia pergi tengok movie ni. 


p/s : SPOILER ALERT !

Friend Request mengisahkan mengenai seorang gadis bernama Laura Woodson yang agak popular di kolej. Laura ni jugak aktif di social networks especially Facebook. Si Laura ni memang selalulah upload gambar, status and macam-macam lagi pasal life dia kat Facebook. 


Satu hari dia dapat friend request daripada Marina, one of budak kolej dia yang agak misteri and pendiam. Minah ni gaya sumpah psiko. Pakai baju gelap, berhoodie, muka pucat and selalu perhatikan si Laura ni. Well Laura yang tak syak apa-apa teruslah confirmkan friend request si Marina ni.


Dalam friend list profile Marina tu Laura sahaja yang menjadi friend beliau. Start from that day, Marina mula obsess dengan Laura. Hari-hari hantar chat. Dah tu pulak kat profile si Marina ni selalu dia post gambar pelik-pelik and scary. Nak tahu macam mana gambar tu nanti korang tengok sendiri. Laura pun mula rasa tak tenang la. Best friends si Laura ni pulak ada 5 orang. Hot guy name Tyler ! which is pakwe Laura, cute guy name Kobe, two girls name Isabel and Olivia dan jugak pakwe si Isabel yang bernama Gustavo. Tyler and Kobe damn hot ! Diorang suggest supaya Laura jangan kawan dengan Marina. Tapi Laura tak sampai hati lah nak unfriend dengan Marina kat FB.

Kemuncaknya berlaku apabila Laura celebrate birthday party dia kat restaurant dengan kawan baik and jugak mak dia without inviting si Marina. Marina nampak gambar birthday party tu kat FB. The next day Marina confront dengan Laura. Then berlaku pergaduhan antara Marina dengan Laura. Laura pun buat keputusan untuk unfriend Marina kat FB. The next day diorang dikejutkan dengan berita Marina mati bunuh diri. Sebelum gantung diri, si Marina ni rekod scene dia bunuh diri tu and then send kat Laura. Hidup Laura mula huru hara apabila video yang sepatutnya dalam inbox tu tetiba terpost secara public menggunakan FB milik Laura. Which is bukan Laura yang buat. Laura cuba untuk delete video tu tapi gagal. 





Keadaan semakin parah apabila kawan baik Laura mula mati seorang demi seorang dalam keadaan yang sangat tragis ! Laura sedaya upaya cuba untuk selesaikan misteri yang dihadapinya ! Siapakah Marina ? Apakah yang bakal terjadi pada Laura ? Mampukah Laura menyelamatkan rakan-rakannya ? Haaa nak tahu semua tu kenalah tengok sendiri !

Overall Mr. Dominic Unknown kasi movie ni 4 bintang daripada 5 ! Storyline semua best ! Elemen seram yang cuba ditampilkan oleh pengarah pun boleh dikatakan menjadi. Bapak ahh aku terjerit jugak dalam panggung. Banyak part yang mengejutkan. Cerita ni pun berkisarkan latar masa kini yang mana semua orang banyak menghabiskan masa di media sosial, upload gambar, share itu ini and sebagainya. Penggunaan iPhone ditonjolkan dengan meluas. Aku rasa dalam movie ni semua watak pakai iPhone kot. Even laptop si Laura tu pun Apple ! Mampu ? HAHAHA. Menunjukkan iPhone ni jadi satu trend hidup masa kini. ‘Be careful who you click with’ tag line ni sendiri dah highlight supaya hati-hati dengan ‘rakan’ di facebook. Zaman sekarang ni media sosial boleh mendatangkan bahaya jugak ! Well malas nak cakap panjang. Korang pun paham apa yang aku cuba sampaikan. Criminal pun boleh ada fb. Always be careful.

Penambahbaikan mungkin boleh dilakukan lagi. Sebab aku kurang jelas motif utama si Marina ni. Dah kau psiko macam tu, memang selayaknya kena unfriend la. Cuba jadi baik sikit. For sure okey. HAHAHA tapi kalau camtu tak da la konflik pulak nanti. Story macam Unfriended tapi lain. Sebab Unfriended korang tengok those characters mati dalam video Skype je. 

Aku syorkan korang pergi tengok movie ni nanti ! And nilai sendiri. Ni semua pandangan peribadi aku sendiri la. Setiap orang mungkin berbeza pandangan. Okeyh guys ! Jangan lupa tengok di pawagam berdekatan !

Adios ~


p/s : Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum cuti sem aku bermula. Kepada yang dah habis paper tu selamat bercuti aku ucapkan !

10 comments:

  1. Mr Unknown dengan die suker tengok citer seram ek...huhuhu...kalau bab scene terkezut mesti pegang tangan si dia erat2 tul tak...huhuhu...sib baik lah dua2 minat citer seram...kalo Amir conform pikir dua 3 kali nak pi tgk movie seram nie...tak suka scene2 terkezut...hehehe...Amir penakut...

    ReplyDelete
  2. okeh nak tengokkk...teruja pulak pas baca hang punya review...
    unfriend dah tengok...jerit-jerit jugak la aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menonton !
      Unfriended quite okey tapi tak puas sebab kecik sangat saiznya. tak nampak apa yang jadi dalam tu.

      Delete
  3. ada orang main facebook lagi ke? hahaha. sekarang pun aku bukak facebook sebulan sekali. kalau bukak, just tengok noti, update status, letak link blog, sign out. facebook is so 2010. haha. aku rasa facebook paling hot masa tahun 2010, 2011, 2012 macam tu. aku pun guna facebook 2009. nowadays people lagi guna twitter. kay, merepek pulak aku. tapi cerita ni mengingatkan cerita bunuh2 , tapi media dia ialah skype. tak ingat tajuk movie tu apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali sharky ! Fb hot during 2009 - 2011. Aku pun bukak fb sekadar tengok apa yg member2 update.

      Yang guna skype tu tajuk Unfriended

      Delete
  4. sudah 2 tahun lebih x update status kat FB.. terus rasa takot nk approve friend request #aiyoyo

    ReplyDelete
  5. hahaha aku baru start aktif balik fb...tu pun sebab bisnes...hahaha...hurm mcm menarik cerita ni...nak p tgk lah...wei 3 idiot best gila kan...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA welcome back to fb.
      Yup ! 3 Idiots awesome nak mateyyyy ~

      Delete