Saturday, August 8, 2015

Episod 49 : Top 3 Soalan Raya 2015 !





Kehadapan semua pembaca yang disayangi. Salam Syawal yang ke-22 aku ucapkan. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tujuan saya menulis episode kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Top 3 Soalan Raya 2015. Ok stop. Bahasa surat tidak rasmi sangat. Ok let just get to the main point. Nak story pasal soalan-soalan cepu emas yang ditanyakan kepada aku during raya lepas. Lembab sangat la Unknown ni. Raya nak habis dah kot. Fine-fine. Agak busy jugaklah. Busy buat apa entah. Tengah cuti pun busy ke. Ok actually malas pun ada. Ok now dah ada mood nak menulis. Kalau last year dalam episode Episod 6 :Top 3 Soalan Raya 2014 aku ada share soalan-soalan yang agak famous ditanya kat aku. Tahun ni pun ada jugak. Dalam 3 soalan. Lebih kurang macam tahun lepas jugalah. Cuma jawapan lain sikit la aku bagi. HAHAHAHA. Ok malas nak bebel panjang. Korang skip jugak kan. HAHAHA. Ok let’s start.



1)   “Dah besar dah Unknown sekarang. Sekejapnya rasa. Umur berapa dah ni ?”
Agak kerap dapat soalan ni. Tipikal question actually. Aku jawab je “Tahun ni nak masuk 21 dah. Bolehlah nak mengundi nanti.” 21 layak lagi terima duit raya kan ! I need moneyyyy ! Aku ada terpikir jugak am I look very old than my age or am I look younger than my age ? Ada kata nampak tua. Ada kata nampak muda. HAHAHA entahlah. Hopefully muda sentiasa.

2)    “Belajar kat mana sekarang ? Ambil kos apa ?”
Soalan ni pak sedara, mak sedara and kawan-kawan my parents tanya.. “Sekarang study kat Universiti……  then ambil kos ijazah………..”. Luckily aku tak kena compare dengan anak-anak dorang. Kos pun biasa-biasa je. Kalau kena macam Shark kena tu sumpah tak best.


3) “Segak sekarang. Mesti ramai awek keliling pinggang ni kan ?”
“Tak ada pun awek. Tak laku pun.” HAHAHAHA apanya entah. Lemak ada la. Ada yang cakap aku ni hensem which is aku sendiri pun tak tahu kat mana hensemnya entah. But handsome is subjective. Mungkin diorang nampak aku hensem kot. KAHKAHKAHKAHKAH ! Ayat ini sangat perasan. Tapi aku tetap rasa aku ni kategori tak hensem. One reason aku tak ada awek sebab aku gay ! memang tak la nak ada gadis-gadis idaman hati. Perempuan pun so far tak ada yang nak approach aku. Memang taklah aku nak gigih mencari awek. Siapalah gadis yang nak try ngorat aku. HAHAHA aku nak ngorat diorang for sure la tidak.

Jadi itulah Top 3 Soalan Raya 2015 yang aku terima. Agaknya sampai satu masa nanti akan dapat soalan pasal kahwin pulak time raya nanti. HAHAHA apa lah aku nak jawab nanti. Aku rasa macam hambar je episode ni. Usually pun hambar jugak. HAHAHA. Kepada yang membaca aku ucapkan terima kasih. Ok sampai sini sahaja episode kali ni. Hingga bertemu semula di episode akan datang. Adios ~

p/s : Result exam sem 2 aku dah selamat keluar. Berapa pointer aku ? Adakah menggembirakan ? atau menyedihkan ? Jenggg jengggg jengggg. Nantilah aku kongsi dalam entry akan datang. CUti sem pun berbaki 1 bulan sahaja lagi. Terasa malas nak start sem baru.


6 comments:

  1. Ada sepupu aku ..baru 19 thn balik kg ...makcik pakcik cakap suruh pi casting jadi model, pelakon sebab ensem sangat ... mentang2 la aku dah 30an ..x dipandang pon ..hahaha

    ReplyDelete
  2. abg man ni.... kene pki qu puteh byk2 ckit... pastu kene byk mkn jamu ni.... baru nmpk mude.... hahaha

    ReplyDelete
  3. Takper...Mr Unknown...nanti biler dah tua skit mcm Amir ngan Nu'man (Opss)...akan dapat lah soklan "Hang nie bila la nak kawin? Bila la aku nak rasa nasik minyak hang nie...?" ;-P

    ReplyDelete
  4. Ehem, macho lah nama abang sekarang. ;)

    ReplyDelete
  5. Tunggu lepas grad nanti...lagi banyak soalan mengancam kesabaran bakal ditanya..

    muahahahaha

    ReplyDelete
  6. biasalah tu wak, kita kan remaja lagi...hehehe

    ReplyDelete