Monday, July 27, 2015

Episod 48 : It's RAYA 2015 !



27 Julai 2015. Dah lebih seminggu raya menjelma. Sekejapnya berlalu. Rasa macam baru sahaja kita sambut kedatangan bulan Ramadan. Pejam celik pejam celik dah seminggu rupanya umat Islam beraya. Baru hari ni lah aku sempat nak update episode baru ni. HAHAHAHA. Bila dah musim raya ni confirm la aku nak cerita pasal raya. Bosan jugak kalau asyik story pasal gay life seorang Mr. Unknown yang banyak konflik ni. Nak share la story raya pulak. Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. Persiapan raya rumah aku biasa je. Cuma tahun ni aku pilih jubah pulak. Konon ikut trend la berjubah. HAHAHAHA. Warna apa ? Well my abah all of sudden dia balik rumah and dah siap dengan kain. Kaler apa entah dia pilih. Main pilih je dia ni. Sekali pandang macam oren. Dua kali pandang macam kaler pink pulak -_-. Aku pasrah je la. Kang complaint dia bising pulak. Tempah kat kedai. Then beli la tshirt and kemeja sikit. Kasut raya. Ok settle part baju.

Persiapan raya as usual la kemas-kemas rumah. Area luar rumah memang kerja aku la since anak jantan kan. Memang muka aku la menebas segala semak ke apa entah kat luar tu. Bahagian dalam rumah takda apa sangat pun. Lega sebab langsir tak tukar. Merana oit nak pasang all the penyangkut langsir tu ! HAHAHAHAHA.

17 Julai 2015. 1 Syawal. Pagi tu aku bangun and mak cakap “Abah tak beraya dengan kita.” Aku boleh tengok riak muka kecewa mak. Pagi raya tu jugak abah blah balik rumah bini dia yang lagi sat utu. Mak dah dapat agak dah. Instinct dia sentiasa tepat macam aku. Actually dulu pun abah pernah buat macam tu. Kitorang one whole family pakai baju raya sedondon end up dia tak beraya dengan family aku. And tahun ni benda yang sama berulang. Aku agak terkilan jugak tapi malas nak pusing pasal hal ni. Cuma aku kesian kat mak and my adik-adik. For sure time raya kita nak gather completely. After that kami satu family balik kampong mak. Kiranya first day tu just pusing kampong mak. Pergi rumah kawan-kawan mak zaman sekolah dulu. HAHAHAHA. Well dapat jugaklah aku cuci mata melihat jejaka-jejaka kacak yang sedap mata memandang ! HAHHAHHAHAHAHA.

Raya kedua pulak abah balik beraya dengan kami. Then balik kampong belah abah. Aku still ada opah sebelah abah. Sihat lagi dia. Cuma sekarang dia makin pelupa dan ke arah nak jadi nyanyuk. Kadang-kadang aku pun dia lupa. Nothing much dalam family abah. Sepupu-sepupu sepermainan aku dulu pun dah besar-besar. Diorang tak balik. Yang tinggalnya cousin aku yang batch budak-budak bawah umur. So agak bosan la jugak.

Bila dah raya confirm la duit raya menjadi satu perkara yang menggembirakan. Luckily tahun ni aku masih dalam list untuk terima duit raya ! THAT WAS AWESOME ! Atas sebab aku masih belajar so dapatlah merasa duit raya lagi. Tahun ni apa yang aku perasan mak sedara aku ramai dah upgrade duit raya menjadi rm5. Usually dapat rm2 or 3 sahaja. Tahun ni memang banyak dapat duit hijau. Awesome jugaklah. Aku tahu some people memang mak sedara korang bagi duit raya banyak. Member aku sampai dapat rm50 from seorang pak sedara dia. Kalau dah 5 orang bagi 50 tak ke kaya dia ? Unfortunately that’s not happen to me. Maka pasrah la seorang Mr. Unknown. Orang hulur tu pun dah seribu rahmat. Dah la kau tak kerja ke apa time cuti sem ni. Duit pun takdak. Dasar pemalas. HAHAHAH.

Then the next-next raya aku pergi beraya dengan member-member sekolah. Member sekolah rendah and menengah. Bila dah beraya ni macam-macam jenis makanan ada. Secara tidak langsung aku merasakan menjadi berisi secara tetiba. Nasiblah aku ni bukan seorang penggemar rendang, ketupat and lemang. Kalau tak makin bertambah besar la gamaknya. Tapi aku makan jugak menu utama raya tu Cuma setakat rasa macam tu. Takda la sampai sekali hadap sepinggan. Part biskut raya aku agak lemah sikit. Terutamanya biskut cornflakes, cip coklat, semperit ! Aku cukup berhantu dengan 3 jenis makhluk ini ! HAHAHAh boleh habis satu balang kat rumah orang aku kerjakan.

Tapi bila zaman dah berubah dan lebih maju memang nampak la beza raya dulu-dulu dengan sekarang. Even aku pun bila pergi beraya, phone mesti kat tangan. Mobile data wajib beli. Tapi time raya hari tu servis serupa taik. Slow nak mampos. Bengang la jugak. Budak-budak pun semua dah ada phone sendiri. Kebanyakan lebih banyak pandang skrin phone dari muka sanak saudara. Jangan kecam aku pulak. Ni sekadar my observation sahaja.

Oh ya ! Time raya aku agak berkesempatan untuk melihat kawasan sekitar dengan menggunakan app terkenal itu laa. App apa ? Grindr la apa lagi. HAHAHAHA. Sekadar bukak and cuci-cuci mata melihat anak-anak perantauan yang kembali ke desa. Boleh tahan ramai. HAHAHAHA. Kacak lagi. Tapi aku ni bukannya jenis suka tegur orang sangat. Mana yang berkenan ada la aku tegur. Tu pun akan jadi hambar after awhile.

Kalau tahun lepas ada episode aku story pasal top 3 soalan raya yang aku kena hadap. HAHAHA. Tahun ni pun ada. Cuma a little bit different answer ! I’m gonna update it later. HAHHAHAH. Ok aku rasa sampai sini je kot episode kali ni.

Ok akhir kata, saya Mr. Unknown Dominic(Gibb yang bagi nama ni) ingin memohon keampunan sekiranya terdapat mana-mana coretan episode di blog hambar ini yang telah menggores hati dan perasaan pembaca-pembaca sekalian. Dah lebih seminggu raya baru nak wish. Apaa daaaa ! HAHAHA. Akhir kata 2.0, Mr. Dominic Unknown mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ! Semoga lebaran kali ini membawa keberkatan kepada kita semua ! Adios ~

p/s : Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang kemusykilan, pertanyaan, cadangan atau apa-apa je la boleh guna box Ask Mr. Unknown kat sebelah kanan blog ni.

p/s 2.0 : Pejam celik pejam celik dah genap setahun usia blog This Is Kisah Hidup Aku ni ! Cepat masa berlalu. Kena buat satu episode khas ni. Tribute konon. HAHAHA.

p/s 3.0 : Actually aku patut post episode ni time awal raya. Tapi disebabkan agak sibuk and malas pun sama maka hari ni baru sempat. Sekian.


17 comments:

  1. sibaek umah shin xde 3 bisekut tu hehehe.. kalo x.. mesti habis berbalang balang kamu telan.. eh itu pon kalo kamu beraya sini la hehe Selamat hari Raya ek

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya!! maaf zahir dan batin budak kecik!

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa wat posa 6 syawal, nk duit raya bg no. Akaun,

    ReplyDelete
  4. Amboi sempat lagi kau on grindr. Haha. Selamat hari raya Unknown.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Unknown...salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Crescent ! Selamat Hari Raya. Salam kenal. terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam Lebaran Mr Unknown...
    Maaf Zahir & Batin...

    ps: jgn nakal2...

    pss: jgn asyik ber'Grindr' jer k....

    psss: hihihi ;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. U too Amir !
      Takda la tak nakal pun.
      Mr. Unknown behave sangat :)

      Delete
  8. Part kena tukar langsir tu terpaksa pasrah walaupun penat nak tukar. Untunglah dapat duit raya..hehehe. Nampaknya kita sama, suka makan biskut raya..Selamat Hari Raya Mr Unknown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn !
      HAHAHAAH. memang kena pasrah.
      Kuih raya memang sedap. Tapi terlebih makan memang gemuk ler

      Delete
  9. Org lain sibuk beraya,ko sibuk berGrindr..ekekekeke.

    Biskut cornflakes dekat umah aku banyak lagi,meh datang habiskan,aku x larat habiskan sorang..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya-raya la nak cuci mata tengok anak perantauan balik kampung kat grindr tu haa. HAHAHAHA.Weyhh nakkk cornflakes rumah aku dah abis :(

      Delete