Thursday, July 9, 2015

Episod 47 : #Throwback Kenangan




Well hello semua. Apa khabar ? Semoga sihat hendaknya.  Aku Alhamdulillah sihat walafiat. Baju raya dah beli ke tu ? Dah habis shopping raya ? Mr. Unknown dah settle beli segala macam dah. Abah yang nak beli awal-awal. Kang lambat-lambat orang mula ramai dekat mall. Makin sesak. So dia malas nak bersesak.

Dalam episode 47 ni Mr. Unknown tak ada nak story apa sangat pun. Just tetiba teringat kenangan dulu-dulu. Kira nak #Throwback kenangan 2 tahun lepas. What is kenangan ? For me kenangan is satu peristiwa yang berlaku in your life and kau ingat pasal peristiwa itu. It can be kenangan yang manis dan juga kenangan yang buruk. Maybe kenangan aku ni kenangan yang agak manis kot. Entah. HAHAHA.

Sebenarnya aku teringat dekat my girl crush during form 6 life dulu. Si NZR. Kalau tak kenal sila baca previous-previous episode yang lepas. Ada aku story pasal dia. It’s so funny actually. How come a gay person like me have crush on girl. HAHAHAHA. Marilah kita bercerita. Bosanlah nama NZR ni. Kita kasi upgrade nama dia jadi Iza ! Ya Iza ! Nicer ! Well I never meet her until aku lapor diri on my first day as form 6 student. Ditakdirkan aku dengan Iza sekelas. Kami dapat kelas aliran sains pada mulanya. Form 6 aliran sains is totally BIG NOOOOO!!! Untuk aku yang otak tak berapa nak sains sangat. Aku pun memang dah nazak dalam aliran sains. Because of that aku buat keputusan untuk tukar aliran kemanusiaan. Berlainan dengan Iza. Sebab dia nak stay in aliran sains. And guess what ! She is the only malay student yang stay dalam kelas aliran Sains tu. Meanwhile other Malay students semua tukar aliran sebab kami tak boleh nak bawak aliran sains lagi dah. Kau imagine kelas yang pada mulanya ada 40 orang macam tu lepas dah ditukar aliran bagai sampai tinggal 10 orang. Terdiri daripada a few students Indian and Chinese and also one Malay girl name Iza.

Bila dah kelas berbeza ni memang susah la nak jumpa. Lagi pulak kelas aku memang jauh dari kelas Iza. Aku start realised ada feeling crush kat Iza ni lepas dah tukar kelas. Aku rasa something wrong denga diri aku. Aku rasa kosong. Yes empty ! Ada yang tak lengkap dengan aku. During that time la. Kelakar gila Mr. Unknown ni ! HAHAHAA. Konon jiwang. Hampeh. Paling tak boleh blah bila aku tengok muka Iza during waktu rehat, semua rasa kosong and other perasaan tak tentu hala yang lain tu hilang. And aku mula rasa yang dia bukan gadis biasa. HAHAHAHA. So from that day aku dah jatuh hati kononnya kat Iza.
Bila dah jatuh hati mestilah selalu nak usha dia. Sekolah aku tiap pagi semua student kena beratur at dataran dulu. Ambil kehadiran and taklimat cikgu-cikgu. Semua orang anggap benda tu bosan. Tapi aku suka ! Sebab tu la satu-satunya masa aku dapat tengok Iza. Bila aku tengok dia it just like automatically aku rasa berbunga. Yela dah tengok orang yang kita suka. Mestilah indah. Aku siap boleh nampak bunga-bunga berterbangan lagi. Pendek kata memang tak nampak dah orang lain. Bapak teruk aku angau dulu. HAHAHAHA. Then aku senyum sorang-sorang macam orang tak gila. :3

Kalau perhimpunan hari Isnin lagi aku excited sebab kelas aku beratur sebelah kelas dia. So waktu tu memang paling dekat antara aku dengan dia. Usually aku memang akan berdiri sebelah dia sebab dia penolong ketua kelas and aku pulak ketua kelas. Memang sebelah menyebelah. Tapi since aku ni a bit pemalu dan cepat panic maka aku tak ada keberanian nak tegur dia. Aku sekadar tengok dia dan senyum. Pernah sekali dia tegur aku “Hai Unknown ! Good morning !” sambil senyum kat aku. Aku rasa macam nak pengsan dah. HAHAHAHA. Comel sangat muka dia masa tu. Her smile, her dimples. Yes I still remember it. Cut to short aku akan cuba untuk selalu usha dia kat sekolah. Kalau sehari tak nampak dia aku rasa serba tak kena la. HAHHAHAA poyo !

Dan yup ! Aku akan rasa cemburu kalau-kalau ada lelaki lain yang rapat dengan dia. Even kawan pun aku rasa cam HEY YOU ! BACK OFF DUDE ! SHE’S MINE !!!!! tapi tak terluah pun. Sekadar lepas di minda. Siapalah aku ni untuk mulakan langkah pertama. Dia cantik. Aku ni tak ada rupa pun. Bila dah suka mestilah nak tahu semua benda pasal dia. Well aku mulakan aktiviti Detektif Conan seperti biasa. Jadi member Facebook. Scrolling down her profile, albums and etc. Ok aku agak creepy sebenarnya bila buat kerja macam ni. Dah sayang punya pasal. Aku dapat tahu yang birthday Iza sama dengan aku ! For god sake ! Sama ! Memang aku happy sangatlah. Time tu aku rasa macam ada jodoh dengan dia. Konon macam both of us are meant together ! Bila birthday korang ? HAHAHAH ada la. Aku ada story dulu. In November.

So cut to short lagi aku plan nak bagi hadiah birthday kat dia. Sebab dah sama kan. Konon nak mengorat. But I don’t know whether dia perasan ke tak aku nak try dia. Aku tanya Fiqa, dormmate si Iza ni. Kira Fiqa ni tahu la aku syok kat Iza. Dia jadi spy aku. Aku tanya la whether si Iza ni dah berpunya ke belum, apa hobi dia. All the cliche stuffs. Then aku mintak dia selidik Iza nak hadiah birthday yang macam mana. Apa yang dia suka. Aku plan nak bagi jam loceng. HAHAHHAHAHA. Sumpah tak sweet langsung kau ni Unknown. Fiqa pun siap bahan aku lagi. “Kau ni dah kenapa nak bagi jam loceng kat dia. Kalau jam, dia pun ada kot. Haaa dia nak Teddy Bear ! Sebab dia suka teddy bear. Pandai-pandailah kau cari nanti.” As token of appreciation aku belanja la si Fiqa ni ais krim cornetto. Nak jaga hati spy kan. HAHAHAHAHA.
After that aku mulakan operasi mencari teddy bear yang comel kat supermarket. HAHAHA. Aku ajak Naiman sekali. Dari satu kedai ke satu kedai. Bajet taklah besar sangat. Sebab aku pun masa tu mana ada elaun ke apa. Form 6 kot. Apa je yang ada. Dah sampai kat satu kedai ni. Pilih punya pilih then aku choose teddy bear ini :


Aku tak tahu kenapa aku rasa teddy bear ni comel. Harga pun not bad. Affordable la kiranya. Aku pun beli. Segan jugaklah naik motor letak teddy bear besar dalam raga motor tu. HAHAHA. Then dah sampai rumah aku balut pulak dengan pembalut hadiah. Tapi macam hodoh pun ada. 


HAHAHA. AKu decide nak bagi teddy bear tu on 8 November 2012. Time tu kitorang baru settle exam STPM penggal 1. Merdekalah kiranya. Terpaksa bagi awal sebab the next day tu dah start cuti sekolah if not mistaken. Aku pun roger si Fiqa, inform kat dia yang aku nak bagi hadiah tu petang. Aku pergi hostel diorang. Fiqa and Iza turun bawah. Iza datang kat aku. Yes ! Aku cuak nak mampos ! She was in front of me kot ! Memang melting habis. HAHAHAHA. Aku pun hulur and cakap “Happy birthday Iza ! Nah hadiah birthday yang aku janji tu !”. Dia cakap thanks and then kena masuk cepat sebab pak guard dah mula usha pelik. Masa aku balik tu memang aku rasa happy sangat ! Tercapai la cita-cita kononnya ! Dalam balutan teddy bear tu aku ada letak sekali coklat Cadbury ! ADA BABI WEYHHHH !!!!  HAHAHAHAHAH masa tu isu babi kejadah tu semua taka da lagi. And lagi ada kad ucapan kecil yang aku selitkan no. phone aku. That night aku dapat sms dari no. tak dikenali. Time tu whatsapp tak famous lagi. Rupanya Iza yang sms aku. Dia ucap thanks bagi coklat semua bagai. Aku pun reply as usual. Pencapaian paling best was aku berjaya dapatkan nombor phone dia tanpa perlu mintak kat orang lain ! HAHAHAHA.

Tapi tu semua kenangan dalam 2012. Tahun 2013 masih ada kesinambungan story antara Mr. Unknown dan Iza. Nak tahu apa yang jadi ? Nanti aku sambung dalam episod akan datang. Sebenarnya dia malas nak type tu. Adios !

p/s : Pejam celik pejam celik next week dah nak raya. Ramadan pantas berlalu pergi meninggalkan kita.

9 comments:

  1. alolololo./ sweet gila weh. hahahahhahaha.. part kelakar pasal balutan teddy bear tu. HAHAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih tahu tak aku nak balut teddy bear tu. HAHAHAHHAHAHAHA

      Delete
    2. Gigih tahu tak aku nak balut teddy bear tu. HAHAHAHHAHAHAHA

      Delete
    3. Gigih tahu tak aku nak balut teddy bear tu. HAHAHAHHAHAHAHA

      Delete
  2. Maaf Mr.Unknown...aku tergelak besar tengok balutan teddy bear tu...hahaha

    :larikkkkkk:

    ReplyDelete
    Replies
    1. I was 18 and failed n wrapping hadiah. Tu pasal buruk. Hahaha

      Delete
    2. I was 18 and failed n wrapping hadiah. Tu pasal buruk. Hahaha

      Delete
  3. Cutenya teddy bear..hehehe..selamat hari raya.

    ReplyDelete