Saturday, February 7, 2015

Episod 31 : Cerita Seorang Mr. Unknown



Assalamualaikum.. Have a nice day ahead wahai semua orang. Siapa Mr. Unknown ? HAHAHA soalan ini aku terima dari google drive sebelah kanan blog aku ni. Which is memang hambar dan aku rasa ramai tak perasan kot. Aku pun almost terlupa dah. Sebab tu aku baru perasan soalan ni. Tak sangka ada juga yang tanya.



Well sebenarnya tak ada apa pun yang menarik pasal Mr. Unknown ni. Dia hanyalah insan biasa yang hidup dalam dunia ini. Tak ada special sangat pun. Nak kata handsome pun tak. Rupa paras is subjektif. Maybe akan ada yang kata “Ehhh handsomenya Mr. Unknown ni.” Atau mungkin carutan seperti “Kau tak handsome. So jangan perasan.” HAHAHAHA that’s the reality dalam dunia ni.



Mr. Unknown ni dilahirkan dalam tahun 1994. Tahun anjing dalam calendar cina. Berbintang Scorpio. Bila birthdate dia ? Malas nak explain. Pergi scroll previous-previous episode sana. Dari apa yang diceritakan oleh mak dia. Masa dilahirkan dulu, Mr. Unknown ni lemas. You know baby yang lambat nak keluar akan menyebabkan dia sedut all the air ketuban semua tu. So lemas. Keluar-keluar dah biru. Kinda scary. Doktor pun kata harapan untuk dia hidup pun agak tipis. Kalau berjaya survive mungkin akan jadi tak normal. I don’t know la betul ke tak. But yeah. Kuasa Allah. Miracle happen. Dia survive sampai hari ni. Syukur Alhamdulillah. Part tak normal tu mungkin ada betulnya. Sebab dia tak straight. HAHAHAHAA. Btw, dia merupakan anak sulung dari 4 beradik. Apa jadi agaknya kalau diorang tahu abang diorang tu tak straight. HAHAH.



Masa zaman dia kanak-kanak, dia sangat kurus. Macam tak cukup zat orang kata. Mak dia kata Mr. Unknown ni tak ada selera makan. Mr. Unknown ni rapat dengan opah dia. Opah sebelah mak. Opah la orang yang jaga dia. Sebab opah stay dengan family Mr. Unknown ni. Mr. Unknown memang tak pernah tinggal dengan babysitter or pengasuh sejak dia kecil. Opah dia baik sangat. Opah yang suapkan dia makan. Opah yang selalu mandikan dia. Opah yang tolong cebokkan*dibaca basuh berak* dia. Sampaikan tidur pun dengan opah. Pendek kata dia memang manja dengan opah dia.



Masa umur 5 tahun dia masuk tadika. Zaman tadika dia tak best sangat pun. Sebab apa ? sebab dia selalu kena buli dengan budak umur 6 tahun. The worst thing happened to him was ada satu hari tu sorang budak ni tolak dia sampai tertiarap atas tanah. Belum sempat dia bangun budak tu kencing atas dia. Sampai sekarang dia ingat nama budak tu. Fahmi. Mungkin disebabkan peristiwa tu kot Mr. Unknown ni jadi low self-esteem. Cepat gelabah tak tentu pasal.



Zaman sekolah rendah dia bermula dari tahun 2001 – 2006. Sejak dari jadi budak sekolah rendah lagi dia dah mula tertarik dengan budak lelaki. Tak tahu kenapa. Sedangkan kawan-kawan sekelas dia tertarik dengan budak perempuan. Dia ingat lagi. Masa tu dia darjah 1. Tiap-tiap hari bila balik sekolah jer opah akan sambut depan pintu rumah. Tanya belajar apa kat sekolah. Then suruh mandi. After that opah akan suap dia makan. Nasi putih gaul kicap dengan telur mata goreng. Tu jer la menu fevered dia. Setiap hari mesti makan tu. Sedap sangat. Lagi-lagi bila opah yang suap. Sampai sekarang dia rindu nak suruh opah suap makan macam tu.



Tahun 2002 semuanya berubah. Opah jarang jatuh sakit. Selalu opah dia sihat jer. Tapi satu hari tu opah dia pergi bersembang kat rumah jiran sebelah. Jiran sebelah jamu cempedak goreng. Masa tu Mr. Unknown kat rumah. Dia tengah tengok tv. Drama Orang Gaji 41 aka Pah Bedah. Mesti ramai yang ingat drama lakonan Ellie Suriati tu. Tiba-tiba jiran panggil. Jiran tu cakap opah pening. Mr. Unknown pun pergi tengok jugak. Opah dah terbaring tak sedarkan diri. Dia takut sangat bila tengok opah dalam keadaan macam tu. Lepas tu ambulans datang bawak pergi hospital. Esok tu pergi melawat. Tapi disebabkan Mr. Unknown ni budak lagi so dia tak dibenarkan masuk dalam wad ICU tu. Dia duduk luar wad jer. Dia nak sangat tengok opah. Tapi tak boleh. Lagi pun dia kan budak lagi. Mana ada orang nak dengar cakap dia. Then the next day masa tengah breakfast kat kedai mamak tetiba mak Mr. Unknown dapat panggilan telefon dari hospital. “Unknown, opah dah tak ada.” Terus dia menangis kat situ. Sapa tak sedihkan. Opah la orang yang paling rapat dengan dia. Dan opah dah pergi tinggalkan dia buat selama-lamanya. Sampai hari ni dia rindu arwah opah. Dia nak sangat peluk opah. Tapi tu semua tak mungkin berlaku dah. Tahun ni cukuplah 13 tahun arwah opah pergi tinggalkan dia. Al-Fatihah untuk opah.



Life must go on. Mr. Unknown meneruskan hari-hari mendatang tanpa opah dia. Hubungan Mr. Unknown dengan parents dia biasa jer. Dia lebih rapat dengan mak. Dengan abah dia kurang sikit. Sebab abah dia bukan jenis mesra dengan anak-anak. Dengan Mr. Unknown memang tak la. Father and son bonding tu tak ada. Kadang-kadang dia jealous tengok kawan-kawan dia. Diorang sangat mesra dengan their dad. You know mesra. Boleh gurau senda. Peluk bapak sendiri. All that things la. Believe it or not Mr. Unknown tak ada that moment. Maybe nature abah dia dah macam tu. Nak buat macam mana lagi kan. But deep inside him, dia nak rasa semua tu.



Bila masuk zaman sekolah menengah Mr. Unknown ni mula sedar yang dia tak lurus macam member-member lelaki dia yang lain. Di saat rakan lain sibuk mengusha kakak senior yang lawa-lawa, dia pulak memerhati abang-abang senior yang berwajah jambu dan berbadan sador. Yup he enjoy it very much. Cuci mata sana sini. Tapi pada mulanya dia tak boleh terima ketidak lurusan diri itu. Dia rasa malu jugak. Kenapa dia jadi gay ? why cant he become straight like the other boys? Entah. Until now dia tak ada jawapan untuk soalan tu. Start tahun lepas baru dia boleh terima diri dia sepenuhnya. Dia gay. Tapi even dia gay pun dia pernah la jugak tercrush kat perempuan. 2 perempuan jer la. Siapa ? Boleh rujuk dalam episode 3. Zaman sekolah menengah pun dilalui seperti biasa. Tak ada yang menarik sangat. Kan dah cakap life seorang Mr. Unknown ni tak best sangat pun. Lagi-lagi time sekolah menengah dia agak berisi la jugak. Disebabkan tu jugak dia jadi kurang aktif kat sekolah. Mostly pasif dan sekadar memerhati.



Tahun 2009, konflik berlaku. Abah dia kahwin lain. Definitely rumah tangga parents dia agak goyah waktu tu. Well Mr. Unknown pun tak paham kenapa abah dia sibuk nak kahwin lain. Berkemampuan kah ? Hurmmm entahlah. Menyusahkan lagi ada la. Tapi dia tak pernah bercakap langsung mengenai isu ni dengan abah dia. Sebab dia malas untuk ambil peduli. Tapi di satu sudut dia agak terkilan dengan tindakan abah dia tu. Kenapa perlu nak tambah cawangan baru sedangkan family yang sedia ada ni dah bahagia ? KENAPA ? Tak cukup lagi dengan apa yang ada ? Hasil perkahwinan itu, Mr. Unknown dapat 3 half siblings. Bila dah jadi macam ni father and son bonding pun makin kurang lagi la.



Cut to short dia tamatkan zaman sekolah menengah dia time form 5. After that sambung masuk form 6 sebab dia tak bertuah untuk dapat sebarang tawaran university. Life form 6 dia pun biasa jugak. Tak ada yang menarik sangat. Cuma satu part yang best was bila dia berjaya transform dari berisi menjadi less berisi. Alhamdulillah. Actually ada jugak dia share pasal life form 6 dia dalam early episode. Boleh la cari kalau nak baca. Around bulan 7 tahun lepas dia mula berjinak dengan dunia blog. Maka lahirlah satu watak yang bernama Mr. Unknown dan juga blog ini. Kenapa Unknown ? Entah. Hanya nama itu yang dia terfikir untuk guna. Blog dia tak la hebat mana. Sekadar menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan, meroyan dan merapu mengenai benda-benda merepek yang dia buat dalam real life. Bagi dia it’s a way for him to get out from the real world. Tapi melalui blog ni jugak dia kenal blogger-blogger lain. Sangat hebat tulisan mereka jika nak dibandingkan dengan hasil nukilannya di sini. Seronok dapat kenal dengan mereka. Walaupun hanya melalui medium blog.



Bermula tahun lepas jugak Mr. Unknown ni start to explore dunia PLU. Get to know new people. And so much more. Sebenarnya sedikit sebanyak perbuatan dia tu agak ridiculous dan bahaya. Semakin dia explore semakin banyak dia belajar. Bahawa dalam dunia PLU ni bukan hanya ada kawan malah ada lawan. Dia sendiri dah hadap dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang sangat mudah menabur janji kemudian janji itu dilupakan. Ada yang from friend become a stranger. Manusia akan sentiasa belajar melalui pengalaman. Mungkin melalui pengalaman itu akan mematangkan lagi seorang Mr. Unknown. Baru teringat. Soalan lazim yang sering ditanya dalam dunia PLU “Kau T, B or F ?”. HAHHAHA. Entah. Dia sendiri pun tak pasti lagi ke mana hala tuju. Tapi is it really important with the positions thingy? Tahun lepas jugak dia kenal Mr. Crush dia. Selepas itu dia patah hati dan sekarang dalam proses untuk move on walaupun sukar. Hati dia ni tisu sangat. Tu pasal jadi macma itu. Mungkin belum masanya untuk Mr. Unknown ni merasai erti cinta barangkali. Bercakap mengenai cinta. Dia ni memang tak pernah bercinta. Agak kelakar bunyinya tapi itulah kebenarannya. Mungkin dia seorang yang agak looser dalam cinta. Maka forever alone la jawabnya. HAHAHA. Dia tetap cuba untuk tabahkan hati. Enjoy his single life walaupun a bit sunyi. Ermmm.



Ok cut to short, dia dah habis sem 1 kat university. Then result final sem 1 dah keluar. Dia dah check result tu. Nak tahu apa yang worst ? Ada 3 paper yang dia dah screw up. Like seriously ? Yup 3. Memang dia sendiri speechless. Because he thought that he already done his best. But as u can see that might not the best effort kot. Entahlah. Dia sedih. Dia rasa macam nak give up. Rasa down and so much more. Sekarang dia tak tahu macam mana nak explain kat mak dan abah dia. For sure his dad gonna kill him. Part ni dia paling tak suka. Sebab abah dia sometime suka compare dengan anak orang lain. Tengok anak dia ni, tengok anak dia tu. Bla blab la bla blaa. Yes ! sorry because he can’t be just like them. As greatest as them. But please. Stop comparing ! Tapi itu la yang dia kena hadap nanti. Thanks to Hans and YS sebab bagi moral support kat dia. Mungkin ini sebagai satu pengajaran untuk dia kot. Supaya lebih struggle dalam study and not taking for granted. Ayat ni sangat untuk menyedapkan hati dia. HAHAHA. Dia sedang rasa sangat down. Kalau opah ada lagi dah lama dia peluk opah. Sebab opah jer yang paham dia. Sedar tak sedar dah panjang gila episode kali ni. Boleh berhenti dah kot. Adios ~





P/s : Aku rasa ni the longest episode kot. Emosi tak betul tu pasal jadi macam ni. Why la why la ? Terima kasih banyak kepada yang sudi baca sampai habis tu. Thanks jugak kepada yang tanya soalan ni.

28 comments:

  1. aah la.. panjang...
    terus malas baca... kaakka

    (aku mmg tak minat membaca)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu dah. Gibb dan membaca sukar disatukan. HAHA.

      Delete
  2. Eh sukarnya nk aku caya khdpan plu bgitu, based to myexprence, sumenya indah, anak Mak ayah, nk sntuh motor pun dorang xkasik, klu cite ang beno, sbarlah mgkin ada hikmah dsbaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglaaa kalau semuanya indah.
      Setiap orang ada kisah mereka.
      Dan kisah aku ni tak indah sangat pun.
      masih menanti sinar menerangi perjalanan ku. Cewah

      Delete
  3. Serius kau kena kencing? Haha. Pfft. Kalau aku sepak dah punai si fahmi tu. Takpun londeh kan seluar dia terus. Biar semua orang tgk bebird dia. Hahaha.

    Masa silam memang tak boleh di ubah, tapi masa depan masih boleh. Cuma kena beringat dalam setiap langkah. Jangan explore sangat dunia sejenis, takut takleh keluar nanti. Hehe. ***pesanan untuk diri sendiri**

    Pasal result kau tu chill je la. Next time kau usaha lebih lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Nov.
      Kena kencing. At that time aku tak berani nak lawan. Hmmm.

      About the result. Aku harap dapat up kan pointer sem 2. Rasa down kot. Sem 1 pun dah teruk. Mampu kah aku nak hadap sem 2 nanti. :(

      Delete
    2. Yer Nov.
      Kena kencing. At that time aku tak berani nak lawan. Hmmm.

      About the result. Aku harap dapat up kan pointer sem 2. Rasa down kot. Sem 1 pun dah teruk. Mampu kah aku nak hadap sem 2 nanti. :(

      Delete
  4. Ak nangis baca entry ni.. Mcm my life sket2.teruskan menulis ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai anon.
      Thanks sudi baca entry berjela ini.
      Sama-samalah kita hadapi life begini.
      Insyaallah akan sentiasa menulis di sini.

      Delete
  5. Kau dan opah.aku dan nenek.. aku tau mcm mana hilangnya seorang opah.. huhu.. bertabahlah. Just entri kali ni mungkin berkisarkan kekesalan maybe. Sebab ada bau2 penyesalan di situ.. huhu but chillax .. u will get through dis problem yarr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wings.
      Bila dah rapat dengan nenek n opah for sure akan terasa sangat kehilangan mereka.
      Emosi aku bercampur baur time tulis ni. kecewa,sedih,marah,takut semua ada.
      Thanks for your support bro.

      Delete
  6. aku baya ko sibuk dengan study dan main game..tak pernah terfikir langsung nak explore dunia plu.

    sedih cite hidup ko...takpe..ko muda lagi..perjalanan hidup ko masih panjang,aku harap ko jumpa cahaya kebahagiaan kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kamen.
      Aku rasa aku dah tersilap langkah untum explore dunia plu ni.
      I should not done that. Too early. Mungkin aku perlu pause dulu kot Dan fokus on my study.

      Delete
  7. Masa saya sebaya awak nie ... onani pon tak pandai lagi ..
    Bila final year ..stress dengan projek baru pandai skit ..kehkeh ..
    Anyway .. be strong k. Jangan pergi dalam sangat dalam dunia PLU nie, takut jatuh tak boleh nak bangun dah .. bukan sebab salah jadi PLU nie .. it just dunia PLU memang macam tue .. tak ramai yang jujur. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nu'man.
      Maybe too early for me to explore this world.
      Lesson learned. Fokus study dulu after this.

      Delete
  8. Yup..fokus study dulu..aku dulu pun masa zaman uni...tak berapa berani sangat nak explore dunia songsang ni...satu sebab waktu aku selekeh gilaaaa...confirm2 kena reject je selalu..

    bila dah kerja..dah ade duit sendiri..baru la confident level tu up sikit..dah pandai nak bergaya bagi penampilan tu menarik walau muka ala-ala je...

    btw bro..keep blogging...walaupun panjang entri ini kali...aku sabarrrrrrrrrrrrr dan gigihhhhhhhhhh membaca nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kid.
      Thanks for the advice.
      Yes I need to pause the exploring things for a while.

      HAHAHA thanks la dengan gigihnyaa membaca sampai habis.
      Terharu pulak aku.

      Delete
  9. Hehe..dah brhari2 bru skrg aku dpt baca ep kli ni.. Caya ke tidak aku nanges part opah ko..serius sedih..walaupun aku x penah rapat dgn mana2 atuk dn nenek aku*diorg dh menginggal tym aku kecik/belum lahir* tp still bleh rasa kesedihan tu..sbb mak aku dh brgelar nenek dn dia mmg rapat dgn ank buah aku..so tr imagine la situasi antra mak aku ngan cucu dia..

    Ekceli.. mungkin senior2 blogger lahir tahun yg masih suci dri media2 sosial yg mcm skrg sbb tu diorg xpnah trpikir pun nk explore dunia plu ni..tp d sbbkn ko lahir generasi agak moden skit sbb tu la tym2 umo ko skrg dh pndai brjinak2 dlm dunia plu..*kira mcm budak2 zaman skrg la dh pndai maen smartfon* tp ak pun sokong nasihat diorg jugak jgn terlalu explore la ye..hehe

    *Respond pada pmbaca laen* Entri kli ni pnjng sgt ker?knapa aku rasa biasa je..hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyy Yoobi ! *Lelambai tangan*.
      Alaa takyah la nangis. Biar aku sorang je nangis sudah.

      After this aku kena stay away kejap kot dari all those apps. hmm.
      Thanks sebab baca :)

      Delete
  10. Hehe..dah brhari2 bru skrg aku dpt baca ep kli ni.. Caya ke tidak aku nanges part opah ko..serius sedih..walaupun aku x penah rapat dgn mana2 atuk dn nenek aku*diorg dh menginggal tym aku kecik/belum lahir* tp still bleh rasa kesedihan tu..sbb mak aku dh brgelar nenek dn dia mmg rapat dgn ank buah aku..so tr imagine la situasi antra mak aku ngan cucu dia..

    Ekceli.. mungkin senior2 blogger lahir tahun yg masih suci dri media2 sosial yg mcm skrg sbb tu diorg xpnah trpikir pun nk explore dunia plu ni..tp d sbbkn ko lahir generasi agak moden skit sbb tu la tym2 umo ko skrg dh pndai brjinak2 dlm dunia plu..*kira mcm budak2 zaman skrg la dh pndai maen smartfon* tp ak pun sokong nasihat diorg jugak jgn terlalu explore la ye..hehe

    *Respond pada pmbaca laen* Entri kli ni pnjng sgt ker?knapa aku rasa biasa je..hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyy Yoobi ! *Lelambai tangan*.
      Alaa takyah la nangis. Biar aku sorang je nangis sudah.

      After this aku kena stay away kejap kot dari all those apps. hmm.
      Thanks sebab baca :)

      Delete
  11. Agak panjang sikit berbeza dari biasa, tapi tak pe, teruskan menulis untuh luahkan segalanya yang terpendam. Kita samalah Scorpio!. Give me five!!. Pasal result exam tu, awak boleh tingkatkan pointer untuk next sem. Masih awal lagi ni, kena usaha lebih lagi k. You can do it!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi-5 lelaki seksi !
      Scorpio jugak rupanyaa.
      November boy jugak ! Geng la kita dengan Mr. Nov sekali !

      I hope so. Hmmm hopefully sem 2 aku tak lingkup.

      Delete
  12. skrg dah besar.. leh start plan dan create hidup tu jadi lebih menarik ek.. dgn cara selamat.. dah jodoh ayah kamu ada family baru.. try accept.. hope korang satu family bahagia bahagia je.. belajo rerajen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Shin.
      Hurmmm nak kata apa lagi.
      Benda dah jadi. I never discuss anything with him. Lantak dia laa. tapi kalau dah tak mampu why still nak kahwin jugak.

      Delete
    2. haa itu la org lelaki ( #eh )..

      jgn beratkan fikiran tu.. focus apa yak kamu wat sekarang utk org yak kamu syg.. especially your mak and family.. mmg susah nk terima kan.. shin pon x suka kalo jd camni.. tp kalo kamu susah susah pk.. tp xde yak leh di lakukan utk pulihkan keadaan.. better pasrah je la ek.. #sabokawan

      Delete
  13. Heyyy Mr. Unknown. I don't know how boleh terbaca blog ni. Btw, heyy it looks like kita ada history yang sama. Dibuli masa sekolah, badan berisi and guess what? Aku pun tak ada fathers and son relationship. Tak ada bonding tu. So agak kurang kasih sayang bapak jugakla. And semestinya jeles tgk kawan2 yg rapat gilaaa dgn bapak deorg. My parents pun divorce around 2011. Dan bapak aku kawen lain jugak dan tadaaaa ada adik beradik yg baru. Hmmm. Aku punya previous education pun kat form6 and now Alhamdulillah dh smbung degree jugak kt salah 1 university tkemuka. Cewah. How to contact you? Nak sembang2 lagi. Tu pun kalau sudi. Ikhlas ni nak bkwn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mr Em. Read my new episode okey.
      Aku ada p/s untuk you.

      Delete