Monday, December 29, 2014

Episod 24 : It's Final Examination !




Yup. You read it ! Student-student U sekarang including aku sedang dalam mood exam. HAHAHAH poyo je mood exam kononnya. Unless kalau kau student UMK kat Kelantan tu mungkin kau exam lambat sikit la dari student U lain. Member aku cakap diorang dah start cuti sem. Exam ditunda. Selamat bercuti buat kalian. Cabaran yang besar jugak buat mereka. Banjir yang melanda. Semoga tabah menghadapi ujian ini. So far yang aku tahu kebanyakan universiti start final exam hari ni, 29 Disember 2014. Cuma dengarnya UUM and UIA start lebih awal. Alah mana-mana pun sama jugak. Nak tak nak kau kena hadap exam tu jugak. Universiti aku pun start exam hari ni. First paper aku start this coming Wednesday, 31 Disember 2014. Sem 1 ni aku ada 6 papers nak kena hadap. Kinda nervous jugak. Tak boleh buat main. Nak bersaing dengan semua budak pandai. Kalau boleh tak nak la duduk bottom list. Nak jugak list atas-atas. HAHAHA. Plus ni sem 1 kot. Sepatutnya memang kena skor habis-habisan. Bila dah masuk sem 2 and seterusnya nanti akan jadi lebih tougher la setiap subjek tu. Abah aku pun kata dah kalau sem 1 pun pointer tak tinggi nanti sem akan datang lagi susah nak catch up pointer tu. Hurmmm. Kinda hard for me. Nak tahu sebab apa ? SPM dulu pun aku ada 1 subjek failed. Which was addmath. STPM dulu pun dalam setiap penggal ada jugak aku screwed up. Paling kurang pun satu subjek. But ok la sebab boleh repeat on that time. Kau just bayar je rm50 untuk satu subjek. Jadi bila dah masuk alam universiti ni aku jadi cuak la jugak. Aku takut terbawa-bawa benda ni sampai sekarang. What if tetiba ada subjek yang aku fail ? Walaweyhhhh ngeri !!! Tak nak repeat apa-apa subjek. Nanti membebankan next sem aku. Harap-harap semua berjalan lancar. Carry marks insyaallah ok kot. Dear final exams, please be good ! Cewah.

3 more weeks to go ! Agak taaa zabarnyaaaaa nak cuti sem. Last paper aku on 15 Januari 2015. The next day, 16 Januari tu memang aku balik rumah and my cuti sem is officially start la cerita dia ! Dah plan macam-macam dah cuti nanti. HAHAHAHA. Over gila kau ni Unknown. Exam pun tak lagi, kau dah plan meraban bagai nak rak. Cuti nanti nak workout sikit, sebab aku dah rasa berisi. Unacceptable di situ. Then nak pergi jalan-jalan. Nak dating dengan Mr. Crush saya*lalalalalala k bye*. So far yang tu jer la yang ada dalam kepala otak aku ni. Yang lain later-later la kot baru plan. Lastly, Meister Unknown merangkap tuan empunya blog yang agak hambar ini ingin mengucapkan GOOD LUCK dan ALL THE BEST kepada semua readers dan juga rakan-rakan blogger lain yang akan menduduki final exam untuk sem ini ! Semoga kita semua beroleh kejayaan dan kalau boleh dapat dean list la kot. Hiks. Hingga ketemu lagi dalam episod akan datang. Adios ~





p/s : Dean list tu aku rasa tak mampu nak capai. Coz I know my level. Aku cuma berharap sangat dapat pointer 3.00. Itu pun dah seribu nikmat dah.    

Thursday, December 18, 2014

Episod 23 : Another New Secret Reveal



Here’s the thing. Di petang hari yang lemau tadi tetiba Hans whatsapp aku. Previously watak Hans ni aku ada mention dalam Episod 20. Tak terkejut sangat pun. Sebab selalu sangat ber-whatsapp dengan bff aku yang satu ni. Dia cuti midsem sekarang. Ada kat rumah la. Tapi kali ni ayat dia lain macam pulak.


Then dia call.

Hans : Hello Unknown ! Hoi bila nak balik haa ??

Aku : Hello ! Maybe esok lusa kot. Depends on keadaan. So, what’s up ? apa yang rahsia sangat tu ? Meh cerita cepat !

Hans : Ermmm aku nak cerita something ni.

Aku : Yer. Cepatlah cerita. You can tell me anything la.

Hans : Aku pun sama macam kau jugak.

Aku : Sama macam mana ? Meaning ? Kau PLU jugak ?

Hans : Ha’ah. Oh my god malunya nak cerita kat kau.

Aku : HAHAHA I knew it ! Dah agak dah. Dari dulu lagi my instinct cakap yang kau ni pun PLU. But since kau tak buat apa-apa pengakuan previously, I thought that my instinct was wrong la. Dah mengaku ni kira betul la jangkaan itu.

Hans : Baru sekarang aku ready nak bagitahu kau. Takut kau tak boleh terima aku ke apa nanti.

Aku : Wow ! Kau boleh terima aku. So why not aku tak boleh terima kau pulak kan. No matter what happen we are still best friend. Tak kisahlah kau straight or PLU ke apa pun. Nothing will change. Hopefully.

Hans : HAHAHA thanks a lot ! Nanti kau balik kita kena jumpa. Banyak benda nak story.


Reaksi aku bila dapat tahu ni tak terkejut sangat pun. I’m okey with that. Kiranya dia percaya kat aku. Apa yang pasti tahun 2014 ni memang banyak mengajar aku bermacam-macam perkara. Which is beyond my expectation. Masih banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi di tahun-tahun yang mendatang. Moga aku berjaya harungi semuanya. Terasa makin poyo pulak ayat ni. Eh dah lah. Jumpa lagi dalam next episod. Adios ~



p/s : Study week bermula. Maka study lah kamu wahai Mr. Unknown. Target nak skor 3.00. Mampukah ? Masih lagi tak kelihatan untuk dapat angka itu. Moga kau berjaya.


Wednesday, December 10, 2014

Episod 22 : She's Back !

CintaHatiSaya*konon sweetlah save no. dia guna nama tu*


Di saat aku mula melupakan dia, dia kembali semula. Aku dah lama dah tak contact NZR. Oh ya ! kepada yang tak tahu, NZR ni crush aku time sekolah dulu. Even tak berapa nak lurus pun boleh pulak kau jatuh hati kat perempuan kan Unknown. HAHAHAH. Last sekali sekali aku contact dia during our birthday hari tu. Aku text dia. Wish happy birthday. That’s all. Tahun ni hadiah pun tak ada nak bagi kat dia. Yup. Dia reply text aku tu. Just “Tq. Happy birthdayyyyy toooooooo”. Obviously hambar sangat. Then conversation on that day tamat macam tu je. Oh ya masa hari tu pulak macam-macam bencana yang sangat musibat menimpa. Aku pun memang tak ada mood nak reply. So habis. Tetiba 5 Disember dia whatsapp aku. Aku dah lama dah send text kat whatsapp tu. Aku rasa hujung bulan 10. Saja test nasib. Padahal last seen dia bulan 8. Gila punya lama dia tak on whatsapp. Busy sangat barangkali. So macam terkejut jugaklah. Tetiba je whatsapp aku. Haishh. Aku dah nak move on kot dari dia.

On that night just chat seperti biasa. Tanya khabar. Tanya pasal life dia. That kind of topic. Dia ceritalah yang dia jadi MC untuk satu event ni. Dia nervous. Takut takleh buat. Hikss. Sama macam saya la jugak awak ni. Saya pun ada masalah nervous jugak. Ehhh tetiba. Dia pun ada cakap dia busy. Biasalah. Kerjaya seorang jururawat kat hospital kan. Dia still praktikal lagi. Aku faham dia mesti busy gila. Ada jugak tanya dia dah berpunya ke belum. HAHAHAHA. Dia kata tak. Dia yang sibuk mengorat doktor. Boleh pulak dia buat lawak. Tapi I can feel that ada orang cuba nak try dia ni. I don’t know. But my instinct said that. Instinct aku ni pun agak accurate jugak. All the best la untuk that guy. Tapi lepas dia whatsapp aku ni terus teringat balik moment-moment time form 6 dulu. Selalu je aku perhati dia. Bila lalu depan kelas dia wajib tengok dia. Setiap kali perhimpunan aku berdiri sebelah dia. Her smile. Her voice. Her eyes. Time tu semuanya special gila. HAHAHAHA. Tapi sayangnya tak ada gambar kenangan dengan dia. Ada sekeping jer la gambar yang sempat disnap. Tu pun tak lawa sangat. Lighting agak teruk. Agak-agak if aku jumpa dia lagi adakah feeling seperti itu masih wujud ? Atau dah completely gone ? Tapi tak tahu la bila boleh jumpa. Dia pun selalu busy. Taknak la kacau. Buat masa ni just remain friend je la. Dia pun tak ada bagi hint apa-apa. Aku pun bukan yang terbaik untuk dia. Dia akan jumpa lelaki yang lagi baik dari aku. Ok dah la. Makin tak ada hala tuju dah episod kali ni. Adios ~




p/s : Tengah fikir hadiah birthday yang best untuk Mr. Crush saya tu. Tak tahu nak bagi apa kat dia.





Sunday, December 7, 2014

Episod 21 : Pitch Perfect 2 !




Hell yeahhh ! The Barden Bellas bakal kembali menggegarkan pentas acapella ! Aku dah super excited and aca-excited bila tengok thriller ni ! Bapak ahhh. Awesome kot. Lama tunggu sequel ni. Tapi still kena tunggu lagi sebab filem ni release tahun depan sekitar bulan May. Tarikh masuk Malaysia tak pasti pulak. But for sure aku nak tengok kat pawagam nanti ! Actually thriller ni dah release lama dah. Aku yang baru nak update kat sini. Lembab gila kau ni Unknown. Season 1 keluar on 2012. 2 years back. Aku pun tak pernah tahu pasal kewujudan filem ni until one fine day member aku si Bahiah ni inform kat aku.

Bahiah : Unknown ! Kau kena tengok Pitch Perfect ! Best kot cerita tu ! *dengan muka excited tahap super saiya.*

 And I was like 

Aku : Huhh ? movie pasal apa tu ? tak pernah dengar pun. Best ke ?*sambil buat muka bosan.*

Bahiah : Weyhh best ! aku tahu kau suka genre musical comedy. Kau mesti suka punya. Nah pendrive. Balik nanti kau kena tengok ! WAJIB !

So balik tu aku tengoklah. Dan yeahhhhhhhh !!!!!!!! BEST GILAAAAAAAAAAAAAAAAA ! ok terexcited tiba-tiba. Apsal aku tak pernah tahu pasal kewujudan filem ni entah. Seingat aku tak ada pulak masuk dalam iklan kat TV. Entah. Aku busy sangat barangkali sampai tak perasan. Release tahun 2012. Baru check release date filem ni kat Malaysia is on 15th Nov 2012. Time birthday aku kot T_T sob sob sob. Tahun 2013 baru aku tengok rupanya. Ketinggalan zaman.

Ok pada yang tak tahu tu meh nak explain sikit. Pitch Perfect ni filem bertemakan muzikal komedi. Bila dah muzikal tu of course la ada nyanyi-nyanyi. Apa yang menariknya ialah semua lagu yang diorang nyanyi ni tak guna alat muzik. 100% via mulut. That’s why they called it as acapella. But dalam filem aku tak sure la pulak if diorang guna alat muzik ke tak. Maybe ada kot. Cerita ni mengisahkan tentang…. Ok malas type. Mohon tanya uncle Google. Tak function pulak nak explain synopsis filem yang dah release sekian lama ni. Dalam Pitch Perfect 2 nanti semua watak lama dikekalkan. Nasib baik taka da re-cast or something. Kira semua watak ada la kot. Ada penambahan ahli dalam Barden Bellas. 2 orang. Aku agak tu mungkin budak freshie yang baru daftar la kot. 

Hopefully Freddie Stroma pun ada jugak nanti. Dalam season 1 dia sekadar watak tambahan. Jadi DJ kat stesyen radio kolej tu ha. Kira tak penting sangat pun. But he is totally bapak charming gila !! Dengan six packs lagi. Perghhh ! HAHAHAAHA. Kalau ada lagi bolehlah cuci-cuci mata tengok beliau nanti. 

Freddie Stroma as Luke !


Ok malas nak merapu panjang dalam post yang hambar ni. Jom layan official thriller movie ni. 



p/s : Final semakin dekat dah. Perghhh. Rasa macam baru daftar masuk je hari tu. Haishhhh.