Monday, August 25, 2014

Episod 12 : The Phone Call

Hari ni sesi membeli barang-barang keperluan nak masuk U. Perghh gila banyak jugak la. Dah macam nak pergi oversea dah ni. Ok hiperbola sangat statement tu. Tapi bolehlah. Banyak jugak. Dah lama tak beli barang banyak-banyak macam ni. So dah almost settle dah part barang keperluan. Adalah sikit-sikit lagi yang nak dibeli. Esok lusa boleh settle. 

Di tengah hari yang buta ini tetiba dapat phone call. Siapa pulak call aku ni. Nama Syah tertera kat screen phone aku. OK Aku dah macam gelabah jap. Terflash back scene episod 10 hari tu. Perasaan berdebar tu datang balik. KEBABIAN apakah ini ? Dalam hati ni dah cursed macam-macam dah. Pe hal kau tetiba call aku ni Syah. Aku dah la ada feeling syok kat kau. Nak angkat ke tak nak angkat ke tak ? Then, I choosed to answer his phone call. Mana tahu kalau – kalau ada emergency or something *Actually nak dengar suara dia jugak. K bye*. Tarik nafas dan hembus nafas lalu jawab.

Syah : Hello weyh. Assalamualaikum. 

Aku : Hello. Walaikumsalam. Kenapa call ?

Syah : Aku nak tanya kau ni. Official letter dah sampai ke belum ?

Aku : Aku kat luar ni. Ermm tapi aku rasa tak sampai lagi kot. Maybe hari ni or esok baru sampai. Apsal weyh ?*cuba untuk panjangkan conversation dengan dia*

Syah : Oh ya ka. Okey. Aku nak isi PT ni.

Aku : Oh. Kau isi jer terus. Tak payah tunggu surat tu. Info yang berkaitan dengan surat tu kau takyah isi. Just biar jer. Ramai buat macam tu.

Syah : Okey. Alright nanti aku isi. Thanks weyh. Aku cuak jugak surat tak sampai ni.

Aku : Relax la Syah. Esok lusa sampai la kot. Ok weyh. Aku ada hal. Apa-apa hal call aku. *I need to end the conversation. Dah nak termelting dah*

Syah : Okey. Bye.

Lepas habis tu aku dah macam apa jer. Rasa bersalah semua ada. Macam bodoh pun ada. Syah tu kawan engkau kot Unknown. Yang kau nak termelting kat dia dah kenapa ? Lawan okey ! Jangan nak buat kerja gila nak crush kat dia bagai. All of sudden pulak tu. This is totally wrong ! ARGHHHHHHHHHHH ! Harap feeling ni hilang la nanti. Yeah hopefully !  Adios ~


p/s : Aku dah lama tak contact crush aku NZR tu. It just like aku dengan dia dah semakin jauh. Dia pun macam nak tak nak je contact aku. Aku sayang dia tapi entahlah. Macam hopeless nak dapat dia. 


Saturday, August 23, 2014

Episod 11 : The Guilty Pleasure

A guilty pleasure is something one enjoys and considers pleasurable despite feeling guilt for enjoying it. – Wikipedia.

Guilty pleasure. Dah pernah dengar dah. Paling latest dengar from promo Devious Maids season 2 kat channel 722 tu. Terus aku terpikir apa guilty pleasure yang aku ada. Kiranya guilty pleasure ni satu benda yang kau suka buat but akan menyebabkan kau rasa bersalah dan tak nak ada orang sekeliling kau yang tahu. Mungkin sesetengah orang suka buat benda yang memalukan. Dah dia suka. Lantak dialah. Bila dia dah buat dia taknak la orang lain tahu. Aku listkan 5 guilty pleasure aku :

#1 Jadi stalker di laman sosial

Aku tak tahu kenapa aku suka buat benda ni. Dah jadi satu habit dah. Usually aku stalk jejaka-jejaka kacak dan tak lupa jugak stalk profile NZR kesayangan aku tu. So far Fb and Twitter jer la yang aku gunakan untuk aktiviti ni. Instagram, wechat, whatsapp takdak pulak lagi. Handphone cikai ni mana nak ada semua tu. Ramai jugak yang aku stalk. Aku stalk pun secara randomly. Tetiba nampak yang sedap mata memandang then bermulalah aktiviti ini.

#2 Cuci mata

Where ever I go I will cuci mata tengok jantan. As long as sedap mata memandang dan kena dengan taste aku. Aku akan usha dia lama-lama. Ada satu attraction yang sukar untuk aku gambarkan. Rasa seronok tengok mereka. Manusia ni bermacam-macam jenis. Ada yang sangat bergaya dan ada jugak yang dah macam mangsa fesyen. But kalau rupa dah kacak tu jadi mangsa fesyen pun orang tetap akan kata dia kacak. Port best untuk aktiviti ini ialah di tempat jogging dan mall.

#3 Usha bontot lelaki

Ok ni sumpah pervert gila. Macam dah takda benda lain aku nak tengok. Kebiasaannya aktiviti ni berlaku serentak dengan #2 tu. Mula pandang muka then mata ni akan bergerak ke bontot mereka. Bagi aku bontot lelaki ni merupakan satu aset yang bernilai *ok tak payah nak bernilai sangat la kot*. Ikut hati ni nak je aku pergi raba terus. Aurmmmmmm Aummmmmmm. HAHAHA. Sangat turn on tengok bontot orang lama-lama*lagi-lagi kalau nampak outline brief yang dipakai. Grrrr*.

#4 Hidu bau perfume lelaki

Bila kau lalu sebelah lelaki lain automatically kau boleh hidu scent perfume@deodorant dari badan mereka. YES ! Aku suka buat benda ni. Aku kadang-kadang tu siap main teka lagi mamat ni pakai perfume jenama apa. Sesuatu yang wangi itu seronok untuk dihidu. Kalau lalu sebelah bangla jangan cuba buat aksi ini. Nanti kau menyesal.

#5 Boxer or brief ?

Bila terserempak dengan mana-mana lelaki, soalan ni akan terus terdetik di kotak fikiran aku. Ada satu naluri ingin tahu yang dia ni pakai boxer ke brief. Aku sendiri tak boleh nak explain apsal aku suka buat benda jadah ni. Tapi pada aku, lelaki yang pakai brief itu seksi. Ok bye.



Top 5 ni yang kerap aku buat. Ada banyak lagi actually tapi macam tak berapa sesuai untuk dikongsi. But the truth is even aku rasa nikmat buat semua ni, deep inside aku still rasa guilty aka bersalah tu. Nama pun guilty pleasure. Misalnya #2 tu. Kenapa aku mesti suka tengok lelaki ? Why not perempuan ? Pernah jer cuba tapi aku tak rasa apa pun. Sekelumit nafsu pun takda bila tengok perempuan ni. Sangat berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampaikan aku terpaksa cover up yang kononnya macam aku pun suka tengok boobs perempuan. Hakikatnya tak ! #3 tu pun aku cuba untuk kurangkan. Takda la 24 jam nak tengok bontot lelaki je. But kadang-kadang aku masih tewas dengan nafsu. Apa-apa pun better kita cuba dari tak cuba langsung. So, what’s your guilty pleasure ? Adios~



p/s : Masih dalam proses untuk menyiapkan kelengkapan nak masuk U. Then terpikir, agak-agak nanti bila dah start belajar sempat lagi ke aku nak update blog ni ?

Monday, August 18, 2014

Episod 10 : When Someone Care About You !

Hari ini aku melawat office sekolah. Nak settlekan a few things. Masa kat office tu terserempaklah dengan kawan sekelas aku. Let just call him Syah. Serba sedikit tentang Syah ni. Dia budak sukan aka atlet sekolah. Sangat bergiat aktif. But during form 6 dia kurangkan dah sukan-sukan bagai ni. Focus on study. And YA! dia sangat genius ! Pointer dia pun tinggi jugaklah. Sangat kaw dengan subjek Sejarah. Dia ingat banyak fakta. Aku kalau Sejarah memang lemau. Thank god tak failed jer ! Since dia ni atlet la katakan, badan pun kategori muscular aka sador jugaklah bagi aku. Aurmmmm Aurmmmm. Okey pervertnya aku. 

Frankly cakap dia ni memang straight. Ada awek dah pun. Tak pernah pulak aku nampak tanda-tanda yang menunjukkan dia ni 'bengkok'. Obviously, memang mustahil dia 'bengkok'. Unless dia ni memang sangat menjiwai watak dalam berlakon menjadi mamat straight. . Actually time sekelas dengan dia dulu kami biasa je. Kawan biasa. Not to close sangat.

Ok enough with serba sedikit tentang Syah. Lepas nampak dia aku pun tegurlah. Salam tangan semua. Makin sador pulak Syah ni. Seingat aku tak la sesador ini masa dulu-dulu. Tak lama pun jumpa dia. Sekejap saja. Then dia blah and aku continue dengan urusan aku tu. After dah settle urusan tu aku pun nak gerak dah. Back to my working place. Time nak start enjin motor tu tetiba ada nombor misteri call phone aku. And I was like "Nombor siapakah ini ? ". Sebab takdak save dalam contact. Aku jawab. Rupanya Syah call aku. Berikut adalah sesi perbualan kami yang singkat itu.

Syah : Hello ! Weyh kau kat mana ?

Aku : Errr aku kat depan sekolah. Apsal ?

Syah : Kau buat apa lagi ?

Aku : Aku siap-siap nak baliklah. Aku kerja lepas ni.

Syah : Oh ye ke. Ermm weyh apsal aku tengok kau makin kurus sangat ni ? Dah tak comel aku tengok. *dengan nada suara yang aku rasa macam someone yang gila punya caring kat aku*

Aku : *aku terdiam sebenarnya. mamat ni dah kenapa tetiba jadi caring pasal aku ni ?* Eh mana ada kurus. Gemuk lagi la.

Syah : Ermm okey lah weyh. Nanti apa-apa hal contact aku tau.

Aku : Eh ni nombor kau ke ?

Syah : Tak. Nombor bapak aku. Nombor aku la ngek. Ok bye.


Seriously aku tak expect la dia nak cakap macam tu. Memang aku takda save nombor dia. Dia ada la mintak nombor aku. Part dia jadi caring tetiba tu la yang membuatkan aku ter-melting secara tak langsung. Ada ter okeyh. Tak sengaja. Bukan sengaja ! Dulu memang aku agak berisi. Sekarang dah kurang berisi sikit dah. Dia pun pernah je mention aku comel la bagai dulu. Tapi kali ni dengan nada berbeza. Nada caring. Macam someone special yang care kat someone. Ha nampak tak aku dah merapu kat sini. Rasa disayangi pulak. HAHAHAHAHA ! Then kat tempat kerja aku cerita la scene atas ni kat Hazie. 

Dia bahan aku terus. Siap buat tuduhan kata aku gay lagi. Which is betul cuma aku tak reveal kat dia jer lagi. Ikut hati ni nak je aku jerit kat muka dia pasal rahsia ni. Tapi better not kot. Jadi, Unknown mohon tahan diri kau dari reveal dark secret ni kat Hazie. Aku rasa episod kali ni more to macam syok sendiri aka perasan. HAHAHA Over the top sangat kalau si Syah tu nak caring pasal aku. Okey sampai sini sahaja episod kali ini. 

Adios~



p/s : Ermm actually Syah pun dapat IPTA yang sama dengan aku. Cuma kos yang berbeza. Mohon doakan agar aku tak terjatuh hati, jatuh chenta, tercrush and etc kat dia masa di sana nanti. Mesti awkward gila babi kalau jadi betul-betul.

Friday, August 15, 2014

Episod 9 : Tahniah !

Alhamdulillah syukur sangat
Seperti yang aku ceritakan dalam previous episod hari tu result UPU dah keluar. Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat di one of the menara gading. Aku tak sangka akan dapat belajar kat Universiti ni. Shocked jugak lah. Universiti mana kau dapat weyh ? Ermm biarlah rahsia dulu. Tak ready lagi untuk dikongsi. Kos apa kau dapat ? Ala kos biasa je. Tak grand mana pun la. Apa yang pasti aku dapat tawaran belajar sana. 

I'm gonna be a mahasiswa after this. Kinda excited and a bit nervous ! Tak pernah jejak kaki ke universiti la katakan. Tapi pada masa yang sama aku sedih jugak tengok nasib kawan-kawan aku yang tak dapat tawaran universiti. Mostly budak kelas aku memang ramai giler tak dapat. Ada setengah tu pointer elok je. Kos pun tak tough sangat. Tahun ni pulak kerajaan kurangkan intake students. Memang agak terasa la kesannya pada kami semua ni. Hazie*rakan sekerja aku* pun tak dapat. Menangis la minah tu. Giler tak sedih. Dia berharap sangat dapat sambung. Geng aku pun ada dua orang tak dapat jugak. 

Elhak dengan Raj. Memang frust la. aku doakan mereka dapat tawaran untuk rayuan UPU ni. Kalau boleh nak tengok la semua kawan-kawan aku sambung belajar. Baru best. Tarikh lapor diri pun dah makin dekat. Banyak jugak la preparation yang perlu dibuat. Aku risau gila if tak sempat prepare semua ni. Stress jugakla. Banyak Prosedur nak kena ikut. Biasalah, nama pun nak jadi mahasiswa aka budak U. Of course la ada cabarannya ye dak. Aku just harap once aku dah masuk sana aku dapat adapt la dengan lifestyle baru nanti. Kalau homesick tetiba susahlah pulak kan. Sampai sini dahulu episod kali ni. Banyak benda belum settle. 

Adios ~

p/s : Aku tertanya-tertanya apa bendalah aktiviti yang ada time orientasi week nanti. Hurmmmmm.


Monday, August 11, 2014

Episod 8 : Penantian Yang Bakal Berakhir

Esok mesti error punyalah sistem diorang ni

Setelah 9 bulan menanti, akhirnya besok akan menentukan segalanya. Kalau ibu mengandung ni kira dah boleh bersalin dah. Tak tahu la sama ada aku bakal menerima berita gembira atau berita sedih. But hopefully yang gembiralah. Tak nak arr berita sedih. 

Harap dapat la merasai life di universiti. Which is aku tak pernah rasa langsung. And aku nak buktikan yang budak form 6 ni pun layak untuk menjejakkan kaki di sana. Mudah-mudahan aku dapatlah kos yang paling sesuai dengan aku. Jangan dapat kos lelong sudah. Naya hidup woo. Doakan yang terbaik untuk aku. 

Right now aku rasa sangat cuak, nervous, suspens, ngeri semua dah bercampur aduk. Lemaih perut orang utagha kata. Esok bakal mengubah segalanya. Wish me luck guys ! Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi dah. 

Adios ~

p/s : Pada ketika ini aku masih menanti sms good luck wish or all the best ke apa from my crush, NZR. Ermmmm tapi rasanya macam tak ada jer ni. (T_T)


Thursday, August 7, 2014

Episod 7 : To Tell or Not To Tell The Truth



In previous episode*rujuk episod 2* aku ada story pasal kawan sekerja aku yang tanya soalan maut tu. And guess what sekarang ni makin kerap dia tanya. Minah ni dah kenapa asyik tanya-tanya soalan tu. Naik rimas pun ada. Ok let just call her as Hazie. Scene hari ni bermula begini. Aku just puji yang pakwe dia tu agak hot. Tak la hensem sangat. Tapi sedap la mata memandang*kantoi la usha pakwe orang*. Lepas tu terus Hazie tanya "Aku tahu kau gay kan ? eleh mengaku jer lah. Kata open minded." Then dia gelak. Cibai betul. The worst thing is aku jadi speechless. Tak mampu nak bangkang or anything. Aku terdiam. rasa awkward jugak la. Terus aku tukar topik lain. Aku tak mengiyakan atau menidakkan. Hazie ni pun entah apsal la asyik tanya soalan tu. Girl instinct overdose ke apa ? Lepas situation tu terus aku terfikir, should I tell someone the truth ? Kebenaran yang sebenarnya aku ni tak berapa lurus ? At least aku ada someone yang boleh aku share problem aku. At least dapat bagi moral support or something. Mungkin aku patut beritahu Hazie. BAAMMMMM semua soalan tu datang. Kinda in dilema right now. Sebab dah lama aku simpan rahsia ni. Mungkin bila aku ada kawan yang tahu pasal ni aku boleh jadi normal balik. Sapa tahu kan. Tapi terlalu risky. Hazie tu perempuan. When girls start to gossip, they will reveal everything. Semuanya akan bermula dengan ayat "Aku citer kat kau sorang jer ni. Sebab aku percaya kau. Engkau jangan citer kat sesapa pulak taw." BULLSHIT sangat ! Plus, manusia ni ada satu habit untuk judge orang. Even aku pun kadang-kadang macam tu jugak*aku mengaku benda ni*. Mula-mula memang la dia kata open minded bagai. But bila dah tahu mulalah nak judge itu ini. Kadang penat jugak simpan sorang-sorang ni. Aku perlukan someone untuk share rahsia ni. Tapi tu la. Even kawan baik pun belum tentu dia boleh terima. Silap-silap boleh hilang kawan. Tapi bila dah tulis kat sini rasa kurang jugak la bebanan. But still, aku tertanya-tanya patutkah aku reveal perkara sebenar kat Hazie ? Or just keep it as a secret coz some secret better be a secret ? 

Sebarang pandangan boleh dikongsi dalam ruangan komen.

Adios ~


p/s : Blog aku ni agak tak menarik jugaklah. Sorry sangat ! Actually aku tak tahu sangat nak ubah setting-setting ni semua. Belajar sikit-sikit jer baru. Seronok tengok blogger lain decorate blog mereka. Kreatif betul!


Sunday, August 3, 2014

Episod 6 : Top 3 Soalan Raya 2014

Ok firstly SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Seminggu jugak aku tak update blog ni. Busy beraya. Balik kampung. Jalan beraya sana sini. Aku follow jer lah family aku pergi beraya. Firstly sebab geng-geng aku ramai yang takde kat sini. So aku alone kalau stay. Secondly, It's not just raya things, it's duit raya !! Yes aku perlukan duit. HAHAHAHA. Agak lucky jugak la sebab aku masih terima duit raya tahun ni even dah nak masuk angka 20. Rezeki jangan ditolak. Terima sajalah. Duit kot. Rugi la kalau tak ambil. Bila dah beraya merata ni macam-macam soalan jugaklah yang ditanya oleh sedara mara dan jugak tuan rumah. 4 soalan ni paling kerap ditanya. 

1. Sekarang tengah buat apa ? Maksud soalan ni actually study kat mana sekarang ni ? 

"So far tengah tunggu tawaran nak sambung degree kat IPTA. Sementara tunggu tu kerja part time jap sekarang ni." *then senyum untuk menyedapkan suasana*

2. Umur berapa dah sekarang ?

19. "Hujung tahun ni genap 20 tahun. "*aku syak soalan ni untuk pastikan sama ada layak atau tak layak terima duit raya. HAHAHA Tak pun muka aku ni nampak tua or muda sangat kot. *


3. Dah ada awek@girlfriend ka ni ?

Mungkin nak tanya bila nak kahwin macam terlalu awal so soalan ni la yang kerap ditanya raya kali ni. And I was like tersentap jap soalan ni. Dengan jujurnya aku jawab "masih single. Tak ready untuk sebarang relationship pun lagi." Ayat propa gila vavi arr. Orang sekeliling takkan tahu rahsia sebenarnya. Diorang akan anggap aku straight macam pembaris la. Plus, budak-budak remaja macam aku ni selalunya dah ber-awek bagai. So orang yang tanya tu pun pikir macam tu la kot. Actually ada feeling nak couple bagai nak rak tu. Tapi aku masih failed nak pikat perempuan. Aku sendiri pun tak tahu step nak start relationship ni semua. That's why sampai sekarang aku tak confess lagi kat crush perempuan aku tu. Plus lagi aku ni pun PLU. Memang susahlah nak ada awek. Apa function ada awek kalau mata still nak usha jantan ? Ye dak ? Menipu diri sendiri dan jugak perasaan perempuan lain. Jadi lagi baik aku single.

Bercakap mengenai crush aku(NZR) tu, ha baru teringat kejadian malam raya lepas. On that night aku sms la kat dia wish raya bagai. Dengan harapan dia akan reply and we gonna have a great conversation after that. Yela dia tengah cuti pulak time tu. Perancangan aku macam tu la. Lepas dah sent tu aku tunggu reply dari dia. The kecewa part was dia tak reply langsung. Ok sadis. Penantian yang menyedihkan. Takpe la dah dia tak nak reply. Tak kan nak paksa kot. Bila dah berjalan raya ni of course akan jumpa ramai jejaka yang hot lagi boommm. Memang best la dapat cuci mata. Sekadar cuci mata melihat keindahan wajah mereka sahaja. Takda la sampai aku nak inzal ke apa bila tengok dorang. Erkkk ? Boleh caya ke ni ? Okey mengaku ada la sikit perasaan ghairah tu. But still aku cuba control nafsu bengkok ni. Sejuk je mata memandang mereka. Macam dah jadi habit aku untuk usha lelaki. Even ada perempuan pun aku still akan tengok lelaki dulu. Haishhh bila nak jadi straight entah. Sampai di sahaja coretan kali ni. Hingga bertemu lagi di lain episod. 

Adios~

P/s : Result UPU dah nak di-announce dalam bulan ni. Maybe 3rd or 12th August. But aku rasa 12th kot. Apa-apa pun just hope for the best !