Tuesday, September 6, 2016

Episod 82 : Dario V – The Vacation


Previously in episode lepas aku ada mention pasal vacation antara aku dan Dario. So episode ni akan menceritakan mengenai percutian kami. Vacation ni pada mulanya tak dirancang pun. Rancang tak rancang macam tu la lebih kurang. Mulanya ada ramai lagi yang nak join but end up semua cancel. Maka tinggallah aku, Dario dan kawan Dario, Hairi. Kami bertiga. Lokasi di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. 

Spoiler alert : Ini bukan kisah threesome kami.


A few days before vacation,
Aku : B ingat nak buat kek kat sayang. Ok tak ?

Dario : Tak nak ah. Orang tak makan kek sangat. Buat spageti boleh ?

Aku : Nak spageti ? Boleh je. Ok B buat spageti.

Day 1

Pagi tu aku bangun pagi and masak kuah spageti. No Prego okeyh ! Kuah homemade sangat. Siap letak dalam bekas as bekalan lunch. Dario pula bertolak dari ibu kota dengan Hairi ke rumah aku. Yup. Dia ambil aku dahulu. Around pukul 2.00 pm diorang sampai and pick up aku. Berselera tengok Dario makan spageti tu. Dia cakap sedap sangat. Hiks tersipu-sipu malu seorang Dominic Unknown apabila masakan beliau dipuji. Kitorang pun bertolak. Sampai di sana kitorang check in kat hotel bajet terletak di kawasan Little India yang harga agak affordable. Sorang bayar RM65. Dapat bilik dengan 2 katil. 1 katil queen bed dan satu single bed. Bilik aircond. Kira puas hati. Well of course la aku dan Dario tidur yang queen bed. Single bed tu untuk Hairi. Hairi ni pun PLU juga. So memang dia tahu la hubungan aku dan Dario. Lepas check in kitorang rest kejap kat bilik. Sempat la tidur satu round. Rindu buah hati. Maka tidur pun sambil cuddle dengan dia. Tapi takda la tunjuk depan Hairi. Pandai-pandai laki kitorang cover line. Tepat jam 6 petang. Kami bertiga decide nak ke Padang Kota. Penang kot ! Food hunting itu perlu ! kebetulan kat bahagian bawah hotel kitorang stay tu ada mamak jual makanan goreng-goreng and some indian punya manisan. 
That samosa memang sedap !

Ada gerai jual minuman kat situ jugak. Alang-alang tu aku pekena la Teh Susu lembu fresh. Bukan susu tin. Ikat tepi baq hang. Memang sedap. Rasa lemak susu tu. Tapi bila minum banyak jadi muak. 
Yummeyh !

Kat Padang Kota pula ada Mee Sotong dan coconut shake famous area situ. Food court ni bukan yang sebelah pantai. Tapi kat sebelah bangunan lain. Mee Sotong Hamid Patta ni memang sedap. Aku dan Dario kongsi makan. Sebab taknak makan banyak sangat.  Mee sotong plus coconut shake harga RM 7 sahaja !
Mee sotong and kelapa goncang. Ehh
Pokemon memang banyak kat Penang. Memang best jugalah vacation sambil tangkap pokemon. Pokestop pun banyak. Lepas makan tu kitorang decide pergi Batu Feringgi. Ada nightmarket kat situ. Perjalanan ke Batu Feringgi ambil masa dalam lebih kurang 30 minit macam tu. Sampai sana kitorang berjalan area pasar malam situ. Actually not so tipikal pasar malam. Mostly jual barang-barang cenderamata, beg, casing phone, fridge magnet and other stuffs. Makanan tak ada sangat pun. Kitorang sekadar cuci mata sahaja. Lepas tu jalan kat pantai kejap pijak-pijak pasir. Sambil pegang tangan Dario. Malam-malam tak ramai orang plus gelap. Tepi pantai. Yakinlah sikit nak pegang tangan dia. Lepas tu kitorang lepak kat Starbuck tepi pantai tu. Around pukul 11 malam kitorang balik ke hotel. Badan pun dah penat. So nak berehat. Nak melepaskan rindu dengan Dario. Ehh. Sampai kat hotel, aku and Dario mandi sama-sama. Jimat air sikit. HAHAHAH. Lepas mandi buat apa lagi ? Ehh rahsia. LOL.

“korang dua jangan nak buat bunyi pelik-pelik erk. Buat senyap-senyap sudah.” – Hairi, 2016.


Day 2

Pagi menjelma. Kitorang decide nak terjah ke Bukit Bendera. Ada kereta kabel kat sana. Boleh naik sampai puncak. Lepas dah bersiap apa semua kitorang gerak cari breakfast dulu. Lapor weyh. Kerja keras malam tadi. HAHAHAHA. Menurut carian Google, Transfer Road kat Penang sangat popular dengan menu sarapan Roti Bakaq Teloq Goyang depa panggil dengan Roti Canai Banjir ! Sounds damn sedap ! Dengan bantuan waze kami terjah ke lokasi tersebut ! Walaupun dah hampir jam 11 pagi, tetap full baq hang ! Memang ramai orang dok mai. Famous sungguh la kot. Nasib kitorang agak baik sebab ada customer settle makan and blah. Terus duduk la apa lagi. Aku pun pergi order 2 set Roti Bakaq Teloq Goyang dan juga satu roti telur kuah banjir. 


Roti Bakaq Teloq Goyang 

Roti Teloq Banjir

Hairi order roti telur double ! Basically roti bakar tersebut dibakar menggunakan kayu arang. Kira klasik style orang kata. Then lepas tu disapu dengan mentega dan juga kaya. Kemudian dipecahkan 2 biji telur separuh masuk di bahagian atas roti. Perghhh ! Memang terbaikk ! Satu set roti bakar berharga RM3.50. Roti canai banjir pula lagi banyak variasi. Oh ya kedua-dua kedai ni different owner. Tapi bersebelahan. Ok back to roti canai banjir, apa yang specialnya roti canai kat Transfer Road ni korang boleh makan dengan ayam seketul atau pun daging atau pun ikan *ikan ada ke erk ? lupa dah*. Kiranya bukan takat banjir dengan  kuah malahan ada lauk sekali. Tapi harga kira lain la yang tu. Roti canai banjir ayam seketul aku tengok harga dalam RM 5 lebih macam tu.

Perut pun dah kenyang. So kami bergerak menuju ke Bukit Bendera. Baru sekerat jalan tetiba hujan turun dengan lebatnya. Maka plan ke Bukit Bendera ditunda dahulu. Dario suggest kami pergi ke pusat beli belah, Queensbay yang terletak di Bayan Lepas. Kat KL pun dah pergi mall, time vacay pun nak pergi mall. Haishhh pelik-pelik sayang aku ni. Aku turutkan je la. Lagi pun dia yang drive. Dalam Queenbay, kami bertiga sekadar pusing-pusing dan cuci mata tengok barangan dalam tu. Hujan pun dah berhenti. Aku cadang kat Dario supaya kitorang pergi ke gerai cendol yang popular di Penang ! The Famous TeoChew Cendul ! AKu pun tak pernah pergi. So sekali lagi waze digunakan. Dalam perjalanan ke sana aku as co-pilot kononnya duduk sebelah Dario pantau waze. At the same time aku bukak app Pokemon Go. If ada Pokemon boleh catch. Sampai kat satu jalan yang ada lorong ni tetiba aku salah faham dengan waze menyebabkan kereta kami belok ke kanan instead of belok kiri. Jalan sebelah kanan tu pulak menghala ke keluar dari Penang. Kira tu jalan ke jambatan penang. Memang no U turn ke apa. Dario was mad at me. Fine aku salah sebab tak focus. But still aku memang keliru dengan waze sebab jarang guna :( . In fact I never used it before ! haishhh. Kitorang dah keluar dari Penang dan terpaksa patah balik. Yup that time memang full with negative aura dalam kereta. Dario diam je. Aku pegang tangan dia and minta maaf.
Kitorang pun sampai kat gerai cendul tu. Ramai jugak orang. Tengah hari kan. Beratur jugaklah nak dapatkan semangkuk cendul. Oh ya kedai ni memang kedai cina but halal. Ok fine aku tak sure exactly but there was a lot of malay people there and plus from google search ramai yang suggest gerai ni. 


So I go with halal ! Dapatlah 3 mangkuk cendul. Makan kena berdiri sebab kedai full. Semangkuk cendul tu aku lupa exactly harganya tapi below RM5. Standard harga cendul. Rasa cendul pun sedap. Lemak santan and manis gula Melaka sangat balance. Sesedap rasa ! 


CENDUL !!

Kalau nak makan pula ada jual menu seperti rojak, assam laksa, kuetiau goreng dan juga Chinese style cuisines yang lain. Aku ni pulak penggemar laksa so aku decide untuk try assam laksa diorang. Sebab nampak macam lain sedikit dari laksa melayu. YES ! The taste was magnificient ! Sedap weyh ! Serius tak tipu ! Laksa tu memang tak sama macam laksa melayu yang tipikal tu. Kuah dia memang rasa ikan but still there are different. 


Damn Nice Laksa !

With the mixture of some vegies and also nenas, otak udang ! it turn out to be damn sedap gila ! Laksa diorang pun berbeza. Agak kenyal sedikit. Memang sedap. First time makan laksa using chopstick ! excited ! Hairi suruh aku try makan kuetiau goreng situ tapi aku tak berapa nak berani pulak makan. Risau juga kalau ada certain bahan-bahan yang mengandungi pork ke apa. Yes I’m kinda like tipikal malay yang takut termakan babi.

Lepas settle situ, cuaca pun kembali elok seperti biasa. Kami decide untuk ke Bukit Bendera ! setibanya di sana kena beratur sebab ramai orang. Ada pilihan jugak kat sini. Korang boleh choose untuk guna fast lane which is tak perlu beratur lama. Tapi harga tiket RM30 satu kepala untuk fast lane. Kinda mahal. Kami tak rush so beratur je la. Aku bawa student card, so dapat harga RM5. While Dario and Hairi lupa nak bawak so tiket diorang berharga RM10 each. Perjalanan dalam kereta kabel tak ambil masa yang lama. Setibanya kami di puncak Bukit Bendera, kami disapa dengan udara dingin yang menyegarkan. Sejuk je rasa. The view was awesome ! Memang cantik ! 






Lepas tu kitorang pusing-pusing area situ. Ada la satu kawasan berpagar ala-ala dalam cerita Korea punya tempat. Konsep letak lock kat pagar tu. Kat lock tu kau tulis la nama kekasih kau kat situ. Tapi kalau nak jimat bawak sendiri je la mangga tu. Kat atas ni memang dorang caj harga macam pelancong la kisahnya. 
Kau kunci hatiku


Tiang

Ada juga sebuah bench yang disediakan untuk duduk. Kira macam nice la kalau kau duduk dengan partner kau kat kerusi tu. Sweet je nampak. HAHAH. Ada jugak food court kat situ. Macam-macam menu ada. Oh ya. Muzium Burung Hantu pun ada. Tapi kitorang tak masuk pun. Banyak berjalan-jalan menikmati suasana di atas Bukit Bendera.

Settle Bukit Bendera, kitorang turun and bergerak pergi terjah cari makan malam. Turun pun dah pukul 6 lebih. Target nak makan Nasi Kandaq Deen Maju ! One of the famous Nasi Kandaq in Penang ! Bukak setiap hari jam 2 petang hingga malam. Bukan 24 jam. Nasi kandaq ni memang dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk ! Semua memang terbaik la baq hang ! Kuah banjir campoq ! Padu weyhhh ! Ayam goreng rempah pulak lagi ! Terangkat ! Terliur pulak bila teringat balik. Memang puas hati. Harga pun below rm10. Tapi depends jugaklah pada lauk yang kau ambik.
Beratoq dulu naa

Lauk pauk yang dijual

Terangkat !!!


Perut pun dah kenyang then kitorang gerak ke Gurney Paragon. Banyak Pokemon juga sini. HAHAHA. Ada Food truck gathering juga. Tapi agak hambar. Mostly Chinese yang meniaga. Tapi seriouslah memang hambar. Tak macam yang aku expect. Pusing-pusing situ kejap kemudian decide nak try Sup Hameed. 

Restoran yang agak terkenal juga. Time ni ada ajak a few members kitorang datang. Lepak-lepak sembang. Aku order sup ayam. Tapi sup mamak ni lain sikit. Kuah agak pekat and tekstur sup seperti masak kurma. Penggunaan rempah juga agak banyak. Memang rasa la rempah sup tu. Lepas settle makan kami gerak balik ke hotel. Mandi-mandi kemudian lena la apa lagi. Huhu.

Day 3

Terjaga dari lena dah almost jam 11am. Check-out nya pukul 12.30pm. Terlewat bangun rupanya. Tidur dengan kesayangan la katakan. Pagi tu lepas bersiap, kitorang packing barang terus. Sebab nak check-out terus. Waktu pun dah tengah hari jadi memang alang-alang nak breakfast. Brunch terus lah. Settle. Aku suggest pergi ke Nasi Kandaq Beratur yang terletak dia Georgetown ! Sebelah Masjid apa tah nama masjid tu. Berdekatan dengan jeti. Orang pun tak berapa ramai lagi. Tak beratoq lama la. 2 kali nasik kandaq aku melantak sepanjang di Penang. Tapi kali ni aku try nasik tomato pulak. Memang terbaikk ! Sedap weyh ! Fully recommended ! kalau mai Penang hangpa semua kena mai kedai ni !

Lepas kenyang apa lagi. Continue jalan la. Ke kedai Jeruk Pak Ali ! 


beli buah tangan sakit bawak balik. Paham-paham la kan melayu ni kena ada bawak balik sikit. Kang nanti kena bash pulak berjalan tak ingat member. Since Penang terkenal dengan Jeruk Pak Ali so beli itu je la. Mak Dario memang nak jeruk. Nak tak nak kena beli la jugak. Settle beli belah kitorang menuju ke destinasi terakhir iaitu Penang Street Arts yang terletak di sekitar kawasan Georgetown. Dan memang merata-rata kawasan. Bukan macam street art kat Shah Alam. Street Art di Penang  korang kena berjalan untuk ke setiap art tersebut. Kalau ada bajet lebih boleh sewa basikal. Luckily aku ada grab map kat front desk hotel before check-out so mudahlah kerja pencarian nanti. Bebudak hipster suka la tempat macam ni. Nice je dapat pose kat setiap art yang ada. Gambar tak banyak pulak aku snap masa ni.




Dah puas hati berjalan maka tamatlah percutian kami bertiga selama 3 hari 2 malam di Pulau Mutiara ini. Lepas tu kitorang pun gerak balik. Before that menghala ke rumah aku dulu. Nak hantar aku dulu la apa-apa pun. Sampai rumah aku salam Dario.

Aku : Awak drive elok-elok. Dah sampai nanti text saya. Paham ?

Dario : Ye paham. Tahulah nak drive. Buerkk.

Aku : Yelah sayang. Thank you so much. I love you.

Dario : Love you too. Muahh.

Well begitulah kisahnya vacation aku dan Dario dan juga Hairi. HAHA. Aku taka da la tunjuk sangat kemanisan kami berdua depan Hairi. Seganlah jugak. Kang dia rasa macam third wheel pulak. Well this was my first ever vacation with my partner. Looking forward for more to come. Harapnya la. Andai ada jodoh panjang. HAHAHA.

Oh ya, ni kali pertama taip kisah percutian. Tak mampu la nak jadi macam travel log ke apa. Aku buat style aku sendiri. Kepada yang baca sampai habis tu terima kasih banyak diucapkan !

Hingga ketemu lagi di episode yang lain.

Disclaimer : Gambar yang digunakan di atas ada certain yang diambil daripada carian Google. Harap mak long.

Adios ~


P/s : The new sem already began. Will update soon !




17 comments:

  1. Bestnyer En Unknown jalan2 dengan orang tersayang...tapi yg paling best part mandi sesamer tu...#jelestul...hehehe...;-P

    PS : Dah lamer tak update blog Amir...bukannyer busy or takde idea nak menulis....tapi masa banyak diluangkan dengan 'Teman Tapi Mesra' menangkap Pokemon gak....hihihi

    ReplyDelete
  2. so sweet both of you. good luck new semester :D

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat gi jalan-jalan....hahaha..siap mandi sama-sama lagi..hahaha

    ReplyDelete
  4. Awat xmai umah ..dekat dah tue ..kehkeh

    ReplyDelete
  5. bestnya penang...untunglah vacay sama hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah pergi masa ada event kat sana tapi tak sempat nak jalan je lah...cuma sempat pergi makan je sebab boss aku kaki makan hahaha...

      Delete
  6. Tudiaa...banyak gambaq makanan...cheq lapaq! hahahaha

    Interesting post Dom! Teringin nak pegi Penang art street ngan kesayangan saya...tapi masalahnya saya belum jumpa kesayangan saya...ekekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa apa kata mai penang dengan saya ? servis baik punyaa. Ehh

      Delete
  7. hi abg dominic ,aq senanye dah lme perati blog abg sjk 3 bln lpas. hahaha nice entry so ,skang mseh lgi dgn dario ke? hik hik

    ReplyDelete