Thursday, June 30, 2016

Episod 76 : Takziah

Malam semalam baru menerima perkhabaran pemergian arwah ayah Abang Zul, abang angkat aku*more info boleh klik Episod 61 : Abang Zul *. Itu pun lepas si Aries whatsapp aku. Abang Zul memang tak ada nak inform apa. Dia hanya update di moment Wechat sahaja. Aku ni pulak tak aktif sangat kat Wechat. Luckily Aries terbaca moment tu. Mohon sedekahkan Al-Fatihah.

Alhamdulillah pagi tadi dalam pukul 10.45 pagi jenazah arwah ayah Abang Zul selamat dikebumikan. Sempatlah aku pergi menziarah sebab tengah cuti sem sekarang. Arwah meninggal dalam bulan Ramadan dan 10 malam terakhir pulak. Besar nikmat tu. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku memang tak kenal personally dengan arwah cuma aku tahulah sikit-sikit pasal beliau. Arwah dah lama sakit kanser usus. Rasanya lama juga terlantar di hospital. Family dia yang jaga.


Meanwhile condition Abang Zul semakin worse aku rasa. Dia sangat-sangat kurus. Berat dia sekarang tinggal 41kg. Last aku jumpa 48kg. So korang boleh bayang la keadaan dia yang makin kurus tu. Pipi dia sampai leper and cengkung. Bentuk tengkorak kepala dia pun sangat jelas. Peha dah rupa galah. Takda shape peha. Sebak jugaklah aku tengok. Aku emo sikit tengok dia camtu. Puasa tahun ni pun dia tak larat nak puasa. Tadi during funeral pun almost dia nak pitam. Nasib baik dia sempat suruh aku belikan susu coklat kat dia. Dapatlah buat alas perut dia. Sebab dia tak makan apa since semalam.

Pasal rawatan dia dah buat macam-macam and still macam tu jugak. Dia pun macam dah pasrah dah aku tengok. Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa dah. Hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia and buat apa yang dia nak. Tadi dia text aku. Suruh buat pavlova. Dia teringin nak makan. Jadi ayuh buat pavlova nanti ! Aku teringin nak tengok dia sembuh and sihat macam biasa ! :')

Adios ~


p/s : Masa kat funeral tadi aku terpikir something. Bila tengok anak-anak arwah yang uruskan jenazah, aku terpikir siapalah yang akan uruskan aku kalau aku mati nanti. Ada ke anak-anak aku ? Kahwin ke masalahnya aku ni ? HAHAHA. Sometime aku always overthinking pasal future. Haishh.


Thursday, June 16, 2016

Episod 75 : X-Men : Apocalypse - 4/5 Stars


So previously on 28th May 2016, I went to Dario’s house to celebrate his birthday which is aku celebrate awal sedikit sebab on his birthday aku tak dapat nak celebrate. Since ni first time sambut birthday buah hati maka aku cuba buat yang terbaik. Start with a moviedate with kesayangan. Disebabkan masa tu movie X-Men : Apocalypse ni tengah hangat di cinema and aku dan Dario memang peminat X-Men maka kami pun pergilah menonton.


Timeline X-Men : Apocalypse berlaku selepas berlakunya X-Men : Days Of Future Past. Kira 10 tahun selepas Mystique tak jadi tembak mamat pendek tu masa dalam past yang telah dilawat oleh Logan aka Wolverine. Because of that semua character dalam ni sememangnya pelakon lain dan bukannya pelakon lama. Korang boleh tengok muka-muka Cyclops, Jean, Storm, Beast, Mystique dan Magneto versi muda.
Younger version of  X-Men

Dalam instalment kali ini, korang akan tengok team X-Men ni berdepan dengan musuh paling kuat iaitu En Sabah Nur. Mutan pertama dalam sejarah dunia. Dibantu oleh Four Horsemen yang dia sendiri rekrut iaitu Storm, Psylocke, Angel aka Arcangel dan juga Magneto. 


The Four Horsemen - Arcangel, Psylocke, Magneto & Storm
Keempat-empat orang Horsemen ni dapat power upgrade by En Sabah Nur dan menjadi bertambah powerful. Oh ya ! Rambut Storm pada mulanya berwarna hitam tapi lepas dapat upgrade  tu terus bertukar jadi putih ! Akhirnya kita tahu jugak asal usul warna putih rambut Storm. Kepak putih Angel pulak berubah menjadi metal wing yang maha dahsyat dan bukan lagi kepak putih bagaikan bidadari. Magneto pula bertambah powerful sebab dapat kawal magnet dalam bumi. While Psylocke ni aku tak berapa pasti exactly apa kuasa dia tapi ada keluar kaler-kaler purple tu and she quite good in fighting ! Haiyakkk !

Meanwhile team X-Men pula pada awalnya baru merekrut Scott aka Cyclops yang baru sahaja dapat power laser di matanya. Still remembered Havok or Alex Summer from X-Men : First Class ? That was his elder brother. 
Alex Summer aka Havok
Scott Summer aka Cyclops

Kira abang and adik jadi mutan and join X-Men. Tak lama lepas tu si Mystique aka Raven muncul dengan membawa Nightcrawler. Jean Grey pula dah register awal kat Xavier Mansion tu so dia pun berkenalan dengan Scott and Kurt aka Nightcrawler. 
Jubilation Lee aka Jubilee
The most exciting part was dalam X-Men : Apocalypse ni for the first time menonjolkan watak Jubilee ! Dalam previous instalment watak Jubilee hanyalah sekadar minor character and takda yang perasan sangat pun. Namun aku sedikit kecewa dengan kehadiran watak Jubilee yang hanya sekadar menjadi watak tambahan malah tidak diberi peluang untuk menggunakan kuasa mutannya. Bukan itu sahaja, nama Jubilee jugak tidak disebut langsung sepanjang filem. Mungkin watak Jubilee akan dikembangkan dalam movie X-Men yang akan datang. Hopefully.

Peter Maximoff aka Quicksilver

Kalau dalam X-Men : Days Of Future Past, watak Quicksilver diperkenalkan dan dalam instalment kali ini watak Peter Maximoff aka Quicksilver turut menjadi watak penting dalam team X-Men. Ketika En Sabah Nur dan Four Horsemen datang dan kidnap Professor X, he arrived just in time selepas Alex aka Havok secara tidak sengaja telah menggunakan kuasa energy blastnya  lalu menyebabkan letupan yang memusnahkan seluruh mansion X-Men. Dengan pantas Peter menyelamatkan seluruh penghuni mansion. Ok scene Peter berlari sambil selamatkan semua orang ni sumpah awesome gila ! korang patut tengok. Music background pun layan je. Namun, Peter sedikit terlewat untuk menyelamatkan Alex yang paling hampir dengan letupan. So kiranya Alex mati. Sekali lagi aku kecewa sebab watak Alex dimatikan. He should survived and fight with X-Men ! Oh by the way, dalam ni jugak ada Peter mention yang dia merupakan anak Magneto.

Tujuan En Sabah Nur ni kidnap Prof. X sebab power telekinetic dia yang superb hebat nak mampos ! Dia nak transfer roh dia masuk dalam badan Prof. X. Bila dia dapat buat macam tu maka dia boleh control semuanya ! Disebabkan itu team X-Men bersatu untuk menyelamatkan Prof. X dan untuk mengelakkan En Sabah Nur menguasai tubuh Prof. X. Berlakulah scene fight antara X-Men dan juga Four Horsemen. Kali ni scene fight not bad jugak la. Sengit ! Masing-masing menggunakan power yang ada.

Oh ya dalam movie ni jugak ada penerangan why Professor X menjadi botak. Bukan sebab dia sengaja botak tapi sebabnya En Sabah Nur dah almost nak masuk dalam badan Professor X. Di sebabkan En Sabah Nur ni memang botak sejak azali so ketika roh dia nak masuk dalam body Professor X jugak menyebabkan semua rambut dia gugur. Kesian jugak la. Dah la dia lumpuh. Korang botakkan kepala dia pulak.

Cut to short, X-Men berjaya menewaskan Angel. Angel mati during scene jet terhempas. Psylocke pulak blah macam gituh je sebab dia tahu yang diorang bakal kalah. Meanwhile Storm dan Magneto berpaling tadah then join membantu X-Men mengalahkan En Sabah Nur. 

Jean unleash her phoenix power I guess
Prof. X yang dalam keadaan lemah arahkan Jean Grey unleash power dia semaksimum mungkin dan boooooommmmmm En Sabah Nur hancur.

Akhirnya keamanan kembali. Jean dan Magneto help each other bina balik X-Men Mansion. Prof. X offer Magneto untuk stay but he refused and left. Quicksilver pulak masih belum beritahu Magneto bahawa dia anak Magneto. Storm buat keputusan untuk stay di Mansion tersebut and join X-Men. 

The real X-Men Suits !
Later at the end ada tunjuk scene team X-Men pakai battle suit diorang ! Sumpah smart gila ! Suit kali ni memang almost sama macam dalam comic ! bukan macam zaman dulu-dulu yang sekadar suit berwarna hitam sahaja. Aku excited gila bila tengok suit baru diorang !

Oh ya don’t forget the post credit scene. A hint pasal upcoming Wolverine movie I guess.

Overall aku bagi filem X-Men : Apocalypse ni 4/5 BINTANG !

Kenapa bukan 5 Bintang ? Sebab ada certain part yang aku tak berapa suka macam watak Jubilee yang sekadar extra semata, Havok mati, and yeah style rambut Storm serius buruk. Aku lagi prefer hairstyle Storm dalam X-Men : The Last Stand. 

Oh ya ! Cyclops pun tak hensem sangat. K bai. HAHAHA. I prefer James Marsden as Cyclops but this instalment happen in 80’s so memang kena guna Cyclops muda la.


Ok done buat review yang tak berapa nak review sangat pasal X-Men : Apocalypse. So kepada yang belum tengok tu mohon tengok yaa. Download pun boleh dah rasanya.

Adios ~


p/s : X-Men : Days Of Future Past mempunyai dua version yang mana satu lagi version yang dikenali as X-Men : Days Of Future Past (Rogue Cut) yang hanya ada dalam Blu-ray sahaja. Sememangnya sangat berbeza dengan yang direlease di panggung wayang ! Korang patut tengok watak Rogue memainkan peranan penting dalam version tersebut !






Thursday, June 9, 2016

Episod 74 : Puasa 2016



2 weeks with no update. A bit busy with life. Camtuhh alasannya. So yeah hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. So korang puasa tak tu ? Ke sudah tewas dengan godaan nafsu ? Pandai-pandailah ganti balik puasa tu nanti. Syukur kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Sekejap betul masa bergerak. Udah masuk Ramadan. Bila dah Ramadan ke-10 lagi sekejap je rasa. Lepas tu raya.

Mostly sekarang ni budak-budak Degree kat IPTA sedang menghadapi minggu Final Exam. Begitu jugak aku. Like previous year la. Exam time puasa. This sem ada 6 paper untuk dihadap. Sudah settle 2 paper dan masih berbaki 4 paper lagi. Which is my last paper gonna be on 24th june 2016. Kira tu last day untuk semester 4. Blerghhhh lemau betul bila exam habis lambat ni. Aku tak harap dean list pun. Just mengharap pointer aku melekat di 3.00 pun dah seribu rahmat tuhan dah. Amin. Mudah-mudahan.

So Ramadan kali ni a bit different from previous year sebab for the first time sambut Ramadan with someone di hati. Macam tuhhhh. Kalau idok mereput sendirian. Hahaha. But since aku dengan Dario pun jauh so like tak ada la perubahan ketara sangat Cuma ada la orang tolong kejut aku time sahur. HEHEHE. Baru-baru ni ada celebrate birthday dia. Tapi awal sikit sebab time tu aku pergi rumah dia. Just a simple celebration, ermm aku buatkan dia Hedgehog Slice atau bahasa melayunya kek Batik biskut tu haa. Sebab dia suka plus tu paling mudah untuk dibuat. Dia memang happy aku buat kek tu. After that pergi moviedate. X-Men : Apocalypse. Which was so damn awesome as fuck ! Dah tengok belum ? Kalau belum sila pergi tengok. Kalau rajin aku buat review. Kalau. I love you sayang !

Dalam bulan Ramadan ni aku target nak kena kurangkan berat badan. Dapat buang 5 kg tu nikmat sangat. Harap-harap berjaya. So far untuk bersahur aku makan Oatmeal with 1 liter air kosong. Kenyang ke ? Alhamdulillah dah praktis makan oat time sahur since 2014. Kinda okey for me. Tak lapar. Dahaga tu biasa la kan. Plus oat tahan lebih lama berbanding nasik  kerana oat merupakan karbohidrat kompleks dan tinggi serat. Oh ya oat kosong tu yer. Bukan 3 in 1. Well for berbuka pulak aku limitkan sikit carbohydrates intake aku and lebihkan sayuran dan sumber protein. Air manis jarang ambik. Kalau craving sangat baru minum and air kosong 2 liter untuk malam. So total I consume 3 liters of water daily to stay well hydrated. Since aku tengah exam so aku takleh buat atkins sebab my brain needs glucose to focus secara maksimum. Workout pulak bercadang untuk jogging di waktu petang sejam sebelum waktu berbuka which is still lagi di fasa bercadang yang end up aku akan merayau di Bazar Ramadan. Mungkin tunggu balik kampung baru aku start rutin jogging before berbuka tu.

Terawih pulak so far aku tak pergi lagi. I admit that. Pemalas punya Unknown ! Perhaps aku patut start untuk pergi dalam masa yang terdekat ini. Hopefully !
Persiapan raya pulak so far baju aku beli online. Kurta. Sebab aku ni tak gemar dengan baju melayu sangat. Baru 4 hari puasa dah pikir baju raya. Kejap nak explain, zaman sekarang kau kena prepare awal sebabnya kalau kau nak hantar tempah jahit baju time pertengahan puasa memang takda orang nak ambil tempahan dah pun. If beli online pun kena beli awal sebabnya PosLaju ada had dorang untuk pos. Silap-silap nak dekat raya baru kau beli memang lepas raya baru kau dapat pakai. Balik nanti mungkin aku akan bake some cookies raya ! Seronok tapi penat. HAHAHA.

Well that’s all for my Ramadan 2016. Moga-moga Ramadan kali ini memberi ribuan kenikmatan kepada semua umat islam. Selamat berpuasa dan Salam Ramadan.

Adios ~



p/s : Macam nak buat review movie lepas ni. Tapi bergantung kepada kerajinan.