Wednesday, February 17, 2016

Episod 67 : Dario II - The Relationship


Gambar sekadar hiasan dan bukan tangan aku

Previously on This is Kisah Hidup aku, aku ada story pasal Dario. Dario approach aku, aku tak taste blab la bla eh korang klik sini untuk baca kisah tersebut in cased termiss. Kata orang buat apa nak terhegeh-hegeh kat someone yang tak nak kat kita. Why not bagi chance kat someone yang betul-betul nak kat kita kan. Actually member aku yang cakap macam ni. HAHAHA. Well betul la. Macam yang aku hadapi. Dario nak kat aku tapi aku acah-acah nak jual mahal, nak demand pula. Syukurlah sikit Unknown. Ada orang nak kat kau. And this is the first time ada someone yang approach kau. Well setakat ni dalam list aku memang si Dario tu je yang ngorat aku. Kejap re-check. Okeyh selain Dario adalah dua tiga jejaka yang konon-konon nak kenal. Gila kau dua tiga orang. Hebat betul ! KAHKAHKAHKAH ! Hakikatnya lepas kenal-kenal jadi senyap tak pun end up as kawan je la.

Bersambung semula ke kisah aku dan Dario. After scene DM tu kami start to contact on whatsapp. Much easier. Mulalah bercerita pasal life masing-masing. Previously dia budak diploma. Masa aku kenal dia tu dia sedang bekerja di sebuah kedai dalam mall besar di kota metropolitan sana. Currently dia dah stop kerja dan sambung degree kat sana jugak. Dia merupakan anak sulung dari dua beradik. Adik dia perempuan. Dario ni jenis budak yang berdikari. Semua yang dia nak dia akan beli guna duit dia sendiri. Which is aku sangat salute benda tu. Even parents dia lebih daripada mampu untuk support dia. Well 2 beradik je kot. Bapak pulak engineer. Kira family yang berduit jugak la. Aku ada tanya pasal background relationship dia yang lepas. Dia dah 6 kali in relationship. Kira aku ni bakal jadi relationship dia yang ketujuh. Well aku terkejut at first. HAHAHAHA. 6 ex kot ! Giler ! aku ni satu ex pun tak ada lagi. Dah la ni first relationship aku kot. Aku tak nak la jadi ex dia yang ketujuh pulak. Uishhhh choi choi choi choi !

Well dalam whatsapp kadang-kadang dia send selfies, video and send voicenote suara dia nyanyi. Aku pun selalu jugak buat macam itu. Suara dia not bad. Melting saiaaaa. Awaaaa saiaa rapuhhh. LOL. HAHAHA. First song dia nyanyi lagu Terima Kasih Cinta by Afgan tu haa. Aku pulak memang tak suka sangat nak send suara sendiri. Well suara aku ni tak sedap kalau nyanyi. Serious talk ! Kalau suara Aries sumpah sedap ! Gua tak tipu. Ok sorry iklan.

Then dia call aku. First time la dengar suara dia. Well dalam phone je la. Ok je nice. Persamaan antara aku dan dia ? Tak pasti banyak ke tak. Tapi ada la jugak. Macam Dario and aku anak sulung. Kitorang sebaya. Adik dia and aku pun perempuan. Dia seorang cat lover begitu jugak aku. Tinggi kitorang pun lebih kurang. Cuma dia tinggi sikit dari aku. Perbezaan pun ada jugak. Macam muzik dia suka layan lagu international. Lagu-lagu omputih. While aku ni not into muzik omputih sangat. Support local kononnya. HHAHAHAHAHA. Position dia apa ? Ewahh-ewahhh kemain nak tahu yer. Rahsia. Teka sendiri. Kalau betul tahniahlah. HAHAHA.

Pernah sekali tu dia tanya aku

Dario : Saya nak panggil awak B boleh ?

Aku : Amboi. Awal-awal dah nak B bagai ni. HAHA.

Dario : Yelah. Kang lambat-lambat melepas pulak.

Aku : Erkkk ? Kalau kita betul-betul couple awak nak saya panggil awak apa?

Dario : Panggillah sayang. *emoji monyet tutup mata*

Aku : Ohh. Saya tak kisah awak nak panggil saya apa pun. Tapi buat masa ni saya nak panggil awak Dario je dulu. Boleh ?

Dario :Okey boleh je.

Dan aku pun panggil dia Dario. Hari bertukar minggu then kitorang mula berskype pula. Since aku ni bukan pengguna iPhone jadi tak bolehlah nak berface time seperti kalian yang merupakan iPhone user. Jadi aku dengan dia gunakan medium skype.

Cut to short on 31 Julai 2015 dalam 11.45pm aku skype dengan dia. Aku nak lamar dia la konon. HAHAHA. Yelah since dia dah lamar aku at first tapi aku macam reject dia so sekarang aku lah kena lamar dia balik. Takleh blah jugaklah bila ingat balik. Around 11.59pm macam tu aku tanya dia

Aku : Dario, nak tanya awak something ni.

Dario : Apa dia B ?

Aku : Awak sudi tak jadi partner saya ?

Dario : Huh ? Tak dengarlah. Kuat sikit.

Aku : Erghhh janganlah bagi saya ulang banyak kali. Segan la.

Dario : Betul lah tak dengar. Cepatlah ulang.

Aku : SUDI TAK DARIO JADI PARTNER@BUAH HATI@KEKASIH@KESAYANGAN KEPADA DOMINIC UKNOWN NI ? muka aku dah segan macam apa dah time ni.

Dario : Ohh. Yer saya sudi.

Aku : Yeayyy. So 1 Ogos 2015 officially kita berdua dah in relationship. Thanks sayang. Ehh.

Dario : Eleh ngada. I love you B.

Aku : I love you too sayang.

Perkenalan yang sangat singkat and then terus in relationship. Konon-konon bercinta selepas nikah. Puihhhhhhh ! Seriously aku ambil risiko declare hubungan kitorang tanpa berjumpa langsung. Sekadar di whatsapp dan juga Skype. Jumpa face to face pun belum ! Berani betul kau ni Unknown. Kau tak cuak ke bila jumpa tetiba dia turn off dengan kau. Or kau turn off dengan dia ? Well aku ada terfikir benda tu so sebab tu aku tak letak high expectation time jumpa dia for the first time. Kira aku agak gamble jugak sebenarnya. HAHAHAHA. Nak tahu kisah first date aku dan Dario ? Well nantikan di episode yang lain. Sebab aku rasa dah panjang sangat aku bagi korang geli dengan those sayang sayang thingy. Kang muntah pulak. 

Oh ya aku ada tukar status relationship aku dari Single to In Relationship. Memang kena bahan dengan member-memberlah kisahnya. Diorang ingat aku ada awek hakikat sebenarnya sebaliknya. HAHAHA.

Adios~

p/s : New sem starts ! Hello Sem 4 ! Awal-awal sem dah kena tamparan hebat bila tengok pointer sem 3. Haishhh sadis betul. Nantilah aku story. Oh ya ada dapat soalan menarik dari reader yang bernama Daniel. Nanti aku buat entry untuk tu. Tak janji bila. Ikut kelapangan. Insyaallah.


25 comments:

  1. B tu stands for what ..
    Baby ?
    Hubby ?
    Combi ? Kehkeh

    Happy for U .. nanti citer pasal kesah ditebuk tupai pulak ek ..hahaha

    ReplyDelete
  2. Masa sweet2 B.. bila dah gegadoh nnt jadi Bab*.. hak hak hak.. gurau je.. base pengalaman.. ;P

    ReplyDelete
  3. Masa sweet2 B.. bila dah gegadoh nnt jadi Bab*.. hak hak hak.. gurau je.. base pengalaman.. ;P

    ReplyDelete
  4. Kita happy untuk awak...hehehe..Selamat menempuh alam baru dan semester baru k..

    ReplyDelete
  5. wah...cemburulh kwan awak aries.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak cemburu..aku kan ade ko..ehh..haha

      Delete
    2. ko ada aq?? hahaha..
      pjj kah kita??

      Delete
    3. Saya rasa sangat bertuah bertemu Aries yang hensem itu

      Delete
  6. Belum jumpa dah declare couple? :speechless:

    Apapun tahniah Dom, hatimu sudah dimiliki..jaga Dario elok2...tak pasal2 jadi janda no.7 :mintak simpang:..ekekeke

    ReplyDelete
  7. seramnya x jumpa lg dah declare.. hmmmm apapon.. tumpang Happy ek! #amekberkat

    ReplyDelete
  8. Wahh habis berterabur popcorn aku baca entri kau sampai habis. Sambung cepat, tak sabar nak tahu first date kau. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. i bet first date mesti meriah gila...hahaha...cant wait hahaha...mesti cute gila jumpe pastu malu malu...hahaha...

      Delete
    2. First date? Teringat kemeriahan first date aku. Hahaha

      Delete
    3. sabarlah abang Nov. nanti adik sambung k. HAHAHA #AbangZone

      Delete
  9. wahhhhh...tersembur air kat laptop bila baca part belum jumpa dah declare...hahaha...anyways semoga bahagia...and congrat lah dah in relationship...hahaha...

    ReplyDelete
  10. tahniah weh!! doakan aku pulak jumpa jodoh😂. hahaha

    ReplyDelete