Wednesday, October 21, 2015

Episod 54 : Soalan Reader #4, #5 & #6

Hai guys ! Bertemu lagi kita dalam episode yang ke-54. Previously aku ada dapat 2 soalan dalam box Ask Mr. Unknown dari 3 orang readers. Mari kita tengok apa soalan yang mereka tujukan. Soalan Reader #4 ini datangnya dari seorang insan yang tidak bernama.

9/15/2015 0:38:37
“assalamualaikum .. aku nak tanya kau ni pasal .. oke cmnii .. aku ni sangat sensitif dgn crush aku aka kwn baik aku .. kau rasa perkara ni normal x?? atau mmg aku je yg ngekk cmtu ..”

Waalaikumsalam. Ok firstly aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab baru perasan soalan ni. Selepas sebulan baru nak reply ! Masyaallah teruknya aku ni. Harap maafkan saya di atas kelewatan ini. Sangat sensitive dengan crush kat sini maksudnya kau cepat sentap dengan dia ke ? Well aku tak boleh nak huraikan apa-apa sangat sebab tak tahu situasi sebenar. Misalnya apa yang dia buat kat kau sampai engkau sensitif. Maybe boleh explain lebih details.


Soalan Reader #5 ni datangnya dari Insan Bukan Straight. Rajin betul beliau menggunakan box sebelah ni. Tak apa. If aku boleh jawab, aku jawab. Soalannya berbunyi

10/11/2015 5:58:15
“…kau ni single lagi ker dah berpunya?...”

Tergelak jugaklah bila aku baca soalan ni. HAHAHAHA. Well previously kalau ikuti episode yang lepas – lepas dapatlah tengok betapa tragisnya kisah cinta yang tidak kesampaian seorang Mr. Dominic Unknown ini. Dia gembira kejap. Then merasai sakitnya patah hati. Kemudian dia move on. Cut to short , well ermmm currently, I’m with someone*emoji monyet tutup muka*. JENG JENG JENG ! ! ! SIAPAAAA ??!! Buat masa ni biarlah ia menjadi tanda tanya dahulu. Konon belum bersedia nak kongsikan pasal ni la. HAHAHA. Bila dah ready nanti bakal diceritakan di episod – episod yang akan datang. Sekian. No komen. HAHAHAHA.

Soalan reader #6 ni pula aku terima daripada seorang remaja yang masih bersekolah. Okey dia tak ada tinggalkan sebarang nick name.

10/11/2015 23:26:03
“Hai Mr. Unknown.
aku just blogwalk n suddenly tertengok natang ni. okey my question is...aku baru form five. spm lagi sebulan. but somehow aku fall in love dengan junior aku yg baru form two. he wasnt that perfect but dia Mr. Right aku. dia nampak macam straight (according pada apa dia cakaplah) but nampak mcm ada few actions dia macam dia pun sukakan aku. so what should aku buat. n for addition, kitorang kinda close as friends. should aku confess or pendam?”

Hey bro ! Firstly thanks for the question. Muda lagi kau ni. Baya-baya adik aku pun ada. Ok ni opinion aku, korang still muda lagi. Yes very young ! Ok tetiba aku rasa macam tua pulak. HAHAHA. Apa yang aku boleh nasihatkan kat sini is berkawanlah dulu dengan dia. Kenal-kenal dulu. Sebab you guys still sekolah lagi. And engkau pun nak SPM kan. Focus on that first. SPM tu penting. About the confession pulak aku rasa belum masanya lagi. Bukan apa, takut kalau-kalau dia reject engkau or friendzone ke apa nanti susah. Patah hati pulak nanti. Takut benda ni akan effect your exam la nanti. Plus, kalian still underage jugak. Kalau terkantoi ke apa dengan orang sekeliling susah. Dah nak kena kaunseling bagai. Yes aku memang seorang yang suka pikir kesan yang negative jugak. Nak bersangka baik sangat pun tak boleh jugak. Aku pun tak ada pengalaman macam ni masa zaman sekolah. Maklumlah zaman sekolah dulu selekeh. Kacak jauh sekali. Mana ada orang nak pandang. Maka duduklah senyap-senyap dalam closet. HAHAHA. Dah masuk zaman university ni la baru keluar sikit dari closet. Apa-apa pun all the best for your SPM. Good luck ! Buat elok-elok !

Well itu sahaja soalan yang ada untuk kali ini. Aku harap dapat menjawab soalan korang dengan jayanya. Risau jugak kalau jawapan tu banyak merapu. Mungkin blogger lain ada nak share buah fikiran. Bolehlah kongsikan di ruangan komen. Maklumlah kalian kan lebih berpengalaman. Sama-sama kongsikan idea. Kepada yang rasa nak kongsi apa-apa boleh guna box Ask Mr. Unknown kat sebelah kanan blog aku yang hambar ini. Thanks. Adios ~

p/s : Jerebu makin teruk sekarang. Jaga diri elok-elok. Minum air kosong banyak-banyak. Kalau keluar ke kawasan terbuka bawak-bawaklah pakai mask. HAHAHA tetiba jadi iklan kesihatan pulak.







5 comments:

  1. woah, sudah berpunya si unknown rupanya. Taksabar nak baca kisah pacar baru. Mohon update sepantas kilat. Hehe.

    pasal soalan reader #6. Pendapat aku tak salah kau nak crush kat junior kau, as long as kau masih tahu batas pergaulan. Please fokus pada exam, itu lebih penting. Pasal crush tu tak perlu risau, Sebab time kau uni nanti kau akan jumpa yang lebih kacak menarik tertarik kau memang dabomm. Masih terlalu awal untuk kau teroka sisi gelap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akan diupdate bila tiba masanya.
      hehe. malu pulak nak cerita.

      Thanks for the opinion Nov :)

      Delete
    2. thank you atas cadangan anda

      Delete
  2. Thank you kerana sudi jwb soalan aku MR. Unknown. Aku reader #6. aku ada soalan baru yang aku send kat kau last week rasanya. reply cepat sikit eh

    ReplyDelete