Friday, March 27, 2015

Episod 37 : F*ck ! It’s Happened Again ?!




Firstly nak gelak dulu. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA HHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHHAHAHAHAHAHHHAHAHAHAHAHA. Ok dah. Previously on Episod 35 : Kyle aku ada cerita pasal Kyle. That guy yang aku ter-ada perasaan kat dia tu. Yeah dia dah in relationship. So, I guess aku kena under diri. That’s all. Cuma aku tertanya-tanya siapakah buah hati beliau itu. Jeng jeng jenggggggg.

Cut to short aku kenal seorang lagi jejaka ini. Let just call him Rayyan. Bukan nama sebenar. Tua sikit dari aku. Still studying. Kenal kat laman social normal. Not from gay apps.  PLU jugak. Wahhh ramainya orang yang kau kenal kan Unknown. Well orang kata berkawan biar seribu berkasih biar satu. Gitchiewwww kannnn. Tegur-tegur kat laman social. Just normal thing. Then ke whatsapp. Borak-borak biasa. Dia pun kenal Kyle jugak. Kitorang kenal each other la senang cerita. But dengan Rayyan ni aku tak pernah face to face lagi. Sekadar online friend sahaja.

Kadang-kadang share problem antara satu sama lain. Dia bagi aku nasihat dan aku pun bagi dia nasihat. Kira macam bagi moral support to each other la. Dia pun baru in relationship jugak. Ok la kan. Tumpang gembira. One fine day, dia whatsapp. Dia ada problem sikit dengan buah hati kesayangan dia. Aku pun tanyalah kenapa. So dia cerita la from A to Z. Masa dia story tu instinct aku rasa something dah. Aku rasa dia in relationship dengan Kyle. Tapi aku diam dulu. After dah habis story aku cakap aku nak teka. So aku teka la. “Kau couple dengan Kyle kan ?” Then dia jawab, “Yup. Tepat sekali tekaan itu.” I was like :O :O *ternganga for a few second*. Rayyan cakap Kyle confess kat dia. Dalam masa yang sama Rayyan pun rasa macam tu. Maka terjalin la hubungan antara mereka. Luckily aku tak la nak meracau or apa. Sikit la shock. Thanks instinct sebab sentiasa tepat -_- . HAHAHAHA. Ok tipu. Aku meracau sikit jer kat YS. Chop ! sapa YS ? Pergi scroll episode-episod lepas. Ada aku cerita pasal YS.

Aku nak gelak sebenarnya. Like seriously ? It’s happened again kot. Mr. Crush aku dulu end up dapat tahu dia in relationship dengan Adin which is kawan rapat aku kat sini. And now aku dapat tahu pulak si Kyle in relationship dengan Rayyan yang jugak kawan aku. F*ck ! Sinetron episode berapakah semua ini ? HAHAHAHAHA. Terpulanglah korang nak percaya ke tak. But it really happen. Bukan rekaan. Luckily aku tak ada cerita kat Rayyan yang aku pun ada feeling dekat si Kyle. Kalau tak lagi complicated jadinya. Aku ok ke sekarang ? No worries. I’m fine. Cuma aku harap both of them happy and dapat jaga each other. Hopefully dapat selesaikan masalah yang diorang hadapi tu. Early stage of relationship baru. Tak kan nak biar roboh ye dakk ? So apa aku nak buat lepas ni ? Try to move on. Buat apa nak sayang lebih-lebih sesuatu yang bukan milik kita. Sayang Kyle as friend je la kot. Just follow the flow. Bak kata quotes some of my blogger friends yang lain :

 “Cinta makin dikejar, makin jauh ia berlalu pergi. So, jangan mudah jatuh cinta.” Nov Collins

“Ko muda lagi, jangan gopoh cari pasangan.” Kamen Shinobi

“Just move on and have fun with life.” Gibb Sulaiman

“Jangan biar perasaan itu mekar dalam diri. Kang bila tersungkur, susah nak move on.”Nu’man Qatadah

“Bila dah semakin dewasa ni walaupun teringin tapi let it go jer. Maknanya perasaan ingin disayangi dan sewaktu dengannya tu akan pudar sendiri seiring dengan peningkatan umur.”Yoobi Park

“Cinta itu ketawa dan air mata.” Shin Inesen

“Kumbang bukan seekor. Kumbang berlambak lagi kat luar tu.” Kindaichi Kid

“Kuatkan hati. Buat apa nak berpaling ke belakang sedangkan di hadapan kita banyak lagi benda yang menarik bakal berlaku.” - Wings Angel

“Kita kan masih muda lagi, mungkin ada yang lebih baik lagi untuk kita berdua kan.” Lelaki Seksi

“Ko masih muda lagi dan kumbang bukan seekor.” F.I


Terima kasih kalian. Adios~


p/s : Actually nak story pasal benda lain. Tapi tetiba episod tak disangka ini berlaku. Next episod la aku story.




Wednesday, March 25, 2015

Episod 36 : Happy Birthday Abah !










25 Mac 1968. Tarikh lahir abah. So hari ni 25 Mac 2015 abah aku dah menjangkau usia 47 tahun. Usually time birthday abah tak ada celebrate apa pun. Mak aku beli kek jer. Then potong makan. Oh ya tapi hadiah mak aku ada beli gak. Aku ni jer tak pernah bagi hadiah apa. Wish pun tak pernah. I don’t know why. But memang dah macam tu sejak dulu. Plus abah pun tak pernah wish birthday aku pun. As far yang aku ingat la. 

Hari ni aku wish birthday dia via whatsapp. So it’s kinda awkward krikkk krikk krikk actually. Sebab tak pernah buat. HAHHAHAHA. Macam tu la rupanya. HAHAHA. To my abah ! Happy 47th birthday ! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Tolong la jaga dua family abah ni elok-elok ! Unknown minta maap sebab tak dapat nak banggakan abah sangat*ehhh sapa potong bawang ni ?* Malam ni giliran rumah my stepmom. I think they gonna celebrate la kot. Plus gaji pun masuk hari ni. Tapi lantaklah I don’t care. Motip episod kali ni ? Saja nak tribute kat abah le kununnya. Macam lah dia baca blog ni. Ermmm I hope not. HAHAHAHA. Adios ~


P/s : Seorang Mr. Unknown ni sangat tak berseni. That’s why tulisan tu buruk :p

Thursday, March 19, 2015

Episod 35 : Kyle



Hello. Hai. Holla. Hey. Yo. I’m back after lebih kurang 2 minggu tak update. Bapak busy giler ! Arghhhh Akuuuu Sunyiiiiiiiiii !!!! Eh silap Arghhhh aku stresssssssss !!! HAHAHAHHA. Banyak projek nak kena hadap. Assignment banyak lagi. Sangat menjerut rasanya. Nama pun student. Benda ni je la nak kena hadap. So apa khabar kalian semua ? Harapnya khabar baik. Kalau tak sihat tu cepat-cepat pergi klinik. Makan ubat. Yang dah bercinta tu mohon jaga partner elok-elok. Jangan curang. Ok dah kenapa aku macam makcik-makcik sangat ni ==’ . HAHAHA. Kunun-kunun nak improve communication skills.


Apa cerita aku sekarang ? Everything okey. Aku dah terima kenyataan. Dan aku rasa aku dah boleh deal with it. Kira dah move on la. HAHAHA. But agak terkilan sebab Adin block aku kat Instagram. Rupanya setelah disiasat, dia ada upload gambar date dengan Mr.Crush kat Ig. So mungkin nak hide dari aku. Tapi yang WTF nya kat FB pun dia ada upload gambar tu jugak. An I was like nak hide dari aku tapi upload kat FB jugak ==’. Tapi lantaklah. Malas nak serabut pikir benda ni. Oh YAA! Thanks to Nov Collins sebab share tips hari tu. Everyday buat squats. HAHAHAHA kasi peha sama bontot cantik sikit. Sekian lama tak squats memang jalan mengengkang jugak la. HAHAHA sila imagine sendiri.


Cut to short, episod kali ni nak story pasal Kyle. Who is he ? Well dia ni ermm ermm ok la aku rasa dah tersyok kat dia. Intro pasal Kyle ? Bukan nama sebenar. Seorang jejaka melayu. Usianya lebih setahun dari aku. Aku kenal dia from laman sosial normal. Bukan dari Grindr, Hornet, PR and etc. Kira perkenalan yang agak suci la jugak. Kyle ni comel orangnya. Nerdy look. Tinggi lebih kurang aku. Ada janggut sikit. Itu menambahkan lagi kemanisan wajah dia. Dia bi ke gay ? Errrmmm entah. Tak pernah tanya. But yang pasti tak straight. Aku mula kenal dia time cuti sem lepas. Just kawan-kawan. From inbox then ke whatsapp. Cut to short aku dah pun keluar date dengan dia*tutup muka dengan bantal*. Kebetulan aku ada pergi ke town tempat dia stay tu. So alang-alang jumpa terus. Ala-ala blind date macam tu. HAHAH not so blind actually. Dah pernah tengok muka masing-masing. Kami just lunch sama-sama. Seronok jumpa dia. Even agak hambar sikit. First time face to face kan. Biasa laa. Aku ni pulak memang failed sikit dalam bab nak communicate ni.


After that meet up tu still contact lagi. Macam biasa. Cuma kadang-kadang agak hambar. Sebab aku tak tahu nak chat pasal apa dah. Kinda blur kot. Sometime I wonder people yang dah couple ni chat apa jer dengan partner dorang ? I don’t know why tetiba macam ada satu feeling ni kat dia. Mula start rindu. Mula start rasa sayang. Mula start nak caring bagai kat dia.Tapi tu la. Kalau sebelah pihak je ada rasa macam tu pun tak guna jugak. Aku mula jatuh hati dah kat dia. Ok statement ni buat aku rasa loya==’ ! But yeah tercrush kat dia. Setiap hari aku akan stalk dia. Tengok dia mention dengan siapa. Bila dia ada mention with someone else aku rasa jeles. Sumpah jeles ! F*ck this feeling !Aku sayang kau la Kyle ! Cant u feel it ? Can’t u notice it ! Tapi tapi tapi. Aku ada try macam nak avoid feeling ni. I mean yela. Terlalu awal kot. Plus jarak kitorang jauh. Long distance relationship ni macam sukar je aku tengok. So sekarang ni kau fefeeling macam dah in relationship dengan dia la ? Tak la. Cuma aku pikir from that side la.


Ku sangkakan salji yang turun namun rebut petir yang melanda. All of sudden aku dapat tahu dia dah ada someone. I mean dia baru mula in relationship. I was like damn ! U just too late Unknown. Ada la aku tanya-tanya dia. Siapakah gerangan buah hati dia. Tapi dia rahsiakan. So aku tak tahu. Takper la Unknown. Nak buat macam mana lagi. Not your luck again. Relax r. But yeah masih lagi menjalankan aktiviti stalking dalam diam. Biarlah aku mencintaimu dalam diam. Wahhhhh. HAHAHAHA.


Kebelakangan aku perasan dia macam frust. I don’t know why. Cuma ayat-ayat dia macam baru putus or something like that. And my instinct also feel the same. Mungkinkah hubungan yang dibina itu telah dilanda badai ? Aku ada tanya dia. Jawapan yang sama. “Saya okey.” “Tak ada apa.” But I think he hiding something. Aku tak suka tengok dia sedih macam tu. Kalau boleh nak tengok dia happy. Aku pun nak tahu jugak apa yang sebenarnya berlaku. Tapi dah dia tak nak cerita. I can’t force him. Aku harap dia dapat hadapi la masalah yang menimpa dia tu.


Jadi, itulah serba sedikit mengenai Kyle. Biasa sahaja di mata orang lain tapi istimewa di mata aku. Perghhhhhhh. HAHAHAHA. Sudahlah Unknown. Kembalilah ke dunia nyata. Adios~



p/s : Dah dapat baucer buku ! Yeayy kaya ==’. Nak beli novel apa agaknya nanti. 

Sunday, March 1, 2015

Episod 34 : Kebenaran Yang Menyakitkan



Previously on Episod 33, Mr. Unknown telah mengesyaki bahawa Adin sedang bercinta dengan Mr. Crush. Then dia mula mengumpul bukti. Instinct dia juga kuat mengatakan bahawa mereka sememangnya in relationship. Terlalu banyak kebetulan. Adakah ia sekadar kebetulan ? And that what you missed on This is Kisah Hidup Aku *sila baca dengan nada laju nokharom macam cerita Glee*. Ok so dah 3 hari berlalu selepas aku dapat hidu pasal isu ni.

Selepas aku jadi Detective Conan for a few days, did some investigation, collect evidens, stalking and etc. Aku boleh simpulkan yang Adin dan Mr. Crush memang bercinta. They are in relationship. They are couple. Mereka sedang hangat bercinta. My instinct tepat lagi as usual. Kechinkkkk ! That’s it. Aku dah tahu kebenarannya. Cuma aku tak dengar official statement dari mulut Adin  sendiri lagi. Maybe later on la kot. Biar dululah. Mungkin aku tak perlu kot nak tanya dia. Tengoklah macam mana nanti.

Apa kau rasa sekarang Unknown ? Hmmmm hard to say. Entah. Macam bercampur aduk pun ada. Yang pasti ada sikit rasa sakit. Rasa marah. Rasa sedih. Rasa kosong. Haa macam tu lebih kurang. Aku cuba untuk kuatkan diri. Yela, Adin tu kawan rapat aku kat sini. Tetiba jadi macam ni. Rasa macam tertipu pun ada jugak. Tapi apa nak buat. Mr. Crush pilih dia. Bukan aku. Mungkin Adin tu lebih layak untuk dia. Lagi pun si Adin tu memang pandai melayan. I mean dia jenis yang berpengalaman dalam perhubungan. Tak dinafikan tu. 

Aku ni apa jer ada. Tak ada apa pun. Kuat meroyan sorang-sorang ada la. It’s okey. Tak ada guna dah aku nak berharap dengan Mr. Crush ni. Lagi baik kalau aku fully move on dari dia. Yela aku nak mengamuk bagai nak rak kat si Adin tu pun it wont change anything la. Mr. Crush tak kan suka aku jugak. Aku tak tahu la apa yang si Adin tu cerita kat Mr. Crush pasal aku. Entah  dia dah burukkan aku ke apa aku tak tahu. Malas nak pikir sebenarnya. Nanti effect friendship aku dengan dia. Takpa la. Biarlah dorang bahagia. Biarlah karma yang membalasnya. HAHAHAHAHA*evil laugh*. Ok just kidding. Tabah jer lah Mr. Uknown. One fine day MUNGKIN kau akan jumpa lelaki lain.

Ok dah malas nak cakap pasal tu. KAdang-kadang bila dipikirkan balik rasa nak jer lock hati ni. Jangan mudah nak jatuh cinta bagai. Kunci ketat-ketat. Biar tak ada yang masuk. Tapi entah. After Mr. Crush ni aku ada la kenal one guy ni. Gatalnya kau ni Unknown. HAHAHA. Bukan menggatal pun. Just friend. Get to know each other. Sembang kosong. Flirting-flirting. Tu jer la. Mana tahu kalau ada jodoh ke. Siapa namanya ? Jeng jeng. Nantilah aku cerita lebih details dalam episode lain. Tu pun kalau rajin. But still tak bernasib baik jugak. HAHAHA.

Mesti ada di antara reader yang label aku ni kuat meroyan tak tentu pasal. Then sibuk nak bercinta bagai. AKu tahu semua tu. Sebab aku pun kadang cakap benda yang sama macam tu jugak kat diri aku. HAHAHAHA. Aku respek sangat kat Nu’qman Qatadah dengan si Kamen Shinobi ni. Macam mana engkorang berdua boleh bertahan untuk kekal single sampai sekarang ? So far yang aku tahu la. Tak tahu la kalau ada relationship senyap-senyap ke apa. Opss. Soalan tipikal. Tak sunyi ke weyh ? Mr. Unknown yang 21 ni pulak yang menyibuk nak bercinta bagai. HAHAHAHAHA. Oh ya ! Aku agak tertarik dengan statement Mr. Nov Collins *Wahhh grandnya nama beliau* “Pintu hati aku macam dah tutup sepenuhnya selepas upgrade sistem pertahanan baru haritu.” Kalau boleh mohon share sikit cara kau upgrade tu weyh. Mana tahu aku boleh apply kat diri aku yang suka jatuh hati bagai ni. Kalau bahagia tak apa la jugak. Ni diri sendiri yang sakit hati. Ok sampai sini jer la kot episode kali ni. Kang panjang-panjang kang si Gibb tu malas nak baca pulak. HAHAHAHA. Adios ~


p/s : Aku pun tak paham apsal gay life aku complicated sampai macam ni sekali. Apa la nasib.